Sunday, 31 December 2017

6 Vitamin Untuk Menghilangkan Jerawat di Dahi, Dagu, Muka dan Badan Selamanya.


Kemunculan jerawat di wajah memang bukan sesuatu yang menyenangkan. Muka menjadi kemerahan, belum lagi rasa sakit yang timbul. Jerawat di wajah ibarat igauan ngeri yang membantaskan aktiviti luar. Jika boleh, tidak mahu melakukan aktiviti luar saat wujudnya jerawat. Segala perawatan dilakukan untuk menyembuhkan jerawat, tapi bagaimana dengan vitamin dan mineral?
Apakah vitamin dan mineral yang memiliki manfaat untuk menyembuhkan jerawat?
Apa saja vitamin untuk jerawat yang perlu kita amalkan?

Kekurangan vitamin dapat menyebabkan komplikasi yang serius, salah satu contohnya adalah jerawat. Vitamin sangat bermanfaat untuk fungsi enzim, sel, organ, jaringan, dan sistem. Dengan mengamalkan vitamin yang betul, kegunaan vitamin seperti antioksidan, antiradang dan antibakteria akan bekerja untuk melawan jerawat, dan memulakan proses biokimia.

Berikut ini adalah vitamin dan mineral yang boleh anda pertimbangkan untuk membantu menyembuhkan jerawat:

Vitamin A

Vitamin ini diperlukan untuk membantu penyembuhan jerawat, tapi pastikan Anda mengambil vitamin A dengan betul. Vitamin A yang diminum, digunakan untuk menyembuhkan radang dan jerawat yang parah. Selain bermanfaat untuk pengantian sel kulit, ia juga berfungsi untuk mengurangkan penghasilan sebum.

Antara sumber makanan yang mengandungi Vitamin A ialah seperti lobak merah, keledek, bayam, brocoli, telur, peach dan mangga.

Di dalam rangkaian produk Shaklee, suplemen yang mengandungi Vitamin A ialah caratomax.

Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan. Vitamin E merupakan vitamin asas untuk kulit yang cantik. Vitamin E merupakan antioksidan yang kuat, dan membantu kulit melawan radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit. Vitamin E membantu mempercepatkan pertumbuhan kulit dan memperbaiki struktur kulit.

Makanan yang kaya dengan vitamin E adalah, kekacang, almond, biji bunga matahari, dan brokoli.

Jika anda mempunyai masalah jerawat yang agak teruk dan ingin mengamalkan vitamin E, dosage vitamin E yang disyorkan adalah sebanyak 400 UI sehari.

Vitamin C

Vitamin C amat penting untuk memulilhkan sel-sel dalam badan, melawan jangkitan kuman dan meningkatkan kadar immunisasi badan. Vitamin C adalah vitamin larut air, bermakna ia tidak disimpan di dalam badan kita. Sekiranya mempunyai masalah jerawat, kita perlu memastikan pengambilan vitamin C yang mencukupi. Namun jangan pula sampai berlebihan.

Antara makanan yang mempunyai kandungan vitamin C ialah oren, pisang, kiwi, epal hijau, tomato dan cherry.

Ketahui lebih lanjut Vitamin C Shaklee yang di kenali sebagai SR Vita-C Plus.

Vitamin B

Vitamin B di kenali sebagai vitamin anti-stress atau vitamin penenang. Seperti yang diketahui, salah satu punca kemunculan jerawat di dahi, pipi dan dagu ialah disebabkan oleh stress.

Vitamin B juga sangat membantu dalam kelancaran peredaran darah, dan mambantu dalam metabolisme protein, lemak dan gula. Oleh yang demikian, Vitamin B diperlukan dalam proses penyembuhan jerawat.

Shaklee juga menawarkan vitamin B yang di kenali sebagi Vitamin B Complex untuk memudahkan pengambilan harian yang mencukupi.

Garlic

Garlic atau bawang putih merupakan antibiotik yang selamat dan semulajadi. Ianya selamat digunakan dalam jangka masa panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, tonsil, kulat, kuman dan virus. Di sebabkan antaran punca jerawat ialah kuman yang terkumpul, garlic sangat sesuai untuk menghalang kuman seterusnya menghalang pertumbuhan jerawat.

Garlic Complex adalah rangkaian suplemen yang di keluarkan oleh Shaklee bagi mereka yang tidak boleh mengambil bawang putih secara oral tetapi tetap mahukan khasiat bawah putih kepada tubuh.

Omega Guard

Selain daripada vitamin di atas, anda boleh mencuba Omega Guards Shaklee bagi mengurangkan masalah jerawat terutamanya jerawat batu kerana Omega mempunyai sifat anti-radang. Jerawat adalah tanda berlakunya radang kulit. Dengan pengambilan Omega Guards secara konsisten dapat mengurang dan menghilangkan kesan radang tersebut.






Klik gambar untuk konsultasi lanjut.





0 comments:

Post a Comment