Showing posts with label Vitamin C SR. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C SR. Show all posts

Saturday, 3 February 2018

Promosi Shaklee Bulan Februari 2018



PROMOSI SAH DARI 1 FEBRUARI 2018 - 28 FEBRUARI 2018

Sekejap sahaja telah masuk bulan Februari kan. Tidak terasa masa yang berlalu. Ok, jom kita tengok apa promosi terbaru dari Shaklee untuk bulan ini.

Bagi menyambut kedatangan rangkaian penjagaan kulit YOUTH dari Shaklee, dengan tagline beauty inside outside, maka promosi bulan ini ialah Collagen dan SR Vita C Plus. Dua sahabat baik yang sangat diperlukan untuk kesihatan kulit dan awet muda.

Sebenarnya Raiza tak sabar menanti kehadiran Youth ni tau. Produk yang sangat terbukti keberkesanannya tau. Tetapi sebelum itu, kita haruslah menjaga kesihatan kulit dari dalam untuk memaksimakan hasil dari penggunaan Youth nanti.


Beli kombinasi ini dan nikmati diskaun 10%

  • 4 kotak Shaklee Collagen Powder (RM 298 x 4) - bertahan sehingga 4 bulan
  • 1 botol SR Vita C Plus (RM97.50) - bertahan sehingga 6 bulan

Kenapa anda perlu beli kombinasi ini?

  • Diskaun 10%
  • Percuma penghantaran 
  • Percuma keahlian Shaklee 
  • Rebat harga ahli
  • Rebat tunai di bulan berikutnya bernilai lebih kurang RM 46 (Bonus 5%)

JIMAT +- RM 299

SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Shaklee collagen powder adalah supplemen collagen yang unggul, mengandungi 4,000mg collagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari, sejenis collagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah.

Saiz molekul yang lebih kecil berbanding kolagen lain kira-kira 1,000 Dalton*. Jadi penyerapan lebih optimum dan mudah diserap oleh badan. Ia juga membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

KEBAIKAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

  • Suplemen kolagen untuk kulit lebih muda dan tegang
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi
  • memelihara kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf


Vitamin C ialah vitamin asas yang diperlukan oleh tubuh dan tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri. Oleh yang demikian, vitamin C ini perlu di ambil secara oral. Vitamin C Shakee menggunakan teknologi pelepasan berperingkat (sustaoned release) bagi membolehkan tubuh menyerap vitamin C secara maksima.
  • Teknologi sustained release bertindak melepaskan 100mg vitamin C setiap jam. Ini bermakna sebiji SR Vita-C Plus mampu bertahan selama 5 jam di dalam badan.
  • Mengandungi Bioflavonoid yang membantu penyerapan vitamin C secara maksima.
  • Setiap biji SR Vita-C Plus bersamaan dengan 7 biji setengah oren.


KEBAIKAN SR VITA C PLUS

  • Bersifat sustain release
  • Membantu dalam pembentukan kolagen
  • Mengurangkan simptom demam dan selsema
  • Penawar semulajadi bagi masalah kulit
  • Membantu dalam Menyembuhkan Luka
  • Mengurangkan jerawat dan pigmentasi
  • Membantu menurunkan paras kolestrol
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Mengawal Paras Gula dalam Darah bagi Pesakit Diabetes
  • Membantu dalam merawat Kanser
  • Membantu mengurangkan masalah pernafasan
  • Mengurangkan simptom asma
  • Membantu dalam mengurangkan simptom Arthritis
  • Mengelakkan dan memperbaiki gusi berdarah



Ingin menikmati penjimatan sebanyak 15-25%? Atau ingin menjana pendapatan sampingan?
Hubungi Raiza sekarang ok. 


Klik gambar untuk konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Sunday, 31 December 2017

6 Vitamin Untuk Menghilangkan Jerawat di Dahi, Dagu, Muka dan Badan Selamanya.


Kemunculan jerawat di wajah memang bukan sesuatu yang menyenangkan. Muka menjadi kemerahan, belum lagi rasa sakit yang timbul. Jerawat di wajah ibarat igauan ngeri yang membantaskan aktiviti luar. Jika boleh, tidak mahu melakukan aktiviti luar saat wujudnya jerawat. Segala perawatan dilakukan untuk menyembuhkan jerawat, tapi bagaimana dengan vitamin dan mineral?
Apakah vitamin dan mineral yang memiliki manfaat untuk menyembuhkan jerawat?
Apa saja vitamin untuk jerawat yang perlu kita amalkan?

Kekurangan vitamin dapat menyebabkan komplikasi yang serius, salah satu contohnya adalah jerawat. Vitamin sangat bermanfaat untuk fungsi enzim, sel, organ, jaringan, dan sistem. Dengan mengamalkan vitamin yang betul, kegunaan vitamin seperti antioksidan, antiradang dan antibakteria akan bekerja untuk melawan jerawat, dan memulakan proses biokimia.

Berikut ini adalah vitamin dan mineral yang boleh anda pertimbangkan untuk membantu menyembuhkan jerawat:

Vitamin A

Vitamin ini diperlukan untuk membantu penyembuhan jerawat, tapi pastikan Anda mengambil vitamin A dengan betul. Vitamin A yang diminum, digunakan untuk menyembuhkan radang dan jerawat yang parah. Selain bermanfaat untuk pengantian sel kulit, ia juga berfungsi untuk mengurangkan penghasilan sebum.

Antara sumber makanan yang mengandungi Vitamin A ialah seperti lobak merah, keledek, bayam, brocoli, telur, peach dan mangga.

Di dalam rangkaian produk Shaklee, suplemen yang mengandungi Vitamin A ialah caratomax.

Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan. Vitamin E merupakan vitamin asas untuk kulit yang cantik. Vitamin E merupakan antioksidan yang kuat, dan membantu kulit melawan radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit. Vitamin E membantu mempercepatkan pertumbuhan kulit dan memperbaiki struktur kulit.

Makanan yang kaya dengan vitamin E adalah, kekacang, almond, biji bunga matahari, dan brokoli.

Jika anda mempunyai masalah jerawat yang agak teruk dan ingin mengamalkan vitamin E, dosage vitamin E yang disyorkan adalah sebanyak 400 UI sehari.

Vitamin C

Vitamin C amat penting untuk memulilhkan sel-sel dalam badan, melawan jangkitan kuman dan meningkatkan kadar immunisasi badan. Vitamin C adalah vitamin larut air, bermakna ia tidak disimpan di dalam badan kita. Sekiranya mempunyai masalah jerawat, kita perlu memastikan pengambilan vitamin C yang mencukupi. Namun jangan pula sampai berlebihan.

Antara makanan yang mempunyai kandungan vitamin C ialah oren, pisang, kiwi, epal hijau, tomato dan cherry.

Ketahui lebih lanjut Vitamin C Shaklee yang di kenali sebagai SR Vita-C Plus.

Vitamin B

Vitamin B di kenali sebagai vitamin anti-stress atau vitamin penenang. Seperti yang diketahui, salah satu punca kemunculan jerawat di dahi, pipi dan dagu ialah disebabkan oleh stress.

Vitamin B juga sangat membantu dalam kelancaran peredaran darah, dan mambantu dalam metabolisme protein, lemak dan gula. Oleh yang demikian, Vitamin B diperlukan dalam proses penyembuhan jerawat.

Shaklee juga menawarkan vitamin B yang di kenali sebagi Vitamin B Complex untuk memudahkan pengambilan harian yang mencukupi.

Garlic

Garlic atau bawang putih merupakan antibiotik yang selamat dan semulajadi. Ianya selamat digunakan dalam jangka masa panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, tonsil, kulat, kuman dan virus. Di sebabkan antaran punca jerawat ialah kuman yang terkumpul, garlic sangat sesuai untuk menghalang kuman seterusnya menghalang pertumbuhan jerawat.

Garlic Complex adalah rangkaian suplemen yang di keluarkan oleh Shaklee bagi mereka yang tidak boleh mengambil bawang putih secara oral tetapi tetap mahukan khasiat bawah putih kepada tubuh.

Omega Guard

Selain daripada vitamin di atas, anda boleh mencuba Omega Guards Shaklee bagi mengurangkan masalah jerawat terutamanya jerawat batu kerana Omega mempunyai sifat anti-radang. Jerawat adalah tanda berlakunya radang kulit. Dengan pengambilan Omega Guards secara konsisten dapat mengurang dan menghilangkan kesan radang tersebut.






Klik gambar untuk konsultasi lanjut.





Continue Reading

Saturday, 30 December 2017

6 Punca Jerawat Yang Anda Benci dan Cara Mengatasinya


Apa?? Jerawat?
Masalah jerawat bukan sahaja di alami oleh wanita malah lelaki juga tidak terlepas dari masalah ini. Namun, kebiasaanya wanita lebih megambil berat perihal jerawat berbanding lelaki kerana jerawat boleh merosakkan mood seorang wanita. Jerawat juga boleh mengurangkan self-confident seseorang.

Jangan risau dan jangan stress. Sebelum itu, lihat apakah punca jerawat dan bagaimana jerawat berlaku supaya mudah untuk mencari cara mencegah dan mengubati jerawat.


Punca jerawat:



1. Kebersihan
- Kewujudan jerawat seringkali dikaitkan dengan masalah kebersihan kulit yang tidak di jaga dengan baik. Kekotoran yang terdapat pada kulit yang tidak dibersihkan dengan betul boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat. Kekotoran ini biasanya akan terkumpul di liang roma yang akhirnya menyebabkan liang roma tersebut tersumbat dan menyebabkan pembentukan bakteria.


2. Make Up berlebihan
- Kebanyakan wanita menjadi make up sebagai keperluan sebelum melangkah keluar dari rumah. Namun, make up secara berlebihan juga boleh menjadi salah satu punca kulit wajah ditumbuhi jerawat. Bahan kimia yang terdapat di dalam make up yang digunakan boleh menjadi faktor pertumbuhan jerawat. Apatah lagi sekiranya make up tidak dibersihkan dengan baik.

- Kesilapan dalam pemilihan produk kecantikan juga boleh menjadi faktor pertumbuhan jerawat. Oleh yang demikian, sangat perlu untuk mengetahui jenis kulit sebelum memilih produk kecantikan yang serasi.

3. Jenis kulit
- Hampir semua orang pernah ditumbuhi jerawat di dahi, dagu mahupun rahang. Ada juga sesetengah orang yang ditumbuhi jerawat di bahagian belakang badan. Orang yang memiliki kulit berminyak lebih berpotensi memiliki jerawat berbanding orang yang mempunyai jenis kulit yang normal dan kering. Orang yang memiliki kulit berminyak ini adalah disebabkan oleh sebum yang menghasilkan minyak secara berlebihan sehingga memudahkan debu dan kekotoran lebih mudah melekat pada kulit.

- Untuk itu jika memiliki jenis kulit berminyak sebaiknya memiliki kertas minyak untuk menyerap minyak berlebihan pada wajah agar tidak merangsang pertumbuhan jerawat pada wajah.

4. Hormon
- Setiap orang yang pernah memiliki jerawat bukan hanya kerana pengaruh produk kulit yang digunakan atau pun jenis kulit, tetapi ada juga yang disebabkan oleh hormon. Perubahan pada hormon yang di mulai ketika usia remaja boleh menyebabkan jerawat pada wajah kerana perubahan hormon ini juga boleh menggalakkan penghasilan minyak pada wajah meningkat sehingga kulit lebih berminyak. Kalenjar sebum menjadi terlampau aktif disebabkan perubahan hormon terutamanya ketika peringkat akil baligh. Ada pun perubahan hormon pada saat sebelum menstruasi menyebabkan punca jerawat.

5. Pemakanan
- Amalan pemakanan yang tidak sihat juga boleh menjadi faktor pertumbuhan jerawat. Makanan berlemak tinggi contohnya boleh menyebabkan punca jerawat kerana merangsang penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit.

6. Genetik
- Genetik selalunya memainkan peranan penting kerana ada sesetengah orang mempunyai jerawat yang banyak disebabkan liang romanya sangat sensitif dengan perubahan hormon dalam badan. Terutamanya ketika akil baligh(Puberty).


Bagaimana jerawat berlaku.

Secara dasarnya apabila kelenjar sebum mengeluarkan sebum yang banyak hingga membuatkan liang roma tersumbat. Kemudian kuman Propionibacterium pula memainkan peranan untuk menyebabkan peningkatan keratin di liang roma tersebut hingga menyebabkan masalah jerawat.

So dah tahu punca jerawat, jom baca cara nak atasinya.

Jerawat boleh dikurangkan dengan cara:

  1. Mencuci muka setiap hari. Terutamanya selepas berpeluh ataupun dibawah sinaran matahari. Ini kerana kalenjar sebum menghasilkan sebum yang banyak ketika itu. Akan tetapi jika basuh muka terlampau kerap juga akan menyebabkan kulit muka menjadi kering terutamanya jika menggunakan pencuci muka biasa
  2. Pencuci muka yang tiada sabun dan juga mempunyai pH 5.5 adalah lebih baik. Ini kerana ia boleh mengelakkan kulit daripada menjadi kering
  3. Mengelakkan kosmetik yang berasaskan minyak kerana ia boleh menyebabkan liang roma tersumbat
  4. Meminum air kosong yang mencukupi agar kulit sentiasa lembab




Klik gambar untuk konsultasi exclusive.

Continue Reading

Thursday, 21 December 2017

Thursday, 28 January 2016

Cinta Vitamin 50sen



Vitamin C Shaklee sentiasa menjadi pilihan ramai. Sebab apa? Sebab yang paling utama ialah M.U,R.A.H. Sebotol ada 180 biji dan boleh bertahan selama 6 bulan. Bayangkan sehari hanya memperuntukkan 50sen sahaja untuk mendapatkan manfaat Vitamin C. satu tablet manfaatnya seperti makan 7 biji limau. Sebiji limau boleh dapat tak dengan harga 50sen? Tak dapat kan.... Kat pasar pon tak dapat harga 50 sen sebiji limau tau. Apatah lagi 7 biji limau. 

Sebab kedua ialah sifatnya yang Sustain Release. Apakah maksudnya? Maksudnya ialah vitamin C ni boleh bertahan dalam badan selama 5 jam kerana ia di lepaskan setiap jam. So, selama tempoh 5 jam, badan kita akan dapat menikmati manfaat Vitamin C. 

Tetapi Vitamin C shaklee hanya 500mg berbanding jenama lain ada yang 1000mg. 
Ramai yang beranggapan, lebih tinggi kandungan vitamin C adalah lebih baik. Silap yer. Sebenarnya, berapa lama Vitamin C boleh berada dalam badan itulah yang terbaik. Kenapa? sebab pada satu-satu masa, badan kita hanya memerlukan kurang 100mg. Jadi ke mana lebihnya vitamin C yang tidak diserap oleh badan? Vitamin C yang lebihnya akan larut dan di buang melalui proses perkumuhan. Jadi, sangatlah rugi kalau Vitamin C yang kita makan di buang begitu sahaja kan. 

Pilihlah dengan bijak. Pilihan uols akan menentukan kesan vitamin C terhadap tubuh badan uols. Rasai dan nikmatilah kebaikan vitamin C kerana Vitamin C ialah vitamin asas yang diperlukan oleh badan.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Wednesday, 2 September 2015

Vitamin C dan daku berpisah tiada.

Poyo sangat aih tajuk entry hari ni. Hehe. Gambar berlatar belakangkan office. Nampak tak keobsesan Raiza terhadap vitamin C. Eheaheh... Memang vitamin C ada di mana-mana. Dah macam tonik pulak bila tak makan. Hahaha. Melampaukan.

Tapi serius memang rasa macam tu. Bila pandang cermin tengok muka mesti dok ingat dah makan vitamin C ke belum. Raiza suka ambik vitamin C untuk kesan kepada kulit. Now, dah tak kisah nak keluar rumah without make up even secalit bedak pon tak pakai.

Actually Raiza ambik kombinasi Vitamin C + Vitamin E untuk kulit bermaya. Tak maulah kulit putih melepak tapi tangan gelap pulak kan. Biar sekata orang kata. Maklumlah, Raiza ni kulit sawo matang. Dari lahir memang dah gelap. Mana mungkin boleh cerah macam Lisa Surihani pulakkan. Dapat kulit yang flawless cam ni pun dah seribu rahmat. Alhamdulillah. Memang puas hati dengan suplemen shaklee ni. Sangat serasi dengan Raiza. ;-)

Btw, uols dah start makan suplemen? Raiza dah menjengaj ke 3series so wajib ambik suplemen untuk menyokong kesihatan especially kulit. Tak mau kedut sebelum waktunya... Hahahhaa... Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan.




Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Monday, 31 August 2015

Vitamin C di mana-mana...



Haaa.... Nampak tak kegilaanku? Vitamin C ialah vitamin wajib saya setiap hari.
Tak sempat makan di rumah, boleh makan di dalam kereta. Botol air tupperware dan pillbox tu memang sentiasa di bawa. So, tiada istilah lupa ok. ;-)

Ada rakan saya tanya apa kesan yang saya dapat dengan pengambilan vitamin C Shaklee secara konsisten?
Sejujurnya, sudah pastilah kesannya kepada kulit. Kulit bebas jerawat. Kalau ada yang tumbuh pon ketika hormon tak stable time period macam tu. Tapi tidaklah tumbuh banyak. Adalah seketul camtu. Lagi? Kulit jadi lebih moist dan nampak sihat bermaya. Boleh meningkatkan tahap konfiden tau. Itu untuk luaran, of course la dalaman pon ada jugak kesannya tetapi jarang nak perasan. Cuma yang paling ketara melawaskan dan meningkatkan imunisasi badan.

Sebenarnya banyak lagi kesan dan manfaat Vitamin C terhadap tubuh badan kita. Seperti vitamin C membantu merangsang collagen. Vitamin C boleh mencerahkan kulit. Vitamin C mengelakkan gusi berdarah dan banyak lagi. Ini hanya sebahagian sahaja. So dah tahu kenapa saya gilakan Vitamin C? Cubalah, anda pasto akan jadi gila seperti saya... Gila sihat!


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Monday, 17 August 2015

Kesan Sampingan Vitamin C terhadap berat badan.

Assalammualaikum...

Dah makan Vitamin C pagi ni?
Vitamin C seringkali di kaitkan dengan kulit yang sihat.
Tetapi, tahukah anda yang Vitamin C juga ada kesan sampingan terhadap berat badan? Apakah kaitan Vitamin C dengan berat badan? Ok, jangan cepat melatah yer... Kesan sampingan Vitamin C terhadap berat badan ialah kesan yang baik. So, jangan risau ok.

Makan Vitamin C di pagi hari boleh meningkatkan metabolisme badan. Metabolisme adalah keupayaan badan untuk tukar makanan kepada tenaga. Bila metabolisme tinggi, berat badan akan mudah turun dan membantu dalam pembakaran lemak semasa senaman.

Satu kajian yang dijalankan di Arizona State University mengenai kehilangan berat badan mendapati, Vitamin C juga memainkan peranan dalam pembakaran lemak. Hasil kajian menunjukkan mereka yang mempunyai jumlah vitamin C yang cukup dalam badan mampu untuk bakar lemak 30% lebih tinggi berbanding mereka yang tak cukup pengambilan Vitamin C. Wow! 30% tu banyak jugak la kan. Jadi, ambil Vitamin C di pagi hari membantu untuk pembakaran lemak lebih efisen. Walaupun tak bersenam di waktu pagi, tapi kita ni lebih aktif di waktu siang berbanding malam kan. Otot-otot kita pun lebih banyak bekerja di waktu siang berbanding malam.

Bagaimana Vitamin C boleh Membakar Lemak?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana vitamin C boleh bakar lemak? Macam pelik je kan. Artikel yang ditulis dari Oregon State University menceritakan tentang kepentingan Vitamin C untuk pengeluaran carnitine, iaitu sejenis molekul yang menggerakkan lemak ke dalam sel-sel untuk ditukar menjadi tenaga. Carnitine adalah bahan yang dihasilkan dalam hati dan buah pinggang dan disimpan di dalam otot rangka, jantung, otak dan sperma. Vitamin C yang cukup perlu bagi sintesis carnitine dan pembakaran lemak. Dengan kata lain, vitamin C akan mengaktifkan carnitine. Jadi kalau lah susah sangat nak turun berat badan, atau dah cuba macam-macam cara, cuba lihat corak pemakanan anda. Adakah cukup pengambilan vitamin C seharian mengikut keperluan badan anda.

Jadi, jika mahukan makanan yang di makan di tukar menjadi tenaga, amalkan pengambilan vitamin C di awal pagi. Barulah dapat berat ideal yang diidam-idamkan.

Bagaimana ingin memastikan Vitamin C cukup dalam badan?

Cara paling mudah adalah melalui pengambilan supplement. Saranan terbaik adalah Vitamin C SR Shaklee yang lengkap dengan teknologi sustained release (memastikan vitamin kekal selama 5 jam dalam badan secra peringkat demi peringkat). Ini kerana jika dalam bentuk supplement, sukatan vitamin adalah mengikut USRDA iaitu cukup untuk keperluan badan seharian. Boleh amalkan juga makan buah-buahan sitrus yang kaya dengan Vitamin C. Walaubagaimanapun perlu di ketahui Vitamin C mudah hilang disebabkan faktor haba.

Vitamin C SR Shaklee mengandungi 180 biji dalam 1 botol. Tahan sehingga 6 bulan penggunaan.




Bacaan lanjut :
25 Kebaikan Vitamin C untuk kulit.
25 Sebab kenapa Vitamin C tergolong dalam vitamin wajib!
12 Testimoni Vitamin C yang anda takkan percaya!
Tidak perlukan suntikan lagi.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Friday, 12 June 2015

12 Testimoni SR Vita C yang anda takkan percaya!

Testimoni pengguna SR Vitamin C yang berpuas hati.
Mahu tak puas hati?
Dapat kulit halus mulus tanpa jerawat dan jeragat, haruslah puas hati kan.. hehe

Jom baca!








Pesakit gastrik juga boleh consume. Insha Allah selamat.
Lompat bintang. Horay!


Kombinasi terbaik untuk masalah jerawat dan parut.

Memang kombinasi terbaik!


Amboi kak, mulus nya kulit. I is jeles. Ahak.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Tuesday, 2 June 2015

3 Peranan Vitamin C untuk kulit.




Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Friday, 1 May 2015

Perbezaan Vitamin C Shaklee



Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita untuk setiap jam.



Ini maknanya bila kita ambil sebiji vitamin C Shaklee..badan kita tidak terus menerima 500mg vitamin C..Sebaliknya ia akan dilepaskan sedikit sedikit iaitu 100mg untuk setiap jam.
Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi.

Jadi ianya terpelihara dan badan anda menerima bekalan vitamin C yang cukup setiap hari.


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading