Showing posts with label Anemia. Show all posts
Showing posts with label Anemia. Show all posts

Sunday, 29 March 2015

Bahaya kekurangan protein





Para saintis mendapati kekurangan protein yang berlarutan boleh menyebabkan:

  • anemia
  • penyakit buah pinggang
  • penyakit hati
  • ulser peptik
  • Penglihatan kurang baik
  • Peredaran darah kurang baik
  • Kolesterol yang tinggi
  • Gula darah yang rendah (hipoglisemia)
  • Tekanan darah rendah
  • Saraf tidak stabil
  • Luka lambat sembuh
  • Mudah mendapat jangkitan
  • Kelesuan
  • Retensi air
  • Kerencatan akal di kalangan kanak-kanak

Recommended Daily Allowance - RDA yang dicadangkan untuk :
  • lelaki biasa 56g
  • wanita biasa 44g
  • lelaki yg bekerja sebagai buruh kasar 115 - 189g (bergantung pada banyak faktor seperti cuaca, berat kerja, faktor tubuh dan diet dll)




Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Sunday, 16 February 2014

Cara atasi Anemia

Anemia atau biasa disebut kurang darah adalah keadaan yang mana darah memilki kekurangan sel darah merah atau hemoglobin. Hemoglobin ialah bahagian sel darah merah yang mengandungi zat besi. Keadaan ini menjejaskan pengaliran oksigen dalam tubuh menyebabkan kelesuan, kelelahan dan membuatkan pengidapnya kelihatan pucat.

Beberapa penyebab anemia:
  • kemusnahan sel darah merah yang terlampau agresif – sel darah merah membentuk sel2 yang abnormal yang dipanggil sel sabit atau sel sickle
  • kehilangan darah yang banyak – dari kemalangan, kecederaan, tumpah darah atau darah haid yang terlampau banyak
  • badan yang kurang menghasilkan sel darah merah – badan yang kekurangan nutrisi


Kekurangan nutrisi yang menyebabkan anemia
  • Zat besi
  • Asid folik
  • Vitamin B12


Satu cara untuk memastikan anda menghidap anemia ialah melalui ujian darah.

Apakah supplement yang boleh membantu?







Vita-Lea Iron Formula

Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat ini. Kebiasaannya mereka yang mengalami anemia jenis ini ialah dari kalangan kanak-kanak di bawah 2 tahun, remaja perempuan (yang sudah datang haid), wanita hamil dan warga emas. Faktor yang menyebabkan kekurangan zat besi ialah kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian, atau badan kurang berupaya menyerap zat besi kerana diet yang tidak betul.

Vita-C 500mg Sustained Released

Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi.Kajian menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak.Vitamin C sustained released dilepaskan secara perlahan-lahan untuk membekalkan vitamin C yang secukupnya kepada tubuh. Ini kerana Vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamun C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren.

B Complex

Asid folik membantu mengawal dan mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan asid folik. Vitamin B12 mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B12.
Vitamin B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah.







Ingin lagi jimat? Mari segera contact saya...
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Saturday, 15 February 2014

MAKANAN SEIMBANG ELAKKAN ANEMIA



Anemia atau masalah kurang darah bukan perkara asing dalam masyarakat kita.
Secara mudahnya, anemia bermakna kekurangan sel darah merah. Darah boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:

1.       Sel darah merah.
Sel darah merah pula meliputi hemoglobin (protein yang kaya zat besi dan berwarna merah). Tugasnya ialah membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara.
2.       Sel darah putih
Sel darah putih berfungsi sebagai sistem pertahanan menentang kemasukan bahan asing ke dalam badan.
3.       Platlet dan plasma
Platlet pula penting untuk menghentikan pendarahan apabila luka.


TANDA-TANDA ANEMIA
Apabila seseorang itu mengalami tanda seperti tersebut:
ü  masalah kulit pucat,
ü  degupan jantung pantas,
ü  cepat letih,
ü  sesak nafas,
ü  sakit dada,
ü  kerap berasa pening,
ü  sejuk dan kebas,
 Cuba jelirkan lidah dan lihat warnanya. Adakah ia jauh lebih merah berbanding lidah ahli keluarga yang lain? Sekarang cuba perhatikan bahagian bawah mata dan tangan. Adakah ia berwarna pucat? Jika sebahagian atau semua tanda di atas ada, anda mungkin mengalami masalah anemia.



Bagaimana Anemia Boleh Terjadi?????
Ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya:
Ø  Badan kurang menghasilkan sel darah merah
Ø  Kehilangan terlalu banyak darah atau kadar kemusnahan sel darah berlaku lebih cepat daripada penghasilannya.

FAKTOR PENYEBAB ANEMIA
a) Kurang Penghasilan Sel Darah Merah Yang Disebabkan:
·         Masalah kekurangan zat besi
·         Kehilangan darah
·         Keracunan logam.
·         Gangguan pada sumsum tulang (myelodyspasia).
·         Penyakit kronik (kerosakan buah pinggang, kanser, artritis reumatoid, Sistemic Lupus Eritematosus, SLE) yang merencatkan fungsi sumsum tulang.
·         Penyakit haemofilia
b) Kemusnahan Sel Darah Merah Luar Biasa (Hemolisis)
Iaitu sel darah merah pecah dengan sendiri. Jika kemusnahan sel darah merah berlaku lebih cepat berbanding penghasilannya, individu itu akan mengalami masalah anemia. Hemolisis boleh disebabkan penyakit seperti:
c) Talassemia
d) Kekurangan enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase (G6PD).
e) Auto imun hemolitik
f) Penyakit sel sikel (masalah yang diwarisi)


MASALAH SEL DARAH MERAH:
ü  Leukemia
ü  HIV
ü  Neutropenia

CARA UNTUK MENGELAK ANEMIA
Secara asasnya, pemakanan harian seimbang iaitu yang cukup sukatan sayur dan sumber protein. Ia penting kerana pemakanan yang seimbang mampu mengatasi masalah kekurangan darah. Maknanya, seseorang itu akan dapat zat besi, vitamin B12 dan folat mencukupi. Seterusnya, pengambilan zat besi. Zat besi boleh diperoleh daripada sayur-sayuran hijau (juga kaya dengan folat), daging merah dan organ (seperti hati).

Daging merah dan organ dalaman juga tidak diambil berlebihan, terutama bagi individu yang ada masalah jantung dan paras kolesterol tinggi, kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati.

Kesimpulan
Anemia bukan penyakit, tetapi satu masalah yang boleh mengganggu tugas harian. Orang yang mengalami masalah anemia cepat berasa letih dan tidak boleh bergiat dalam aktiviti cergas. Amalan pemakanan seimbang dan kaya zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kurang darah.


Sumber Maklumat: Harian Metro, Utusan Malaysiadan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Apakah supplement yang boleh membantu?
Klik di sini untuk mengetahui suplement yang sesuai untu ANEMIA.


Continue Reading