Wednesday, 20 May 2015

Kita paling gemuk?



Fakta yang agak mengejutkan dan menakutkan. Selama ini kita rasa rakyat Malaysia cukup sihat. Tetapi apabila fakta demi fakta dan angka demi angka yang di keluarkan oleh Kementerian Kesihata, sedikit sebanyak ianya agak membimbangkan.

Benarkah kita paling gemuk?
Hakikat yang harus di terima hari ini. Bagaimana nak mengubahnya?

Saya selalu berpegang kepada prinsip, sebelum mengubah dunia, ubahlah diri kita sendiri sebab jika kita tidak berubah, bagaimana nak mengubah dunia? Hatta bagaimana dunia nak berubah?

Kita lihat pemakanan kita hari ini. Fast food di mana-mana. Kalau dulu, fast food hanya ada di bandar besar sahaja tetapi sekarang kalau kita lihat, di kebanyakan kampung pon dah ada jenama makanan segera ini. 
Bagaimana kita nak ubah mentaliti rakyat kita? Bermula dengan KITA sendiri. Bolehkah kita avoid fast food? Cubalah avoid semampu mungkin. Sekurang-kurangnya kita akan menurunkan sedikit statistik penggemar fast food. Dan sebarkan maklumat pentingnya kesihatan. 

Fast food bukan satu-satunya faktor penyebab kepada obesiti. Ada faktor lain juga seperti masakan melayu dan western juga. Pengambilan makanan bersantan dan berkanji secara berlebihan juga menyebabkan obesiti. 

Masak lemak cili padi, wow! Sedap kan. Sebut sahaja boleh bikin air liur meleleh. Tetapi cuba lihat dari sudut kesihatan. Berapa tinggi kalori yang ada di dalam satu hidangan?

" Jadi, tak boleh makan ke? Rugilah kalau tak boleh makan kan. Ni kan nikmat dunia."

Saya biasa dapat statement sebegini. Pendekatan saya sangat mudah. Saya tidak kata ianya tidak boleh makan, boleh sahaja jika itu lauk kegemaran kamu TETAPI berpada-padalah dalam pengambilannya. PERPADA-PADA dan BERSEDERHANA inilah yang orang kita selalu terlupa. 
Ingat tak pesan Nabi s.a.w, berhenti makan sebelum kenyang, ini sunnah. Jadi, kenapa ambil berlebihan? Yang berlebihan inilah yang mengundang penyakit. 

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia amnya dan kita sendiri khasnya menukar tabiat pemakanan harian kita. Kurangkan makanan berlemak. Banyakkan pengambilan sayuran dan mulalah bersenam. 
Biasa dengar nasihat macam ni? Dah immune pon kan. ;-)
Benar, nasihat biasa tetapi kita tak pernah nak ambil peduli. Apabila penyakit dah menjelma, nak salahkan siapa? Nenek moyang kita? Yang mencipta resepi pelbagai rasa?

Tepuk dada, tanya selera. 






Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

0 comments:

Post a Comment