Showing posts with label Wordless. Show all posts
Showing posts with label Wordless. Show all posts

Friday, 4 September 2015

Home Facial Spa



Pagi ni buat apa?

Jom buat home facial. Guna bahan-bahan yang ada di rumah sahaja.



Set Nutriwhite Shaklee
Scrub Alfalfa
Masker ESP + Vita E


Alfalfa bertindak untuk mengecutkan jerawat. ESP untuk kulit yang gebu gebas dan Vitamin E untuk kelembapan kulit dan memudarkan parut. Di cuci dengan Foaming Cleanser Nutriwhite. Di urut dengan Whitening Essence yang bertindak sebagai serum dan Whitening Softener sebagai toner yang dapat mengecilkan liang-liang roma.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Monday, 31 August 2015

Vitamin C di mana-mana...



Haaa.... Nampak tak kegilaanku? Vitamin C ialah vitamin wajib saya setiap hari.
Tak sempat makan di rumah, boleh makan di dalam kereta. Botol air tupperware dan pillbox tu memang sentiasa di bawa. So, tiada istilah lupa ok. ;-)

Ada rakan saya tanya apa kesan yang saya dapat dengan pengambilan vitamin C Shaklee secara konsisten?
Sejujurnya, sudah pastilah kesannya kepada kulit. Kulit bebas jerawat. Kalau ada yang tumbuh pon ketika hormon tak stable time period macam tu. Tapi tidaklah tumbuh banyak. Adalah seketul camtu. Lagi? Kulit jadi lebih moist dan nampak sihat bermaya. Boleh meningkatkan tahap konfiden tau. Itu untuk luaran, of course la dalaman pon ada jugak kesannya tetapi jarang nak perasan. Cuma yang paling ketara melawaskan dan meningkatkan imunisasi badan.

Sebenarnya banyak lagi kesan dan manfaat Vitamin C terhadap tubuh badan kita. Seperti vitamin C membantu merangsang collagen. Vitamin C boleh mencerahkan kulit. Vitamin C mengelakkan gusi berdarah dan banyak lagi. Ini hanya sebahagian sahaja. So dah tahu kenapa saya gilakan Vitamin C? Cubalah, anda pasto akan jadi gila seperti saya... Gila sihat!


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Sunday, 9 August 2015

Salam Aidilfitri



Salam Aidilfitri buat semua umat Islam.
Alhamdulillah. Sedikit terlewat mengucapkannya. 25 Syawal. Ada berbaki lagi 5 hari sebelum berakhirnya Syawal. Sudah selesai berpuasa enam? Alhamdulillah. Ramai yang sudah tahu ganjaran berpuasa enam di bulan Syawalkan? Ok, bagi yang tidak tahu, ganjarannya ialah seperti berpuasa sepanjang tahun. Allahu Akbar. Besarkan ganjarannya. Jika ada yang mudah (berpuasa enam), kenapa memilih yang sukar (berpuasa sepanjang tahun)? Islam ini indahkan... Ini tidak bererti tidak boleh berpuasa di hari yang lain tetapi dengan memilih cara ini, kita dapat melipat gandakan ganjarannya. Seronokkan. ;-)




Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Thursday, 2 July 2015

Tuesday, 16 June 2015

S.E.N.Y.U.M



Assalammualaikum, dan selamat pagi.
Moga hari ini lebih baik dan bermakna da semalam. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi kita bakal menemui Ramadhan yang di nanti.

Alhamdulillah. Sujud syukur, kita bakal menyambut Ramadhan kareem. Tak sabar rasanya memulakan terawikh bersama keluarga. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih banyak yang dapat di raih.

Persediaan Ramadhan?
Lupakan dunia seketika. ;-)



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Wednesday, 20 May 2015

Menemukan Khusyuk Yang Hilang



Dari Dr Fuad Latip. 

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari
melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran
bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya
Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita
berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yg mudah & kita fahami.

10. Diamlah sejenak sblm kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk utk hormat & memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar & berterima kasih pada Allah. Terima kasih yg dtg dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata2.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dgn benar disamping fizikal kita benar2 rehat. Tulang2 kita kembali kepada tmptnya. Darah mengalir ke otak krn kedudukan otak sama dgn jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dgn perlahan, dengan h
ormat dlm setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….tetapi Allah…. TUHAN yg menjadikan kita & tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yg sering ingin dipuji?
Siapa kita yg sering kecewa ketika orang lain tdk memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kpd asalnya yakni tanah. Kita tdk ada apa2nya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa2nya. Kita
mengharapkan redha Allah semata2.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”
Diamlah sebentar untuk pujian kedua & ketiga agar benar2 pujian itu dari hati kita dlm kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dgn penuh tunduk & mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dgn laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sgt memerlukan kasih sayang daripadaNya.
“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”
“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”
“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”
“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tdk
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan &
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tdk tertahan utk mampu terus hidup).
“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”   
“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”
“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”
“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”
Andai ini dibaca dgn baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan lbh berserah kita padaNya.
****
Jika ini dpt didirikan dgn baik,
nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat & nikmatnya solat kita tdk pernah
sama sejak kita  mendirikannya dulu hga sekrg. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya2 bgmna mrk yg dekat dgn Allah
sentiasa menunggu2 waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu2..t itu sering ditunggu. 
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. 

Sebarkan lah sebarkan, semoga kita semua diberkati. Aamiin Aamiin Aamiin YRA, Aamiin
👆👆👆 jom kita praktikkan...


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Tuesday, 19 May 2015

I resign!



Minggu lepas, Raiza attend workshop on Developing Positive Habit, Attitude & Thinking di office. Seronok juga workshop ni. Antara intipati workshop ini ialah bagaimana nak positif.

Biasa dengar Monday blues? Mesti pernah dengarkan.... Apabila kita melakukan rutin harian yang sama, ianya akan mengundang kebosanan. Secara tidak langsung akan mempengaruhi tahap produktiviti seseorang.

Dear Boss, I resign!

Untuk memastikan kita sentiasa berada di dalam persekitaran yang positif, kita harus membuang perkara yang negatif terlebih dahulu. Jangan biarkan perkara-perkara negatif menguasai diri sehingga menukar pemikiran yang asalnya positif menjadi negatif.

Cuba bayangkan setiap pagi ke tempat kerja. Rutin yang sama bertahun-tahun lamanya. Bosan kan? Ok, jom tukar..... Jom berhenti kerja sekarang! Mengarut betullah Raiza ni kan. Ahak. Berhenti kerja yang di maksudkan ialah buang perkataan kerja di dalam fikiran kita. Set di dalam fikiran kita setiap pagi kita keluar rumah adalah untuk ENJOY bukan untuk ke tempat kerja. Perkataan enjoy ini sendiri dah menggambarkan suasana yang menyeronokkan... So secara tidak langsung, ianya dapat memberikan keseronokan ke tempat kerja.

Tak percaya?

Jom kita buat esok. Malam ni sebelum tidur, sematkan di dalam hati, "esok aku nak pergi enjoy" dan bayangkan yang esok pagi kita dengan gembiranya bangun pagi dan bersiap ke tempat kerja. Cuba lihat aura positif yang mengelilingi kita seawal pagi lagi. Cubalah, anda pasti akan rasakannya.

Workshop ni bagus untuk kita generate positif mind. Sangat berguna dalam kehidupan harian kita. Kita selalu merungut dengan apa yang terjadi kepada kita, padahal kita boleh enjoy dengan setiap kejadian yang berlaku kepada kita setiap hari. Contoh yang paling mudah ialah kesesakan lalu lintas. Berapa ramai di antara kita yang memandangnya dari sudut yang positif? Kebiasaan daripada kita akan memandangnya sebagai situasi yang sangat stress padahal kita sepatutnya dah immune dengan situasi ini. Cuba tukar hari ni.... kita terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. Tarik nafas dan lepaskan nafas perlahan-lahan. Capai hand phone  dan call emak dan ayah di kampung tanyakan khabar. Bukan lamapun kan. Paling lama 10 minit je pun. Cuba bayangkan setiap hari ketika kesesakan lalu lintas kita buat perkara ini. Bayangkan happynya mak ayah kita menerima panggilan kita setiap hari. Secara tidak langsung, ianya mengeratkan hubungan kekeluargaan kita. Betul tak? Nampak remeh tapi cuba buat secara konsisten. Pasti anda akan merasai dan menikmati indahnya kehidupan.


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Wednesday, 1 April 2015

Nilai Duit ....



Nilai Duit.......

Duit ..  tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.
Duit .. tak boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh hilang bila tak ada duit.
Duit .. tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena.
Duit .. tak boleh beli kesihatan tapi utk sihat perlukan duit.
Duit .. tak boleh beli kebijaksanaan tapi utk dapatkan ilmu perlukan duit.
Duit .. Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.
Duit .. bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.

D-don't.
U-use.
I-intelligence.
T-the wrong way.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

GST oh GST... Jom TUKAR!



Propa sangat kan tajuk... Last weekend saya ke Tesco Nilai selepas melawat adik di USIM. Punyalah ramai orang. Mashaallah. Pagi tu, Mak Raiza ke NSK pon sama juga kata Mak. Orang semua bershopping. Penangan nak GST atau memang dah gaji. Entahlah.... 

Raiza tengok harga barang tidaklah murah mana. Ada yang dah naik pun harganya. Kawan-kawan yang buat kek semua dah merungut harga bahan mentah untuk buat kek naik mendadak. Sempat berborak dengan pemilik Pusat Jahitan tempat Raiza mengajar mengenai kenaikan harga barang ni. Dia kata harga sebilah gunting jahit naik RM 3. Nampak macam sikit, tapi banyak juga sebenarnya. 

Berdasarkan penilaian Raiza, harga barang dah start naik sebelum implement GST lagi. Nilai duit semakin rendah. Nampaknya, belanja rumah untuk Mak terpaksa di tambah bulan ni. Mana tidaknya, kalau dulu cukup RM 700 untuk sebulan... Selepas GST? hmmm..... Apa pilihan yang kita ada? Laluilah dengan tenang. Belanjawan bulanan terpaksa revise semula. Rata-rata dari kalangan kita terpaksa melaluinya. Maklumlah, gaji sama setiap bulan kan. Tiada peningkatan pun. Kalau fikir sudut negatifnya memang perit.

Jom lihat dari sudut positif pula. Letihlah nak tengok negatif je kan. Sakitnya tuh di sini...  Bila kita tertekan, kita akan cuba untuk keluar dari comfort zone kita... betul tak? Jadi, dah tiba masanya untuk kita keluar dari zone selesa ini yang sebenarnya tidak selesa mana pun. Sudah tiba masanya pendapatan di gandakan. Jika tidak, kita mungkin termasuk di dalam statistik rakyat miskin bandar. 

Pilihan Raiza ialah Shaklee! Saya betul-betul mahu tukarkan GST kepada Get Shaklee Today. Di samping untuk menjaga kesihatan, Shaklee menawarkan peluang menjana pendapatan. Malah Shaklee bukan sahaja menawarkan CASH bonus...... CAR  bonus juga di bayar di dalam bentuk CASH ... dan dapat FREE TRIP Umrah / Jalan-jalan oversea lagi tau.... di taja sepenuhnya... Best kan? 

Pendaftaran sebagai ahli hanya RM 79.50 atau PERCUMA dengan setiap pembelian RM 6++. Mulakan langkah yang pertama ini, kerana tanpa langkah pertama tidak mungkin akan ada langkah berikutnya. Beri peluang kepada diri anda untuk KAYA!


Sudah tiba masanya untuk kita HELP OTHER TO HELP OTHERS!!




Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Sunday, 29 March 2015

7 SEBAB PERLU KAYA DAN BERJAYA



✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️
         7 SEBAB PERLU 
      KAYA DAN BERJAYA
✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

❇️1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

❇️2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

❇️3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

❇️4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

❇️5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

❇️6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharu
snya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

❇️7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT!






Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Friday, 27 March 2015

Oh ESP. Batch 3



Ramai yang ambil kesempatan harga promosi dan penjimatan berganda bulan ini nampaknya.
Batch ke 3 selamat sampai dengan jayanya... Semua telahpun berpunya.. shhh... Tuan rumah kedaung punya pon ada sekali ni... hikhikhik. Mana boleh jadik uols je yang order kan. Raiza pon nak jugak buat stock untuk sendiri. Maklumlah, GST lagi beberapa hari je. Tak nak beli bulan depan sebab nanti kena bayar extra.. tak nak! tak nak! Tak nak.. heheheh



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Kerja-kerja mengecop


Malam ni terlebih rajin. 
Siap mengecop 200 keping flyers.
Walaupun just cop, penat jugak ok.
Sakit pinggang den menunduk je... Buat kerja atas lantai cam nih la. Sila jangan ikut cara Raiza ok. Ini cara orang malas buat kerja... hehehheeh...

Tak pe, lepas ni kita telan 4 biji ostematrix. Yesss! Ini bukan perangai baik yang perlu di contohi yer... hikhikhik. Mentang-mentang ada Ostemetrix, ambil kesempatan... Ahak..




Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

GST oh GST



Are you ready for GST? Yes, inilah yang tergambar di minda ketika ini.
Hanya tinggal lebih kurang 4 hari GST akan dikuatkuasakan. Sudahkah anda bersedia? Persoalan yang perlu di jawab. 

Raiza tertarik dengan kata-kata super upline Raiza berkenaan GST ni. Jangan takut dengan GST. Nak pusing kat mana pun, sebagai rakyat Malaysia kita kena hadapi juga GST ini. Samada ia memberikan kebaikan atau keburukan selepas implementasi, kemudian baru kita tahu.

Secara dasarnya, kebanyakan keperluan harian telah pun di naikkan harga oleh pembekal dan penjual dengan alasan GST walhal, GST masih belum bermula lagi. Ada sebilangan penjual yang mengambil kesempatan ke atas GST ini.

Secara dasarnya mari lihat berapakah kenaikan yang perlu di tanggung setiap bulan. Katalah sebulan kita membelanjakan RM 1000 untuk perbelanjaan seisi rumah, maka peningkatan sebanyak 6% ialah RM 60 menjadikan jumlahnya RM 1060. Setahun? RM 720. Ini kira-kira mudah jika kita membelanjakan RM 1k sebulan. Bagaimana jika perbelanjaan bulanan ialah 2k,3k,4k? Berapakah jumlah ketirisan yang perlu di tanggung? 

Pahit atau perit, kita semua terpaksa akur dengan anggaran peningkatan harga barang minimum 6-8% di tahun pertama GST. Bagaimana nak hadapi kedatangan GST? Carilah INCOME KEDUA! yer, Income kedua. Mahu atau tidak, kita perlu lakukan untuk meneruskan kehidupan di hari-hari mendatang. Takkanlah, nak kurangkan elaun untuk Mak Ayah pula kan. Sudahlah nak kirim kepada Mak Ayah setiap bulan juga terpaksa berkira-kira sebelum GST dilaksanakan, setelah GST bagaimana pula? 

Telah tiba masanya anda bertindak! Keluar dari zon yang kononnya selesa tetapi hakikatnya tidaklah seselesa manapun. Carilah pendapatan kedua. 




Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Thursday, 26 March 2015

Jualan hari ini... ;-)


 Sales for today.

Alhamdulillah. Sort siap-siap supaya senang sat gi customer nak datang amik. 

Ini semua adalah regular customer. Siapa yang dah cuba suplemen Shaklee pasti akan repeat order plus consultation yang superb!.. hehehe... 
First class consultation I bagi u... :-)

Serius, dulu-dulu pon Raiza pandang vitamin Shaklee ni sebelah mata je. Bila tengok orang dok promote, siap terdetik dalam hati... Biasalah tu, ayat manis dia nak carik sales... Sehinggalah satu hari Raiza yang terdesak nak dapatkan suplemen. Setelah mencuba pelbagai jenis suplemen sintetik akhirnya terbuka hati nak cuba Shaklee....Lepas cuba terus falling in love. Serius tak tipu... Eh, Raiza siap test kat Mak ngan Adik tau sebelum Raiza betul-betul nak sebarkan kebaikan Shaklee ni. 

Uols, cubalah... mesti uols pon jadik cam I ... hikhikhik..



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Saturday, 21 March 2015

Dream Big!!



[JGN BUNUH IMPIAN ANDA]

Setiap Impian
Pasti ada CABARAN dlm menempuhinya.

Setiap CABARAN
Pasti ada ALASAN menidakkannya.
Menyebabkan ramai orang malas dan tersungkur.
Kalau kt nk capai impian; buatlah apa cara sekalipun untuk betul3x capai impian itu
Maknanya
DREAM BIG

Cmne nak tau Dream Big?
Dream Big ni ialah satu dream yang tidak biasa dan tidak masuk akal smpi ramai orang tersengih kalu fikir.
contoh
Sy nk pegi solat Jumaat kt Masjidil Haram setiap minggu naik private jet.
Ada yang sengih tgk impian cmni tapi ini adalah impian besar dan BOLEH CAPAI JIKA BETUL4x IKHLAS NAK!!

Nak Dream Big?
Sila Betulkan Niat
Ikhlaskan Niat
Set GOALS
Set Tindakan
Bertindak dan usahaa sehabis baik

Jika masih beralasan; bermakna Dream tu Small.
Jika tiada alasan dan sentiasa ada jalan nk atasi cabaran
Itulah Dream Big

Jgn sesekali menyerah kalah selagi tidak usaha sehabis baik
Sebab tiada istilah usaha sehabis baik selagi nyawa masih ada

Mcm sekarang; kita masih bernyawa maksudnya Allah beri kita peluang untuk taubat dari kesilapan lalu dan berubah ke arah kebaikan untuk harini dan akan datang.

Sama macam tindakan kit sebelum ni
Sebelum ni kita banyak alasan dan malas
tapi Allah swt bg kt nyawa lagi untuk berjuang 💪💪💪

Itu satu Anugerah dan Peluang yang masih ada untuk ita capai.

Adakah anda ingin membunuh impian anda atau melaksanakannya smpi berjaya??

Pilihan ditangan masing-masing!

Semoga Allah swt berkati perjuangan kita dan dlm masa sama kita bantu lebih ramai orang seikhlas hati👍👍👍




Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Wednesday, 18 March 2015

Today Posto!



Delivery hari ni menggunakan pos laju sahaja!
Klik klik klik, terus sampai di rumah anda... 
Berserta freegift lagi you...;-)


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Friday, 13 March 2015

Jalan-jalan pi spa


Manfaatkan hari Jumaat.
Program jimba-jimba dengan bff.
Hari ni kita gi spa. 
Buat foot bath dengan sauna. 
Boleh release stress jugak. I loike!



Spa ni memang kesukaan Raiza. Kalaulah ada budget, memang nak pergi setiap bulan. Bestkan ada orang urutkan badan, facial muka, urut kaki. Memang best.

Tapi hari ni tak buat massage. Lunch time hanya 2.5 hour. Kita masuk sauna dengan foot bath je la.
Raiza suka pergi Amaryllis spa ni dan Raiza dah subscribe as vvip member pon. Privilege yanh dapat as vvip member ialah FREE sauna every week dan FREE facial every month. Tapi Raiza tak buat sauna, bagi mak Raiza yang buat. Dia suka masuk sauna, boleh detoks.

Sesekali manjakan diri apa salahnyakan. Setelah saban hari berpenat lelah berkerja keras. Wahhh, macam berat sangat bunyinya. Heheheh..




Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Thursday, 5 March 2015

Work From Home


Rumahku syurgaku. Sebenarnya berkerja dari rumah ni dah ada dalam angan-angan Raiza dari umur 27 tahun lagi. Macam best jer kan berkerja dari rumah. Tak payah nak menempuh jam. Tak payah nak melayan kerenah bos. Boleh kerja ikut suka hati. Haaa....masa inilah disiplin akan teruji. Setiap tahun, angan-angan ini memang tak pernah hilang. Bestnya dapat kerja dari rumah. Keluar rumah apabila perlu sahaja. Yang paling penting sekali boleh jaga anak-anak sendiri di rumah. Tak payah sibuk nak fikir baby sitter. Walaupun Raiza belum lagi berkahwin, apa salahnya berangan kan... hehheeh

Harap-harap dengan menceburi Shaklee ni dapatlah saya merealisasikan angan-angan ni suatu masa ni. Rasanya sebelah kaki dah ke arah ini. *wink*. Sebab Shaklee ni boleh kerja ikut suka. Boleh pilih nak income berapa. So kerjalah mengikut impian itu kan.

Well, dalam duniakan memang tiada yang percuma. Mana ada duit datang bergolek-golek. Kalau nak, kenalah usahakan.

Ok, jom sambung berangan...

Saya suka ruang kerja campur dengan bilik tidur ni. Bila-bila dapat ilham boleh terus berkerja. Kau mampu? Bangun tidur terus kerja? hehhehe
I like green and white. Nampak luas dan bersih.


Nampak tak kabinet banyak-banyak compartment ni? Raiza nak letak produk-produk Shaklee kat situ. Susun stok banyak-banyak. Kalau customer nak order terus nampak stok ada ke tak ada.. Senang kan.

Haaa yang ni pun Raiza suka. Kombinasi dengan bilik jahit. Agak-agak mood menjahit datang boleh terus zas zas potong kain. Agak-agak malas nak menjahit, sambung buat kerja meja study. Bestnya... Tak sabar lak nak berhenti kerja. 



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Sunday, 25 January 2015

Harga rumah semakin melampau!



Rumah mampu milik atau rumah mampu tengok?
Sarcastic sangat kan.. hehe

Nowadays, harga rumah semakin naik mencanak-canak. Jika di bandar KL, untuk mencari apartment yang berharga below RM 400k tersangatlah susah. Rata-ratanya harga telah pun mencecah RM 500k and above. Macam mana anak muda nak membeli rumah. Dengan pendapatan purata sebulan RM 3k, mampukah membeli rumah bernilai RM 400k?

Repayment Loan 400k for 35 years maximum lebih kurang RM 1800 sebulan. Dengan gaji pokok RM 3k, tolak duit rumah RM 1800, memang mampu telan air liur sahajalah. Belum lagi loan kereta, loan pendidikan, duit makan, duit minyak. Boleh bikin stress woo... 

Sejujurnya pendapat saya, dengan pendapatan 3k sebulan untuk membeli rumah bernilai 400k memang di luar kemampuan. Jika tidak ada pendapatan kedua atau pendapatan sampingan agak sukar untuk membeli rumah di bandar ketika ini. 




Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Monday, 19 January 2015

Hadiah terindah....



Alhamdulillah.
Salah satu impian nak tengok my little brother melanjutkan pelajaran tercapai. Adik bongsu yang berusia 13 tahun. Kelahirannya yang di luar jangkaan rupanya adalah anugerah teristimewa dari Yang Maha Esa. Beliau di lahirkan ketika usia Bondaku mencecah 45 tahun. Agak jauh jaraknya dengan abangnya iaitu sekitar 14 tahun dan ketika itu usiaku telah pun mencecah 21 tahun. Ini kisah 13 tahun dahulu. 


Hari ini, beliau telah pun kami daftarkan ke Kolej Permata Insan di USIM, Nilai. Memang ini yang dia mahukan. Sebagai kakak, sokonganku tidak berbelah bahagi. Hanya beliau seorang yang menunjukkan minat ke arah Sekolah Agama. Kami adik beradik yang lain, bersekolah di sekolah aliran sains. Kerana itu dia agak istimewa. Ketika usianya mencecah 8 tahun, beliau telah pun di panggil untuk menyertai kem Permata Insan setelah melalui 2 ujian IQ dan lulus temuduga oleh pihak USIM. Silibus pembelajaran anak-anak permata juga berbeza dari sekolah kebangsaan biasa. Surah & Hafazan. Adalah perkara wajib yang beliau perlu lakukan seawal usia 8 tahun. Saban tahun akan ada ujian bagi mengenalpasti tahap kecemerlangan mereka. Untuk melepasi setiap ujian ini bukan mudah. Perkara utama yang perlu di jaga ialah pemakannya.


Pemakanan harian beliau memangku pantau. Maggi dan keropok yang terlalu banyak MSG memang tidak ada di dalam senarai makanan pilihan. Daripada 'cikedis' di tukar kepada kurma dan kismis. Tetapi tahu sahajalah kanak-kanak yang kian membesar bukannya suka makan kismis dan kurma. Mereka lebih tertarik dengan makanan ringan. So, apa yang kami lakukan ialah, apa jenis kismis yang beliau suka, kami belikan dalam kuantiti yang banyak. Kembali kepada makanan sunnah tetapi..... yer tetapi... inilah cabarannya... untuk seimbangkan selera kanak-kanak dengan iklan-iklan makanan ringan. 

Untuk itu, terpaksalah saya mencari suplemen makanan yang lain. Saya mulakan dengan spirulina. Sehinggalah satu masa saya tercari-cari suplemen yang boleh membantu beliau untuk menghafaz, meningkatkan daya tumpuan dan kekal fokus. Dalam pencarian ini, saya berkenalan dengan Shaklee. Yes, saya cuba beberapa produk Shaklee dan saya sangat berpuas hati. Setelah itu baru saya decide untuk bekalkan dia dengan suplemen dari Shaklee. Setelah yakin produknya halal dan bagus. Sinonimnya, pendaftaran saya sebagai SID Shaklee ketika membelikan beliau Mealshake promo beli 6 percuma 1 dengan keahlian percuma.


Ketika itu saya tidak kisah pun mengenai keahlian percuma, apa yang saya harapkan ialah lebih dari tu. Saya harap dapat memberikan makanan tambahan yang terbaik untuk Boy, adik bongsu saya. Sedikit demi sedikit saya tambahkan Omega Guard dan Vitamin C di dalam jadual pemakanan beliau setelah mengetahui betapa bagusnya Omega Guard Shaklee. Kesal rasanya kerana baru sekarang saya tahu kebaikan produk Shaklee. Kalaulah dari dulu saya tahu..... Rendahkan ego untuk mencubanya... Lambat atau cepat, syukur tak terhingga... Allah memberikan hadiah teristimewa buat kami sekeluarga. untuk manjaga dan mengekalkan amanahnya bukan suatu yang mudah. Mudah-mudahan Boy terus maju dan maju menjadi seorang cendekiawan Islam seperti yang di harap²kan. 
Ameen ya Rabb... 


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading