Showing posts with label GLA Complex. Show all posts
Showing posts with label GLA Complex. Show all posts

Tuesday, 14 August 2018

Bisnes Shaklee Untuk Semua!!!


Success story
==========

BISNES SHAKLEE UNTUK SEMUA, JUGA DESPATCH GIRL BERIMPIAN BESAR MACAM AKU

Hari ni Saya nak kongsi kisah perjuangan Naz Syamim Sazali, yang sangat saya kagumi kehebatan kudratnya. Min bukan doktor, bukan juga nurse, tapi dia gunakan pengalaman sakitnya untuk bisnes. Min fokus jual Vivix & GLA Complex. Sebulan, Min biasa jual puluh botol Vivix, pernah mencecah 45 botol sebulan.

Apa yang membakar semangat juang Min? Jom kita baca

~~~~~~

Dulu, Min sangka Min gemuk, perut buncit. Min pergi rumah Mamareen Omar beli Shaklee, nak kurus. Rupanya, buncit tu Sebab Min ada cyst. 3 biji, paling besar 5.6cm diameter. Ya Allah! Doktor dah tetap kan tarikh operation. Min pasrah, masuk wad.

Harinya tiba, doktor buat pemeriksaan. Tapi mengejutkan, ada cyst yang dah hilang, yang tinggal pun dah sangat mengecut. Wahh!! Min syukur sangat!

Balik ke wad, untuk berkemas pulang, gempar semua ward-mates

“Ehh.. macamana boleh balik? Macamana tak jadi operate?”😆

Min pecah rahsia.

“Saya minum Vivix & ambil GLA Complex Shaklee”

Dan dalam wad Tu jugak Min dapat Close Deal Vivix 10 botol. Dan bermulalah obsesi Min kepada bisnes Shaklee. Bulan Tu jugak Min rank up Supervisor. Alhamdulillah..

Min kurang mahir jual secara online. Min lebih banyak offline. Jumpa dengan orang. Sedangkan dulu Min tak suka pun jumpa dengan orang.

Tetapi disebabkan Min tahu kelemahan Min, Min jual offline sebab Min nampak Shaklee ni boleh ubah hidup Min, Min kena kuat. Min harus berani 💪💪💪

Min jumpa pesakit secara berdepan, buat macam tak tahu malu. 🤭

Pergi rumah-rumah orang edar flyers sambil menyembang. Ambil hati orang dahulu. Itu yang penting, jaga prospek kita.

Kalau rumah orang tak ada pagar besar. Macam rumah kampung, ketuk la. Kalau rumah taman pergi dekat pagar saja. Edarkan bagi flyers, kalau nampak orang buat-buat la sembang.

Dekat Min sentiasa ada stok dan Flyers. Flyers Min order dalam 5000 keping. Dalam sebulan Min habiskan. Min pergi merata tempat.

Bagaimana Min 'close deal dengan customer?

Min akan cerita kisah Min dulu lepas tu Min cerita testimoni yang dah berjaya.

Semasa sembang kena betul-betul semangat. Ada maklumat. Jangan jumpa baru nak Google. Customer pun tak percaya dekat kita nanti. Sebab tu Fokus pada 1 produk tu penting dan senang. Kalau banyak jenuh kita nak kaji. Min sebelum sampai rumah customer, Min dah membaca.

Sebab kalau customer cari kita nak vitamin, mesti kita tanya apa masalah dia. Nanti kita bawa apa dia nak. Tetapi semasa sembang-sembang selit la kelebihan Vivix.Tapi Min pastikan stok ada.

Sebab biasanya kalau dengan Min, customer terus nak. Jadi tak mahu customer ubah fikiran, stok sentiasa wajib ada.

Apabila customer cakap mahalnya, Min selalu cakap "Vivix ni RM457 saja. Ni Min bagi less dah, RM450".

"Ramuan dalam ni mahal kak oii !!!” Kita cerita apa yang ada dalam Vivix ni. Bagi customer faham. Sebab tu bila sesiapa try Vivix, mereka akan repeat. Min tambah lagi “Kalau mahal dan tak bagus, Min tak dapat jual sebulan banyak botol, sampai berpuluh botol!”

Tapi orang sakit ni, susah nak cakap mahal, sebab mereka lebih pentingkan kesihatan. Kalau yang tolak atau tak mampu, kita bagi suplimen yang bajet. Contohnya, Kalau kencing manis cadang B-Complex dengan ESP.

Min selalu cerita testimoni. Kadang tunjuk dalam HP saja. Alhamdulillah. Min dapat customer yang tak cerewet sangat.

Min ada dapat seorang doktor pakar kanser. India. Sekali datang branch memang dia borong Vivix. Kadang 2 bulan sekali. Kadang 3 bulan sekali. Sebab dia tahu, Vivix ni macam mana.

Min dulu seorang ibu tunggal. Kerja sebagai despatch girl. Memang tak ada apa-apa. Motor min guna dari office Min, bos bagi bawa balik. Dengan motor itu la Min buat bisnes Shaklee. Usung stok penuh atas motor.

Bila habis kerja pukul 5, singgah Branch sampai pukul 7, lepas maghrib terus sambung COD Shaklee.

Sampai perumahan on the way balik rumah, edar pula flyers dulu. Sementara sampai rumah customer, naik motor hantar barang, hujan. Redah saja. Sebab Min fikir anak-anak. Gaji despatch RM1500 tapi tolak EPF , SOCSO tinggal berapa saja.

Anak Min 2 orang dah bersekolah, mengasuh lagi. Dekat RM2k untuk 2 orang. Rumah lagi nak bayar. Bil-bil lagi. Makan lagi hari-hari. Memang tak cukup.

Bila Min buat Shaklee. Alhamdulillah. Apa Min nak, Min boleh beli dan sekarang Min bersyukur. Kereta, motor, semua ada dari hasil buat Shaklee. Kereta Min beli atas nama abah Min. Sebab nama Min black list sebab bekas suami ada beli kereta. Lepas tu, dia bagi kena tarik. RM33k Min kena tanggung. Sampai sekarang kena bayar hutang dia.

Tapi sebab fikir duit nak guna banyak la, Min tak hiraukan semua. Min tahu Shaklee boleh ubah hidup Min. Min memang buat tak pandang orang.

Apa Min rasa Min boleh buat, Min buat. kadang sampai rumah 2 pagi, berseorangan naik motor. Tayar pecah tepi jalan, atas highway. Gelap wei 😭 Motor yang laju-laju hanya hon saja. Min takut. Menangis. Nasib ada hamba Allah yang tolong 😢

Ramai yang cakap bahaya. Tapi Min tahu, kita buat demi anak. Allah, malaikat ada dengan kita. Dengan motor pinjaman office itulah Min buat Shaklee. Dengan motor office tu la Min lepas bonus kereta !!! 😍😍😍

Sebab kalau ada customer jauh-jauh nak cod pun, Min sanggup.

Bagi Min, kalau orang bagi banyak alasan untuk tak boleh buat Shaklee, itu semua alasan dia yang pemalas.

Min 'closing car bonus stage 3' atas bas semasa balik NC. Master Eha ada dalam bas malam tu. Master Eha cakap, " Min, alang-alang buat 15k guv".

Tapi Min tak cukup 1000guv. Min buat lebih kurang 14kguv. Lepas tu bulan depan mencapai stage 4 pula.

Alhamdulillah, lepas.

Stage 1- 7000
Stage 2 - 10k
Stage 3 - 14k
Stage 4 -12k

Kita semua pasti bole !
💪💪💪

Janji set dalam otak. Dalam fikiran diri kita, kita boleh. Sembang depan cermin dan katakan apa yang kita nak.

Min sangat percaya bisnes Shaklee boleh ubah hidup Min. Pengalaman mengajar Min, ditinggalkan suami, betapa kita sebagai wanita, ibu Mesti ada simpanan dan pendapatan. Kita ada anak-anak yang perlu disuap , disekolahkan, dimanjakan dan dimuliakan.

Walaupun hidup kita bahagia hari ini, kita belum tahu Esok Bagaimana. Langit yang cerah hari ini, kita manfaatkan sebaiknya, supaya Bila terdengar guruh di langit, kita telah bersedia dengan payung. Bila terasa banjir akan tiba, kita sudah bersedia dengan perahu.

Tuhan Itu maha baik. Setiap usaha kita tak akan Dia pandang sepi 😊


Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Sunday, 31 August 2014

Thursday, 28 August 2014

Kenali GLA Complex

Kandungan Utama GLA Complex
___________________________________________

1. Minyak Bunga Borage

Borage, saintifik dipanggil Officinalis Borago adalah tumbuhan herba yang berasal dari Syria. Minyaknya, diekstrak dari biji benih, digunakan oleh doktor naturopathic sebagai anti-radang, mengawal berat badan dan untuk kecantikan kulit

Minyak Borage  mengandung  asid gamma-linolenik (GLA, juga dikenali sebagai omega-6) yang sangat tinggi. Minyak Borage mengandung 20% GLA, yang telah terbukti memberi manfaat kepada ekzema, dermatitis, neuropati diabetes, masalah payudara, PMS, rheumatoid arthritis , tekanan darah tinggi, kecantikan kulit dan keradangan .


Kelebihan GLA Minyak Bunga Borage

GLA Asid Lemak Yang Diperlukan Oleh Tubuh
Tubuh memerlukan asid lemak dalam pembentukkan kesihatan yang optimum. Malangnya dalam pemakanan masa kini terlalu banyak lemak-lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh. Asid lemak seperti EPA dan DHA  tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh. Untuk memenuhi keperluan tersebut, pengambilan seperti ikan yang dapat membekalkan EPA dan DHA perlu dalam diet seharian. Manakala GLA didapati dengan pengambilan suplemen. (GLA daripada Minyak Borage, 20-24%, Evening Primrose, 8-10%).


GLA Mengurangkan Kekejangan Perut dan Sakit Payudara Sewaktu Haid
Kekurangan GLA merupakan faktor kepada PMS. GLA mampu mengurangkan kesakitan akibat kehadiran hormon prostaglandin sewaktu haid.  Hormon prostaglandin ini berasal dari dinding rahim atau endometrium. Prostaglandin menyebabkan otot-otot rahim atau myometrium menjadi kejang yang berpanjangan dan juga menyebabkan saluran darah menjadi sempit. Kesan dari ini adalah senggugut yang bertambah teruk jika darah haid terlalu banyak, berketul-ketul dan selalu berlaku jika haid terlewat beberapa minggu. Hormon Prostaglandin terdiri daripada yang baik dan yang tidak baik, Kesakitan samada kekejangan diperut atau sakit payudara semasa haid adalah kesan ekurangan hormon prostaglandin yang baik iaitu protaglandin anti radang yang diperbuat daripada GLA.


GLA, Menopause dan Kesihatan Kulit
Enzim yang menukarkan makanan kepada GLA akan semakin kurang berkesan apabila wanita menghampiri menopause. GLA merupakan bahan yang berupaya mempamerkan kecantikan kulit seperti kulit kelihatan sihat, lembap dan bercahaya (glowing). Kulit akan menjadi kusam, tidak bermaya dan kering akibat ketidakupayaan tubuh menghasilkan GLA apabila menopause. Adalah penting untuk wanita menopause mengekalkan pengambilan GLA agar memiliki kulit yang cantik dan tidak kering.

GLA dan Kulit Sihat
GLA adalah salah satu komponen yang membantu agar kulit kekal sihat. GLA membantu mengekalkan kelembapan pada kulit. Masalah seperti kulit kering, ekzema, kulit bemasalah, pigmentasi dapat diatasi dengan pengambilan GLA GLA turut bertindak sebagai pelembap kulit dan bahan anti penuaan. Baik untuk kecantikan, melembutkan dan mengenyalkan kulit. Digunakan secara meluas dalam kosmetik, kerana kombinasi Omega 3 dan Omega 6 asid lemak menyuburkan epidermis. Tinggi dalam asid salisilik, minyak borage yang mengandungi GLA digunakan secara meluas dalam kosmetik sebagai anti-jerawat dan anti-septik.


GLA Mencegah Barah Payudara
Kajian British mendapati wanita yang mengalami barah payudara diberi Tamoxifen (ubatan untuk menghalang estrogen) turut diberikan GLA, mendapati tindakbalas positif lebih cepat berbanding pengambilan Tamoxifen sahaja. Pesakit diberi 300mg GLA setiap hari dan itu merupakan antara  rawatan terbaru.GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh dan menghalangi pertumbuhan sel tumor dan barah.

GLA dan Kepadatan Tulang
Kajian turut mendapati GLA mengandungi kalsium. GLA mengalakkan penyerapan kalsium dan memperbaiki kepadatan tulang.

Merawat Kuku.
GLA melembapkan dan menguatkan kuku, sedangkan asid salisilik mencegah infeksi. Sapukan minyak borage ke kuku anda semasa manicure atau selepas mencuci tangan anda.

Merawat Rambut. 
Memperbaiki rambut bercabang, rambut gugur dan masalah kulit kepala. Minyak Borage dapat secara sangat efektif masuk ke lapisan rambut di kepala dan melakukan perbaikan-perbaikan lapisan kulit kepala secara efektif

Menurunkan Berat Badan.  
Satu kajian pada tahun 2007 menunjukkan minyak borage dapat menjaga dan menurunkan berat badan. Saintis menyatakan, kandungan GLA yang tinggi, membantu metabolisme dan dapat menurunkan selera makan.

Merawat Artritis  
Minyak Borage dapat mengikat molekul yang menyebabkan keradangan sendi.

Menstabilkan Hormon
GLA membentuk prostaglandin untuk menjaga ketersediaan hormon lelaki dan wanita, mengurangkan PMS, mood swing, water retention dan payudara bengkak.

Melambatkan Monopause
Mengurangi simptom menopos seperti hot flashes, insomnia, depresi, Pengunaan jangka panjang dapat memperlambat penuaan dan mengetatkan uterus.

Memperbaiki Masalah Prostat
GLA memperbaiki masalah prostat dan masalah pembuangan air kecil.

Mencegah Diabetes
merendahkan gula dalam darah,

Merawat Autisme / Hiperaktif
Terbukti secara klinikal bahawa GLA dapat memperbaiki keadaan autisme anak-anak,  dan hiperaktif.


2. Minyak Bunga Matahari

Kandungan Dan Khasiat Minyak Bunga Matahari
Vitamin E
Biji bunga matahari memiliki kandungan vitamin E iaitu anti oksidan. Vitamin E juga dapat melawan radikal bebas serta menyimpan sel-sel dari kerosakan termasuk sel otak, mencegah penyakit jantung, mencegah mereka dari oksida kolesterol. Keadaan ini menjadikan jantung sihat dan menurunkan risiko serangan jantung, stroke dan pembuluh darah tersumbat
Magnesium 
Membantu mencegah asma, menurunkan tekanan darah tinggi, dan mencegah migrain.
Selenium
Selenium merupakan mineral, yang sangat membantu untuk memperbaiki DNA, mengurangi perkembangan sel barah dan membantu mencegah penyakit jantung. 

3. Vitamin E

Vitamin E bersifat anti oksida yang melindungi kerosakan tisu tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas akan menyebabkan kemusnahan sel, tisu dan organ. Vitamin E juga bersifat anti penuaan. Tubuh juga memerlukan Vitamin E untuk memastikan sistem tubuh kuat dari serangan virus dan bakteria. Kepentingan Vitamin E yang lain termasuklah sewaktu pembentukan sel darah merah dan mengelakkan daripada berlakunya masalah saluran darah tersumbat yang akan mengakibatkan masalah jantung dan darah tinggi.

Khasiat Vitamin E
1. Melegakan PMS (Premenstrual Syndrome)
2. Sindrom Menapause
3. Rawatan kepada pengidap salur darah (darah tinggi, sakit jantung)

Kenapa GLA Shaklee berbeza? click here.


Berminat? Contact saya untuk konsultasi percuma.
SID : 926943
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Wednesday, 27 August 2014

Kenapa GLA Complex Shaklee berbeza?



Kebanyakkan GLA (Gamma-linolenic Acid) tersedia dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diestrak dari borage yang mengandungi 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi biovailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengestrak GLA dari borage yang ditanam secara organik dikawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun sel dan tisu


Manfaat Utama 

1. Herba Tradisi Yang Dipercayai
Borage adalah herba kegemaran orang masyarakat barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

2. Mengawal Selia Estrogen dan Testosteron
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

3. Melambatkan Menopause
Memperbaiki keadaan menapause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

4. Memperbaiki Prostatomegaly
GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

5. Menentang Kanser
GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

6. Memperbaiki Inflamasi Kulit
Ianya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik menuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.

7. Menghalang Komplikasi Diabetes
Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi

8. Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan
Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelakkan keasidan hiper.

9. Menghalang Tekanan Darah Tinggi
Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelakkan masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction

10. Memperbaiki Tekstur Rambut
Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

11. Hyperaktif dan Autisma
Dibuktikan secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak autisme, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hyperaktif.

GLA Bukan Sahaja Untuk Wanita
Ramai beranggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya, supplemen GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino, tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga menopause dan andropause (lelaki)

Cadangan Pengambilan :
Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 kali sehari, 1 kapsul (selepas makan)
Untuk menopause, pelangsingan, hyperaktif : 2 kali sehari, 2 kapsul setiap hari (selepas makan)




Ingin lagi jimat? Mari segera contact saya...
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Sunday, 3 August 2014

GLA Complex



Apa itu GLA?

GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah

FAEDAH

  • Membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rheumatoid dan ECZEMA
  • Membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis
  • Membantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol
  • Membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.


SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA?

GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS. GLA sangat diperlukan oleh pengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan





Continue Reading

Monday, 2 December 2013

GLA


For those who suffer with period pain, boleh cuba ambil GLA Complex Shaklee..Insyaallah dengan izinNya.. Kita mencuba, Allah jua yang menentukannya...

PM|whatsapp 012 3917458







Ingin lagi jimat? Mari segera contact saya...
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
_______________________________________________________
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.
Continue Reading

Friday, 5 July 2013

Kebaikan GLA Shaklee



GLA Complex Shaklee untuk SEMUA !!
Kaya dengan borage untuk merawat ulser, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf & meningkatkan stamina.


# GLA mengawal selia estrogen & 
   testosteron
- memperbaiki simptom PMS
- retensi air
# melambatkan menopaus
# memperbaiki masalah kerap kencing
# memperbaiki inflamasi kulit
# menghalang komplikasi diabetes
# pelangsingan
# menghalang tekanan darah tinggi
# memperbaiki tekstur rambut
# memperbaiki fungsi prostat lelaki
# memperbaiki masalah kerap kencing

Continue Reading

Monday, 1 July 2013