Showing posts with label Diabetes. Show all posts
Showing posts with label Diabetes. Show all posts

Tuesday, 4 November 2014

Kenali Diabetes



Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh pihak kementerian , 1 daripada 7 rakyat Malaysia menghidap diabetes ataupun penyakit kencing manis. Rata-ratanya dikaitkan dengan gaya hidup dan amalan hidup yang tidak sihat.

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 di mana dianggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun ke atas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.

Apabila usia semakin meningkat, risiko untuk anda terkena penyakit ini adalah lebih tinggi terutamanya jika anda peminat air berkarbonat, minuman yang manis, kek, gula-gula, kuih yang manis-manis atau apa saja makanan yang manis.

Apa itu diabetes?

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

2 JENIS UTAMA DIABETES

1. Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)

  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
  • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin


2. Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)

  • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
  • Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.


TANDA TANDA ANDA MENGHIDAP DIABETES

Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Walaubagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:

  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • Gatal


Lain-lain gejala termasuk:

  • Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas


Ingat ye...jangan tunggu ada tanda-tanda ni baru anda nak kenalpasti anda penghidap diabetes atau tidak sebabnya ada juga yang menghidapi diabetes tanpa ada apa-apa gejala.

INDIVIDU YANG BERISIKO TINGGI

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:


  • Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
  • Impaired glucose tolerance (IGT).
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
  • Tekanan darah tinggi
  • Gaya hidup tidak aktif
  • Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Tuesday, 21 October 2014

Info Penyakit : Bagaimana Shaklee membantu penghidap diabetes...


Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh pihak kementerian , 1 daripada 7 rakyat Malaysia menghidap diabetes ataupun penyakit kencing manis. Rata-ratanya dikaitkan dengan gaya hidup dan amalan hidup yang tidak sihat.

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 di mana dianggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun ke atas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.

Apabila usia semakin meningkat, risiko untuk anda terkena penyakit ini adalah lebih tinggi terutamanya jika anda peminat air berkarbonat, minuman yang manis, kek, gula-gula, kuih yang manis-manis atau apa saja makanan yang manis. 


Bagaimana Shaklee membantu pesakit Diabetes?



1) ESP
- Membantu mengekalkan paras gula normal dalam darah dan penyembuhan luka

2) VITA-LEA
- Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.

3) GLA COMPLEX
- Mengimbangi hormon insulin dan menurunkan paras kolestrol

4) VITA-C
- Mengukuhkan kapilari dan salur darah

5) ZINC COMPLEX
- Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat

6) ALFALFA COMPLEX
- Membantu menstabilkan gula dalam darah

Atau anda jenis yang tidak gemar pengambilan pelbagai jenis vitamin? Vivix adalah alternatif lain untuk pesakit Diabetes.



Resveratrol di dalam Vivix membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin. Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes dan jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, ianya boleh mengurangkan diabetes.

Apabila tubuh hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan keluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula berfungsi untuk meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin secara tidak langsung  mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula darah.

Resveratrol juga mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh. Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes, satu enzim akan di aktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.


Pilihan adalah di tangan anda dan bergantung kepada bajet yang anda ada.






Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Sunday, 23 March 2014

Cara mengawal kencing manis (Diabetes)



Perubahan Cara HidupPerubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.
  • Pemakanan
    Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
  • Senaman
    Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
  • Penjagaan berat badan
    Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.
  • Pemeriksaan diri sendiri
    Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.
Pemeriksaan Doktor dan UbatPemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.

Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
- Jangkitan kuman atau kencing kotor
- Kerosakan buah pinggang
- Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.



Ingin lagi jimat? Mari segera contact saya...
PM | Whatsapp 012 3917458
Continue Reading