Monday, 29 September 2014

Diabetes punca SEMBELIT?




DARI sudut perubatan, sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar dengan kurang tiga kali seminggu dan susah membuang air besar kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras.

Sifat najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul. Ramai penghidap sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut. Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut. 

Kebiasaannya, wanita mengandung dan golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih mudah mengalami sembelit namun SEMBELIT boleh menyerang semua peringkat umur. 

Antara Mitos dan Fakta


Mitos :
Sembelit hanya terjadi kepada golongan berusia.

Fakta:
Biasanya golongan berusia mengalami sembelit di sebabkan faktor-faktor kesihatan, pengambilan ubat serta pengambilan makanan yang tidak betul. Masalah pencernaan merupakan faktor utama yang biasa terjadi kepada golongan ini. Sembelit juga boleh terhadi sepanjang tempoh kehamilan dan setelah melahirkan.

Mitos: 
Sembelit menandakan tubuh kekurangan serat

Fakta:
Walaupun serat adalah ubat terbaik untuk sembelit tetapi tidak semua yang mengalami sembelit kerana kekurangan serat. Sembelit boleh jadi disebabkan masalah kesihatan seperti tiriod, sakit jantung, parkinson dan diabetes. 

Mitos:
Najis berdarah adalah normal

Fakta:
Jika terdapat darah di dalam najis, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Warna merah darah juga kemungkinan besar anda mengalami masalah buasir dan koyakkan pada lapisan dubur yang menyebabkan pendarahan. Awas! Sekiranya najis berwarna maroon atau terdapat ketulan najis berwarna hitam kerana ini mungkin melibatkan saluran pencernaan dan bukan sembelit.

Mitos:
Semua jenis serat boleh mengurangkan sembelit.

Fakta:
Terdapat dua jenis serat iaitu serat larut dan serat tidak larut. Pilihan makanan yang boleh menghindari sembelit ialah dari serat tidak larut iaitu terdiri daripada roti gandum, bijirin dan pasta. Manakala serat larut yang terdapat didalam buah-buahan dan sayur-sayuran kurang efektif untuk sembelit tetapi dapat membantu penurunan kolesterol.


Cara lain untuk mengatasi masalah sembelit ialah melalui pengambilan suplemen. Ostematrix adalah suplemen terbaik untuk mereka yang mengahadapi gejala sembelit.

Bagaimana memilih suplemen kalsium?
Kenapa Ostematrix?


Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

0 comments:

Post a Comment