Kepentingan Multivitamin untuk Kesihatan Tubuh
Kebiasaanya dari kecil, anak-anak akan di berikan vitamin atau multivitamin oleh ibubapa. Tetapi seiring berjalannya waktu, aktiviti yang sibuk membuat seseorang sering lupa untuk menerapkan gaya hidup sihat, jadi mereka memerlukan vitamin tambahan agar kesihatan tubuh terjaga.
Kebaikan Multivitamin
Multivitamin diperlukan untuk menyokong kesihatan dan pertumbuhan. Ini harus dimakan secara berkala, untuk menambah nutrien yang kurang daripada pengambilan makanan setiap hari. Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan orang yang sibuk bekerja, pengambilan multivitamin sangat diperlukan.3 Sebab Anda Perlu Mengambil Multivitamin
1. Untuk membantu mengisi jurang nutrien
- Kebanyakan rakyat Malausia tidak mendapat semua vitamin yang mereka perlukan daripada apa yang mereka makan setiap hari. Tambahan dengan masyarakat majmuk yang ada di Malaysia, kita kaya dengan pelbagai menu makanan yang boleh mengundang gejala penyakit berbahaya.
2. Untuk membantu melengkapkan diet anda
- Jika anda mengamalkan diet khusus atau terhad, mungkin terdapat nutrien yang anda hilang. Dengan pengambilan multivitamin ketika diet dapat mengisi semula lompong-lompong nutrisi tersebut.
3. Untuk menyokong penuaan yang sihat
- Keperluan badan anda dan keperluan nutrien berubah apabila anda semakin tua. Seiring dengan peningkatan usia, badan memerlukan lebih banyak nutrisi sihat dari pemakanan setiap hari.
2 kumpulan yang sangat disyorkan untuk mengambil multivitamin ialah:
- Ibu mengandung.
Wanita hamil disyorkan mengambil multivitamin atau makanan tambahan yang mengandungi asid folik untuk mengelakkan kelainan pada bayi. Tetapi sebelum mengambil multivitamin, wanita hamil perlu berjumpa doktor terlebih dahulu.
- Warga tua.
Seiring dengan peningkatan usia, seseorang terdedah kepada osteoporosis. Oleh itu, golongan ini perlu mengambil multivitamin yang mengandungi vitamin D dan kalsium untuk menjaga tulang kuat.
Pilih Multivitamin yang Tepat
Terdapat pelbagai jenis multivitamin yang dijual di pasaran. Tetapi anda harus berhati-hati dalam memilih produk mana yang sesuai untuk tubuh anda. Penting juga untuk memerhatikan cadangan penggunaan pada label produk multivitamin yang anda ambil atau berjumpa doktor. Jangan melebihi dos yang disyorkan, ya.
Baca label bungkusan dengan teliti. Pastikan vitamin dan mineral di dalamnya mengandungi vitamin A, C, B, E dan D kompleks yang diperlukan oleh tubuh setiap hari.
Multivitamin Shaklee atau Vita-Lea antara multivitamin terbaik yang ada di pasaran kerana mengandungi 19 Nutrien, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
Kenali lebih mendalam dengan Vita-Lea, vitamin tertua dari Shaklee.
0 comments:
Post a Comment