Alhamdulillah. Akhirnya gengisihat.com dengan menggunakan jenama Geng iSihat terlaksana jua. Walaupun usia blog Geng iSihat baru sahaja mencecah sebulan tetapi Raiza telah pun bersama dengan Shaklee melebihi empat tahun. Raiza bermula mengambil suplemen Shaklee pada tahun 2013 dan seterusnya mendaftar sebagai ahli pada pembelian kedua di bulan berikutnya. Ketika itu, Raiza langsung tidak terfikir untuk bisnes Shaklee. Apa yang Raiza fikirkan ialah mahu mendapatkan harga yang lebih murah memandangkan Raiza agak serasi dengan Shaklee.
Raiza masih lagi ingat suplemen pertama yang Raiza beli ialah Nutriferon dan kisah di sebalik Nutriferon ini yang membuka hati Raiza untuk mendaftar sebagai ahli secara PERCUMA. Yer, percuma sahaja. Jadi hari ini, Raiza ingin berkongsi dengan anda semua tentang peluang untuk menjaga kesihatan sambil menjana pendapatan dari rumah.
Tahukah anda, kesihatan ialah harta yang paling berharga?
Wow! Macam serius sahaja topik. Hehe.
SIHAT ITU SIMBOL KEKAYAAN
Kenapa Raiza katakan kesihatan paling berharga? Boleh baca pengalaman Raiza menghidap penyakit yang tiada ubatnya iaitu Denggi.Sebenarnya Raiza memang pengguna tegar Shaklee dan sangat setia dengan suplemen Shaklee sebab kesan positif yang Raiza rasai sekian lama. Sebelum Raiza mencuba suplemen Shaklee, Raiza telah pun mencuba beberapa jenis suplemen yang ada di pasaran, tetapi Shaklee yang paling serasi dengan Raiza. Kita memang tahu terlalu banyak lambakan ubat dan suplemen yang ada di pasaran. Tetapi hari ini rakyat Malaysia sudah cerdik. Faktor keselamatan produk sudah menjadi agenda utama dalam pemilihan suplemen yang sesuai.
SELAMAT, TERBUKTI DAN BERKESAN.
Produk Yang Berkualiti.
Sepertimana Vita-Lea Shaklee sendiri telah pun berusia melebihi 100 tahun. Lama kan?Selain daripada produk yang selamat, terbukti dan iainya juga berkesan. Shaklee terbukti berkesan melalui kajian sains yang telahpun di buat. Ada banyak lambakan produk dipasaran yang terbukti berkesan hanya melalui testimoni pengguna tetapi dari sudut sains dan keselamatan jangka masa panjang itu tidak ada. Sesetengah suplemen, jika tidak di ambil secara betul atau suplemen berjenis sintetik akan memberikan kesan mudarat jika di ambil di dalam tempoh yang lama. Inilah perbezaan Shaklee dengan kebanyakan suplemen yang ada di pasaran. Nah, lihat sahaja usia Vita-Lea Shaklee ini.
Jika ingin di kupas mengenai keistimewaan dan perbezaan suplemen Shaklee, terlalu banyak. Cukuplah Raiza katakan suplemen Shaklee memberikan nilai kehidupan yang lebih baik buat Raiza sekeluarga.
PELUANG PERNIAGAAN
Dan bagusnya Suplemen Shaklee ini, dapat menjana pendapatan sampingan dari rumah sahaja. Mudah bukan? Jika anda ada pilihan untuk memilih antara menjaga kesihatan keluarga dengan menjana pendapatan lumayan, yang mana satukah pilihan anda?Dengan Shaklee, kenapa perlu memilih jika anda boleh memiliki kedua-duanya?
Keutuhan Syarikat.
Shaklee telahpun wujud sejak tahun 1956 oleh Dr. Shaklee yang komited membangunkan produk untuk memperbaiki kesihatan orang ramai. Bertahun lamanya Syarikat Shaklee ini bertahan yang membuatkan Raiza yakin dengan perniagaan ini kerana ianya telah pun terbukti.Sistem Sokongan Perniagaan yang Sistematik.
Sistem pengurusan perniagaan yang sistematik melalui ONLINE SYSTEM yang telahpun di bina sejak tahun 2015 sangat memudahkan. Ibaratnya perniagaan hanya di hujung jari. Tanpa perlu berpanas dan berhujan untuk memulakan perniagaan. Pembelian produk dan memantau jaringan kumpulan hanya di hujung jari melalui sistem ini. Mudah kan?Selain daripada support sistem dari Shaklee sendiri, sokongan perniagaan daripada kalangan leader sangat-sangat mudah di dapati melalui FB Group, Whatsapp Group, Telegram dan banyak lagi medium media sosial untuk membantu anda yang ingin menceburi bidang ini. Anda tidak akan dibiarkan terkontang-kanting berseorangan. Percayalah, kumpulan Raiza sangat best. Leader-leader Raiza semuanya sangat supportive dan tidak kedekut ilmu. Yang penting, ANDA MAHU dan rajin belajar.
Jika mahu CEPAT berjaya, berjalanlah sendirian tetapi jika mahu KEKAL berjaya, berjalanlah bersama-sama.Dengan ketiga-tiga sebab di atas ini cukup jelas dan kukuh kenapa Raiza memilih untuk bersama Shaklee sehingga hari ini. Shaklee bukanlah bisnes bermusim yang akan goyah. Ini cukup kuat untuk anda bersama Raiza memulakan perniagaan dengan Shaklee.
Ok, sudah terlanjur Raiza bercerita mengenai peluang perniagaan yang Shaklee tawarkan, andai juga bakal menikmati beberapa keistimewaan sekiranya anda mendaftar sebagai ahli Shaklee antaranya :
Potongan harga sebanyak 15% - 25% untuk setiap produk.
Berpeluang menikmati harga promosi untuk produk terpilih setiap bulan.
Berpeluang menikmati bonus tunai sehingga 21% setiap bulan .
Bukan ini sahaja peluang yang anda bakal nikmati sekiranya mendaftar sebagai ahli. Ada pelbagai peluang lain yang boleh anda nikmatinya. Antaranya 22 Faedah hanya dengan satu pendaftaran.
Shaklee Satu Kerjaya
Oh, ya! Raiza ceritakan serba sedikit pengalaman Raiza bersama Shaklee. Pendapatan awal Raiza bersama Shaklee bermula dengan tiga angka dan Raiza berjaya mengecapi pendapatan 4 angka pada bulan ketiga Raiza bersama dengan Shaklee. Pada ketika itu, Raiza banyak berkongsi dengan saudara mara dan rakan terdekat mengenai kesan yang Raiza perolehi melalui suplemen Shaklee. Dan Alhamdulillah, mereka juga dapat manfaat dari produk Shaklee ini.Walaupun Shaklee hanya kerjaya sampingan Raiza, tetapi jika boleh membantu aspek kewangan bulanan, mengapa tidak bukan? Ramai sahabat Shaklee Raiza yang telah pun menjadikan Shaklee sebagai kerjaya mereka sepenuhnya. Ada banyak sebab mereka menjadikan Shaklee sebagai kerjaya antara faktornya ialah:
- Inginkan masa yang lebih flexible bersama keluarga.
- Ingin melihat pembesaran anak-anak di hadapan mata.
- Ingin menjaga ibu/ayah yang sakit.
- Tidak percayakan pengasuh.
- Inginkan pendapatan yang lebih.
- Ingin membantu ekonomi keluarga
Tetapi dalam masa yang sama, dapat membantu ekonomi suami. Seronokkan kalau dapat berkerja dari rumah yang tidak perlu melayan kerenah bos, menghadap bos untuk meluluskan cuti kecemasan, menghadap kesesakan lalu lintas dan sebagainya.
HEALTH IS WEALTH
Bagi Raiza sendiri, kesihatan itu sebab yang paling kukuh kenapa Raiza masih bersama Shaklee sehingga hari ini. Raiza masih ada kedua ibubapa dan seorang adik yang masih belajar dalam tanggungan Raiza. Jadi, tanggungjawab untuk melihat mereka kekal sihat adalah tanggungjawab utama Raiza ketika ini melalui usaha yang tidak seberapa ini. Sesungguhnya, melihat mereka kekal sihat adalah nikmat dan rezeki yang terbesar Allah kurniakan pada Raiza ketika ini. Alhamdulillah Allah makbulkan.
Keluarga besar Raiza. Sayang mereka semua.
Akhir kata, Raiza mohon maaf jika ada terkasar bahasa atau tersilap kata sepanjang catatan ini nukilkan. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu sesungguhnya adalah kelemahan Raiza sendiri.
p/s: Raiza sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin bersama-sama Raiza dalam perniagaan Shaklee untuk membina empayar yang besar. BERSAMA itu lebih baik dari bersendirian. Raiza akan berikan tunjuk ajar bagaimana mencipta mesin wang anda sendiri setiap bulan. Inshaallah.
0 comments:
Post a Comment