Showing posts with label HFMD. Show all posts
Showing posts with label HFMD. Show all posts

Monday, 30 July 2018

Pengawalan HFMD lebih mudah dengan Shaklee!



Saya nak kongsi cerita anak saya, beberapa bulan yang lalu. Mungkin boleh membantu ibu-ibu atau kawan-kawan yang dalam kerunsingan dan hilang punca akibat anak tersayang diragut momen cerianya akibat tularan HFMD.


Masa tidur malam, Ali nampak tak selesa. Esoknya masa nak tukar diaper, saya bukak dan terkejut tengok banyaknya bintik-bintik merah Di area diaper dan celah kelangkang.

“Teruk Betul Aku! Lambat tukar sampai merah-merah macam ni”




Saya cuci dengan cairan basic H dan tukar lampin lebih kerap. Keadaan sama jugak. Pelik. Bukan Sebab lambat tukar lampin nih! Tengahari sikit, bintik-bintik merah mula naik di muka. Oh kesiannya!!

Esoknya naik di lidah. Ali cuma nak minuman sejuk. Saya bagi makan, dia tolak. Jadi, dia cuma minum Mealshakes ais !

Esoknya, naik bintik-bintik agak besar di lutut dan pergelangan tangan. Macam berkilat, bulat macam mutiara. Rasa nak nangis tengok 😩

Ali aktif macam biasa, tak nangis sangat. Tak meragam agak teruk dan tak give up walaupun dia terpaksa merangkak dengan kaki lurus ! (Lutut tak boleh cecah kat lantai)

Saya nak share apa saya buat sepanjang tempoh tu,

👍🏻saya mandikan Ali dengan cairan Basic H, 3 kali minimum atau setiap kali dia macam nak merengek. Dia mungkin gatal, saya terus mandikan dia.

👍🏻 Sapu Krim Herbal Blend setiap kali lepas mandi. Rasa lebih selesa dan tak ada parut Di muka. Hensem balik anak mak 😉

👍🏻 Sesekali mandi saya guna Shaklee Gentle Wash , Shaklee baby dan Soothing Lotion untuk bagi dia mudah tidur lepas mandi. Anak sakit, kena bagi dia rehat, tidur

👍🏻 Pecahkan Vitamin E atas lidah Ali. Biarkan cecair Vitamin E tu ada atas lidah dan dalam mulut dia. Sangat membantu kecutkan bintil atas lidah. Sapu juga atas parut2 yang berbaki

👍🏻 Bagi Mealshakes untuk bagi multivitamin pada dia. Saya bagi mealshakes sejuk, Shake dengan Air ais, pada dia. Dia boleh minum, mungkin lidah rasa kebas. Ni saja dia minum sebenarnya sepanjang tu 😣😣



Ini pengalaman peribadi saya.

Basic H adalah untuk kegunaan household. Tapi saya mandikan dengan basic H atas usaha saya sendiri dan kepercayaan ia boleh membantu meredakan panas badan dan gatal kulit. Bukan saranan dari Shaklee Malaysia

Vitamin E Complex adalah untuk kegunaan orang dewasa, saya picit masuk ke mulut Ali Sebab saya percaya penyembuhan Vitamin E terhadap luka-luka kulit lidah tang pecah. Bukan saranan Shaklee Malaysia

Alhamdulillah pemulihan Ali sangat cepat. Dia cuma demam panas sehari dua awal saja, semasa bintil-bintil ni naik, dia dah tak demam.

Bila kita ambil suplemen, bukan bermakna kita kebal jadi ironman, langsung tak sakit. Kita masih sakit, Itu normal bagi manusia.

Cumanya, pemulihan dari sakit Itu cepat dan kesan ditimpa penyakit tu tak terlalu parah.

Ibarat memakai seatbelt semasa memandu. Seatbelt tak mencegah dari kemalangan Tapi, mengurangkan kesan parah jika ditimpa kemalangan.

Selamat mengawasi anak masing-masing. Cepat-cepat jumpa doktor bila keadaan mencurigakan. Ambik langkah yang cepat dah tepat untuk anak kita

Duit boleh cari, anak yang derita hanya seorang ini 😢

~ Pengalaman oleh Master Farihah.




Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Wednesday, 25 July 2018

Penyakit HFMD, Punca, Gejala & Cara Merawatnya.

Tahukah anda penyakit HFMD sedang merebak di Malaysia ketika ini?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat peningkatan bilangan kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia. Sehingga 26 Mei 2018, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 21,644 kes berbanding hanya 19,398 kes pada tempoh yang sama pada tahun 2017. Bilangan kes di kebanyakan negeri telah melepasi paras amaran.


Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bagi tahun 2018, sehingga kini, sebanyak 316 buah taska/tadika/tabika/pra-sekolah melaporkan kluster HFMD di premis mereka, iaitu 52% dari jumlah wabak yang dilaporkan. Survelan virus HFMD juga mendapati peningkatan aktiviti enterovirus-71 (EV71) dalam persekitaran semenjak bulan Mac 2018.

Adakah HFMD mudah berjangkit?

Ya. HFMD amat mudah berjangkit terutamanya kepada kanak-kanak 5 tahun ke bawah.Wabak ini boleh berjangkit dari seorang pesakit kepada individu lain melalui hubungan terus (direct contact) dengan cairan dari hidung,mulut, peluh mahupun najis penghidap HFMD. Wabak ini berjangkit semasa minggu pertama dijangkiti.

Bolehkah HFMD menjejaskan orang dewasa?

Boleh tetapi HFMD jarang memberi kesan kepada orang dewasa yang sihat. Namun begitu, sekiranya seseorang dewasa menghidap penyakit ini, ia akan menjadi lebih teruk dimana kaki dan tangan akan membengkak.

Artikel akhbar 26 Julai 2018


Penyakit HFMD disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti kes disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV71). Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. 

Hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan dalam masa tujuh (7) ­ke sepuluh (10) hari. Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis.

Bolehkan gejala HFMD ini dicegah?

Boleh dengan cara menjaga kebersihan.

Langkah Pencegahan HFMD

Jaga kebersihan diri dan persekitaran. 

Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

  1. Sentiasa memastikan kebersihan terutama peralatan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak
  2. Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh
  3. Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin
  4. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.
  5. Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam seperti pasaraya dan pusat permainan di dalam premis (indoor).
  6. Sentiasa menjaga kebersihan rumah dan persekitaran.
  7. Menggalakkan anak-anak membasuh tangan selepas ke tandas,bermain dan sebelum makan.
  8. Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL:http://www.moh.gov.my.

Basic H membantu kerja-kerja pembersihan rumah dan alatan permainan anak-anak.

Bolehkah HFMD di cegah dari merebak?

1. Elakkan dari membawa anak-anak ke tempat awam sekiranya mereka disahkan dijangkiti penyakit HFMD (kuarantin) seperti nurseri,pusat asuhan,taman permainan, pasaraya, pasar sekolah dan tempat-tempat yang dikunjungi orang ramai.
2. Elakkan hubungan rapat seperti mencium, memeluk, atau berkongsi pinggan atau cawan dengan orang yang dijangkiti.


Bagaimana penjagaan terbaik ketika dijangkiti HFMD?

Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.

Apabila anak anda dijangkiti wabak ini, ia akan menyebabkan mereka kurang selesa dan ia meletihkan anda. Gejala HFMD mengambil masa 7 hingga 14 hari untuk pulih.



1. Meal Shakes – Mengandungi sumber protein dengan 19 vitamin dan mineral tambahan semulajadi. Ia juga mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh yang baik untuk pertumbuhan dan perlindungan yang baik. Sumber kalsium yang tinggi serta kaya dengan fiber dan protein.

2. Omega Guard – Selain membantu perkembangan sel-sel saraf otak, minyak ikan terbaik dunia ini juga membantu meningkatkan imunissi kanak-kanak.

3. Vitamin C chewable – Disamping meningkatkan imunisasi,vitamin C ini juga menguatkan tulang,gigi dan gusi kanak-kanak.

4. Nutriferon – Bertindak meningkatkan interferon semulajadi badan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan.Untuk kanak-kanak, sila dapatkan nasihat untuk dos yang berpatutan.


HFMD bukanlah penyakit yang merbahaya tetapi jika tidak di cegah, ianya boleh menyebabkan kematian apabila virus HFMD menyerang organ dalaman.



Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading