Showing posts with label Cinch Energy Tea. Show all posts
Showing posts with label Cinch Energy Tea. Show all posts

Saturday, 24 April 2021

Menu sahur yang ringkas dan mudah

Salam Ramadan.

Hari ni dah 13 Ramadan. Kejap sangat masa berlalu kan? Macam mana dengan puasa? 
Ramadan kali ni Kak Rai memang dah sediakan siap-siap menu untuk bersahur. Sebenarnya menu ni Kak Rai dah amalkan beberapa tahun dah. Macam biasalah, Kak Rai akan bersahur dengan ESP. Tapi kali ini ada tambahan sikit dari Ramadan yang lepas.


ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder

Ini ESP yang biasa Kak Rai ambil setiap kali bersahur. Kalau Ramadan sebelum ni Kak Rai gemar campurkan ESP bersama milo atau fresh milk. Kenyang minum ESP ni sebab dia membekalkan 14gram protein dalam satu hidangan, ada vitamin B, kalsium, rendah lemak dan tiada kolesterol. Kita akan rasa kenyang lebih lama. Yang paling penting sekali, perut sangat selesa sebab tidak terlalu kenyang. 

Tahukan, kalau perut kita terlalu kenyang ketika bersahur, badan akan mudah lesu dan letih.


Untuk Ramadan kali ini, Kak Rai tambahkan Life Shake dan Energizing Tea Elderberry. Kak Rai campurkan sekali dengan ESP. Ni produk baru Shaklee bawak masuk Malaysia bulan Jun nanti tapi Kak Rai dapat sebab layak sertai BLNC Shaklee jadi Shaklee Malaysia bagi hadiah rasa produk baru ni lebih awal. Kiranya macam testimonilah. 

Gabungan ESP + Life Shake + Energizing Tea Elderberry ni memang sangat sedap. Lemak berkrim. Tak perlu tambah fresh milk lagi. Yang paling best sebab Life Shake ni ialah meal replacement. Jadi, cukup dengan kombinasi ini untuk dapatkan nutrisi seharian.

Life Shake ni macam cinch jugak, hidangan lengkap dengan 24 vitamin mineral, ada 20 gram protein bukan GMO, indeks glisemik yang rendah amat membantu untuk kenyang lebih lama. Ada fiber yang bagus untuk pencernaan, juga prebiotik proprietari bagi membantu kesihatan usus kita. Yang penting badan lebih cergas dan bertenaga. Mengandungi Leucine untuk memejalkan otot. Orang yang nak kurus memang suka ada leucine nih.

Energizing Tea pula rasa elderberi. Ada campuran teh hijau, putih, dan merah yang eksklusif dan kaya antioksidan, serta ekstrak Elderberi yang bagus untuk menguatkan sistem imun. Mengandungi taurina, yang terkenal untuk meningkatkan tenaga dan ketangkasan fikiran kita. Best betul teh ni kan? Memang best. Dan dia bagi instant energy tau.

Pengalaman Kak Rai sendiri yang dah minum Life Shake & Energizing Tea Elderberry ni sepanjang Ramadan kali ni memang sangat bertenaga. Walaupun Kak Rai bangun seawal 4.30 pagi, tengah hari tak de rasa mengantuk pun malah sentiasa bertenaga sampai ke petang.
 


Performance Drink ni pula Kak Rai suka ambil sebelum terawikh. Menyegarkan dan bertenaga. Kak Rai suka rasa oren. Kadang badan kita ni selepas berbuka  mulalah terasa letih sebab kekenyangan kan. Lebih lagi kalau terlebih makan ketika berbuka. hehe. Bila nak berterawikh tu mula rasa mengantuk sebab kekenyangan. 

Jadi, Kak Rai akan minum Performance Drink ni sebelum dan ketika berterawikh. Badan akan rasa lebih bertenaga dan hilang rasa mengantuk. Ibadah pun lebih sempurna. PD ni Kak Rai gemar ambil dia secara sejuk. Sekali teguk tu akan terasa kesejukannya melalui anak tekak. Refreshing sangat. hehe.

Mereka yang gemar berbuka dengan air yang sejuk mereka minum air Performance ini ketika berbuka puasa. Memang boleh rasa beza. Badan lebih bertenaga. Kurang rasa haus sebab dia juga gantikan air yang hilang bila kita berpuasa kurang air kan. Yang penting air ni membantu mengimbangi metabolisme air di dalam tubuh badan kita.

Inilah menu ringkas bersahur Kak Rai sepanjang Ramadan 2021.
Selamat menjalani ibadah puasa semua. Moga kita semua dapat beribadat dengan lebih sempurna. Kak Rai doakan kita semua menemui malam Lailatul Qadar ye. 



Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Thursday, 28 May 2015

Energy Drink yang super ajaib.



Kalau sesiapa yang follow blog personal Raiza A Beautiful Mistake (wahhh... bajet retiss sangat kan... heheh) ,
mesti tahu yang Raiza juga ada ambil tempahan sulam, durian crepe dan mengajar manik.
Last week, Raiza terima tempahan menyulam tuala dari rakan sekolah menengah dahulu. Tak sampai hati nak menolak. Sebenarnya, Raiza memang dah slow down semua jenis peniagaan yang Raiza pernah buat untuk fokus dengan Shaklee ni. Kiranya fokus utama adalah Shaklee.

Ok, kembali ke cerita asal, Hari selasa yang lepas, Raiza memulakan misi menyulam. Maklumlah, buat di hari berkerja, agak limited waktunya. Raiza start menyulam dari jam 8.00 malam sehinggalah ke jam 2.00 pagi. Kena siapkan juga sebab keesokannya, tempahan bakal di ambil. Mata hanya boleh di lelapkan pada jam 2.30 am rasanya dan bangun semula jam 6.15 am. Sebelum tidur sempat ambil 4 biji Ostematrix untuk dapatkan deep sleep dan bangun dengan bertenaga keesokkan hari. Yer, pagi ini agak terlewat. Waktu tidur tak sampai 4 jam pun tetapi Alhamdulillah boleh bangun seperti biasa walaupun sedikit lewat. Tak boleh sambung tidur sebab bagi ini kena ke Cyberjaya untuk meeting.

So berkerja seperti biasa, tetapi di dalam minda dah set nak balik kerja on time hari ini untuk qada' tidur. hahaha.. Malangnya, sampai di rumah mata tak boleh tidur pun. Walau badan rasa letih tapi minda tetap bergerak maka end up tak boleh tidur. Dapat melelapkan mata lebih kurang 5 minit sahaja. Hmmm... Nak buat apa yer.... badan rasa lemau pulak. Teringat Instant Energy Drink.

Terus bangun dan bancuh instant energy drink di mana ianya ialah kombinasi dari Cinch Energy Tea Mix dan Performance Drink. Bancuh pekat supaya dapat rasa kemasaman Performance drink. Tambahkan ais. Tak payah shake pun. Hanya kacau menggunakan sudu sahaja. Tengok buih yang naik begitu halus macam teh  tarik pula. Bila masuk je ke dalam tekak, nah.... terasa kesegarannya asnya. Dengan rasa masamnya. Memang menyegarkan. Terus terbeliak biji mata jadiknya. (Ok ni review yang melampau). Serius memang menyegarkan...tak jadi mengantuk... Dan mata terus bertahan sehingga ke 12 tengah malam baru masuk tidur. Kenapa di panggil Instant Energy Drink ni? Ok jom kita tengok fungsi setiap satunya.


Kenapa Cinch Energy Tea Mix?

-----------------------
  • Antara kebaikan yang saya nak kongsi tentang CINCH ENERGY TEA MIX ni ialah:
  • Sebagai sumber penggalak TENAGA semulajadi
  • Ditambah dengan Taurina yang meningkatkan tenaga dan ketahanan badan 
  • Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda ataupun manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh
  • TANPA GLUTEN, tanpa perisa, pewarna dan bahan PEMANIS TIRUAN


So....
Yang ada masalah kerap letih dan penggemar kopi yang inginkan kelainan, boleh cuba teh ni. Gabungan dari 3 jenis teh. Teh hijau, teh merah dan teh putih.

Dan...
Yang nak kuruskan badan pun sangat sangat sangat di galakkan minum teh ni untuk membuang toksin dalam badan kerana teh ini terkandung dalam set inch loss...





Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
Continue Reading