Showing posts with label Zinc. Show all posts
Showing posts with label Zinc. Show all posts

Sunday, 31 December 2017

6 Vitamin Untuk Menghilangkan Jerawat di Dahi, Dagu, Muka dan Badan Selamanya.


Kemunculan jerawat di wajah memang bukan sesuatu yang menyenangkan. Muka menjadi kemerahan, belum lagi rasa sakit yang timbul. Jerawat di wajah ibarat igauan ngeri yang membantaskan aktiviti luar. Jika boleh, tidak mahu melakukan aktiviti luar saat wujudnya jerawat. Segala perawatan dilakukan untuk menyembuhkan jerawat, tapi bagaimana dengan vitamin dan mineral?
Apakah vitamin dan mineral yang memiliki manfaat untuk menyembuhkan jerawat?
Apa saja vitamin untuk jerawat yang perlu kita amalkan?

Kekurangan vitamin dapat menyebabkan komplikasi yang serius, salah satu contohnya adalah jerawat. Vitamin sangat bermanfaat untuk fungsi enzim, sel, organ, jaringan, dan sistem. Dengan mengamalkan vitamin yang betul, kegunaan vitamin seperti antioksidan, antiradang dan antibakteria akan bekerja untuk melawan jerawat, dan memulakan proses biokimia.

Berikut ini adalah vitamin dan mineral yang boleh anda pertimbangkan untuk membantu menyembuhkan jerawat:

Vitamin A

Vitamin ini diperlukan untuk membantu penyembuhan jerawat, tapi pastikan Anda mengambil vitamin A dengan betul. Vitamin A yang diminum, digunakan untuk menyembuhkan radang dan jerawat yang parah. Selain bermanfaat untuk pengantian sel kulit, ia juga berfungsi untuk mengurangkan penghasilan sebum.

Antara sumber makanan yang mengandungi Vitamin A ialah seperti lobak merah, keledek, bayam, brocoli, telur, peach dan mangga.

Di dalam rangkaian produk Shaklee, suplemen yang mengandungi Vitamin A ialah caratomax.

Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan. Vitamin E merupakan vitamin asas untuk kulit yang cantik. Vitamin E merupakan antioksidan yang kuat, dan membantu kulit melawan radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit. Vitamin E membantu mempercepatkan pertumbuhan kulit dan memperbaiki struktur kulit.

Makanan yang kaya dengan vitamin E adalah, kekacang, almond, biji bunga matahari, dan brokoli.

Jika anda mempunyai masalah jerawat yang agak teruk dan ingin mengamalkan vitamin E, dosage vitamin E yang disyorkan adalah sebanyak 400 UI sehari.

Vitamin C

Vitamin C amat penting untuk memulilhkan sel-sel dalam badan, melawan jangkitan kuman dan meningkatkan kadar immunisasi badan. Vitamin C adalah vitamin larut air, bermakna ia tidak disimpan di dalam badan kita. Sekiranya mempunyai masalah jerawat, kita perlu memastikan pengambilan vitamin C yang mencukupi. Namun jangan pula sampai berlebihan.

Antara makanan yang mempunyai kandungan vitamin C ialah oren, pisang, kiwi, epal hijau, tomato dan cherry.

Ketahui lebih lanjut Vitamin C Shaklee yang di kenali sebagai SR Vita-C Plus.

Vitamin B

Vitamin B di kenali sebagai vitamin anti-stress atau vitamin penenang. Seperti yang diketahui, salah satu punca kemunculan jerawat di dahi, pipi dan dagu ialah disebabkan oleh stress.

Vitamin B juga sangat membantu dalam kelancaran peredaran darah, dan mambantu dalam metabolisme protein, lemak dan gula. Oleh yang demikian, Vitamin B diperlukan dalam proses penyembuhan jerawat.

Shaklee juga menawarkan vitamin B yang di kenali sebagi Vitamin B Complex untuk memudahkan pengambilan harian yang mencukupi.

Garlic

Garlic atau bawang putih merupakan antibiotik yang selamat dan semulajadi. Ianya selamat digunakan dalam jangka masa panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, tonsil, kulat, kuman dan virus. Di sebabkan antaran punca jerawat ialah kuman yang terkumpul, garlic sangat sesuai untuk menghalang kuman seterusnya menghalang pertumbuhan jerawat.

Garlic Complex adalah rangkaian suplemen yang di keluarkan oleh Shaklee bagi mereka yang tidak boleh mengambil bawang putih secara oral tetapi tetap mahukan khasiat bawah putih kepada tubuh.

Omega Guard

Selain daripada vitamin di atas, anda boleh mencuba Omega Guards Shaklee bagi mengurangkan masalah jerawat terutamanya jerawat batu kerana Omega mempunyai sifat anti-radang. Jerawat adalah tanda berlakunya radang kulit. Dengan pengambilan Omega Guards secara konsisten dapat mengurang dan menghilangkan kesan radang tersebut.






Klik gambar untuk konsultasi lanjut.





Continue Reading

Thursday, 19 March 2015

6 Kepentingan Zinc pada tubuh



Kepentingan Zinc pada tubuh :


  • untuk pembentukan enzim n hormon
  • membantu membentuk protein dan kolagen
  • membantu mengekalkan deria bau
  • Zinc sangat penting agar metabolisme sel dapat berfungsi dan berjalan dengan baik. Sekitar 100 enzim mengandalkan zinc untuk membantu mengkatalisis reaksi kimia penting.
  • Zinc melindungi selaput sel dari kerusakan oksidatif dan menstabilkan struktur protein sel. Zinc protein mengikat DNA dan membantu gen memerintahkan sel-sel tentang apa yang harus dilakukan.
  • Perintah ini termasuk memberitahu sel-sel tertentu untuk mati, hal ini penting bagi pertumbuhan, kehamilan dan pencegahan penyakit. Zinc juga membantu mengontrol pelepasan hormon dan transmisi impuls saraf.


Siapa perlukan zinc complex:



  • Ibu berpantang
  • Mereka yang mengalami mslh rmbut gugur
  • Lelaki
  • Masalah kesuburan
  • Pesakit diabetes

Mereka yang inginkan pertumbuhan pesat.
Zinc Shaklee sesuai diambil kanak-kanak berusia 13 tahun dan keatas bagi membantu pertumbuhan tubuh mereka

Wanita yang menyusukan
Mereka yang menjalani pembedahan. Zinc dapat membantu menyembuhkan luka dengan cepat

Wanita yang baru melahirkan.
Zinc dapat membantu proses pengecutan rahim disamping memberikan bantuan dalam menyegerakan proses penyembuhan luka dikawasan kelahiran samada kelahiran secara normal atau pembedahan.

Lelaki dengan masalah kesuburan. 
Zic bertindak melindungi sperma, meningkatkan bilangan sperma dan menjaga ciri-ciri fizikal sperma supaya tidak menjadi abnormal.

Lelaki dengan masalah hormon testerone.
Zinc sgt penting dalam proses pembentukan hormon testerone dan memberi tenaga supaya sperma lebih aktif bergerak menuju ke ovum. Untuk kesan lebih hebat, dapatkan set kesuburan Shaklee

Mereka yang mengalami masalah keguguran rambut.
Zinc mengaktifkan 20 jenis enzim yang dapat membantu regenerasi sel dan memelihara pertumbuhan rambut

Vegetarian. 
Mereka yang tidak mendapat sumber zinc dari daging boleh mendapatkan dari kekacanfg dan bijirin namun kerapklai jumlah zinc yang diperlukan tidak dapat dipenuhi. Zinc Complex Shaklee boleh membantu memberikan zinc yang diperlukan utk tubuh mereka.

Mereka yang minum alkohol. 
Alkohol mengurangkan jumlah zinc dalam bdan dan menghalang fungsi penyerapan zinc.


Kebaikan Zinc Complex Shaklee adalah:

Bantu mempercepat pemulihan luka
So sangat baik untuk mereka yang mengalami kecederaan, juga untuk ibu selepas melahirkan. Sebab itulah Zinc Complex ni juga disarankan untuk diambil oleh ibu-ibu yang berpantang selain daripada vitamin yang lain iaitu Vitalea, B Complex dan Vitamin C.

Bantu masalah jerawat
Zinc sangat berkesan untuk mengecutkan jerawat. So pada mereka yang ada masalah jerawat batu dan yang seangkatan dengannya, cubalah Zinc Complex dan rasai perbezaannya sendiri. 

Bantu masalah keguguran rambut
Kebanyakan ibu selepas melahirkan anak juga yang menyusu badan mengalami masalah keguguran rambut. Dan ada yang mengalami keguguran rambut yang sangat teruk. Pengambilan 1 tablet zink sehari boleh membantu.

Membantu sistem imun berfungsi dengan lebih berkesan
Sebab itulah mereka yang selsema disarankan mengambil vitamin c dan zink.

Rahsia kelelakian
Zink berupaya meningkatkan bilangan sperma yang berkualiti (sperm count). Sperm count yang kurang akan mengganggu kesuburan dan menyukarkan pasangan untuk mendapat cahayamata. Bagi pasangan yang mengalami masalah kekurangan sperm count disarankan mencuba mengambil zink untuk mengatasi masalah tersebut.


REMINDER : Zinc Complex Shaklee mengandungi Alfafa (Medicago Sativa). mereka yang menghidap penyakit SLE (Sistemik Lupus Eritematosus) perlu mendapatkan konsultasi dan khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Wednesday, 18 March 2015

18 Manfaat Zinc yang perlu anda tahu!



💊Diabetes : Membantu menghasilkan pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.


💊Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zinc berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau acne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

💊Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zinc di dalam badan. Zinc memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

💊Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu, zinc juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

💊Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan penyembuhan luka menjadi lambat. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

💊Gangguan Prostat: Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zinc setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat. 

💊Hilang berat badan: Zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

💊Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

💊Pembiakan: Bagi lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

💊Fungsi Biologi: Zinc memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

💊Jangkitan: Zinc membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
💊Antioksidan: Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

💊Aturan Enzim: Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zinc.

💊Kanser: Bagi lelaki, zinc memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

💊Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zinc. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zinc.

💊Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zinc. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zinc, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zinc akan membantu mencegah keguguran rambut.

💊Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zinc perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

💊Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zinc akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zinc dan akan memperbaiki penglihatan mata.


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading

Wednesday, 27 August 2014

Kesuburan dan Shaklee




Assalammualaikum w.b.t,

Seringkali kita dengar soalan-soalan yang berbunyi," Eh, bila lagi kau nak mengandung?" . Adakalanya soalan-soalan begini akan mengundang kecewa, sedih dan duka di hati. Rezeki, ajal, maut, jodoh, pertemuan semuanya kerja Allah kan. Kita orang melayu yang bersifat ramah tamah ini kadangkala tidak menyedari soalan-soalan begini mengundang kesedihan kepada orang yang di tanya.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang peranan vitamin Shaklee dalam kesuburan pasangan suami isteri. Namun harus di ingat, doa dan tawakal kepada Allah Sang pemberi rezeki harus di utamakan. Pengambilan vitamin adalah sebagai satu usaha untuk mendapatkan zuriat.

Bagaimana Pengambilan Suplement Shaklee Dapat Membantu Anda




Set cadangan untuk Isteri
  1. ESP
  2. Vita-lea (Multivitamin)
  3. B complex
  4. Vitamin C
  5. Alfalfa (hanya option terutama yg sakit ketika bersama)
  6. GLA jika period tidak regular

Set cadangan untuk Suami
  1. ESP
  2. Vitalea
  3. B complex
  4. Vitamin C
  5. Vitamin E
  6. Zinc

Vitamin Asas
  1. Vita-Lea (Multivitamin)
  2. Vitamin C
  3. B-Complex

Note 
Bagi pesakit thalasemia, harus di elakkan pengambilan Vitalea
Bagi pesakit SLE, elakkan pengambilan Alfalfa


Vitamin asas adalah tunjang utama untuk kesihatan badan. Fungsi vitamin asas adalah memperbaiki sel-sel yang rosak dan membantu menyediakan keperluan nutrisi dalam badan. Adalah amat penting untuk bermula dengan vitamin asas bagi membekalkan nutrisi yang di perlukan oleh tubuh badan.

Vitamin Kesuburan

Vitamin E
Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

Zink
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

Alfalfa
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).


Untuk mengetahui testimonial set kesuburun klik di sini.


Walaubagaimanapun, sebagai seorang muslim, kita haruslah memperbanyakkan doa dan tawakal kepada Allah s.w.t dan sentiasa berbaik sangka. Set yang dicadangkan ini hanyalah sebagai salah satu usaha untuk hamil.



Berminat? Mari segera contact saya untuk konsultasi percuma.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading