Saturday 27 May 2023

3 Kata-kata motivasi untuk berjaya



Berjaya!
Setiap orang mempunyai tafsiran yang berbeza tentang kejayaan. Bagi sesetengah orang mempunyai duit yang banyak ialah kejayaan. Bagi orang lain kejayaan ialah berdikari. Bagi sesetengah yang lain pula, kejayaan apabila mampu mencapai pencapaian yang hebat. 

Apakah kejayaan bagi korang?
Tanya diri korang sendiri, apakah kriteria untuk berjaya? Apa yang korang perlu capai, untuk korang rasa berjaya? 

Dalam entry kali ini, Kak Rai nak kongsikan 3 pemikiran orang yang berjaya tentang kejayaan dan bagaimana nak mencapainya yang boleh dijadikan sebagai kata-kata motivasi untuk capai impian kita.

Jika melihat dengan teliti, kebanyakan kejayaan semalaman mengambil masa yang lama.
~ Steve Jobs
Biasanya, kejayaan memang memerlukan masa. Mulakan hari ini. Setiap langkah kecil yang kita lakukan akan membawa kitalebih dekat dengan detik kejayaan kita. Setiap kejayaan perlukan usaha. Tidak ada kejayaan yang datang dalam masa yang singkat. Percayalah!

Satu-satunya penghalang untuk merealisasikan impian esok adalah keraguan tentang hari ini!
~ Franklin D. Roosevelt
Keraguan kita tentang hari ini yang menghalang kejayaan kita hari esok. Jika kita percaya pada diri sendiri , percaya dengan idea kita, berusaha merealisasikan impian ini dan belajar dari setiap kesilapan yang di hadapi sepanjang jalan yang berliku ini, anda pasti berjaya! 

Percayalah pada diri sendiri dan percaya pada kejayaan yang bakal dicapai! Be successful!

Rahsia kejayaan ialah melakukan perkara biasa yang luarbiasa dengan baik.
~ John. D. Rockefeller Jr.
Jika ingin berjaya, lakukan sahaja perkara yang sama dengan lebih baik atau berbeza daripada orang lain. Tips ini sesuai untuk semua jenis impian. Jika anda menambah nilai untuk orang melalui perkhimatan atau produk anda sehingga memudahkan mereka, anda pasti akan berjaya! 

Dalam mana-mana perniagaan, jika anda mempunyai sekurang-kurangnya satu perkara yang lebih baik dari pesaing anda, ada pasti akan berjaya dari mereka!




Untuk mencapai impian kita, yang paling utama ialah perlu MULA! 
Bila? Sekarang. Jangan tunggu esok lusa baru nak memulakan langkah pertama. Percayalah dengan langkah pertama itu yang akan menentukan langkah-langkah seterusnya.  Tidak ada orang berjaya yang tidak bermula. Lambat atau cepat, tetap perlu memulakan langkah itu kerana kejayaan itu tidak akan datang semalaman. 

Lagi lambat masa yang di ambil untuk memulakan langkah pertama, lagi lambat kejayaan itu akan kita gapai. 

Tahu atau tidak itu tidak penting. Kerana dari permulaan langkah pertama itulah kita akan belajar. Dari pengalaman dan kegagalan itulah yang akan membentuk kejayaan kita.

Lihatlah bagaimana sorang bayi yang belajar berjalan. Dari tidak tahu apa-apa, mereka meniarap, menyusur dan merangkak. Dari merangkak itu mereka cuba untuk berdiri dengan memapah. Setelah yakin dengan kestabilan diri barulah mereka cuba melangkah setapaj demi setapak. Tidak ada seorang bayi pun yang tidak melalui proses ini untuk mereka pandai berjalan. Mereka tidak dilahirkan terus pandai berjalan. Inilah proses yang Allah tunjukkan pada kita bagaimana kitaran kehidupan untuk mencapai satu kejayaan.

Dapat sesuatu?



Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Renewal Mudah Dengan Shaklee



Entry kali ini Kak Rai nak bagitahu betapa mudahnya untuk renewal Shaklee anda. Entry ini untuk mereka yang pernah dan telah mendaftar sebagai ahli Shaklee. Kalau korang masih belum mendaftar sebagai ahli, korang boleh mendaftar keahlian percuma di sini



3 Cara Renewal Keahlian Shaklee

Ada 2 cara mudah untuk korang memperbaharui atau renew keahlian Shaklee. Hanya di hujung jari sahaja tanpa perlu berpenat lelah.

1. Melalui Belian Produk

Yang pertama ialah dengan belian produk. Korang boleh login website Shaklee dan beli mana-mana produk Shaklee termasuk produk promo. Secara automatik, shaklee akan memperbaharui keahlian. 

2. Melalui Yuran

Yang kedua ini, korang tidak perlu membeli produk Shaklee tetapi korang hanya perlu membayar yuran renewal sebanyak RM 35 untuk setahun. Ini juga boleh di buat melalui online website Shaklee. Hanya perlu login dan reminder untuk renewal akan terpapar di screen korang. Hanya klik di link yang dinyatakan dan buat bayaran secara online. Ok siap!

Kedua-dua cara ini hanya untuk keahlian mereka yang akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh lahir atau yang telah tamat keahliannya dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh lahir iaitu tarikh tamat tempoh keahlian.

3. Melalui kaunter Branch atau HQ Shaklee

Kedua-dua cara di atas boleh juga di buat melalui kaunter bayaran di setiap branch Shaklee. Biasanya untuk mereka yang tidak ada online banking, lebih gemarkan cara ini. Hanya perlu pergi ke mana-mana branch Shaklee, dan korang boleh terus ke kaunter dan maklumkan kepada mereka untuk renew keahlian samada melalui pembelian produk mahupun melalui bayaran yuran.



Untuk bulan ini, korang boleh memperbaharui keahlian secara PERCUMA dengan set promo yang super duper murah ni. Hanya dengan belian 2 botol SR Vita C atau 2 Tong ESP dengan harga RM 99 secara automatik keahlian korang akan diperbaharui.

Apalagi? 

Jom renew sekarang!

Hanya untuk keahlian mereka yang akan tamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh lahir atau yang telah tamat keahliannya dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh lahir iaitu tarikh tamat tempoh keahlian.

#blogmegashaklee
#nextlevelblogging
#shakleetriump2023
#shakleethrive2023

Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.





Continue Reading

Makan Vitamin Dapat Cash Rebate



Pernah dengar aplikasi SETEL?
Tahu tak yang setiap pembelian minyak kenderaan melalui SETEL akan dapat point yang boleh di tukarkan kepada nilai duit untuk pembelian minyak seterusnya? Bayangkan setiap kali kita isi minyak kereta, kita dapat cashback. Best kan?

Begitu juga dengan Suplemen.

Biasa dengar, makan shaklee dapat CASH REBATE
Mungkin ramai yang masih belum tahu yang korang boleh dapat point dengan setiap belian vitamin Shaklee yang boleh di convertkan menjadi tunai. Tak perlu menjual pun korang masih boleh dapatkan cash rebate ni. 



Contohnya macam dalam pic ni. Ini website yang Shaklee sediakan untuk semua ahlinya tidak kira yang sekadar membeli untuk keperluan sendiri mahupun yang mahu berbisnes. Korang boleh nampak cash rebate RM 114.48 yang akan dapat nanti. Dan nilai ini akan bertambah mengikut pembelian terkumpul korang setiap bulan.


Ini pula cash atau bonus yang Shaklee telahpun bayar ke akaun bank berdasarkan pembelian terkumpul korang bulan lepas. Ahli makan sendiri sahaja ni. Membeli untuk keperluan keluarga sahaja tanpa menjual. Lagi banyak korang berbelanja, lagi besar nilai cash rebate yang bakal korang perolehi.

Nak tahu macam mana?


Lihat jadual ni. Cash Rebate atau bonus ini di kira berdasarkan setiap point melalui pembelian terkumpul setiap bulan. Maksudnya setiap botol suplemen yang korang beli ada point tertentu. Kalau korang membuat belian terkumpul selama sebulan sebanyak RM 2040, korang layak dapat point sebanyak 600 point yang akan di tukarkan kepada cash bernilai RM 224.20. Banyak kan?

Dengan nilai dua ratus ringgit ni korang dah boleh makan suplemen secara PERCUMA tanpa perlu keluarkan cash lagi. Hanya gunakan cash rebate ini sahaja. Untung sangat kan. 

Di samping menjaga kesihatan dengan mengamalkan suplemen untuk sekeluarga, korang juga boleh dapat cash rebate untuk pembelian suplemen di bulan-bulan seterusnya. 

Jadi, korang boleh plan macam mana nak berbelanja dengan bijak. 
Nak tahu lebih lanjut, boleh contact Kak Rai ok.

#blogmegashaklee
#nextlevelblogging
#shakleetriump2023
#shakleethrive2023

Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Friday 26 May 2023

Mudahnya kurus dengan cara yang betul



Risau dengan jemputan open house yang banyak di musim Raya ni? Jangan bimbang. Jom ikut cara Kak Rai kekalkan berat badan ketika Ramadan dahulu di bulan Syawal walaupun banyak jemputan open House. Macammana?

Rahsianya ialah dengan mengambil Set Hello New You ini. Tak risau makan banyak mana pun sebab Set ini akan bantu anda untuk kekalkan berat badan korang.

Bagaimana Set ini berkerja? Betul ke? Jom kita tengok setiap fungsinya.

 

Cinch Shake

Cinch Shake tinggi dengan kandungan protein yang bagus untuk menurunkan berat badan. Protein cinch mempunyai kandungan nutrisi yang lebih padat, ada serat dan ada semua multivitamin. Cinch Shake juga boleh dijadikan meal replacement. Dan kenyang lebih lama bila minum berbanding mereka yang mengambil karbohidrat ringkas.

Cinch Shake mengandungi 2,400 mg leucine didalamnya untuk setiap hidangan. Kelebihan leucine adalah ianya mudah untuk di serap, membantu meningkatkan penghasilan tenaga, meningkatkan penghasilan otot dan keupayaannya meningkatkan metabolisma badan.

Omega Guard


Omega Guard

Omega Guard merupakan agen pembakar lemak yang bertindak menyingkirkan lemak di dalam badan. Disamping itu juga Omega Guard Shaklee mengandungi Omega-3 Fatty Acid yang mengawal pelbagai jenis hormon di dalam badan, termasuklah hormon LEPTIN, yang berfungsi mengawal selera makan dan membantu kita mengawal rasa lapar.


Lecithin

Lecithin juga agen pembakar lemak. Fungsi utama Lecithin adalah pengemulsi lemak semulajadi atau memecahkan lemak di dalam salur darah  dengan lebih cepat dan meningkatkan metabolisma badan.
Yang bestnya lecithin ini dapat mencegah pengumpulan lemak pada dinding jantung, salur darah dan otak dengan memecahkan lemak yang terkumpul.

Lecithin akan membakar lemak dengan lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang sesuai.

Herblax

Herblax juga merupakan agen detox yang penting untuk badan dan membantu menyingkirkan toksin apabila makan berlebihan setiap hari. Selain tu, kepakarannya ialah untuk membersihkan usus dan perut dengan lembut secara semulajadi sekaligus membantu melegakan sembelit.

Inilah set yang Kak Rai consume untuk kekal berat badan 52 kg walaupun makan macam-macam ketika musim perayaan. 


Set ni tengah promo sekarang ni tau. Jimat sangat. Hanya dengan RM 353 dah keahlian percuma dah boleh control dan maintain berat korang. Dan yang paling penting set ini akan membantu korang untuk lebih sihat.

Contact Kak Rai untuk mengetahui detail promo ini ok.


Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Wednesday 17 May 2023

Pengalaman Hari Raya Open House


Tahun ini raya yang paling mencabar dengan keadaan cuaca yang sangat panas. Mungkin disebabkan faktor cuaca tidak ramai yang membuat rumah terbuka atau open house. Bagi Kak Rai sendiri, jemputan Hari Raya open house banyak yang buat di office.

Seronok juga Hari Raya open house di office ni tau. Waktu inilah kita mengenali dengan lebih rapat kenalan-kenalan sekerja kita yang berlainan jabatan. Mungkin selama ini hanya berurusan melalui telefon sahaja.

Pengalaman Open House Kak Rai pastilah tentang menunya. Masa ini, pelbagai juadah kita boleh rasa. Antara menu yang paling Kak Rai suka ialah Soto, Sate, Lodeh dan Nasi Impit atau ketupat.


Soto yang sentiasa pilihan utama.


Sate dan kuah kacang.

Kuah Lodeh
 
Walaupun Kak Rai suka menu-menu ini, Kak Rai pastikan tidak ambil secara berlebihan dan Kak Rai akan pastikan selepas itu kembali dengan rutin suplemen favorite iaitu Hello New You Set yang boleh mengembalikan berat ideal kita walaupun dah makan macam-macam.

Tips Menziari Rumah Terbuka.
Berikut adalah beberapa tips saat menziarahi rumah terbuka saat Hari Raya Aidilfitri:

Susun Jadual: 
Sebaiknya buat jadual kunjungan sebelumnya agar dapat mengatur waktu dengan baik. Hal ini akan membantu memastikan korang dapat mengunjungi semua rumah yang ingin diziarahi.

Berpakaian sopan: 
Ketika mengunjungi rumah orang lain, pastikan berpakaian sopan dan sesuai. Jika ada dress code yang diberikan oleh tuan rumah, sebaiknya mengikutinya. Pakaian tradisional seperti baju Melayu atau baju kurung merupakan pilihan yang umum dan pilihan yang selamat.

Bawa hadiah: 
Bawa hadiah kecil sebagai ungkapan terima kasih atas undangan yang diterima. Hadiah seperti makanan atau kueh-mueh menjadi pilihan yang baik. Pastikan hadiah tersebut sesuai dengan kebiasaan dan budaya yang berlaku di daerah Anda.

Sampaikan salam: 
Saat tiba di rumah, sampaikan salam dan ucapkan "Selamat Hari Raya" kepada tuan rumah dan anggota keluarganya. Jika korang tidak akrab dengan mereka, gunakan ucapan yang sopan dan hormat.

Makan sekadarnya: 
Saat di rumah terbuka, makan sekadarnya agar dapat merasai hidangan yang disediakan oleh tuan rumah. Jangan ambil makanan secara berlebihan yang akhirnya tidak mampu dihabiskan.

Bersikap sopan dan menghormati: 
Tunjukkan sikap sopan dan hormat kepada tuan rumah serta tetamu lain. Patuhi aturan dan kebiasaan yang ada di rumah tersebut. Jaga tingkah laku agar tidak mengganggu atau merosakkan barang-barang milik tuan rumah. Awasi juga anak-anak supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Bermaafan: Hari Raya Aidilfitri adalah waktu yang baik untuk memaafkan dan meminta maaf kepada keluarga dan teman. Jika terdapat permasalahan atau kesalahfahaman di antara korang, manfaatkan kesempatan ini untuk bermaafan dan mulai kembali hubungan yang harmoni.

Menghargai waktu: Saat mengunjungi rumah-rumah terbuka, pastikan kunjungan tidak terlalu lama. Hormati waktu tuan rumah dan tetamu jemputan yang lain.

Semoga tips ini menjadikan pengalaman open house korang lebih gembira dan seronok!

Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Sunday 30 April 2023

Meriahnya Hari Raya




Selamat Hari Raya!
Sekejap sahaja masa berlalu, hari ni dah pun 9 Syawal.

Macam mana dengan suasana raya selepas PKP ni? Mesti seronok berkunjung ke rumah sanak saudara kan. Maklumlah, bertahun tak jumpa pasti ada banyak cerita yang ingin di kongsikan.

Dalam keseronokan berhari raya jangan lupa dengan kesihatan kita dan keluarga. 

Malaysia dijangka mengalami cuaca panas berpanjangan sehingga Ogos, susulan musim peralihan monsun. Baru-baru ini, KKM juga menasihatkan orang ramai tentang bahayanya strok haba di sebabkan oleh faktor cuaca yang panas. 

Risaukan dengan perubahan cuaca ini. Bukan setakat strok haba, sistem imun badan juga harus ditingkatkan. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini, kebarangkalian untuk demam, selsema dan batuk sangat tinggi. Tambahan pula, dengan hidangan minuman berais ketika berkunjung-kunjungan ke rumah sanak saudara. 


Kebiasaannya, di hari raya, Kak Rai memang tak pernah lupa untuk sediakan suplemen untuk keluarga yang berkait dengan sistem imun. Nutriferon sebagai booster, Vitamin C sebagai perisai dan Hero Kiddo untuk kanak-kanak. 

Mak Ayah Kak Rai, apabila rasa tak sedap badan sahaja, terus amalkan Nutriferon ni. Sekurang-kurangnya 3 jenis suplemen ini mesti ada di rumah di musim perayaan ini.

Selain dari itu, mestilah kita nak enjoy dengan menu hari raya kan. Tapi kalau makan tidak terkawal, habislah misi kurus Ramadan kita. Macam mana tu. 

Selain dari immune booster, Kak Rai juga akan berhari raya bersama sengan set Kurus Shaklee ni. 

4 Suplemen yang bantu kawal selera makan.

Alfalfa ni memang favorite Kak Rai yang berfungsi sebagai detox. Kak Rai ni dulu-dulu ada allergy dengan kacang tapi kuah kacang tu favorite Kak Rai. Hari Raya lagilah payah untuk Kak Rai abaikan kuah kacang ni kan, jadi... Alfalfa lah penyelamat Kak Rai. Sejak Kak Rai amalkan ALfalfa, memang dah tak ada allergy lagi dengan kacang. So Kak Rai bolehlah enjoy dengan menu raya.

Herblax ini penyelamat bila dah makan macam-macam sepanjang hari. Berfungsi untuk detox usus. Jadi segala apa yang kita makan akan di flush keluar dari badan. Secara tidak langsung dapat elakkan perut sebu dan meragam di hari Raya.

Omega pula untuk membakar lelemak dengan pantas. Lepas makan segala menu, ambil omega. Tak adalah rasa bersalah sangat dah terlebih makan. Yang paling penting, jangan biarkan lelemak ini bermastautain dalam badan kita terlalu lama.

Last sekali Kak Rai ambil lecithin. Lecithin ni macam perisai. Dia akan memecahkan lemak-lemak yang kita makan ke dalam bentuk yang lebih kecil supaya mudah di hadamkan. Apabila sistem penghadaman berjalan lancar, berat pun segan nak naik.

Ini cara Kak Rai menyambut Hari Raya dengan Shaklee. Lebih seronok dan lebih sihat.

Korang nak kurus juga di hari raya? Contact Kak Rai untuk Kak Rai guide ok.





Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



















Continue Reading

Thursday 27 April 2023

Insentif Shaklee



Salam Aidilfitri!

Budget dah lari menyambut aidilfitri?
Duit dah habis balik kampung?
Gaji lambat lagi?

Jom tambah duit. Kak Rai ada berita baik untuk korang. Shaklee menawarkan insentif tambahan RM 600 untuk semua ahli berdaftar Shaklee yang layak. Banyak kan 600 ringgit ni? 600 ni duit tambahan tidak termasuk dengan bulanan tau. Maksudnya EXTRA RM 600.

Siapakah yang layak untuk claim Insentif Shaklee ni?
Semua yang berdaftar membership dengan Shaklee layak untuk rebut peluang keemasaan ini walaupun korang baru je nak daftar hari ini.

Eh, mudahnya. Takkanlah semudah ini kan. Pasti ada cabarannya. 

Cabaran ini ialah Supervisor Challenge. Apakah yang dimaksudnya dengan Supervisor Challenge ni?

Cabaran ini terbahagi kepada 3 kategori:

1. Pengedar baru dan naik pangkat ke Supervisor.
Rank up ke pangkat Supervisor dan kekalkan pangkat supervisor selama 2 bulan berturut-turut bermula April sehingga Jun 2023 maka layak untuk tebus Insentif Shaklee sebanyak RM600.

2. Pengedar Shaklee yang berpangkat Supervisor & Senior Supervisor.
Bagi pengedar shaklee yang pernah rank up ke pangkat Supervisor  atau Senior Supervisor dalam tempoh April – Disember 2022, mereka hanya perlu mengekalkan pangkat tersebut semula pada April – Jun 2023 maka layak untuk tebus Insentif Shaklee sebanyak RM600 tersebut.

3. Rank up & Efektif - Pengedar Shaklee yang berpangkat Supervisor & Senior Supervisor
Bagi mereka yang pernah rank up pada April – Disember 2022 dan mengekalkan pangkat tersebut pada Januari hingga Mac 2023, dan kemudiannya naik pangkat ke Sr Supervisor atau Coordinator dan kekal efektif selama 2 bulan berturut-turut , maka layak untuk menebus RM600, Insentif Shaklee.

Tapi, korang tahu tak yang korang sebenarnya boleh dapat Bonus sehingga RM 7000 ringgit?

Eh macam mana dari 600 boleh dapat 7000? Mesti korang pelikkan. Macam scam jek.
Bukan! Ini bukan Scam! Ini betul-betul bonus yang Shaklee akan bagi korang.




Apabila korang rank up atau kekal ke pangkat supervisor, korang boleh dapat bonus tunai empat angka bulanan 21% anggaran dari RM 2100.

Jadi, apabila korang berjaya mengekalkan kedudukan 21% selama 3 bulan berturut turut maka layak untuk dapat duit extra sebanyak RM600 dari Shaklee. Ini menjadikan jumlah keseluruhan duit yang boleh dapat adalah lebih kurang RM7000 untuk 3 bulan itu.

Nak tahu lebih detail?
Boleh wassap Kak Rai ok.

Selain dari itu, korang juga boleh menjadikan Shaklee satu kerjaya dan ketahui 22 Faedah dengan hanya 1 pendaftaran.





Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading