Showing posts with label Penyakit. Show all posts
Showing posts with label Penyakit. Show all posts

Wednesday, 25 July 2018

Penyakit HFMD, Punca, Gejala & Cara Merawatnya.

Tahukah anda penyakit HFMD sedang merebak di Malaysia ketika ini?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat peningkatan bilangan kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia. Sehingga 26 Mei 2018, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 21,644 kes berbanding hanya 19,398 kes pada tempoh yang sama pada tahun 2017. Bilangan kes di kebanyakan negeri telah melepasi paras amaran.


Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bagi tahun 2018, sehingga kini, sebanyak 316 buah taska/tadika/tabika/pra-sekolah melaporkan kluster HFMD di premis mereka, iaitu 52% dari jumlah wabak yang dilaporkan. Survelan virus HFMD juga mendapati peningkatan aktiviti enterovirus-71 (EV71) dalam persekitaran semenjak bulan Mac 2018.

Adakah HFMD mudah berjangkit?

Ya. HFMD amat mudah berjangkit terutamanya kepada kanak-kanak 5 tahun ke bawah.Wabak ini boleh berjangkit dari seorang pesakit kepada individu lain melalui hubungan terus (direct contact) dengan cairan dari hidung,mulut, peluh mahupun najis penghidap HFMD. Wabak ini berjangkit semasa minggu pertama dijangkiti.

Bolehkah HFMD menjejaskan orang dewasa?

Boleh tetapi HFMD jarang memberi kesan kepada orang dewasa yang sihat. Namun begitu, sekiranya seseorang dewasa menghidap penyakit ini, ia akan menjadi lebih teruk dimana kaki dan tangan akan membengkak.

Artikel akhbar 26 Julai 2018


Penyakit HFMD disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti kes disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV71). Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. 

Hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan dalam masa tujuh (7) ­ke sepuluh (10) hari. Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis.

Bolehkan gejala HFMD ini dicegah?

Boleh dengan cara menjaga kebersihan.

Langkah Pencegahan HFMD

Jaga kebersihan diri dan persekitaran. 

Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

  1. Sentiasa memastikan kebersihan terutama peralatan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak
  2. Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh
  3. Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin
  4. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.
  5. Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam seperti pasaraya dan pusat permainan di dalam premis (indoor).
  6. Sentiasa menjaga kebersihan rumah dan persekitaran.
  7. Menggalakkan anak-anak membasuh tangan selepas ke tandas,bermain dan sebelum makan.
  8. Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL:http://www.moh.gov.my.

Basic H membantu kerja-kerja pembersihan rumah dan alatan permainan anak-anak.

Bolehkah HFMD di cegah dari merebak?

1. Elakkan dari membawa anak-anak ke tempat awam sekiranya mereka disahkan dijangkiti penyakit HFMD (kuarantin) seperti nurseri,pusat asuhan,taman permainan, pasaraya, pasar sekolah dan tempat-tempat yang dikunjungi orang ramai.
2. Elakkan hubungan rapat seperti mencium, memeluk, atau berkongsi pinggan atau cawan dengan orang yang dijangkiti.


Bagaimana penjagaan terbaik ketika dijangkiti HFMD?

Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.

Apabila anak anda dijangkiti wabak ini, ia akan menyebabkan mereka kurang selesa dan ia meletihkan anda. Gejala HFMD mengambil masa 7 hingga 14 hari untuk pulih.



1. Meal Shakes – Mengandungi sumber protein dengan 19 vitamin dan mineral tambahan semulajadi. Ia juga mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh yang baik untuk pertumbuhan dan perlindungan yang baik. Sumber kalsium yang tinggi serta kaya dengan fiber dan protein.

2. Omega Guard – Selain membantu perkembangan sel-sel saraf otak, minyak ikan terbaik dunia ini juga membantu meningkatkan imunissi kanak-kanak.

3. Vitamin C chewable – Disamping meningkatkan imunisasi,vitamin C ini juga menguatkan tulang,gigi dan gusi kanak-kanak.

4. Nutriferon – Bertindak meningkatkan interferon semulajadi badan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan.Untuk kanak-kanak, sila dapatkan nasihat untuk dos yang berpatutan.


HFMD bukanlah penyakit yang merbahaya tetapi jika tidak di cegah, ianya boleh menyebabkan kematian apabila virus HFMD menyerang organ dalaman.



Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Thursday, 11 June 2015

4 Langkah kenali tanda-tanda penyakit Stroke!



STROKE


IDENTIFIKASI STROKE:
Seorang neurologist berkata bahwa jika dapat mengenal pasti tanda-tanda stroke dalam jangka waktu 3 jam, ia dapat membantu memulihkan pesakit dari stroke tersebut secara total. Pesakit yang terkena Stroke harus di berikan rawatan dalam masa 3 jam.  Jika anda berada di dalam situasi orang di sekeliling anda tiba-tiba rebah, cuba lihat adakah tanda-tanda stroke ada kepadanya. Jika ada, cepat-cepat hantar ke hospital kerana pesakit stroke hanya ada 3 jam sahaja dari tempoh masa serangan peluang untuk pulih semula. Lihat tanda-tanda stroke di bawah:



MENGENALI STROKE:

Ingat 3 langkah, STR. Baca dan pelajari!

Terkadang tanda stroke sukar untuk di kenal pasti. Mangsa stroke akan mengalami kerosakan otak yang besar ketika orang di dekatnya gagal dalam mengenalpasti tanda sebuah stroke. Doktor saat ini berkata bahawa orang biasa dapat mengenal serangan stroke dengan 3 pertanyaan mudah di bawah ini:

F = Minta orang tersebut untuk SMILE (Senyum)..
A = Minta dia untuk RAISE BOTH ARMS (Angkat kedua tangannya).
S = TALK. Minta orang tersebut untuk bicara ayat yang mudah (secara langsung) contoh : Hari ini sangat cerah.
T = Jika ada tanda-tanda di atas, hubungi AMBULAN atau bawa pesakit ke hospital segera!


Jikalau orang tersebut sukar melakukan salah satu dari tugas diatas, panggil ambulan dan jelaskan tanda-tandanya kepada operator.

CATATAN: Tanda lain dari sebuah stroke adalah
1. Minta orang tersebut untuk menjelirkann lidahnya.
2. Jikalau lidah tersebut bengkok, atau jikalau lidah tersebut terjulur ke satu sisi atau lainnya maka ini adalah tanda-tanda sebuah stroke.

Seorang cardiologist berkata bahwa jikalau setiap orang yang membaca status ini dan SHARE kepada teman-temanya maka Anda akan setidaknya menyelamatkan satu nyawa.

Bantu klik 'SHARE' dibawah ini, maka shabat kamu juga boleh baca ini.




Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Wednesday, 20 May 2015

Kita paling gemuk?



Fakta yang agak mengejutkan dan menakutkan. Selama ini kita rasa rakyat Malaysia cukup sihat. Tetapi apabila fakta demi fakta dan angka demi angka yang di keluarkan oleh Kementerian Kesihata, sedikit sebanyak ianya agak membimbangkan.

Benarkah kita paling gemuk?
Hakikat yang harus di terima hari ini. Bagaimana nak mengubahnya?

Saya selalu berpegang kepada prinsip, sebelum mengubah dunia, ubahlah diri kita sendiri sebab jika kita tidak berubah, bagaimana nak mengubah dunia? Hatta bagaimana dunia nak berubah?

Kita lihat pemakanan kita hari ini. Fast food di mana-mana. Kalau dulu, fast food hanya ada di bandar besar sahaja tetapi sekarang kalau kita lihat, di kebanyakan kampung pon dah ada jenama makanan segera ini. 
Bagaimana kita nak ubah mentaliti rakyat kita? Bermula dengan KITA sendiri. Bolehkah kita avoid fast food? Cubalah avoid semampu mungkin. Sekurang-kurangnya kita akan menurunkan sedikit statistik penggemar fast food. Dan sebarkan maklumat pentingnya kesihatan. 

Fast food bukan satu-satunya faktor penyebab kepada obesiti. Ada faktor lain juga seperti masakan melayu dan western juga. Pengambilan makanan bersantan dan berkanji secara berlebihan juga menyebabkan obesiti. 

Masak lemak cili padi, wow! Sedap kan. Sebut sahaja boleh bikin air liur meleleh. Tetapi cuba lihat dari sudut kesihatan. Berapa tinggi kalori yang ada di dalam satu hidangan?

" Jadi, tak boleh makan ke? Rugilah kalau tak boleh makan kan. Ni kan nikmat dunia."

Saya biasa dapat statement sebegini. Pendekatan saya sangat mudah. Saya tidak kata ianya tidak boleh makan, boleh sahaja jika itu lauk kegemaran kamu TETAPI berpada-padalah dalam pengambilannya. PERPADA-PADA dan BERSEDERHANA inilah yang orang kita selalu terlupa. 
Ingat tak pesan Nabi s.a.w, berhenti makan sebelum kenyang, ini sunnah. Jadi, kenapa ambil berlebihan? Yang berlebihan inilah yang mengundang penyakit. 

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia amnya dan kita sendiri khasnya menukar tabiat pemakanan harian kita. Kurangkan makanan berlemak. Banyakkan pengambilan sayuran dan mulalah bersenam. 
Biasa dengar nasihat macam ni? Dah immune pon kan. ;-)
Benar, nasihat biasa tetapi kita tak pernah nak ambil peduli. Apabila penyakit dah menjelma, nak salahkan siapa? Nenek moyang kita? Yang mencipta resepi pelbagai rasa?

Tepuk dada, tanya selera. 






Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Tuesday, 31 March 2015

Mengapa Sakit Belakang?



Siapa kata hanya usia dan postur tubuh yang tidak betul menjadi punca sakit belakang. Kajian menunjukkan rasa tidak selesa juga boleh berpunca dari empat faktor :

  1. Tidak cukup Vitamin D
  2. Sembelit
  3. Stress dan murung
  4. Mengalami Skiolosis yang tidak di diagnos.

Bagi mereka yang menghadapi masalah sakit belakang dan ingin mencuba rangkaian suplemen Shaklee, Raiza cadangkan untuk mengambil Ostematrix kerana Ostematrix mengandungi Vitamin D yang dapat melegakan kesakitan belakang anda.

Selain daripada itu, Ostematrix juga mengandungi Calcium, Magnesium, Zinc, Copper, Manganese dan Boron. Mineral-mineral ini perlu di ambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Sunday, 29 March 2015

Bahaya kekurangan protein





Para saintis mendapati kekurangan protein yang berlarutan boleh menyebabkan:

  • anemia
  • penyakit buah pinggang
  • penyakit hati
  • ulser peptik
  • Penglihatan kurang baik
  • Peredaran darah kurang baik
  • Kolesterol yang tinggi
  • Gula darah yang rendah (hipoglisemia)
  • Tekanan darah rendah
  • Saraf tidak stabil
  • Luka lambat sembuh
  • Mudah mendapat jangkitan
  • Kelesuan
  • Retensi air
  • Kerencatan akal di kalangan kanak-kanak

Recommended Daily Allowance - RDA yang dicadangkan untuk :
  • lelaki biasa 56g
  • wanita biasa 44g
  • lelaki yg bekerja sebagai buruh kasar 115 - 189g (bergantung pada banyak faktor seperti cuaca, berat kerja, faktor tubuh dan diet dll)




Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Wednesday, 18 March 2015

18 Manfaat Zinc yang perlu anda tahu!



💊Diabetes : Membantu menghasilkan pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.


💊Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zinc berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau acne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

💊Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zinc di dalam badan. Zinc memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

💊Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu, zinc juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

💊Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan penyembuhan luka menjadi lambat. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

💊Gangguan Prostat: Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zinc setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat. 

💊Hilang berat badan: Zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

💊Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

💊Pembiakan: Bagi lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

💊Fungsi Biologi: Zinc memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

💊Jangkitan: Zinc membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
💊Antioksidan: Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

💊Aturan Enzim: Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zinc.

💊Kanser: Bagi lelaki, zinc memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

💊Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zinc. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zinc.

💊Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zinc. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zinc, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zinc akan membantu mencegah keguguran rambut.

💊Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zinc perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

💊Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zinc akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zinc dan akan memperbaiki penglihatan mata.


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Wednesday, 19 November 2014

Omega Guard untuk Warga Emas


Memang biasa kita dengar warga emas dan orang tua di kalangan kita mengalami penyakit. Apabila badan semakin berusia, metabolisme menjadi rendah sama juga dengan daya tahan / imunisasi badan. Masa inilah macam-macam penyakit datang. Tiga serangkai (darah tinggi, kencing manis, jantung) adalah yang popular di kalangan warga emas dan orang tua.

Omega Guard boleh dikatakan sebagai vitamin paling bajet dan sesuai untuk warga emas dan orang tuaKenapa? Sebab Omega Guard atau minyak ikan terbaik ini mempunyai banyak kelebihan kepada golongan ini.

Anda pasti teruja untuk membelikan Omega Guard untuk ibu dan ayah anda jika anda tahu sebab mengapa ia sesuai untuk mereka.

Berikut adalah 5 sebab Omega Guard sesuai untuk Warga Emas:


1. Penyakit Jantung
Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard bukan sahaja mengelakkan penyakit kepada orang sihat, orang yang telah terkena penyakit jantung pun bagus untuk mengambilnya. Ia boleh mengurangkan risiko komplikasi dan kematian kepada mereka yang telah disahkan ada penyakit jantung.

Omega 3 boleh mengekalkan rentak degupan jantung. Satu kajian mendapati, mereka yang telah mengalami serangan jantung dan mengambil minyak ikan, mereka mempunyai risiko kematian 45% lebih rendah dari mereka yang tidak mengambil minyak ikan. Ikan dan minyak ikan boleh memperlahankan arteriosclerosis dan merendahkan risiko serangan strok.


2. Triglycerides. 
Apa itu triglycerides? Dengan ayat mudah, ia didefinisikan sebagai lemak tidak baik dalam badan. Omega 3 (DHA dan EPA) boleh merendahkan tahap lemak ini sebanyak 20% hingga 50%. Kesan omega 3 juga dilihat dapat merendahkan tahap kolestrol.






3. Rheumatoid arthritis. 
Rheumatoid arthritis adalah sakit sendi dan lutut yang biasa di alami oleh orang tua dan warga emas. Beberapa kajian telah mendapati minyak ikan boleh mengurangkan simptom sakit ini seperti rasa nyilu pada waktu pagi dan sakit. Kerana itu juga, Omega Guard adalah salah satu vitamin penting untuk Set Sendi dan berjaya membantu mengurangkan masalah sakit sendi kepada ramai orang.



4. Osteoporosis
Kajian mendapati mereka yang makan minyak ikan mempunyai kadar kepadatan tulang yang lebih tinggiSatu kajian lain pula mendapati minyak ikan (bergabung dengan kalsium dan GLA) boleh meningkatkan kepadatan tulang kepada orang berusia yang telah mengalami osteoporosis.








5. Ingatan, Dementia dan penyakit Alzheimer
Beberapa kajian mendapati pemakanan yang tinggi kandungan lemak ikan/minyak ikan boleh mengelakkan hilang ingatan dan merendahkan risiko dementia kepada orang tua. Terdapat juga kajian di mana supplement yang mengandungi Omega 3 boleh memperlahankan masalah ingatan kepada pesakit Alzheimer.






Ternyata banyak lagi manfaat golongan ini kepada warga tua dan berusia. Adalah lebih baik kita memelihara kesihatan dari awal sebelum penyakit menjadi lebih parah. Sebab itulah hadiahkan Omega Guard untuk ibu dan ayah kita adalah langkah BIJAK. Merawat sesuatu penyakit adalah jauh lebih MAHAL berbanding mencegahnya.

Harga runcit : RM 136
90 Capsules

Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Monday, 29 September 2014

Diabetes punca SEMBELIT?




DARI sudut perubatan, sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar dengan kurang tiga kali seminggu dan susah membuang air besar kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras.

Sifat najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul. Ramai penghidap sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut. Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut. 

Kebiasaannya, wanita mengandung dan golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih mudah mengalami sembelit namun SEMBELIT boleh menyerang semua peringkat umur. 

Antara Mitos dan Fakta


Mitos :
Sembelit hanya terjadi kepada golongan berusia.

Fakta:
Biasanya golongan berusia mengalami sembelit di sebabkan faktor-faktor kesihatan, pengambilan ubat serta pengambilan makanan yang tidak betul. Masalah pencernaan merupakan faktor utama yang biasa terjadi kepada golongan ini. Sembelit juga boleh terhadi sepanjang tempoh kehamilan dan setelah melahirkan.

Mitos: 
Sembelit menandakan tubuh kekurangan serat

Fakta:
Walaupun serat adalah ubat terbaik untuk sembelit tetapi tidak semua yang mengalami sembelit kerana kekurangan serat. Sembelit boleh jadi disebabkan masalah kesihatan seperti tiriod, sakit jantung, parkinson dan diabetes. 

Mitos:
Najis berdarah adalah normal

Fakta:
Jika terdapat darah di dalam najis, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Warna merah darah juga kemungkinan besar anda mengalami masalah buasir dan koyakkan pada lapisan dubur yang menyebabkan pendarahan. Awas! Sekiranya najis berwarna maroon atau terdapat ketulan najis berwarna hitam kerana ini mungkin melibatkan saluran pencernaan dan bukan sembelit.

Mitos:
Semua jenis serat boleh mengurangkan sembelit.

Fakta:
Terdapat dua jenis serat iaitu serat larut dan serat tidak larut. Pilihan makanan yang boleh menghindari sembelit ialah dari serat tidak larut iaitu terdiri daripada roti gandum, bijirin dan pasta. Manakala serat larut yang terdapat didalam buah-buahan dan sayur-sayuran kurang efektif untuk sembelit tetapi dapat membantu penurunan kolesterol.


Cara lain untuk mengatasi masalah sembelit ialah melalui pengambilan suplemen. Ostematrix adalah suplemen terbaik untuk mereka yang mengahadapi gejala sembelit.

Bagaimana memilih suplemen kalsium?
Kenapa Ostematrix?


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Sunday, 27 April 2014

Kenali Buasir




Buasir biasanya berlaku kepada ibu-ibu yg mengandung dan berpantang. Malah faktor keturunan juga boleh menyumbang kepada berlakunya buasir. 

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian  rektum dan dubur. 

Terdapat 2 jenis buasir iaitu buasir dalaman dan buasir luaran. 


  • Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah. Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. 



  • Buasir luaran pula selalu mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. 



Ramai sebenarnya di kalangan kita yang pernah mengalami buasir. Kita malu nak mengaku atau nak berjumpa doktor bila terkena buasir... Akhirnya kita hanya berdiam diri & menanggung sakit. 

Berikut adalah petikan dari Harian Metro.
Oleh kerana buasir tidak menyebabkan rasa sakit ramai orang mengambil sikap ‘tunggu dulu’ walaupun berlaku pendarahan setiap kali buang air besar sehingga masalah berkenaan sudah tidak tertanggung. 

“Kebanyakan orang malu untuk mengaku mereka ada masalah buasir, terutama wanita. Sebenarnya wanita hamil lebih mudah mengalami buasir kerana apabila kandungan semakin besar, rahim akan menekan rektum iaitu hujung usus besar dan ketika buang air wanita cenderung untuk tunduk sedikit yang memberi lebih tekanan. 


“Ini lama kelamaan akan membuatkan wanita mendapat buasir,” kata Penasihat Kesihatan dan Pakar Bedah Kolorektum Hospital Assunta, Dr Tee Shin San. 

Buasir boleh berlaku pada semua orang tanpa mengira umur tetapi kebanyakan kes, orang dewasa berumur antara 20 hingga 50 tahun. 

Di negara kita, jumlah kes buasir tidak diketahui (kerana ramai malu mendapatkan rawatan) tetapi di Amerika Syarikat (AS) dianggarkan 10 juta penduduknya mengalami masalah itu setiap tahun. 

Buasir adalah salur darah di dubur yang membengkak. Biasanya ia tidak menyebabkan kesakitan, tetapi ada individu mengalami kesakitan khususnya apabila saiz buasir sangat besar sehingga menyukarkan untuk buang air besar. 

Kesakitan muncul jika berlaku komplikasi seperti wujud darah beku atau apabila buasir sentiasa berada di luar dubur. 

Apa punca buasir? Biasanya disebabkan terlalu banyak tekanan pada salur darah di bahagian pelvik atau rektum (hujung usus besar). 

Tisu pada dubur sebenarnya mempunyai banyak salur darah yang membantu mengawal pembuangan najis. Jika anda memaksa pengeluaran najis (dengan meneran kuat), peningkatan tekanan ini boleh menyebabkan salur darah membengkak dan mengembang - yang membentuk buasir. 

Selain masalah sembelit, cirit-birit juga dikatakan boleh menyumbang kepada pening­katan tekanan pada salur darah di dubur. Bagi wanita hamil, masalah buasir biasa­nya berlaku apabila kandungan semakin besar dan kecut sedikit selepas bersalin. 

“Orang yang selalu menahan diri daripada buang air besar juga boleh mendapat buasir kerana ia memberi tekanan yang besar kepada salur darah di dubur. 

“Jika sudah dapat ‘panggilan’, pergilah ke tandas. Jangan ditahan. Pada masa sama, jangan paksa diri untuk buang air besar contohnya apabila mahu pergi ke tempat atau acara penting kerana tindakan ini boleh membuatkan salur darah bengkak. 

“Malah orang yang suka membaca ketika buang air sehingga mengambil masa yang lama di tandas juga berisiko mendapat buasir. 

“Bagi individu yang gemuk juga perlu berhati-hati dan ambil langkah mengecilkan saiz kerana berat badan berlebihan boleh menyebabkan buasir,” katanya. 


Secara ringkasnya buasir boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu: 




  • Berdarah setiap kali buang air besar, tetapi tidak bengkak atau rasa sakit (tahap satu). Buasir dalaman biasanya kecil, salur darah yang bengkak berada pada dinding saluran dubur. Ia boleh menjadi besar sehingga terkeluar dari dubur. 
  • Bengkak di luar dubur tetapi boleh masuk sendiri (ke dalam dubur) selepas buang air besar (tahap dua). 
  • Bengkak di luar dubur dan tidak boleh masuk sendiri, perlu ditolak dengan jari (tahap tiga). 
  • Bengkak yang sentiasa berada di luar dubur (tahap empat). 

    Gejala paling biasa bagi buasir dalaman atau luaran ialah: 

  • Pendarahan ketika buang air besar. Darah ini berwarna merah terang.
  • Rasa sakit ketika membersihkan atau mencuci kawasan dubur.
  • Wujud sebarang ketidak­normalan atau bintil pada dubur.
  • Sakit dan gatal semasa atau selepas buang air besar. 

    Pengesanan dan rawatan 

    Biasanya pesakit hanya datang berjumpa doktor apabila masalah sudah teruk atau bimbang pendarahan yang banyak. 

    Menurut Dr Tee, jika ada buasir tetapi tidak berlaku pendarahan ketika buang air besar atau menyebabkan masalah, ia tidak perlukan rawatan. 

    Namun jika anda berumur 50 tahun ke atas dan berlaku pendarahan (sama ada darah berwarna merah terang atau najis menjadi gelap kerana wujudnya darah) maka disarankan segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. 

    Biasanya untuk buasir tahap satu dan dua, doktor akan memberikan ubat. Namun untuk tahap tiga dan empat, perlukan rawatan kerana pada peringkat ini ubat tidak lagi berkesan. 

    Walaupun menjalani pembedahan, tetapi masih ada risiko untuk buasir berulang terutama jika corak pemakanan dan gaya hidup tidak berubah. 

    “Jika buasir kecil saiznya, doktor akan cadangkan rawatan bukan pembedahan seperti teknik ikat. 

    “Buasir ini akan diikat dengan getah khas untuk menghentikan bekalan darah.
    Apabila aliran darah terhenti, bahagian yang tidak menerima bekalan oksigen dan nutrien akan mati dalam tempoh tiga hingga empat hari. Ia akan gugur sendiri dan biasanya pesakit tidak sedar bila buasir mereka hilang. 

    “Teknik ini sangat mudah, murah, cepat (kurang daripada lima minit), tidak menyakitkan dan dikategorikan sebagai rawatan pesakit luar. 

    “Namun peratus kejayaan teknik ini bukan 100 peratus kerana masih ada kemungkinan buasir berulang terutama yang kecil dan tidak boleh dibuang.
    Bengkak ini boleh membesar sekiranya individu itu terus melakukan perkara yang meningkatkan tekanan pada salur darah di dubur,” katanya. 

    Kaedah pembedahan konvensional kini jarang dilakukan kerana ia bukan saja menyakit­kan, tetapi juga menyebabkan luka yang besar. Pesakit perlu tinggal di hospital untuk satu tempoh tertentu dan penyembuhan juga mengambil masa yang lama. 

    Pembedahan konvensional juga tidak boleh membuang semua buasir kerana apabila kulit baru terbentuk ia boleh melekat dan membuatkan saluran dubur menjadi semakin kecil atau sempit. 

    Teknik terkini yang lebih popular ialah menggunakan alat seperti ‘stapler’ atau pengokot. Melalui kaedah ini, semua buasir di keliling salur dubur boleh diketip atau diklip bagi menghentikan bekalan darah. Bahagian yang mati akibat tiada bekalan darah akan gugur sendiri dan kaedah ini sesuai untuk buasir tahap dua, tiga serta empat. 

    Bagaimanapun, jika saiz buasir terlalu besar atau terlalu banyak kulit di luar dubur, kesan rawatan tidak begitu baik. Namun ia cara paling berkesan untuk menghentikan pendarahan. Walaupun ada risiko untuk buasir berulang, tetapi ia jauh lebih rendah berbanding kaedah pembedahan konvensional. Pendarahan mungkin berlaku ketika prosedur tetapi kemungkinannya agak kecil iaitu antara lima hingga 10 peratus saja. 


    Pencegahan 

    Tiada kaedah khusus untuk mencegah buasir tetapi amalan gaya hidup sihat dapat menghindarkan kita daripada mengalami masalah ini. Antara cara yang disarankan ialah: 

  • Ubah gaya pemakanan dengan melebihkan pengambilan sumber serat (sayur-sayuran dan buah-buahan); lebih baik jika dapat makan lima hidangan sayur dan buah setiap hari. 
  • Minum banyak air masak, sekurang-kurangnya satu hingga dua liter sehari. Ia bertujuan melembutkan najis supaya ia senang keluar. Pengambilan serat perlu diselaraskan dengan air. 
    Lebih banyak serat diambil, maka lebih banyak air diperlukan. Alasannya mudah, serat akan mengembang dan menyerap banyak air. Jika tidak cukup air, ia akan membuat­kan seseorang mengalami masalah kembung dan banyak angin. Jika anda mengalami sembelit, masalah akan jadi lebih teruk jika tidak cukup air. 

  • Pelajari cara betul untuk buang air. 
  • Bersenam kerana ia juga boleh bantu mudahkan ke tandas. Senaman mudah seperti berjalan cepat selama 30 minit sehari sudah memadai. 
  • Jangan abaikan panggilan untuk buang air besar.
  • Jangan paksa diri untuk buang air besar. 

    “Apabila anda ada tanda-­tanda buasir, segeralah dapat­kan nasihat doktor. Ini penting kerana rawatan awal bukan saja lebih mudah dan murah tetapi ia dapat mengelakkan berlakunya komplikasi lain atau pembedahan yang lebih besar. 

    “Ramai pesakit yang datang menyangka mereka ada buasir tetapi selepas diperiksa rupa­nya ia adalah tanda penyakit lain. Paling membimbangkan ialah jika pendarahan itu disebabkan oleh kanser usus,” katanya.
  •  -sumber : harian metro



    Ubah gaya hidup kita & cegah simptom buasir dengan vitamin Shaklee


    • OSTEMATRIX : bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
    • ALFALFA : bantu melawaskan pembuangan air besar. 
    • OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
    • ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. zinc complex  membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

    Apa kata mereka yang telah mencuba suplemen Shaklee?






    Ingin mencuba suplemen Shaklee? 
    Dapatkan konsultasi penuh secara PERCUMA.
    Raiza | 012 3917458 




    I
    Continue Reading

    Monday, 7 April 2014

    Osteoporosis : Kenali punca dan sebabnya.



    Protein Haiwan Penyebab Osteoporosis?
    Jika anda meneliti gambarajah di atas, anda boleh mendapati bahawa pengambilan protein dari sumber haiwan dan hasil tenusu boleh mengakibatkan osteoporosis. Apabila mengambil makanan dari sumber haiwan, kandungan sulfur yang terdapat di dalam makanan tersebut boleh mengakibatkan darah menjadi berasid. Bagi tujuan untuk peneutralan semula, kalsium diperlukan dan ia akan diserap daripada tulang sehingga menyebabkan kepadatan tulang beransur-ansur hilang. Jika keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan masalah tulang rapuh atau osteoporosis.
    Menurut http://www.livestrong.com, kurang pengambilan daging serta produk tenusu, boleh membantu melindungi daripada masalah osteoporosis. Bagi mereka, vegetarian, mereka mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi, walaupun mereka kurang mengambil kalsium.

    Bagi anda yang menggemari makanan bersumberkan haiwan, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan bekalan kalsium dari makanan tambahan. Sumber kalsium yang terbaik adalah Ostematrix Shaklee..




    Berminat? Mari segera contact saya...
    PM | Whatsapp 012 3917458


    Continue Reading

    Sunday, 16 February 2014

    Cara atasi Anemia

    Anemia atau biasa disebut kurang darah adalah keadaan yang mana darah memilki kekurangan sel darah merah atau hemoglobin. Hemoglobin ialah bahagian sel darah merah yang mengandungi zat besi. Keadaan ini menjejaskan pengaliran oksigen dalam tubuh menyebabkan kelesuan, kelelahan dan membuatkan pengidapnya kelihatan pucat.

    Beberapa penyebab anemia:
    • kemusnahan sel darah merah yang terlampau agresif – sel darah merah membentuk sel2 yang abnormal yang dipanggil sel sabit atau sel sickle
    • kehilangan darah yang banyak – dari kemalangan, kecederaan, tumpah darah atau darah haid yang terlampau banyak
    • badan yang kurang menghasilkan sel darah merah – badan yang kekurangan nutrisi


    Kekurangan nutrisi yang menyebabkan anemia
    • Zat besi
    • Asid folik
    • Vitamin B12


    Satu cara untuk memastikan anda menghidap anemia ialah melalui ujian darah.

    Apakah supplement yang boleh membantu?







    Vita-Lea Iron Formula

    Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat ini. Kebiasaannya mereka yang mengalami anemia jenis ini ialah dari kalangan kanak-kanak di bawah 2 tahun, remaja perempuan (yang sudah datang haid), wanita hamil dan warga emas. Faktor yang menyebabkan kekurangan zat besi ialah kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian, atau badan kurang berupaya menyerap zat besi kerana diet yang tidak betul.

    Vita-C 500mg Sustained Released

    Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi.Kajian menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak.Vitamin C sustained released dilepaskan secara perlahan-lahan untuk membekalkan vitamin C yang secukupnya kepada tubuh. Ini kerana Vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamun C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren.

    B Complex

    Asid folik membantu mengawal dan mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan asid folik. Vitamin B12 mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B12.
    Vitamin B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah.







    Ingin lagi jimat? Mari segera contact saya...
    PM | Whatsapp 012 3917458
    SID : 926943

    Continue Reading