Showing posts with label Tahukah Anda?. Show all posts
Showing posts with label Tahukah Anda?. Show all posts

Saturday, 23 December 2017

Matlamat?



Disember akan berakhir lagi 2 minggu. Dah tetapkan matlamat untuk 2018 ke? 


Raiza dah set siap-siap. Penting tau tetapkan matlamat ni supaya kita tidak lost track. Bila agak-agak dah jauh tersasar tu, buka semula goal list kita. So bolehlah on track semula.


Tahun 2018 bakal bermula. Biasanya, pada awal tahun, orang ramai akan mula bercerita tentang azam baru. Apa yang mereka mahu capai dalam tahun baru ini dan apa perubahan yang mahu mereka lakukan.

Apakah maksud azam?
Azam ialah matlamat yang ingin dicapai.

Apakah pula maksud matlamat?
Matlamat secara ringkasnya bermaksud sesuatu yang ingin dicapai. Selalunya, ia akan melibatkan penggunaan masa dan usaha yang bersungguh-sungguh. Sebenarnya, anda menggunakan matlamat setiap hari. Contohnya, anda ingin ke shopping mall membeli baju. Jadi, baju adalah matlamat anda pergi ke shopping mall. Anda hendak pergi ke sungai untuk memancing. Jadi memancing adalah matlamat anda pergi ke sungai. 

Contoh di atas itu adalah contoh matlamat yang mudah. Anda tidak perlu berfikir panjang untuk menetapkan matlamat tersebut. Anda juga tidak perlu bersusah payah untuk mencapai matlamat anda. Jika matlamat anda adalah memancing di sungai, anda cuma perlu pergi ke sungai dan memancing, kemudian pulang ke rumah. Mudah sahaja matlamat itu terlaksana.

Bagaimana jika anda ubah sedikit matlamat anda. Katakan, anda ingin pergi ke sungai, memancing dan dapatkan lima ekor ikan. Tentu matlamat ini akan jadi lebih mencabar bukan? Apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai matlamat baru ini?

Jelas sekali, anda tentu perlu fikirkan peralatan yang perlu di bawa untuk anda mencapai matlamat tersebut. Anda juga perlu fikirkan tips untuk mendapatkan ikan. Kalau selama ini anda hanya melepaskan pancing dan tunggu, perlukah anda mendapatkan info di kawasan manakah yang terdapat banyak ikan?

Persoalan yang timbul ini adalah disebabkan anda mempunyai matlamat yang jelas. Anda tahu apa yang anda mahukan. Matlamat ini semua memerlukan anda untuk berfikir dengan lebih kreatif. Anda juga perlu bersedia untuk membuat perubahan dan sanggup berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh.

Apakah faedahnya matlamat ini?
Setiap ekor ikan yang anda dapat, boleh di jual seterusnya boleh memberikan anda pendapatan tambahan ataupun anda boleh makan sendiri ikan-ikan tersebut dan anda dapat menjimatkan duit belanja anda untuk membeli bahan mentah. Faedah-faedah ini anda yang tentukan. Anda boleh memilih faedah apa yang anda inginkan daripada matlamat yang telah anda tetapkan.

Sudah tetapkan matlamat anda?
Silalah tetapkan matlamat anda supaya anda lebih jelas dengan apa yang anda inginkan sepanjang 2018 ini. Jika matlamat ini tidak berjaya dicapai, sekurang-kurangnya anda telah berusaha untuk mencapainya.  




Klik gambar untuk konsultasi lanjut mengenai suplemen.




Continue Reading

Sunday, 9 August 2015

8 PETUA KURANGKAN ALAHAN HAMIL



[8 PETUA KURANGKAN ALAHAN HAMIL]

1. Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Ambil pil zat besi sebiji sehari bersama vitamin C. Vitamin C membantu penyerapan zat besi. Banyakkan pengambilan sayuran warna hijau tua yang kaya dengan zat besi.

2. Amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu malam - optional), ambil semasa perut masih kosong. Pastikan ibu hamil tidak mengambil apa-apa minuman/makanan setengah jam selepas minum madu. Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang memainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh. Manakala zat besi pula merupakan komponen esensial daripada hemoglobin. Hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan menyebabkan pening/mabuk.

3.  Minum air 100 plus, pastikan ibu hamil buang gasnya dulu. Buka penutup dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Air yang dingin ini boleh minum begitu saja, atau bekukan dalam freezer (dalam ice cube tray). Bila ibu hamil rasa nak muntah/loya, ambil seketul dan hisap. Rasa sejuk akan buat mulut/tekak sedikit kebas, jadi rasa loya akan berkurangan. 100 plus juga mampu menggantikan cecair dan seimbangkan garam-garam galian dalam badan yang hilang akibat muntah.

4. Buah pala penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam.

5. Amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Insya Allah, mabuk akan kurang (memang berkesan!)

6. Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum direndam dalam air teh.

7. Ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.

8. Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu teh gula. Minum waktu sahur.Insya Allah rasa loya tekak akan hilang.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Sunday, 22 March 2015

Khasiat Prun yang mungkin anda tidak tahu.



TAHUKAH ANDA?

Selain dari agen penghadaman yang baik, juga mampu menguatkan tulang.
Kajian penyelidik Universiti Oklahoma State mendapati plum kering mampu melindungi tulang dari rapuh akibat tahap estrogen yang menurun.

Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Nutrition tahun 2010 juga mendedakan plum kering atau prun berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan kolesterol serta snek yang hebat.



Sumber : I-sihat April 2015


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Saturday, 21 March 2015

Rendahkan paras kolesterol secara semulajadi



TAHUKAH ANDA?

Bawang putih berupaya merendahkan paras kolesterol. Bukan intu sahaja tau, bawang putih juga mencegah pembekuan darah, mengurangkan tekanan darah dan mencegah jangkitan.


Kajian terbaru mendapati bawang putih membantu menghalang arteri tersumbat pada peringkat paling awal dengan mengelakkan partikel kolesterol melekat ke dinding arteri.

Caranya, ambil sahaja 2-4 ulas bawang putih sehari.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Wednesday, 18 March 2015

18 Manfaat Zinc yang perlu anda tahu!



💊Diabetes : Membantu menghasilkan pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.


💊Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zinc berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau acne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

💊Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zinc di dalam badan. Zinc memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

💊Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu, zinc juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

💊Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan penyembuhan luka menjadi lambat. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

💊Gangguan Prostat: Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zinc setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat. 

💊Hilang berat badan: Zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

💊Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

💊Pembiakan: Bagi lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

💊Fungsi Biologi: Zinc memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

💊Jangkitan: Zinc membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
💊Antioksidan: Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

💊Aturan Enzim: Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zinc.

💊Kanser: Bagi lelaki, zinc memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

💊Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zinc. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zinc.

💊Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zinc. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zinc, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zinc akan membantu mencegah keguguran rambut.

💊Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zinc perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

💊Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zinc akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zinc dan akan memperbaiki penglihatan mata.


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Wednesday, 15 October 2014

Tahukah anda ESP Shaklee sesuai untuk wanita yang ingin hamil?



Bagaimana ESP Shaklee membantu wanita untuk hamil?

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai sel, organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia.

Sel yang sihat membantu proses yang berkaitan dengan persenyawaan antara sperma dan ovum. 

ESP kaya dengan protein yang di ekstrak dari kacang soya (Non-GMO). Oleh yang demikian, ESP Shaklee membantu pembentukan sel sperma dan ovum yang sihat.



Gabungan antara ESP dan GLA Complex dapat meningkatkan peratusan untuk hamil. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ESP boleh klik di sini.


Tip untuk hamil
  • Elakkan terlalu berharap
  • Sentiasa positif
  • Berusaha dan jangan putus asa
  • Pantau diet harian
  • Doa

 Buy Now


Kehabisan stok? 
Jangan bimbang. Contact saya untuk Pre-Order. Anda akan di hubungi sebaik sahaja stok available.

Anda inginkan penjimatan yang lebih banyak? Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Setiap pembelian ESP, akan menerima resepi ESP dari Cinta Health hanya untuk anda. 



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Friday, 29 August 2014

Tentang Kalsium



Sumber kalsium di dalam tubuh kita di dapati melalui 2 cara iaitu :-
  • dari makanan yang kita makan
  • dari dalam tubuh kita sendiri apabila kita tidak fulfill cara 1

 TAHUKAH ANDA?

Tubuh badan akan mengambil kalsium yang di simpan di dalam tulang dan gigi untuk kegunaan badan sekiranya pengambilan kalsium melalui makanan harian tiada atau kurang.

Disebabkan itu, ramai ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka mengadu mengalami kerosakkan gigi, rasa sakit pinggang, sendi dan lenguh-lenguh.. BEWARE..anda mungkin sedang menggunakan kalsium simpanan hari tua anda.

Dipetik dari Harvard Health Publication

PASTIKAN :

Jika anda sedang mencari supplement calcium, pastikan ia mengandungi magnesium! Kenapa?
  • Magnesium ada mineral yg sukar utk disimpan didalam tubuh
  • Magnesium bantu menyerap calcium dan mengekalkannya di dalam tubuh
  • Magnesium bertindak dengan baik bersama calcium utk membina matrix tulang anda yg kuat dan kukuh (utk mengelakkan kerapuhan)
  • Magnesium dan calcium bergabung memberikan kesihatan yg lebih baik pada sistem cardiovascular anda Magnesium dan calcium bergambung membantu mengatasi
  • masalah insomnia, ia memberikan anda tidur yang lena

Jangan lupa, lengkapkan calcium supplement anda dengan vitamin D! Kenapa?
  • Vitamin D memaksimakan penyerapan calcium didalam tubuh
  • Vitamin D juga membantu regulate calsium didalam peredaran darah


Carilah  supplement kalsium dari sumber calcium citrate kerana kadar penyerapan kedalam tubuh lebih tinggi.


Tak tahu mana cari Kalsium yang mempunyai ciri-ciri di atas? Semuanya terdapat didalam Shaklee Ostematrix!



Berminat? Contact saya untuk konsultasi percuma.
SID : 926943
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Wednesday, 23 April 2014

Ubat paling mujarab.... C.I.N.T.A



Cinta Akan Membuat Anda Terus Hidup

Sudah banyak penyelidikan saintifik yang mengesahkan kuasa cinta dan kasih sayang dalam membantu anda untuk kekal sihat, hidup lebih lama dan rasa lebih gembira. Mengapa?

Mengikut pakar-pakar, cinta boleh:
  • Mencegah penyakit.
    Mereka yang bahagia dalam perkahwinan mempunyai risiko lebih rendah terhadap penyakit kardiovaskular, pneumonia dan kanser.
  • Mengurangkan kesakitan.
    Perkahwinan boleh memberi kelegaan terhadap artritis rheumatoid (RA), sakit kepala dan sakit belakang malah kesakitan dari kejutan elektrik.
  • Menurunkan tekanan darah.
    Pelukan boleh menurunkan bacaan tekanan darah wanita dengan cepat.
  • Menghilangkan kemurungan.
    Hubungan jangka panjang membuatkan kurang berisiko untuk menjadi murung, cemas atau membunuh diri.
  • Memberi anda rasa keseronokan semulajadi.
    Para saintis di New York baru-baru ini telah mengesahkan rasa keseronokan yang anda rasai ketika jatuh cinta adalah serupa dengan kesan dadah kokain – tetapi ianya adalah murah, tidak bahaya dan memang sah di sisi undang-undang.




Continue Reading

Tuesday, 17 December 2013

Tahukah Anda? : Perokok Lelaki Kurang Sperma





LONDON: Lebih dua setengah juta lelaki di Britain menghadapi risiko tinggi kurang subur dengan meneruskan tabiat merokok, pengambilan minuman keras, dan makan terlalu banyak.

Doktor berkata, lelaki perlu memulakan gaya hidup lebih sihat untuk meningkatkan peluang mereka memiliki anak.

Satu tinjauan mendedahkan angka lelaki yang mempunyai bilangan sperma rendah begitu mengejutkan.

Akhbar Daily Mail melaporkan, penyelidik sudah menemui peningkatan bilangan lelaki yang dirawat kerana masalah kesuburan, sesuatu yang sebelum ini dianggap sebagai masalah wanita.

Di kalangan pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, anggaran 40 peratus kes disebabkan pasangan lelaki.

Pakar mendapati kualiti dan kuantiti sperma lelaki menurun dan menjangkakan dalam masa sedekad lagi, satu dalam setiap tiga pasangan akan memerlukan rawatan kesuburan.

Beberapa kajian lain menunjukkan purata kadar sperma menurun lebih separuh.

Puncanya masih belum diketahui walaupun pakar mengesyaki faktor gaya hidup seperti alkohol dan penggunaan dadah, kurang bersenam dan kegemukan menyumbang kepada masalah itu. – Agensi

Faktor lain termasuklah pencemaran, penggunaan racun serangga dan hormon wanita dalam bekalan air minum.

Tinjauan oleh doktor Britain dan pesakit mereka mendapat sembilan peratus lelaki Britain iaitu 2.5 juta berdepan masalah bilangan sperma rendah.

Hampir separuh doktor - 44 peratus - mendakwa merokok ialah punca utama, menurut tinjauan yang dilakukan bagi Kesatuan Penjagaan Kesihatan Norwich.

Hampir satu bagi setiap 10 berkata, pengambilan alkohol menjejaskan bilangan sperma walaupun sebelum pengenalan perubahan lesen yang akan membawa kepada tempoh minum lebih panjang.

Dua daripada tiga doktor mahukan orang awam lebih menyedari isu itu tetapi 90 peratus berkata mereka tidak mempunyai masa membuka klinik kesuburan lelaki atau perkhidmatan seumpamanya.

Dr Ann Robinson berkata, tinjauan itu adalah satu amaran kepada penduduk muda Britain.

"Gaya hidup ialah sumbangan terbesar kepada kesihatan dan kesuburan lelaki cuma satu bidang yang terjejas oleh gaya hidup tidak sihat.

"Keputusan ini amat memeranjatkan dan sepatutnya menjadi alat penggera kepada lelaki dan wanita supaya menyedari minum dan merokok terlalu banyak boleh menjejaskan kemampuan memiliki keluarga," katanya.

Sumber : Laman Kesihatan

_______________________________________________________
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.
Continue Reading