Showing posts with label Cinch Shake. Show all posts
Showing posts with label Cinch Shake. Show all posts

Saturday, 24 April 2021

Menu sahur yang ringkas dan mudah

Salam Ramadan.

Hari ni dah 13 Ramadan. Kejap sangat masa berlalu kan? Macam mana dengan puasa? 
Ramadan kali ni Kak Rai memang dah sediakan siap-siap menu untuk bersahur. Sebenarnya menu ni Kak Rai dah amalkan beberapa tahun dah. Macam biasalah, Kak Rai akan bersahur dengan ESP. Tapi kali ini ada tambahan sikit dari Ramadan yang lepas.


ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder

Ini ESP yang biasa Kak Rai ambil setiap kali bersahur. Kalau Ramadan sebelum ni Kak Rai gemar campurkan ESP bersama milo atau fresh milk. Kenyang minum ESP ni sebab dia membekalkan 14gram protein dalam satu hidangan, ada vitamin B, kalsium, rendah lemak dan tiada kolesterol. Kita akan rasa kenyang lebih lama. Yang paling penting sekali, perut sangat selesa sebab tidak terlalu kenyang. 

Tahukan, kalau perut kita terlalu kenyang ketika bersahur, badan akan mudah lesu dan letih.


Untuk Ramadan kali ini, Kak Rai tambahkan Life Shake dan Energizing Tea Elderberry. Kak Rai campurkan sekali dengan ESP. Ni produk baru Shaklee bawak masuk Malaysia bulan Jun nanti tapi Kak Rai dapat sebab layak sertai BLNC Shaklee jadi Shaklee Malaysia bagi hadiah rasa produk baru ni lebih awal. Kiranya macam testimonilah. 

Gabungan ESP + Life Shake + Energizing Tea Elderberry ni memang sangat sedap. Lemak berkrim. Tak perlu tambah fresh milk lagi. Yang paling best sebab Life Shake ni ialah meal replacement. Jadi, cukup dengan kombinasi ini untuk dapatkan nutrisi seharian.

Life Shake ni macam cinch jugak, hidangan lengkap dengan 24 vitamin mineral, ada 20 gram protein bukan GMO, indeks glisemik yang rendah amat membantu untuk kenyang lebih lama. Ada fiber yang bagus untuk pencernaan, juga prebiotik proprietari bagi membantu kesihatan usus kita. Yang penting badan lebih cergas dan bertenaga. Mengandungi Leucine untuk memejalkan otot. Orang yang nak kurus memang suka ada leucine nih.

Energizing Tea pula rasa elderberi. Ada campuran teh hijau, putih, dan merah yang eksklusif dan kaya antioksidan, serta ekstrak Elderberi yang bagus untuk menguatkan sistem imun. Mengandungi taurina, yang terkenal untuk meningkatkan tenaga dan ketangkasan fikiran kita. Best betul teh ni kan? Memang best. Dan dia bagi instant energy tau.

Pengalaman Kak Rai sendiri yang dah minum Life Shake & Energizing Tea Elderberry ni sepanjang Ramadan kali ni memang sangat bertenaga. Walaupun Kak Rai bangun seawal 4.30 pagi, tengah hari tak de rasa mengantuk pun malah sentiasa bertenaga sampai ke petang.
 


Performance Drink ni pula Kak Rai suka ambil sebelum terawikh. Menyegarkan dan bertenaga. Kak Rai suka rasa oren. Kadang badan kita ni selepas berbuka  mulalah terasa letih sebab kekenyangan kan. Lebih lagi kalau terlebih makan ketika berbuka. hehe. Bila nak berterawikh tu mula rasa mengantuk sebab kekenyangan. 

Jadi, Kak Rai akan minum Performance Drink ni sebelum dan ketika berterawikh. Badan akan rasa lebih bertenaga dan hilang rasa mengantuk. Ibadah pun lebih sempurna. PD ni Kak Rai gemar ambil dia secara sejuk. Sekali teguk tu akan terasa kesejukannya melalui anak tekak. Refreshing sangat. hehe.

Mereka yang gemar berbuka dengan air yang sejuk mereka minum air Performance ini ketika berbuka puasa. Memang boleh rasa beza. Badan lebih bertenaga. Kurang rasa haus sebab dia juga gantikan air yang hilang bila kita berpuasa kurang air kan. Yang penting air ni membantu mengimbangi metabolisme air di dalam tubuh badan kita.

Inilah menu ringkas bersahur Kak Rai sepanjang Ramadan 2021.
Selamat menjalani ibadah puasa semua. Moga kita semua dapat beribadat dengan lebih sempurna. Kak Rai doakan kita semua menemui malam Lailatul Qadar ye. 



Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Tuesday, 28 October 2014

Original receipe



Udah macam kepsi lak original receipe ni. Hehehe.. 

Sarapan ringkas saya pagi ni. Dah seminggu melantak tak hingat. Sampaikan mak naik pelik. "Eh, banyak pulak ko makan skang ni yer za"... Hahaha... Ni namanya manual indicator. 

So, sesi diet pon bermula. Tak perlu susah payah. Hanya shake and take. Gitu kan. Kenyang sampai lunch time nanti Insyaallah.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Tuesday, 4 February 2014

CINCH ENERGY TEA MIX SHAKLEE





Siapa yang belum pernah dengar pasal CINCH ENERGY TEA MIX Shaklee?

Mesti ramai yang tidak tahu yang Shaklee pun ada Produk berasaskan Teh kan... 

CINCH ENERGY TEA MIX ini termasuk dalam Set Kurus Shaklee...

Kenapa ye dia dimasukkan dalam Set Kurus Shaklee:
☆ Sebab ia boleh membekalkan tenaga kepada yang tengah dalam proses diet yang sihat untuk kurus...

Saya nak kongsikan kebaikan CINCH ENERGY TEA MIX ini
★ sebagai penggalak TENAGA semulajadi
★ Ditambah dengan Taurina yang meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
★ Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
★TANPA GLUTEN , tanpa perisa, pewarna dan bahan pemanis tiruan.

Antara ekstrak utama yang ada dalam CINCH ENERGY TEA MIX
1) TAURINA
2)MATCHA GREEN TEA - Teh Hijau gred tertinggi dari Jepun
3)RED TEA EXTRACT4)WHITE TEA - Teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
5)ROOIBOS RED TEA- tumbuhan herba dari Afrika (dikenali sebagai THE MIRACLES TEA/LONG LIFE TEA)

Tahukah anda perbezaan teh ini dengan teh lain yang anda minum?
sebab banyak ekstrak di dalamnya.

Mari berkenalan dengan fungsi-fungsi beberapa ekstrak yang ada dalam teh ini
1) MATCHA GREEN TEA
※ antioksida yang sangat tinggi
※ energy booster
※ metabolisme booster
※ bakar kalori up to 4x

2) TAURINA
※ menggalakkan metabolisme
※ lebih bertenaga
※ larutkan lemak
※ membantu menghasilkan otot tanpa lemak

3) WHITE TEA
※ membakar lemak-lemak berlebihan
※ menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
※ meningkatkan metabolisme
※ juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

4) ROOIBOS RED TEA
※ melarutkan lemak
※ meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
※ agen detox yang kuat

5) RED TEA
※ Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -pejuang kanser yang kuat
※ Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
※ merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak

CINCH ENERGY TEA MIX ini bukan sahaja mempunyai pelbagai khasiat seperti di atas, malah ia :

 Rendah kandungan Kafein (Teh Putih)
 Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
 Mengurangkan kolestrol
 Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
 Menguatkan tulang
 Antibakteria dan antiviral
 Menggalakkan kulit yang sihat
 Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
 Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
 Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan.

Banyak kan fungsi CINCH ENERGY TEA MIX ni...Memang amat bagus untuk buang berat badan berlebihan. Bagi yang kurang bersenam dan yang kurang melakukan aktiviti fizikal amat-amat digalakkan ambil CINCH TEA MIX ini kerana ia membantu untuk boost metabolisme kita.

CINCH ENERGY TEA MIX datang dalam sachet yang mudah bagi setiap satu hidangan dan boleh diminum secara panas atau sejuk.



Ingin lagi jimat? Mari segera contact saya...
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Tuesday, 13 August 2013

Kekal langsing di Aidilfitri


Assalammualaikum w.b.t

Bagaimana dengan sambutan Aidilfitri kali ini? Meriah dengan makanankan? Maklumlah kita di Malaysia ni memang murah dengan makanan. Pergi menziarah ke mana-mana pun pasti akan di hidangkan makanan. Sebagai tetamu, takkanlah tak nak menjamah sesuap dua kan. Apa pulak kata tuan rumah. Kalau setiap rumah kita jamah sesuap dua kalau ber'buah-buah' rumah berapa suap pulak kan. hehehe. Beginilah istilahnya.

Jangan bimbang. Shaklee ada caranya. Slim dengan Shaklee ni mudah hanya dengan konsep 3B. Apa itu 3B?
Bakar | Buang | Bina 


1. Bakar
Produk yang di syorkan : Omega Guard / Lecithin 

Kebiasaannya, kita tidak tahu kuantiti lemak yang masuk di dalam badan kita melalui pemakanan harian. Dan biasanya, yang berlemak itulah yang membuka selera kita. Maka berlakulah pengambilan lemak secara berlebihan.

Untuk proses membakar lemak2 yang tidak diperlukan itu, dicadangkan mengambil OmegaGuard atau Lecithin atau kedua-duanya sekali. Lecithin membantu mengelmulsikan lemak dan Omega Guard membantu mengawal selera makan dengan mengimbangi paras gula dalam badan. Kedua-duanya bertindak dalam memecahkan dan membakar lemak dan kolesterol yang berlebihan dalam badan


2. Buang / Detox
Produk yang di syorkan : Alfalfa / Herb Lax

Lemak-lemak yang telah di bakar tadi harus di buang. Di sinilah yang di katakan proses detox berlaku. Kalau dah bakar tapi tidak di buang tak adalah maknanya diet kita kan. 

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien secara maksima.Cadangan yang sesuai untuk proses detox adalah Alfalfa Complex  atau Herb Lax. 

Herb Lax sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah sembelit.
Tapi tidak sesuai untuk diambil oleh ibu2 yang menyusu anak kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.


3. Bina
Produk yang di syorkan : ESP / Cinch Shake 


Kemudian, setelah buang, otot-otot harus di bina semula untuk kesihatan yang berpanjangan. Kebanyakan orang terlupa step ini. Di mana mereka lebih fokus untuk membakar dan membuang tanpa membinanya semula.

Kenapa perlu mengambil protein?
Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak.
Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan).



Ingin lagi jimat? Mari segera contact saya...
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
_______________________________________________________
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.
Continue Reading