Showing posts with label Tips Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Tips Perniagaan. Show all posts

Monday, 30 December 2019

Tahun baru, chapter baru ...





Assalammualaikum semua.

2020.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Sinonim sangat kalau masuk tahun baru dengan azam baru. Jadi apa azam baru korang? Nak jadi lebih baik dari tahun lepas?

Ok, nah Kak Rai share satu hari satu amal. Bunyi macam susah tapi sebenarnya senang je.

1. Bagi kucing makan
Beli siap-siap makanan kucing yang dalam sachet tu simpan dalam handbag. Kalau jumpa mana-mana kucing gelandangan bolehlah koyak je sachet tu dan bagi dorang makan.

Penuhlah handbag kalau isi makanan kucing. Korang bawak satu sachet je sehari dalam handbag bukannya satu plastik besar tu. Eh, kucing tu binatang kesayangan Nabi tau.

2. Belanja makan makcik cleaner atau pakcik guard lunch.
Apa kata satu hari dalam seminggu korang beli extra satu pack food bagi pada makcik cleaner atau pakcik guard dekat opis korang. Mesti diorang happy kan. Banyak pahala menggembirakan hati orang ni.

3. Beli kuih muih extra untuk breakfast. Bagi mereka yang berkerja, memang tahulah sibuknya macam mana kan berkejar ke office. Adakalanya tak sempat nak breakfast. Jadi, korang yang beli breakfast tu belilah kuih-muih lebih sikit untuk di makan bersama office mate. Tak payah banyak, RM 5 pon dah cukup. Konsepnya, rezeki siapa, dialah dapat.

4. Sediakan sekotak tisu di toilet. Yang ni paling mudah. Beli sekotak tisu, letak di toilet office atau di toilet awam tempat persinggahan korang. Nampak kecik tapi besar manfaatnya tau di dalam toilet. Hehe.

5. Post ayat-ayat motivasi di social media. Banyak kegunaan media sosial ni sebenarnya. Apakata mula tahun 2020 kurangkan atau tak payah post status negatif lagi. Korang cari ayat-ayat motivasi, share dengan orang.

Mungkin dalam beribu follower korang tu, ada yang sedang berduka atau di landa musibah.  Statistik rakyat Malaysia yang depression ni semakin meningkat saban tahun. Mana tahu ayat-ayat motivasi yang korang post tu dapat meredakan tekanan dia.

6. 1 hari 1 ringgit.
Sediakan tabung, korang masukkan RM 1 setiap hari. Lepas seminggu atau sebulan, korang sedekahkan duit tabung tu kepada sesiapa yang memerlukan. Gelandangan ke. Tabung masjid ke. Badan NGO ke. Ikut mana yang memudahkan korang.

Ok, cukup 6 tips dulu. Cuba biasakan dalam tahun 2020 ni. Untuk menjadikannya kebiasaan kita kene konsisten buat selama 30 hari.

Moga 2020 lebih baik dari tahun lepas 😍



Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Friday, 29 March 2019

MUDAHNYA JANA INCOME





STRONG and SUCCESSFUL Women do not wait for inspiration to strike; they become their own inspiration.

"You control your own life. Your own will is extremely powerful"
- J.K Rowling


Bila kita lihat kembali perjalanan yang telah kita lalui, macam-macam halangan yang kita tempuh. Kita redah. Kita teruskan perjalanan. Lepasi satu-persatu. Syukur selalu.

Then kita realized, Indahnya hidup tanpa belenggu. Tanpa hutang. 

Kita mula pasang angan-angan. Kita bina impian.
Tapi impian dan angan-angan tanpa action tidak akan menjadi kenyataan.

Tarik nafas.

Jom teruskan perjalanan.
Kita ubah lifestyle. Ubah gaya hidup lebih sihat.
Sambil kita sihatkan dan cantikkan yang mana perlu, kita tambah nilai kepada orang lain yang memerlukan.

Yang perlukan TIME FREEDOM.
Yang perlukan INCOME FREEDOM.

Siapa-siapa nak belajar business tanpa perlu guna Modal, jom kami ajar.

Let’s get ready for new Cycle.

Kami nak 3 orang dulu, jom!



Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Saturday, 13 January 2018

Cara Mudah Step by Step Tukar Domain dengan Godaddy.com


Hai, assalammualaikum w.b.t,

Hari ni Raiza nak share cara nak tukar domain dengan mudah.

Secara ringkasnya domain ni macam rumah. Jika kita ada rumah, lebih mudah tetamu nak datang rumah kan. So, jika anda seorang peniaga online, domain bertindak sebagai alamat kedai anda.

Domain Name.

Domain ialah alamat yang di gunakan untuk memudahkan page atau website kita di temui. Memudahkan proses pencarian di google search. Contoh paling mudah, domain ini seperti alamat rumah kita. Bagi saudara-mara yang tidak pernah datang rumah kita, mungkin memerlukan WAZE atau google Maps untuk mencari lokasi rumah. Bayangkan jika kita tidak alamat rumah, agak sukar untuk mereka mencari lokasi kita yang sebenar melalui maps. Begitulah konsep yang paling mudah untuk difahami. 

Cara Beli Domain.

Step pertama mestilah beli domain terlebih dahulu. Untuk pembelian domain, boleh ke website GoDaddy.com



  1. Taip nama domain yang di ingini.
  2. Klik butang search untuk semak availability domain yang di kehendaki.



3. Lihat mesej yang dipaparkan. Mesej 3(b) akan di paparkan sekiranya domain pilihan anda masih available. Raiza ambil contoh msraiza.com untuk pembelian baru.



4. Klik button "Add to Cart" untuk pembelian.


5. Klik button "Continue to Cart".



6. Pilih "No, Thanks" untuk Plan dan semua option. Kemudian scroll page ke bawah sekali.
7. Klik button "Continue with these options.


8. Klik button "Complete Purchase".
9. Buat bayaran ikut payment type pilihan. Contoh menggunakan domain msraiza.com sampai di sini sahaja. Lepas ni Raiza akan gunakan domain gengisihat.com pula sebagai contoh ye.



10. Selepas pembelian berjaya (cth: gengisihat.com), anda akan menerima dua email seperti rajah di atas.
11. Anda perlu verify email terlebih dahulu dan kemudian  anda akan di bawa terus ke website GoDaddy.com untuk set username dan password.
12. Selesai urusan pembelian domain. Tahniah!

Cara Tukar Domain di Blogspot.


1. Login blogger.com seperti biasa dan klik pada menu "Setting".


2. Masukkan nama domain anda di bahagian Publishing / Blog Address.
3. Perhatikan mesej di dalam box merah. Anda perlu set host ini di GoDaddy.com terlebih dahulu. Tidak perlu save lagi step ini.
4. Login GoDaddy.com menggunakan username dan password yang ada telah setkan sebentar tadi.


5. Klik link domain anda.

6. Scroll page paling bawah dan klik "Manage DNS".



7. Klik "Add".


7. Pilih CNAME daripada dropdown list.
8. Copy Host daripada blogspot anda (Refer step 3).
9. Copy "Destination/Target/Point to" daripada blogspot anda (Refer step 3) dan paste di field "Points to" di page GoDaddy.com.
10. Klik "Save" button.
11. Ulang step 7 hingga 10 untuk host yang kedua.


12. Lihat dalam kotak. Ini selepas berjaya add CNAME yang baru. Kembali ke page blogspot semula.


13. Klik Save button.


14. Lihat kotak merah. Domain baru anda yang telah berjaya di save. So, domain baru anda telah berfungsi dengan jayanya. Maknanya premis maya anda telahpun memulakan operasi.

Yeay! Selesai.

Senang jer kan nak tukar domain. So apalagi, mulakan perniagaan online anda sekarang. Semoga berjaya.


Jika anda memerlukan konsultasi mengenai bagaimana menambahbaik nilai kesihatan anda melalui suplemen boleh klik gambar di bawah. 

Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Sunday, 24 December 2017

Tip memulakan perniagaan dari Dr. Azizan yang perlu anda tahu.



Soalan:
Azizan, bagaimana saya ingin mulakan berniaga secara sampingan sedangkan saya masih bekerja?

Komen saya:
Persepsi setengah orang yang bekerja yang ingin mulakan perniagaan, mereka mesti :-

1/ Berhenti kerja serta merta untuk bisnes full-time - Ini tidak benar
2/ Mesti mulakan dengan modal duit yang besar - Ini tidak benar
3/ Kena ada kedai fizikal - Ini tidak benar
4/ Kena keluarkan produk sendiri- Ini pun tidak benar
5/ Kena mengadap bisnes 24-jam- Ini pun tidak benar.

Jadi, apa yang benar?

1/ Jangan berhenti kerja jika baru nak mula berniaga melainkan anda memang kena buang kerja atau anda memang telah mempunyai simpanan yang cukup untuk "survive" kos sara hidup dan komitmen bulanan anda untuk sekurang-kurangnya 6-bulan sehingga 12-bulan.

2/ Teruskan bekerja sambil buat sedikit "research" apakah produk atau perkhidmatan yang orang perlukan samada di pejabat, di media sosial atau di kejiranan anda.

3/ Mulakan bisnes sampingan anda samada dengan memasarkan produk/perkhidmatan orang lain contoh menjadi ejen/pengedar produk/servis orang lain atau dengan menawarkan perkhidmatan menggunakan bakat, pengalaman, ilmu ataupun kelebihan diri anda.

Contoh: Mengajar tuisyen subjek2 yang anda mampu ajar dirumah pada hujung minggu atau perkhidmatan anda ialah menguruskan/menawarkan guru-guru tutor yang anda boleh pasarkan home tuisyen di mana anda tidak perlu mengajar tapi pasarkan perkhidmatan tersebut dan aturkan guru-guru untuk mengajar. Anda akan letakkan harga yuran/jam atau satu subjek dan bayar sebahagiannya kepada guru tuisyen tersebut. Ini contoh #1.

Contoh lain ialah anda mungkin bagus dalam bidang pengurusan akaun dan percukaian, maka anda tawarkan perkhidmatan tersebut kepada usahawan-usahawan kecil yang tidak mampu lagi membayar gaji penuh akauntan dan anda caj kadar perkhidmatan yang tidak membebankan. Perkhidmatan mengurut tapak kaki, perkhidmatan gubahan bunga, perkhidmatan tempahan kek adalah contoh-contoh perkhidmatan yang anda boleh jadikan perniagaan permulaan tanpa anda perlu tahu buat tapi anda perlu tahu pasarkan produk atau perkhidmatan tersebut.

Contoh lain yang bagus ialah memulakan dengan menjadi perunding takaful, perunding kewangan ataupun Real Estate Negotiator. Tapi pastikan ada disediakan latihan yang bagus.

4/ Mulakan bisnes tanpa kedai. Anda bagus mulakan melalui FB, InstaGram, Twitter dan melalui rakan-rakan dengan gunakan WhatsApp atau SMS dan lain-lain. Gunakan teknologi dan media sosial sebagai alat untuk "buat duit" dan bukan tambah dosa atau perkara sia-sia!

5/ Jangan mulakan bisnes dengan meminjam bank apatah lagi jika jumlahnya besar!

Semoga saranan ini semua membantu sedikit sebanyak!

Ketahui bagaimana dengan hanya RM 79.50 anda boleh memulakan perniagaan. 

Klik gambar untuk mengetahui maklumat lanjut bagaimana memulakan perniagaan dengan modal yang minima atau tanpa modal.

Continue Reading