Showing posts with label Vita C. Show all posts
Showing posts with label Vita C. Show all posts

Sunday, 12 August 2018

Kelebihan Vitamin C Shaklee : Chewable C-Plus


Vitamin C Shaklee yang bersifat chewable telah pun kembali!

Vitamin C ini memang sangat di nantikan kerana cara makannya yang sangat mudah. Bagi mereka yang menghadapi masalah untuk menelan segala jenis pil, memang amat menyukainya. Hanya kemam sahaja di dalam mulut.

Rasanya yang masam-masam manis ini memang sedap.
Chewable C-Plus adalah alternatif kepada SR Vitamin C. Sangat sesuai untuk semua peringkat usia.


Keistimewaan Chewable C-Plus

Vitamin C Yang Diperkaya Dengan Bioflavonoids Dan Rose Hips

Vitamin C Chewable Shaklee diperkayakan dengan Bioflavonoids dan Rose Hips yang mana berfungsi untuk meningkatkan keberkesanan Vitamin C didalam badan, melegakan inflamasimenentang jangkitan  bacteria dan radikal bebas.

Nak tahu apa keistimewaan Chewable C-Plus ni?
  • Menyokong sistem pertahanan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Membantu memelihara sel badan
  • Membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah
  • Rasa sitrus yang hebat
  • Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami kesukaran menelan tablet
  • Untuk individu yang mempunyai masalah perut hypersensitive
  • Tidak mempunyai pewarna, perasa dan bahan pengawet tambahan
Selain daripada itu seperti yang umum ketahui, Vitamin C membantu :-

  • Untuk kecantikan kulit agar kelihatan bermaya
  • Sebagai antipenuaan untuk awet muda
  • Untuk merangsang penghasilan kolagen dalam badan
  • Memperbaiki insomnia
  • Mengekalkan kolestrol sihat
  • Dan banyak lagi!

Bestkan fungsinya.

Tahukah Anda?

Air liur dapat membantu memecahkan Vitamin C dengan cara mengunyah yang membolehkan ianya diserap sebaik saja sampai ke usus kecil. 

Kajian menunjukkan pengambilan atau pengunyahan Vitamin C dalam kuantiti yang sedikit setiap hari membolehkan Vitamin C diserap dengan lebih berkesan.

Siapakah yang memerlukan Vitamin C?


  • Perokok dan mereka yang bergaul dengan perokok 
  • Ibu mengandung, ibu menyusu atau ibu selepas bersalin. Mengapa? Sebab pada tahap ini imun ibu adalah kurang berbanding dengan ketika di luar waktu tersebut. 
  • Individu dalam proses penyembuhan penyakit atau selepas pembedahan.
  • Kanak-kanak. 
  • Orang yang mudah selesema dan demam. Untuk tingkatkan imun badan.
  • Pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stroke, kolestrol tinggi dan darah tinggi.
  • Pesakit anemik (gejala kurang darah)
  • Orang yang ingin kulit gebu, anjal dan awet muda.
  • Orang yang nak improve sexual health
  • Orang yang nak kurus
  • Orang yang selalu stress dan moody

Kesimpulannya, semua orang tidak kira lapisan umur memerlukan Vitamin C. Jadi, setiap rumah memang wajib ada simpanan Vitamin C.

Sebotol hanya RM 51.25 dan mempunyai 90 tablet dan boleh bertahan sehingga 3 bulan. Dengan hanya RM 0.60 sehari, anda dapat manfaat Vitamin C. Murah kan?

Nak lebih murah? Klik kat bawah ni. Boleh generate income lagi tau.

www.wasap.my/60123917458/NakChewVitaC


Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Sunday, 31 December 2017

6 Vitamin Untuk Menghilangkan Jerawat di Dahi, Dagu, Muka dan Badan Selamanya.


Kemunculan jerawat di wajah memang bukan sesuatu yang menyenangkan. Muka menjadi kemerahan, belum lagi rasa sakit yang timbul. Jerawat di wajah ibarat igauan ngeri yang membantaskan aktiviti luar. Jika boleh, tidak mahu melakukan aktiviti luar saat wujudnya jerawat. Segala perawatan dilakukan untuk menyembuhkan jerawat, tapi bagaimana dengan vitamin dan mineral?
Apakah vitamin dan mineral yang memiliki manfaat untuk menyembuhkan jerawat?
Apa saja vitamin untuk jerawat yang perlu kita amalkan?

Kekurangan vitamin dapat menyebabkan komplikasi yang serius, salah satu contohnya adalah jerawat. Vitamin sangat bermanfaat untuk fungsi enzim, sel, organ, jaringan, dan sistem. Dengan mengamalkan vitamin yang betul, kegunaan vitamin seperti antioksidan, antiradang dan antibakteria akan bekerja untuk melawan jerawat, dan memulakan proses biokimia.

Berikut ini adalah vitamin dan mineral yang boleh anda pertimbangkan untuk membantu menyembuhkan jerawat:

Vitamin A

Vitamin ini diperlukan untuk membantu penyembuhan jerawat, tapi pastikan Anda mengambil vitamin A dengan betul. Vitamin A yang diminum, digunakan untuk menyembuhkan radang dan jerawat yang parah. Selain bermanfaat untuk pengantian sel kulit, ia juga berfungsi untuk mengurangkan penghasilan sebum.

Antara sumber makanan yang mengandungi Vitamin A ialah seperti lobak merah, keledek, bayam, brocoli, telur, peach dan mangga.

Di dalam rangkaian produk Shaklee, suplemen yang mengandungi Vitamin A ialah caratomax.

Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan. Vitamin E merupakan vitamin asas untuk kulit yang cantik. Vitamin E merupakan antioksidan yang kuat, dan membantu kulit melawan radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit. Vitamin E membantu mempercepatkan pertumbuhan kulit dan memperbaiki struktur kulit.

Makanan yang kaya dengan vitamin E adalah, kekacang, almond, biji bunga matahari, dan brokoli.

Jika anda mempunyai masalah jerawat yang agak teruk dan ingin mengamalkan vitamin E, dosage vitamin E yang disyorkan adalah sebanyak 400 UI sehari.

Vitamin C

Vitamin C amat penting untuk memulilhkan sel-sel dalam badan, melawan jangkitan kuman dan meningkatkan kadar immunisasi badan. Vitamin C adalah vitamin larut air, bermakna ia tidak disimpan di dalam badan kita. Sekiranya mempunyai masalah jerawat, kita perlu memastikan pengambilan vitamin C yang mencukupi. Namun jangan pula sampai berlebihan.

Antara makanan yang mempunyai kandungan vitamin C ialah oren, pisang, kiwi, epal hijau, tomato dan cherry.

Ketahui lebih lanjut Vitamin C Shaklee yang di kenali sebagai SR Vita-C Plus.

Vitamin B

Vitamin B di kenali sebagai vitamin anti-stress atau vitamin penenang. Seperti yang diketahui, salah satu punca kemunculan jerawat di dahi, pipi dan dagu ialah disebabkan oleh stress.

Vitamin B juga sangat membantu dalam kelancaran peredaran darah, dan mambantu dalam metabolisme protein, lemak dan gula. Oleh yang demikian, Vitamin B diperlukan dalam proses penyembuhan jerawat.

Shaklee juga menawarkan vitamin B yang di kenali sebagi Vitamin B Complex untuk memudahkan pengambilan harian yang mencukupi.

Garlic

Garlic atau bawang putih merupakan antibiotik yang selamat dan semulajadi. Ianya selamat digunakan dalam jangka masa panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, tonsil, kulat, kuman dan virus. Di sebabkan antaran punca jerawat ialah kuman yang terkumpul, garlic sangat sesuai untuk menghalang kuman seterusnya menghalang pertumbuhan jerawat.

Garlic Complex adalah rangkaian suplemen yang di keluarkan oleh Shaklee bagi mereka yang tidak boleh mengambil bawang putih secara oral tetapi tetap mahukan khasiat bawah putih kepada tubuh.

Omega Guard

Selain daripada vitamin di atas, anda boleh mencuba Omega Guards Shaklee bagi mengurangkan masalah jerawat terutamanya jerawat batu kerana Omega mempunyai sifat anti-radang. Jerawat adalah tanda berlakunya radang kulit. Dengan pengambilan Omega Guards secara konsisten dapat mengurang dan menghilangkan kesan radang tersebut.






Klik gambar untuk konsultasi lanjut.





Continue Reading

Monday, 5 September 2016

Obses kulit cerah?



Obses kulit cerah?
------------------

Ini combo terbaik!

Kenapa?

Sel kat muka tu lifetime dia 21hari je pastu mati dan kne generate baru

Apakah bahan asas untuk bina sel?
Jawapan dia Protein

Bagaimana Shaklee membantu?
ESP membekalkan Protein yang tulen organik (non GMO tau!) 14g setiap serving!

So amik ESP je kan mudah

Nak kasi cerah?
Vitamin C lah jawapnye paling efektif untuk cerahkan kulit!

So jom amalkan ESP dan Vitamin C untuk kulit cerah 😊





Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Thursday, 28 January 2016

Cinta Vitamin 50sen



Vitamin C Shaklee sentiasa menjadi pilihan ramai. Sebab apa? Sebab yang paling utama ialah M.U,R.A.H. Sebotol ada 180 biji dan boleh bertahan selama 6 bulan. Bayangkan sehari hanya memperuntukkan 50sen sahaja untuk mendapatkan manfaat Vitamin C. satu tablet manfaatnya seperti makan 7 biji limau. Sebiji limau boleh dapat tak dengan harga 50sen? Tak dapat kan.... Kat pasar pon tak dapat harga 50 sen sebiji limau tau. Apatah lagi 7 biji limau. 

Sebab kedua ialah sifatnya yang Sustain Release. Apakah maksudnya? Maksudnya ialah vitamin C ni boleh bertahan dalam badan selama 5 jam kerana ia di lepaskan setiap jam. So, selama tempoh 5 jam, badan kita akan dapat menikmati manfaat Vitamin C. 

Tetapi Vitamin C shaklee hanya 500mg berbanding jenama lain ada yang 1000mg. 
Ramai yang beranggapan, lebih tinggi kandungan vitamin C adalah lebih baik. Silap yer. Sebenarnya, berapa lama Vitamin C boleh berada dalam badan itulah yang terbaik. Kenapa? sebab pada satu-satu masa, badan kita hanya memerlukan kurang 100mg. Jadi ke mana lebihnya vitamin C yang tidak diserap oleh badan? Vitamin C yang lebihnya akan larut dan di buang melalui proses perkumuhan. Jadi, sangatlah rugi kalau Vitamin C yang kita makan di buang begitu sahaja kan. 

Pilihlah dengan bijak. Pilihan uols akan menentukan kesan vitamin C terhadap tubuh badan uols. Rasai dan nikmatilah kebaikan vitamin C kerana Vitamin C ialah vitamin asas yang diperlukan oleh badan.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Wednesday, 2 September 2015

Vitamin C dan daku berpisah tiada.

Poyo sangat aih tajuk entry hari ni. Hehe. Gambar berlatar belakangkan office. Nampak tak keobsesan Raiza terhadap vitamin C. Eheaheh... Memang vitamin C ada di mana-mana. Dah macam tonik pulak bila tak makan. Hahaha. Melampaukan.

Tapi serius memang rasa macam tu. Bila pandang cermin tengok muka mesti dok ingat dah makan vitamin C ke belum. Raiza suka ambik vitamin C untuk kesan kepada kulit. Now, dah tak kisah nak keluar rumah without make up even secalit bedak pon tak pakai.

Actually Raiza ambik kombinasi Vitamin C + Vitamin E untuk kulit bermaya. Tak maulah kulit putih melepak tapi tangan gelap pulak kan. Biar sekata orang kata. Maklumlah, Raiza ni kulit sawo matang. Dari lahir memang dah gelap. Mana mungkin boleh cerah macam Lisa Surihani pulakkan. Dapat kulit yang flawless cam ni pun dah seribu rahmat. Alhamdulillah. Memang puas hati dengan suplemen shaklee ni. Sangat serasi dengan Raiza. ;-)

Btw, uols dah start makan suplemen? Raiza dah menjengaj ke 3series so wajib ambik suplemen untuk menyokong kesihatan especially kulit. Tak mau kedut sebelum waktunya... Hahahhaa... Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan.




Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Monday, 17 August 2015

Kesan Sampingan Vitamin C terhadap berat badan.

Assalammualaikum...

Dah makan Vitamin C pagi ni?
Vitamin C seringkali di kaitkan dengan kulit yang sihat.
Tetapi, tahukah anda yang Vitamin C juga ada kesan sampingan terhadap berat badan? Apakah kaitan Vitamin C dengan berat badan? Ok, jangan cepat melatah yer... Kesan sampingan Vitamin C terhadap berat badan ialah kesan yang baik. So, jangan risau ok.

Makan Vitamin C di pagi hari boleh meningkatkan metabolisme badan. Metabolisme adalah keupayaan badan untuk tukar makanan kepada tenaga. Bila metabolisme tinggi, berat badan akan mudah turun dan membantu dalam pembakaran lemak semasa senaman.

Satu kajian yang dijalankan di Arizona State University mengenai kehilangan berat badan mendapati, Vitamin C juga memainkan peranan dalam pembakaran lemak. Hasil kajian menunjukkan mereka yang mempunyai jumlah vitamin C yang cukup dalam badan mampu untuk bakar lemak 30% lebih tinggi berbanding mereka yang tak cukup pengambilan Vitamin C. Wow! 30% tu banyak jugak la kan. Jadi, ambil Vitamin C di pagi hari membantu untuk pembakaran lemak lebih efisen. Walaupun tak bersenam di waktu pagi, tapi kita ni lebih aktif di waktu siang berbanding malam kan. Otot-otot kita pun lebih banyak bekerja di waktu siang berbanding malam.

Bagaimana Vitamin C boleh Membakar Lemak?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana vitamin C boleh bakar lemak? Macam pelik je kan. Artikel yang ditulis dari Oregon State University menceritakan tentang kepentingan Vitamin C untuk pengeluaran carnitine, iaitu sejenis molekul yang menggerakkan lemak ke dalam sel-sel untuk ditukar menjadi tenaga. Carnitine adalah bahan yang dihasilkan dalam hati dan buah pinggang dan disimpan di dalam otot rangka, jantung, otak dan sperma. Vitamin C yang cukup perlu bagi sintesis carnitine dan pembakaran lemak. Dengan kata lain, vitamin C akan mengaktifkan carnitine. Jadi kalau lah susah sangat nak turun berat badan, atau dah cuba macam-macam cara, cuba lihat corak pemakanan anda. Adakah cukup pengambilan vitamin C seharian mengikut keperluan badan anda.

Jadi, jika mahukan makanan yang di makan di tukar menjadi tenaga, amalkan pengambilan vitamin C di awal pagi. Barulah dapat berat ideal yang diidam-idamkan.

Bagaimana ingin memastikan Vitamin C cukup dalam badan?

Cara paling mudah adalah melalui pengambilan supplement. Saranan terbaik adalah Vitamin C SR Shaklee yang lengkap dengan teknologi sustained release (memastikan vitamin kekal selama 5 jam dalam badan secra peringkat demi peringkat). Ini kerana jika dalam bentuk supplement, sukatan vitamin adalah mengikut USRDA iaitu cukup untuk keperluan badan seharian. Boleh amalkan juga makan buah-buahan sitrus yang kaya dengan Vitamin C. Walaubagaimanapun perlu di ketahui Vitamin C mudah hilang disebabkan faktor haba.

Vitamin C SR Shaklee mengandungi 180 biji dalam 1 botol. Tahan sehingga 6 bulan penggunaan.




Bacaan lanjut :
25 Kebaikan Vitamin C untuk kulit.
25 Sebab kenapa Vitamin C tergolong dalam vitamin wajib!
12 Testimoni Vitamin C yang anda takkan percaya!
Tidak perlukan suntikan lagi.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Friday, 12 June 2015

12 Testimoni SR Vita C yang anda takkan percaya!

Testimoni pengguna SR Vitamin C yang berpuas hati.
Mahu tak puas hati?
Dapat kulit halus mulus tanpa jerawat dan jeragat, haruslah puas hati kan.. hehe

Jom baca!








Pesakit gastrik juga boleh consume. Insha Allah selamat.
Lompat bintang. Horay!


Kombinasi terbaik untuk masalah jerawat dan parut.

Memang kombinasi terbaik!


Amboi kak, mulus nya kulit. I is jeles. Ahak.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Friday, 1 May 2015

Perbezaan Vitamin C Shaklee



Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita untuk setiap jam.



Ini maknanya bila kita ambil sebiji vitamin C Shaklee..badan kita tidak terus menerima 500mg vitamin C..Sebaliknya ia akan dilepaskan sedikit sedikit iaitu 100mg untuk setiap jam.
Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi.

Jadi ianya terpelihara dan badan anda menerima bekalan vitamin C yang cukup setiap hari.


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Sunday, 14 December 2014

Tidak perlukan suntikan lagi!


Korang perasan tak dulu ramai artis yang gemar mengambil suntikan vitamin C. Untuk apa? Mestilah untuk cantikkan. Memang tidak di nafikan kebanyakan kita mengetahui kebaikan vitamin C adalah untuk kulit dan kecantikan.

Bagaimana Vitamin C membantu menjaga kesihatan kulit?

Sebenarnya vitamin C ini membantu merangsang penghasilan kolagen. Benar, tubuh kita boleh menghasilkan kolagen tetapi semain meningkat usia, semakin kurang kolagen dihasilkan. Di sinilah fungsi Vitamin C tadi. Ianya merangsang penghasilan kolagen di dalam tubuh dan bertindak sebagai antioksida yang melawan radikal bebas.


Kulit yang terdedah kepada radikal bebas akan menjadi kusam, berkedut dan rosak.  Radikal bebas ini sangat jahat. Radikal bebas bertindak menyerang dan merosakkan sel-sel tubuh kita. Ini menyebabkan sel kulit kita rosak. Di sinilah peranan Vitamin C yang bertugas untuk melawan radikal bebas dan melindungi sel dari rosak.

Dapatkan dos vitamin C anda segera hari ini. Sayangi kulit dan tubuh anda!


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Friday, 5 December 2014

25 Sebab KENAPA VITAMIN C tergolong dalam vitamin wajib!


1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untukbina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.



2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik sepertiatherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik.Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan plumbum. 

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggijika mempunyai keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C bolehmengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagaibahan bakar untuk kurangkan berat badan.



8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi butadikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi bolehmenghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

11. Tenaga.

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsiadrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.

13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.


Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.


15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadigebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligusmenyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utamapenghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

19. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin Cmembantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.


Kebaikan Vitamin C untuk Rambut.

20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

22. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untukmengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.

24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.

25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.


sumber: http://www.stylecraze.com/articles/amazing-benefits-of-vitamin-c-for-skin-hair-and-health/



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading