Showing posts with label Nutriferon. Show all posts
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts

Tuesday, 2 February 2016

Kempen 1 Rumah 1 Kotak : Askar




Kempen 1R1K (1 Rumah 1 Kotak) Nutriferon

Cara semula jadi mantapkan perisai tubuh. Nutriferon bertindak sebagai immune booster bagi menggalakkan sistem antibodi badan berkerja sendiri untuk melawan penyakit.

Atau dengan bahasa mudahnya, nutriferon ni bertindak sebagai askar yang bagitahu polis untuk tangkap pencuri. Camtulah lebih kurang perumpamaan secara mudahnya. Kalau tak de pencuri, askar ni tadi sentiasa berjaga-jaga.

Syok jugak kalau dalam badan kita ada askar tolong jaga kan.... wink emoticon




Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Monday, 1 February 2016

Kempen 1 Rumah 1 Kotak : Al Kisah Nutriferon



Alkisah Nutriferon Shaklee.

Saya bermula dengan shaklee melalui Nutriferon inilah 3 tahun yang lepas. Mencari penawar batuk
yang berpanjangan di kalangan ahli seisi rumah yang tidak berkesudahan ibarat seperti sumpahan di dalam rumah. Mana tidaknya, dari seorang ahli berjangkit kepada seorang ahli berulang-ulang.

Ubat jangan cakaplah. Berbotol-botol ubat batuk, berjenis-jenis antibiotik dari berjenis-jenis klinik tidak menampakkan hasilnya. Jangankan ubat klinik, farmasi semua pon bedal. Sampaikan kuman batuk itu sendiri dah immune agaknya.....

Berbulan-bulan tak kebah-kebah. Sampailah ikhtiar terakhir rasanya sebelum ke klinik pakar. Risau juga, takut-takut penyakit serius yang menyerang....

Alhamdulillah, melalui sekotak Nutriferon inilah menemui penawar sumpahan batuk yang tidak berkesudahan itu. Setiap hari 1 sachet seorang akhirnya berjaya melawan virus batuk tersebut.

Siapa sangka, Nutriferon ini yang bertindak sebagai IMMUNE BOOSTER secara semulajadi mampu melawan virus yang sudah berumah-tangga berbulan-bulan lamanya......



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Wednesday, 13 August 2014

Kegigihan seorang Ibu ~





Beberapa hari yang lepas, saya terima panggilan dari seorang ibu yang bertanyakan mengenai Nutriferon. Anak kecil beliau baru berusia setahun empat bulan tapi asyik mengulang hospital. Sehingga tarikh beliau menelefon saya, dah 7 kali keluar masuk hospital di sebabkan demam dan selsema sehingga asma dan jangkitan paru-paru.

Beliau telahpun berhenti kerja untuk menjaga anaknya di sebabkan kekerapan beliau bercuti kerana kesihatan anaknya yang sering merosot.

Yang buat saya terharu, apabila di kala hujan yang masih bersisa dengan sebelah tangan mendukung si kecil dan sebelah lagi memegang payung mengetuk pintu rumah saya untuk mendapatkan Nutriferon. Stok Nutriferon saya hanya ada sekotak di office. Melihatkan kegigihan beliau, saya berikan 3 sachet yang ada dalam simpanan saya untuk beliau berikan kepada anaknya sementara saya mengambil stok yang ada keesokan harinya.

Dan hari ini, selepas dua hari saya bertemu beliau kembali.

"Kak Iza, anak saya dah tak demam lepas beberapa kali bagi Nutriferon. Alhamdulillah... Akhirnya Allah sembuhkan anak saya kak. Dah tak larat saya ulang alik hospital"

"Selama ni saya tak tahu ada Nutriferon. Saya memang pengguna Shaklee.. "

Maknanya...... saya belum cukup menyebarkan kebaikan Shaklee kepada mereka yang memerlukan. Maafkan saya...



Ingin lagi jimat? Mari segera contact saya...
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Thursday, 4 July 2013

Manfaat puasa kepada tubuh


Lemak yang digunakan sebagai sumber tenaga membantu menurunkan berat badan. Ia mengekalkan otot dan merendahkan paras kolesterol. Penurunan berat badan sangat berkesan mengawal diabetes dan mengurangkan tekanan darah.

Proses detoksifikasi juga berlaku kerana toksin yang disimpan di dalam tubuh dilarutkan dan disingkirkan daripada tubuh. Pengambilan makanan dan minuman yang seimbang penting sewaktu berpuasa. Buah punggang berkerja dengan sangat efisien dalam mengekalkan cecair dan mineral tubuh seperti garam dan kalium. Bagaimanapun, ia boleh hilang melalui perpeluhan.
- Dr. Razeen Mahroof, Pakar Bius, Universiti Oxford.


Saranan pengambilan produk Shaklee di bulan Puasa

Waktu Bersahur :
ESP Soy Protein + Performance Drink - Dapat mengekalkan tenaga di siang hari.

Apa sahaja juadah yang anda suka. Sebaiknya ambil dalam kuantiti yang sedikit.

Waktu Berbuka :
Kurma
ESP Soy Protein + Performance Drink -  Dapat memberikan tenaga tambahan untuk menunaikan solat terawikh.
Alfalfa - untuk proses detoksifikasi tubuh.

Apa sahaja juadah yang anda suka.

Sebelum tidur :
ESP + vitamin lain (Vita-Lea, B-Complex, Vita C, Nutriferon) - Untuk meningkatkan sistem imun bagi mengelakkan penyakit seperti batuk, demam dan selsema.



Continue Reading

Monday, 1 July 2013

Ramadhan bulan nyah toksin


Info : i-sihat

Ramadhan adalah bulan untuk nyah toksin. Ambil kesempatan bulan ramadhan untuk membuang toksin bersama Shaklee. Seperti yang kita tahu, toksin adalah merupakan racun yang terhasil melalui proses biologi menurut wikipedia

Punca- punca toksin 
  • sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya
  • pemakanan ubat-ubatan kimia
  • merokok
  • pengambilan minuman keras 
  • pemakanan yang tidak seimbang

Masalah utama bagi rakyat Malaysia ialah pemakanan yang tidak seimbang mengikut gizi makanan. Manakan tidak, Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan budaya yang menzahirkan corak pemakanan yang berbeza bagi setiap kaum. Belum lagi makanan-makanan mengikut negeri-negeri yang ada di Malaysia. Ada yang gemar makanan manis, ada juga yang gemarkan makanan yang berlemak. Secara tidak langsung, corak pemakanan ini menghasilkan toksin di dalam badan.

Supplement tambahan yang di cadangkan ketika Ramadhan ialah :-

  • Nutriferon
  • Performance Drink
  • ESP
  • Alfalfa
  • Vitalea
  • B-Complex
  • Chewable Vit C

Jangan bimbang, bukan semua di atas yang anda perlukan. Untuk konsultansi dan harga jimat boleh hubungi saya.

PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading