Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts

Thursday, 2 March 2023

3 Sebab Anda Perlu Mengambil Multivitamin


Kepentingan Multivitamin untuk Kesihatan Tubuh

Kebiasaanya dari kecil, anak-anak akan di berikan vitamin atau multivitamin oleh ibubapa. Tetapi seiring berjalannya waktu, aktiviti yang sibuk membuat seseorang sering lupa untuk menerapkan gaya hidup sihat, jadi mereka memerlukan vitamin tambahan agar kesihatan tubuh terjaga.

Kebaikan Multivitamin

Multivitamin diperlukan untuk menyokong kesihatan dan pertumbuhan. Ini harus dimakan secara berkala, untuk menambah nutrien yang kurang daripada pengambilan makanan setiap hari. Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan orang yang sibuk bekerja, pengambilan multivitamin sangat diperlukan.

3 Sebab Anda Perlu Mengambil Multivitamin 

1. Untuk membantu mengisi jurang nutrien 

- Kebanyakan rakyat Malausia tidak mendapat semua vitamin yang mereka perlukan daripada apa yang mereka makan setiap hari. Tambahan dengan masyarakat majmuk yang ada di Malaysia, kita kaya dengan pelbagai menu makanan yang boleh mengundang gejala penyakit berbahaya. 

2. Untuk membantu melengkapkan diet anda 

- Jika anda mengamalkan diet khusus atau terhad, mungkin terdapat nutrien yang anda hilang. Dengan pengambilan multivitamin ketika diet dapat mengisi semula lompong-lompong nutrisi tersebut.

3. Untuk menyokong penuaan yang sihat 

- Keperluan badan anda dan keperluan nutrien berubah apabila anda semakin tua. Seiring dengan peningkatan usia, badan memerlukan lebih banyak nutrisi sihat dari pemakanan setiap hari.

2 kumpulan yang sangat disyorkan untuk mengambil multivitamin ialah:

  • Ibu mengandung. 
Wanita hamil disyorkan mengambil multivitamin atau makanan tambahan yang mengandungi asid folik untuk mengelakkan kelainan pada bayi. Tetapi sebelum mengambil multivitamin, wanita hamil perlu berjumpa doktor terlebih dahulu.

  • Warga tua. 
Seiring dengan peningkatan usia, seseorang terdedah kepada osteoporosis. Oleh itu, golongan ini perlu mengambil multivitamin yang mengandungi vitamin D dan kalsium untuk menjaga tulang kuat.

Pilih Multivitamin yang Tepat

Terdapat pelbagai jenis multivitamin yang dijual di pasaran. Tetapi anda harus berhati-hati dalam memilih produk mana yang sesuai untuk tubuh anda. Penting juga untuk memerhatikan cadangan penggunaan pada label produk multivitamin yang anda ambil atau berjumpa doktor. Jangan melebihi dos yang disyorkan, ya. 

Baca label bungkusan dengan teliti. Pastikan vitamin dan mineral di dalamnya mengandungi vitamin A, C, B, E dan D kompleks yang diperlukan oleh tubuh setiap hari.

Multivitamin Shaklee atau Vita-Lea antara multivitamin terbaik yang ada di pasaran kerana mengandungi 19 Nutrien, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.

Kenali lebih mendalam dengan Vita-Lea, vitamin tertua dari Shaklee.






Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Saturday, 6 January 2018

10 Kesan Kurang Minum Air Masak Setiap Hari Yang Ramai Terlepas Pandang

Foto Kredit: Readers Digest
“Malaslah nak minum air kosong. Malas nak pergi toilet….”
Walaupun cuaca panas melanda negara ketika ini, masih ramai yang kurang minum air dan tidak peka dengan keperluan tubuh badan. Ada juga yang mengurangkan minum air untuk mengelakkan kekerapan ke tandas.

Dalam keadaan panas terik kita lebih gemar memilih air manis berbanding air masak. Apatah lagi air manis yang sejuk. Air masak selalu dipandang sepi.

Sebenarnya tubuh badan seorang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memastikan tubuh badan berfungsi dengan baik.

Berapa literkah sehari perlu anda minum air masak? Cara paling mudah untuk mengetahui isipadu yang perlu diminum setiap hari ialah melalui berat badan seseorang.

Setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air. 
Contohnya berat 50 kg.
25 kg = 1 liter
50 kg = 50/25 = 2 liter

Apabila kurang minum air, masalah kesihatan akan mula datang. Jom baca kesan dari kekurangan air dalam tubuh:-

Kredit Foto : Starberita

1. Masalah Pencernaan.

Dinding usus adalah complex dan mengandungi 80% ketebalan lapisan air. Kekurangan air boleh menyebabkan masalah pencernaan. Apabila kurang air dalam badan, sisa perkumuhan akan bertukar menjadi pepejal yang mana sukar untuk dikeluarkan sehingga menimbulkan masalah lain seperti sembelit dan buasir.

Oh! Sakitnya.

2. Radang sendi 

Jika kurang minum air, fungsi badan menjadi kurang efisyen.

Badan mudah terasa lenguh dan sengal sendi setiap kali membuat pergerakan yang berat seperti berlari dan melompat.

Ini berlaku kerana tulang rawan di setiap sendi adalah terdiri dari sekitar 80% cecair . Tulang rawan sendi memiliki permukaan yang halus, dan perlu sentiasa memiliki pelincir untuk memudahkan pergerakan. Kurang minum air akan megakibatkan kekurangan pelincir pada sendi menyebabkan terjadi geselan antara sendi. Sendi yang sentiasa bergesel akan mengakibatkan terjadinya arthritis atau radang sendi.

3. Tekanan Darah Tinggi

Kurang minum air menyebabkan beberapa pembuluh kapilari darah tertutup menyebabkan darah tidah dapat bergerak dengan sempurna ke beberapa bahagian. Ini mengakibatkan terjadinya tekanan darah tinggi.


4. Kulit Kering dan Tidak Bermaya

Kekurangan air akan meyebabkan kulit menjadi kusam, kering, kasar dan tidak bermaya. Kulit kering ini apabila dipegang terasa kasar. Kulit pun menjadi kurang anjal apabila ditekan. Lebih teruk kalau ianya mula mengelupas.

Kulit yang kering menyebabkan mudah berkedut dan timbul garisan halus terutamanya di bahagian muka. Kalau dibiar berterusan, tentulah menyebabkan anda kelihatan lebih tua daripada usia yang sebenarnya.

Oh tidak!

5. Pening dan Sakit Kepala

Otak mengandungi 75% cecair. Kekurangan minum air masak boleh mengakibatkan bekalan air ke kepala juga menjadi kurang. Ini akan membawa kepada masalah pening dan sakit kepala seperti migrain.


6. Sakit Ketika Membuang Air Kecil

Oh Sembelit! Takutnya!

Selepas makan dengan banyak, perut akan memproses untuk perkumuhan. Apabila kurang air dalam badan, sisa perkumuhan akan bertukar menjadi pepejal yang sukar untuk dikeluarkan.

Usus akan menjadi luka dan berdarah. Apabila ini berlaku, lebih terdeda kepada jangkitan kuman.

7. Mudah Mengantuk dan Letih

Adalah menjadi kebiasaan kita akan lebih mengantuk di siang hari ketika di bulan ramadhan. Ini berlaku disebabkan kekurangan air yang menyebabkan kesegaran tubuh hilang. Maka terjadilah masalah mudah mengantuk.

Apabila air kurang dalam badan, oksigen juga akan kurang mengalir dalam badan.
Ini menyebabkan badan cepat letih dan kurang stamina.

8. Dehidrasi

Dehidrasi adalah kesan paling ketara apabila kurangnya pengambilan air kosong. Antara tanda-tanda dehidrasi ialah bibir yang kering merekah dan berdarah, keletihan, kehausan yang amat sangat, hilang nafsu makan, hilang daya tumpuan.

Lebih kronik, dehidrasi boleh menyebabkan anda mengalami halusinasi.

9. Lambat Sembuh

Kerap kencing apabila banyak minum air adalah sesuatu yang bagus.

Badan sebenarnya sedang membuang toksin daripada badan. Lebih banyak toksin akan terkumpul dalam badan jika anda kurang minum air. Lebih kerap anda kencing, lebih banyak toksin yang dapat disingkirkan.

Apabila anda terkena penyakit seperti demam, ia akan berlarutan kerana panas dalam badan sukar dikeluarkan akibat kurang air.


10. Cepat Lapar

Bagi yang sedang ‘diet’, pastikan anda minum air kosong dahulu sebaik timbul rasa lapar.
Kenapa?

Apabila badan kurang air, ia memberi tindak balas pada badan dan menyangka anda perlukan makanan. Namun, hakikatnya badan anda memberikan isyarat kurang air.

Apabila anda makan, badan perlu melakukan kerja berlebihan dan anda mudah letih.
Lebih teruk lagi apabila berat badan mula bertambah. Oh, tak nak!!

Tahukah anda?

Sebenarya minum air masak selepas bangun tidur boleh menyeimbangkan sistem buah pinggang. Selain daripada itu, minum air masak juga boleh putihkan kulit. Jangan tidak tahu, dengan minum air masak secukupnya juga boleh kuruskan badan.

Bahaya jika kurang minum air. Mengundang lebih banyak penyakit. Nah saya berikan tips mudah untuk minum air 8 gelas sehari.






Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Saturday, 30 December 2017

6 Punca Jerawat Yang Anda Benci dan Cara Mengatasinya


Apa?? Jerawat?
Masalah jerawat bukan sahaja di alami oleh wanita malah lelaki juga tidak terlepas dari masalah ini. Namun, kebiasaanya wanita lebih megambil berat perihal jerawat berbanding lelaki kerana jerawat boleh merosakkan mood seorang wanita. Jerawat juga boleh mengurangkan self-confident seseorang.

Jangan risau dan jangan stress. Sebelum itu, lihat apakah punca jerawat dan bagaimana jerawat berlaku supaya mudah untuk mencari cara mencegah dan mengubati jerawat.


Punca jerawat:



1. Kebersihan
- Kewujudan jerawat seringkali dikaitkan dengan masalah kebersihan kulit yang tidak di jaga dengan baik. Kekotoran yang terdapat pada kulit yang tidak dibersihkan dengan betul boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat. Kekotoran ini biasanya akan terkumpul di liang roma yang akhirnya menyebabkan liang roma tersebut tersumbat dan menyebabkan pembentukan bakteria.


2. Make Up berlebihan
- Kebanyakan wanita menjadi make up sebagai keperluan sebelum melangkah keluar dari rumah. Namun, make up secara berlebihan juga boleh menjadi salah satu punca kulit wajah ditumbuhi jerawat. Bahan kimia yang terdapat di dalam make up yang digunakan boleh menjadi faktor pertumbuhan jerawat. Apatah lagi sekiranya make up tidak dibersihkan dengan baik.

- Kesilapan dalam pemilihan produk kecantikan juga boleh menjadi faktor pertumbuhan jerawat. Oleh yang demikian, sangat perlu untuk mengetahui jenis kulit sebelum memilih produk kecantikan yang serasi.

3. Jenis kulit
- Hampir semua orang pernah ditumbuhi jerawat di dahi, dagu mahupun rahang. Ada juga sesetengah orang yang ditumbuhi jerawat di bahagian belakang badan. Orang yang memiliki kulit berminyak lebih berpotensi memiliki jerawat berbanding orang yang mempunyai jenis kulit yang normal dan kering. Orang yang memiliki kulit berminyak ini adalah disebabkan oleh sebum yang menghasilkan minyak secara berlebihan sehingga memudahkan debu dan kekotoran lebih mudah melekat pada kulit.

- Untuk itu jika memiliki jenis kulit berminyak sebaiknya memiliki kertas minyak untuk menyerap minyak berlebihan pada wajah agar tidak merangsang pertumbuhan jerawat pada wajah.

4. Hormon
- Setiap orang yang pernah memiliki jerawat bukan hanya kerana pengaruh produk kulit yang digunakan atau pun jenis kulit, tetapi ada juga yang disebabkan oleh hormon. Perubahan pada hormon yang di mulai ketika usia remaja boleh menyebabkan jerawat pada wajah kerana perubahan hormon ini juga boleh menggalakkan penghasilan minyak pada wajah meningkat sehingga kulit lebih berminyak. Kalenjar sebum menjadi terlampau aktif disebabkan perubahan hormon terutamanya ketika peringkat akil baligh. Ada pun perubahan hormon pada saat sebelum menstruasi menyebabkan punca jerawat.

5. Pemakanan
- Amalan pemakanan yang tidak sihat juga boleh menjadi faktor pertumbuhan jerawat. Makanan berlemak tinggi contohnya boleh menyebabkan punca jerawat kerana merangsang penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit.

6. Genetik
- Genetik selalunya memainkan peranan penting kerana ada sesetengah orang mempunyai jerawat yang banyak disebabkan liang romanya sangat sensitif dengan perubahan hormon dalam badan. Terutamanya ketika akil baligh(Puberty).


Bagaimana jerawat berlaku.

Secara dasarnya apabila kelenjar sebum mengeluarkan sebum yang banyak hingga membuatkan liang roma tersumbat. Kemudian kuman Propionibacterium pula memainkan peranan untuk menyebabkan peningkatan keratin di liang roma tersebut hingga menyebabkan masalah jerawat.

So dah tahu punca jerawat, jom baca cara nak atasinya.

Jerawat boleh dikurangkan dengan cara:

  1. Mencuci muka setiap hari. Terutamanya selepas berpeluh ataupun dibawah sinaran matahari. Ini kerana kalenjar sebum menghasilkan sebum yang banyak ketika itu. Akan tetapi jika basuh muka terlampau kerap juga akan menyebabkan kulit muka menjadi kering terutamanya jika menggunakan pencuci muka biasa
  2. Pencuci muka yang tiada sabun dan juga mempunyai pH 5.5 adalah lebih baik. Ini kerana ia boleh mengelakkan kulit daripada menjadi kering
  3. Mengelakkan kosmetik yang berasaskan minyak kerana ia boleh menyebabkan liang roma tersumbat
  4. Meminum air kosong yang mencukupi agar kulit sentiasa lembab




Klik gambar untuk konsultasi exclusive.

Continue Reading

Friday, 22 December 2017

4 Cara Mudah makan ubat atau vitamin



Terlalu banyak ubat atau suplemen yang perlu di ambil sehari? Jom guna tips ini untuk memudahkan pengambilan ubat atau suplemen harian anda. 

 

Pertama sekali, belilah pilbox mengikut keperluan anda. Terlalu banyak bentuk pill box yang berada di pasaran.

  1. Asingkan suplemen anda mengikut waktu dan hari. Maksudnya, jika breakfast anda perlu mengambil 2 jenis suplemen, maka asingkan siap-siap 2 suplemen ini di dalam satu ruang pillbox supaya memudahkan anda memakannya. Begitu juga untuk tengah hari dan malam.
  2. Selain dari pengasingan melalui masa, anda boleh juga mengasingkan mengikut jenis vitamin. Di mana, satu jenis vitamin untuk kegunaan tiga hingga lima hari di simpan di setiap ruang pill box.
  3. Sebaiknya, sediakan suplemen untuk kegunaan tiga hingga lima hari sahaja. Jangan simpan terlalu lama suplemen di dalam pill box kerana pill box bukanlah bekas kedap udara. Ini boleh merosakkan atau menghilangkan fungsi vitamin tersebut.
  4. Nah, mudah kan. Tidak ada lagi alasan untuk anda tidak mengambil suplemen. Dan tidak perlu lagi membawa setiap botol suplemen anda setiap hari.

Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Monday, 5 September 2016

Bagaimana Shaklee membantu masalah chicken pox?



Tahu tak chicken pox disease? Orang tua-tua selalu kata, setiap orang pasti akan terkena penyakit ni sekali seumur hidup. Samada lambat atau cepat sahaja. Ada yang masih kanak-kanak telah pun kena penyakit ni dan ada juga yang dah besar panjang baru kena. Jadi memang tak boleh lari. Hehe. Untung kalau kena ketika kanak-kanak sebab parut cepat hilang . 😉

Macam mana nak menghadapinya?
Raiza nak cerita sikit berdasarkan pengalaman kakak Raiza sendiri apabila anak buah yang terkena penyakit ni minggu lepas,  Arif Syahmi berusia 5 tahun.

Balik dari Taska Khamis lepas, Arif Syahmi mengadu dengan papa katanya badan dia kena gigit nyamuk. Ada banyak. Dia tanya papa kenapa banyak sangat tumbuh di badan dia. So papa bagitau my sis. Bila my sis check rupanya tanda chicken pox. Badan Arif tidaklah terlalu panas. Cuma gatal katanya.

Bila tahu simptom chicken pox terus my sis bawak ke klinik then bagitau my mom and mintak advise nak buat macam mana. Maklumlah badan akan Jadi miang kan. Di tambah pula chicken pox tu mula berair. Biasalah petua orang-orang tua, my mom suruh my sis cari daun mambu dan Mandi kan Arif dengan daun ni then untuk kurangkan gatal, sapu bedak sejuk.

My sis try cari daun mambu tapi tak jumpa on the Friday tu. So dia try Google. Ramai yang suggest Shaklee Basic H dan cream Herbal blend. Dua-dua produk ni memang ada kat rumah dia. Memang Raiza suruh dia simpan Kat rumah untuk kegunaan emergency. Awalnya Raiza memang tak de suggest apa-apa pon produk shaklee. Raiza biar je dia nak try cara traditional tapi my sis decide nak cuba cara Shaklee. So dia mandi kan Arif Syahmi dengan Basic H. Slumber je dia jadikan Basic H tu macam sabun Mandi. Then lepas mandi terus sapu cream Herbal Blend di samping pantang makan kicap untuk mengelakkan kesan parut menjadi gelap. Ubat doktor still makan macam biasa cuma cream yang doc bagi je tak guna sebab dah guna Herbal Blend. 2-3 hari chicken pox tu dah mula kering. Arif pon aktif je macam biasa. Tak de la terbaring ke apa. Cuma bila rasa gatal dia mintak mummy sapu kan Herbal Blend. Herbal blend ni ada rasa berangin bila di sapu kan.

Hari Selasa next week tu dah baik. Happy giler my sis sebab tak payah cuti lama-lama. Hari Rabu Arif dah fully recovered from chicken pox and dah pergi school pon. So now tengah tunggu kakak dia pula kena. Yang peliknya si kakak tak berjangkit pula. Huhu.

Apa pengalaman ibu-ibu lain mengenai chicken pox ni? Jom share mana tahu memberi manfaat pada yang lain. 😉





Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Wednesday, 13 January 2016

Suplement


Selalu orang salah anggap antara supplement dan ubat. Ramai yang menganggap supplement boleh bertindak seperti ubat especially ubat tahan sakit. Salah ye!

Supplement ialah makanan tambahan yang memenuhi ruang-ruang kosong nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Tetapi kenapa ada yang kata suplement boleh menyembuhkan? Secara dasarnya, supplement tidak menyembuhkan tetapi membantu mencukupkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk menghalang, menyerang dan melindungi tubuh kita dari serangan penyakit. Supplement membantu meningkatkan antibodi badan supaya ia dapat berkerja untuk mengekalkan kesihatan. Apabila antibodi menjadi kuat, antibodi inilah yang akan melawan penyakit.

Jadi, penting ke makan supplement?
Saya tidak ada jawapan untuk anda. Andalah yang harus menjawabnya sendiri. Tanya pada hati, adakah cukup nutrisi yang kita ambil setiap hari melalui corak pemakanan kita. Cukupkah gizi makanan kita untuk merangsang antibodi badan? Atau adakah makanan yang kita makan itu lebih menyumbang kepada penyakit. Jawab dengan jujur dan anda akan temui jawapannya adakah anda memerlukan supplement.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Wednesday, 9 September 2015

Body Toning - worth reading.



Score a bikini body now! wahh.. tajuk.. hehhehe...
Jom baca sama-sama untuk tambah ilmu. Mungkin ada di antara kalian yang sedang tercari-cari cara untuk membentuk badan. Maklumlah, yang kurus tak semestinya cantikkan. ada jugak parts yang terlebih.. opsss... Itu Raiza la.. ekekek...

Ada 3 cara di bawah ini yang boleh di praktikkan untuk toning body. So, buatlah secara konsisten. Raiza sekarang pon dah start workout. Untuk membaiki part-part tertentu...opss.. hehe.. ;-)

Tetapi harapnya, jika kalian sudah punya bentuk badan idaman tidaklah kalian memaparkannya kepada yang bukan muhrim ye. Kita sekadar menjaga amanah yang Allah berikan dan untuk kepuasan diri sendiri. Kalau body cantik, keyakinan diri meningkat tau walaupun hanya di balik jubah polos anda.. ;-)









Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Sunday, 30 August 2015

Workout session with Sr. Aishah


Last saturday Raiza join workout session dengan Sr. Aishah di IIUM Gombak. First time join session macam ni. Seronok dapat geng baru yang sama-sama nak workout. Memula cam malulah jugak, tetapi lelama dah tak kisah sebab kita mempunyai misi yang sama.

Seronoknya sesi macam ni, dapat encourage satu sama lain selain daripada dapat belajar teknik yang betul untuk workout.

Sesi kali ni, Sr. Aishah ajar workout untuk build muscle. Sebab muscle adalah kilang pembakaran lemak. Jika banyak muscle terbina maka lebih banyak lemak dapat dibakar. Sr. Aishah tak ajar buat senaman kardio sebab senaman ni boleh buat sendiri di rumah. Tapi senaman kardio pun perlukan teknik yang betul untuk membakar lemak. Jika tidak, tidak ada pembakaran yang berlaku.

Bagaimana senaman kardio dapat membakar lemak?
Pembakaran lemak hanya mula terbakar ketika heart beat berdenyut 3kali ganda dari biasa. Maksudnya, jika normal denyutan heart beat kita seminit ialah 30, maka pembakaran lemak hanya berlaku ketika heart beat mencecah 90 denyutan seminit.

Tips dari Sr. Aishah:
Jika berjoging, berjoging dalam keadaan perlahan kemudian laju dan perlahan semula. Ketika berjoging laju inilah kadar denyutan nadi akan meningkat, pembakaran lemak mula terjadi.

Wow! Selama ni tak tahu pon. Main belasah je berlari. Now, kena menambah ilmu lagi nampaknya. This Saturday will be our second session workout. Mood tak sabar. ;-)


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Sunday, 9 August 2015

8 PETUA KURANGKAN ALAHAN HAMIL



[8 PETUA KURANGKAN ALAHAN HAMIL]

1. Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Ambil pil zat besi sebiji sehari bersama vitamin C. Vitamin C membantu penyerapan zat besi. Banyakkan pengambilan sayuran warna hijau tua yang kaya dengan zat besi.

2. Amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu malam - optional), ambil semasa perut masih kosong. Pastikan ibu hamil tidak mengambil apa-apa minuman/makanan setengah jam selepas minum madu. Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang memainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh. Manakala zat besi pula merupakan komponen esensial daripada hemoglobin. Hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan menyebabkan pening/mabuk.

3.  Minum air 100 plus, pastikan ibu hamil buang gasnya dulu. Buka penutup dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Air yang dingin ini boleh minum begitu saja, atau bekukan dalam freezer (dalam ice cube tray). Bila ibu hamil rasa nak muntah/loya, ambil seketul dan hisap. Rasa sejuk akan buat mulut/tekak sedikit kebas, jadi rasa loya akan berkurangan. 100 plus juga mampu menggantikan cecair dan seimbangkan garam-garam galian dalam badan yang hilang akibat muntah.

4. Buah pala penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam.

5. Amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Insya Allah, mabuk akan kurang (memang berkesan!)

6. Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum direndam dalam air teh.

7. Ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.

8. Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu teh gula. Minum waktu sahur.Insya Allah rasa loya tekak akan hilang.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Monday, 29 June 2015

Minum air dengan mudah di Bulan Puasa.


Sebenarnya bukan susah pun utk minum air banyak time puasa ni.. Cuma bila kita tak biasa saja,tu yg jd susah.

Jom cuba cara ni :
  • Sediakan sebotol air masak sebagai indicator yang ada tulis berapa liter boleh muat. Lebih senang beli yang 1 liter atau 1.5 liter.. So tak ulang alik nak ambil air.
  • 1 sesi try minum 2 gelas air. Satu gelas lebih kurang 200ml~250ml. Jd 1sesi dlm 400-500ml air sudah kita dapat.
  • Jadi kalau ambil 3 kali iaitu selepas berbuka, selepas tarawih dan selepas sahur, paling kurang akan minum 1200ml air kan.
  • Bawa sebotol air masak semasa pergi solat terawikh. Setiap kali lepas 2 rakaat boleh minum air sikit-sikit.(kalau takut balik2 ke toilet,skip saja yg ni)
  • Bawa  sebotol air masak di tepi katil. Kalau terjaga tengah malam boleh minum sikit. Atau bila bangun sebelum nak masak nasi untuk sahur minum sikit air.


Selalunya di bulan puasa masalah kekurangan air memang sangat kronik. Kalau bukan time bulan puasa pon masih berkira-kira nak minum air kan. Apa kaedah yang uols guna?

Raiza selalunya waktu berbuka akan minum air panas (teh o atau teh susu). Sebelum solat terawikh, Raiza cuba minum segelas air masak. Ketika solat terawikh, Raiza akan minum seteguk setiap 2 rakaat. Normally bawak bekal air mineral 500ml tu habislah jugak sewaktu terawikh. Minum sikit-sikit untuk mengelakkan asyik mengulang tandas. hehehe... Then.. After terawikh minum segelas lagi air masak. Last sekali sebelum tidur minum segelas lagi.

Kalau ikut kiraan kasar, setiap gelas lebih kurang 250ml. Totalnya lebih kurang 1.25l sahaja. Perlukan improvement lagi jadual pengambilan air Raiza ni untuk memastikan cukup belakan air masak 2l sehari.


Tips: Selalu time terwaikh mengantukkan? Kenapa mengantuk? Punca utama ialah sebab kekurangan air dalam badan. Sebab tu penting minum air. Cuba setiap kali rasa mengantuk, teguk air masak. Inshaallah, rasa mengantuk akan berkurangan.

Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Monday, 22 June 2015

19 Tips mudah di bulan Ramadhan

Alhamdulillah.
5 Ramadhan telah pun berlalu. Bagaimana dengan Ramadhan kali ini? Semoga kita semua dapat memanfaatkan bulan yang penuh barakah ini. 

Biasalah, apabila memasukan bulan Ramadhan, jadual makan dan rehat kena reschedule mengikut kesesuaian supaya kita dapat manfaatkan bulan Ramadhan sebaik-baiknya. Jangan jadikan bulan Ramadhan sebagai alasan untuk bermalas-malas ok. ;-)

Jom, saya share tip dari Kevin Zahari untuk bulan Ramadhan. Mudah-mudahan kita dapat amalkan dan dapat merasai nikmatnya berpuasa sambil menjaga kesihatan. Terima kasih Kevin untuk perkongsian ini. ;-)










Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Thursday, 11 June 2015

How to prevent and treat sunburn?



Tahukah anda?
Vitamin C membantu mengurangkan sunburn.

*************************

Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu. Radiasi ini boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Friday, 1 May 2015

Perbezaan Vitamin C Shaklee



Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita untuk setiap jam.



Ini maknanya bila kita ambil sebiji vitamin C Shaklee..badan kita tidak terus menerima 500mg vitamin C..Sebaliknya ia akan dilepaskan sedikit sedikit iaitu 100mg untuk setiap jam.
Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi.

Jadi ianya terpelihara dan badan anda menerima bekalan vitamin C yang cukup setiap hari.


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Tuesday, 7 April 2015

Tuesday, 31 March 2015

Mengapa Sakit Belakang?



Siapa kata hanya usia dan postur tubuh yang tidak betul menjadi punca sakit belakang. Kajian menunjukkan rasa tidak selesa juga boleh berpunca dari empat faktor :

  1. Tidak cukup Vitamin D
  2. Sembelit
  3. Stress dan murung
  4. Mengalami Skiolosis yang tidak di diagnos.

Bagi mereka yang menghadapi masalah sakit belakang dan ingin mencuba rangkaian suplemen Shaklee, Raiza cadangkan untuk mengambil Ostematrix kerana Ostematrix mengandungi Vitamin D yang dapat melegakan kesakitan belakang anda.

Selain daripada itu, Ostematrix juga mengandungi Calcium, Magnesium, Zinc, Copper, Manganese dan Boron. Mineral-mineral ini perlu di ambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Monday, 30 March 2015

Kepentingan Asid Folik Terhadap Kaum Adam.

Gambar sekadar hiasan

Khasiat daripada tanah amat penting untuk manusia sehinggakan pakar-pakar pemakanan di dunia hari ini menetapkan setiap individu perlu mengambil lebih kurang 280g sayur-sayuran setiap hari secara berterusan bagi memelihara kesihatan.

Satu laporan yang dimuatkan dalam The Daily Californian bertarikh 28 February 2001, di bahagian Sci-Tech bertajuk Folate May Help Keep Sperm in Shape, Green Vegetable Consumption May Increase Male Fertility, Decrease Childhood Cancer Risk in Offspring, di nayatakan kaum lelaki memerlukan vitamin asid folik yang mencukupi bagi memastikan kesuburan sperma mereka berada di tahap optimum.

Kajian pakar-pakar daripada University California Berkeley mendapati pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak tidak hanya mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, malah meningkatkan kadar pengeluaran dan kualiti sperma kaum lelaki. Hal ini di sebabkan sayur-sayuran kaya dengan asid folik. Penemuan ini dilaporkan secara rasmi dalam jurnal Fertility and Sterility pada bulan February 2001.

Satu laporan lain yang bertajuk Lifestyle and Dietary Recommendations for the infertile Male, pakar-pakar daripada Jabatan Urologi Universiti Cornell menyatakan, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat mengubah keadaan kesihatan mereka sekaligus membantu menjadi subur. Maklumat ini boleh diperolehi di www.cornellurology.com.


Ketahui kelebihan Vitamin B Complex yang mengandungi Asid Folik di sini.


Sumber : Quran Saintifik, penulis Dr. Danial Zainal Abidin.






Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Sunday, 29 March 2015

Bahaya kekurangan protein





Para saintis mendapati kekurangan protein yang berlarutan boleh menyebabkan:

  • anemia
  • penyakit buah pinggang
  • penyakit hati
  • ulser peptik
  • Penglihatan kurang baik
  • Peredaran darah kurang baik
  • Kolesterol yang tinggi
  • Gula darah yang rendah (hipoglisemia)
  • Tekanan darah rendah
  • Saraf tidak stabil
  • Luka lambat sembuh
  • Mudah mendapat jangkitan
  • Kelesuan
  • Retensi air
  • Kerencatan akal di kalangan kanak-kanak

Recommended Daily Allowance - RDA yang dicadangkan untuk :
  • lelaki biasa 56g
  • wanita biasa 44g
  • lelaki yg bekerja sebagai buruh kasar 115 - 189g (bergantung pada banyak faktor seperti cuaca, berat kerja, faktor tubuh dan diet dll)




Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Sunday, 22 March 2015

Khasiat Prun yang mungkin anda tidak tahu.



TAHUKAH ANDA?

Selain dari agen penghadaman yang baik, juga mampu menguatkan tulang.
Kajian penyelidik Universiti Oklahoma State mendapati plum kering mampu melindungi tulang dari rapuh akibat tahap estrogen yang menurun.

Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Nutrition tahun 2010 juga mendedakan plum kering atau prun berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan kolesterol serta snek yang hebat.



Sumber : I-sihat April 2015


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Saturday, 21 March 2015

Rendahkan paras kolesterol secara semulajadi



TAHUKAH ANDA?

Bawang putih berupaya merendahkan paras kolesterol. Bukan intu sahaja tau, bawang putih juga mencegah pembekuan darah, mengurangkan tekanan darah dan mencegah jangkitan.


Kajian terbaru mendapati bawang putih membantu menghalang arteri tersumbat pada peringkat paling awal dengan mengelakkan partikel kolesterol melekat ke dinding arteri.

Caranya, ambil sahaja 2-4 ulas bawang putih sehari.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Wednesday, 18 March 2015

18 Manfaat Zinc yang perlu anda tahu!



💊Diabetes : Membantu menghasilkan pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.


💊Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zinc berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau acne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

💊Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zinc di dalam badan. Zinc memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

💊Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu, zinc juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

💊Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan penyembuhan luka menjadi lambat. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

💊Gangguan Prostat: Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zinc setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat. 

💊Hilang berat badan: Zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

💊Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

💊Pembiakan: Bagi lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

💊Fungsi Biologi: Zinc memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

💊Jangkitan: Zinc membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
💊Antioksidan: Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

💊Aturan Enzim: Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zinc.

💊Kanser: Bagi lelaki, zinc memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

💊Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zinc. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zinc.

💊Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zinc. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zinc, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zinc akan membantu mencegah keguguran rambut.

💊Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zinc perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

💊Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zinc akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zinc dan akan memperbaiki penglihatan mata.


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading