Showing posts with label Tips Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kecantikan. Show all posts

Saturday, 6 January 2018

10 Kesan Kurang Minum Air Masak Setiap Hari Yang Ramai Terlepas Pandang

Foto Kredit: Readers Digest
“Malaslah nak minum air kosong. Malas nak pergi toilet….”
Walaupun cuaca panas melanda negara ketika ini, masih ramai yang kurang minum air dan tidak peka dengan keperluan tubuh badan. Ada juga yang mengurangkan minum air untuk mengelakkan kekerapan ke tandas.

Dalam keadaan panas terik kita lebih gemar memilih air manis berbanding air masak. Apatah lagi air manis yang sejuk. Air masak selalu dipandang sepi.

Sebenarnya tubuh badan seorang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memastikan tubuh badan berfungsi dengan baik.

Berapa literkah sehari perlu anda minum air masak? Cara paling mudah untuk mengetahui isipadu yang perlu diminum setiap hari ialah melalui berat badan seseorang.

Setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air. 
Contohnya berat 50 kg.
25 kg = 1 liter
50 kg = 50/25 = 2 liter

Apabila kurang minum air, masalah kesihatan akan mula datang. Jom baca kesan dari kekurangan air dalam tubuh:-

Kredit Foto : Starberita

1. Masalah Pencernaan.

Dinding usus adalah complex dan mengandungi 80% ketebalan lapisan air. Kekurangan air boleh menyebabkan masalah pencernaan. Apabila kurang air dalam badan, sisa perkumuhan akan bertukar menjadi pepejal yang mana sukar untuk dikeluarkan sehingga menimbulkan masalah lain seperti sembelit dan buasir.

Oh! Sakitnya.

2. Radang sendi 

Jika kurang minum air, fungsi badan menjadi kurang efisyen.

Badan mudah terasa lenguh dan sengal sendi setiap kali membuat pergerakan yang berat seperti berlari dan melompat.

Ini berlaku kerana tulang rawan di setiap sendi adalah terdiri dari sekitar 80% cecair . Tulang rawan sendi memiliki permukaan yang halus, dan perlu sentiasa memiliki pelincir untuk memudahkan pergerakan. Kurang minum air akan megakibatkan kekurangan pelincir pada sendi menyebabkan terjadi geselan antara sendi. Sendi yang sentiasa bergesel akan mengakibatkan terjadinya arthritis atau radang sendi.

3. Tekanan Darah Tinggi

Kurang minum air menyebabkan beberapa pembuluh kapilari darah tertutup menyebabkan darah tidah dapat bergerak dengan sempurna ke beberapa bahagian. Ini mengakibatkan terjadinya tekanan darah tinggi.


4. Kulit Kering dan Tidak Bermaya

Kekurangan air akan meyebabkan kulit menjadi kusam, kering, kasar dan tidak bermaya. Kulit kering ini apabila dipegang terasa kasar. Kulit pun menjadi kurang anjal apabila ditekan. Lebih teruk kalau ianya mula mengelupas.

Kulit yang kering menyebabkan mudah berkedut dan timbul garisan halus terutamanya di bahagian muka. Kalau dibiar berterusan, tentulah menyebabkan anda kelihatan lebih tua daripada usia yang sebenarnya.

Oh tidak!

5. Pening dan Sakit Kepala

Otak mengandungi 75% cecair. Kekurangan minum air masak boleh mengakibatkan bekalan air ke kepala juga menjadi kurang. Ini akan membawa kepada masalah pening dan sakit kepala seperti migrain.


6. Sakit Ketika Membuang Air Kecil

Oh Sembelit! Takutnya!

Selepas makan dengan banyak, perut akan memproses untuk perkumuhan. Apabila kurang air dalam badan, sisa perkumuhan akan bertukar menjadi pepejal yang sukar untuk dikeluarkan.

Usus akan menjadi luka dan berdarah. Apabila ini berlaku, lebih terdeda kepada jangkitan kuman.

7. Mudah Mengantuk dan Letih

Adalah menjadi kebiasaan kita akan lebih mengantuk di siang hari ketika di bulan ramadhan. Ini berlaku disebabkan kekurangan air yang menyebabkan kesegaran tubuh hilang. Maka terjadilah masalah mudah mengantuk.

Apabila air kurang dalam badan, oksigen juga akan kurang mengalir dalam badan.
Ini menyebabkan badan cepat letih dan kurang stamina.

8. Dehidrasi

Dehidrasi adalah kesan paling ketara apabila kurangnya pengambilan air kosong. Antara tanda-tanda dehidrasi ialah bibir yang kering merekah dan berdarah, keletihan, kehausan yang amat sangat, hilang nafsu makan, hilang daya tumpuan.

Lebih kronik, dehidrasi boleh menyebabkan anda mengalami halusinasi.

9. Lambat Sembuh

Kerap kencing apabila banyak minum air adalah sesuatu yang bagus.

Badan sebenarnya sedang membuang toksin daripada badan. Lebih banyak toksin akan terkumpul dalam badan jika anda kurang minum air. Lebih kerap anda kencing, lebih banyak toksin yang dapat disingkirkan.

Apabila anda terkena penyakit seperti demam, ia akan berlarutan kerana panas dalam badan sukar dikeluarkan akibat kurang air.


10. Cepat Lapar

Bagi yang sedang ‘diet’, pastikan anda minum air kosong dahulu sebaik timbul rasa lapar.
Kenapa?

Apabila badan kurang air, ia memberi tindak balas pada badan dan menyangka anda perlukan makanan. Namun, hakikatnya badan anda memberikan isyarat kurang air.

Apabila anda makan, badan perlu melakukan kerja berlebihan dan anda mudah letih.
Lebih teruk lagi apabila berat badan mula bertambah. Oh, tak nak!!

Tahukah anda?

Sebenarya minum air masak selepas bangun tidur boleh menyeimbangkan sistem buah pinggang. Selain daripada itu, minum air masak juga boleh putihkan kulit. Jangan tidak tahu, dengan minum air masak secukupnya juga boleh kuruskan badan.

Bahaya jika kurang minum air. Mengundang lebih banyak penyakit. Nah saya berikan tips mudah untuk minum air 8 gelas sehari.






Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Saturday, 30 December 2017

6 Punca Jerawat Yang Anda Benci dan Cara Mengatasinya


Apa?? Jerawat?
Masalah jerawat bukan sahaja di alami oleh wanita malah lelaki juga tidak terlepas dari masalah ini. Namun, kebiasaanya wanita lebih megambil berat perihal jerawat berbanding lelaki kerana jerawat boleh merosakkan mood seorang wanita. Jerawat juga boleh mengurangkan self-confident seseorang.

Jangan risau dan jangan stress. Sebelum itu, lihat apakah punca jerawat dan bagaimana jerawat berlaku supaya mudah untuk mencari cara mencegah dan mengubati jerawat.


Punca jerawat:



1. Kebersihan
- Kewujudan jerawat seringkali dikaitkan dengan masalah kebersihan kulit yang tidak di jaga dengan baik. Kekotoran yang terdapat pada kulit yang tidak dibersihkan dengan betul boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat. Kekotoran ini biasanya akan terkumpul di liang roma yang akhirnya menyebabkan liang roma tersebut tersumbat dan menyebabkan pembentukan bakteria.


2. Make Up berlebihan
- Kebanyakan wanita menjadi make up sebagai keperluan sebelum melangkah keluar dari rumah. Namun, make up secara berlebihan juga boleh menjadi salah satu punca kulit wajah ditumbuhi jerawat. Bahan kimia yang terdapat di dalam make up yang digunakan boleh menjadi faktor pertumbuhan jerawat. Apatah lagi sekiranya make up tidak dibersihkan dengan baik.

- Kesilapan dalam pemilihan produk kecantikan juga boleh menjadi faktor pertumbuhan jerawat. Oleh yang demikian, sangat perlu untuk mengetahui jenis kulit sebelum memilih produk kecantikan yang serasi.

3. Jenis kulit
- Hampir semua orang pernah ditumbuhi jerawat di dahi, dagu mahupun rahang. Ada juga sesetengah orang yang ditumbuhi jerawat di bahagian belakang badan. Orang yang memiliki kulit berminyak lebih berpotensi memiliki jerawat berbanding orang yang mempunyai jenis kulit yang normal dan kering. Orang yang memiliki kulit berminyak ini adalah disebabkan oleh sebum yang menghasilkan minyak secara berlebihan sehingga memudahkan debu dan kekotoran lebih mudah melekat pada kulit.

- Untuk itu jika memiliki jenis kulit berminyak sebaiknya memiliki kertas minyak untuk menyerap minyak berlebihan pada wajah agar tidak merangsang pertumbuhan jerawat pada wajah.

4. Hormon
- Setiap orang yang pernah memiliki jerawat bukan hanya kerana pengaruh produk kulit yang digunakan atau pun jenis kulit, tetapi ada juga yang disebabkan oleh hormon. Perubahan pada hormon yang di mulai ketika usia remaja boleh menyebabkan jerawat pada wajah kerana perubahan hormon ini juga boleh menggalakkan penghasilan minyak pada wajah meningkat sehingga kulit lebih berminyak. Kalenjar sebum menjadi terlampau aktif disebabkan perubahan hormon terutamanya ketika peringkat akil baligh. Ada pun perubahan hormon pada saat sebelum menstruasi menyebabkan punca jerawat.

5. Pemakanan
- Amalan pemakanan yang tidak sihat juga boleh menjadi faktor pertumbuhan jerawat. Makanan berlemak tinggi contohnya boleh menyebabkan punca jerawat kerana merangsang penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit.

6. Genetik
- Genetik selalunya memainkan peranan penting kerana ada sesetengah orang mempunyai jerawat yang banyak disebabkan liang romanya sangat sensitif dengan perubahan hormon dalam badan. Terutamanya ketika akil baligh(Puberty).


Bagaimana jerawat berlaku.

Secara dasarnya apabila kelenjar sebum mengeluarkan sebum yang banyak hingga membuatkan liang roma tersumbat. Kemudian kuman Propionibacterium pula memainkan peranan untuk menyebabkan peningkatan keratin di liang roma tersebut hingga menyebabkan masalah jerawat.

So dah tahu punca jerawat, jom baca cara nak atasinya.

Jerawat boleh dikurangkan dengan cara:

  1. Mencuci muka setiap hari. Terutamanya selepas berpeluh ataupun dibawah sinaran matahari. Ini kerana kalenjar sebum menghasilkan sebum yang banyak ketika itu. Akan tetapi jika basuh muka terlampau kerap juga akan menyebabkan kulit muka menjadi kering terutamanya jika menggunakan pencuci muka biasa
  2. Pencuci muka yang tiada sabun dan juga mempunyai pH 5.5 adalah lebih baik. Ini kerana ia boleh mengelakkan kulit daripada menjadi kering
  3. Mengelakkan kosmetik yang berasaskan minyak kerana ia boleh menyebabkan liang roma tersumbat
  4. Meminum air kosong yang mencukupi agar kulit sentiasa lembab




Klik gambar untuk konsultasi exclusive.

Continue Reading

Wednesday, 9 September 2015

Body Toning - worth reading.



Score a bikini body now! wahh.. tajuk.. hehhehe...
Jom baca sama-sama untuk tambah ilmu. Mungkin ada di antara kalian yang sedang tercari-cari cara untuk membentuk badan. Maklumlah, yang kurus tak semestinya cantikkan. ada jugak parts yang terlebih.. opsss... Itu Raiza la.. ekekek...

Ada 3 cara di bawah ini yang boleh di praktikkan untuk toning body. So, buatlah secara konsisten. Raiza sekarang pon dah start workout. Untuk membaiki part-part tertentu...opss.. hehe.. ;-)

Tetapi harapnya, jika kalian sudah punya bentuk badan idaman tidaklah kalian memaparkannya kepada yang bukan muhrim ye. Kita sekadar menjaga amanah yang Allah berikan dan untuk kepuasan diri sendiri. Kalau body cantik, keyakinan diri meningkat tau walaupun hanya di balik jubah polos anda.. ;-)









Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Friday, 4 September 2015

Home Facial Spa



Pagi ni buat apa?

Jom buat home facial. Guna bahan-bahan yang ada di rumah sahaja.



Set Nutriwhite Shaklee
Scrub Alfalfa
Masker ESP + Vita E


Alfalfa bertindak untuk mengecutkan jerawat. ESP untuk kulit yang gebu gebas dan Vitamin E untuk kelembapan kulit dan memudarkan parut. Di cuci dengan Foaming Cleanser Nutriwhite. Di urut dengan Whitening Essence yang bertindak sebagai serum dan Whitening Softener sebagai toner yang dapat mengecilkan liang-liang roma.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading