Tuesday, 25 December 2018

Salesman Stokin Bergaji CEO

Pic source : Google

Kak Rai nak share story yang kak Rai terima melalui whatsapp sebab kak Rai rasa terlalu banyak pengisian dan boleh di amalkan. Moga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini. 

***************

SALESMAN STOKIN BERGAJI CEO


Semalam ke bandar Temerloh makan ikan patin masak Tempoyak power.

Sambil makan tengahari tu saya di sapa juru jual. Dia jual stokin. Satu RM10, saya beli 5. Semuanya untuk anak-anak saya.

Dapat saya pujuk dia duduk dan berbual. Namanya Aiman, Dia seorang mualaf. Sudah menjual lebih 22 tahun. Dua tempat, satu di muar dan satu di sekitar KL.

" Berapa bungkus abang jual bang sehari".

" Biasanya dapat sekitar 40 ke 50". katanya.

Kalau ambil tengah-tengah maksudnya

45 bungkus x RM10 x 25 hari = RM11,250

Saya dengar je apa dia cakap. Sebab semua yang dia cakap adalah isi yang berguna.

Dia terus bercerita. Ada empat perkara saya selalu buat dalam menjual.

Pertama
=======
Mulakan hari dengan bersedekah. Insyaallah sampai kepetang kita dipermudahkan.

Memang kita dah tahu dan ramai orang cakap perkara ni. Dia cerita, satu hari dia mula menjual dari pagi. Sudah 2 jam dia berjalan dan cuba menjual. Satu pun tak laku. Akhirnya dia singgah di sebuah kedai minum dan duduk. Dia berniat " Ya Allah. Dapat aku jual 10 pun jadilah hari ni.".

Sebelum keluar dia disapa oleh seorang peminta sedekah. " Seringgit bang ". Abang aiman terus seluk poket. Nak beri seringgit tapi ada duit RM10 sahaja. Dia terus beri dan ber edar.

Jualan hari tu dari 10 bungkus targetnya tapi dia dapat jual hampir 100. Balik ke hotel, dia fikir. Mengapa ianya berlaku. Dia baru ingat yang dia mudahkan orang lain dan Allah memudahkan urusannya. Dari situ dia yakin yang sedekahlah magnet rezeki.

Kedua
=====

Menjual perlukan kesabaran. Jangan marah orang rendahkan kita. Jangan marah orang maki dan halau kita. Maafkan mereka dan minta maaf. Itu paling power. Jangan simpan dalam hati.

Ketiga
======

Jaga hubungan dengan pencipta. Berapa sibuk pun kita jaga hubungan kita dengan Allah. Solat hanyalah kepalanya. Selepas kita solat kita terus beribadat. Berniaga jangan tipu orang. Menjual barang yang berkualiti. Layan dengan orang dengan baik dan PR yang baik.

Empat
======

Belajar dengan hijrah

Rezeki ada dimana-mana. Dah puas dia jalan satu Malaysia. Bandar kuantan, kuala terengganu dan Gua Musang tempat yang paling senang dia buat sale. Biasanya senang-senang dapat jual 100.

Dia tinggal di Muar, dia punya empat anak. Dia akan ke satu tempat seminggu atau dua minggu dan mula menjual.

Dia cakap dengan saya. Ramai orang suka makan gaji sebab hujung bulan dapat gaji. Tapi bila orang tahu rahsia buat sale. Mereka tak akan berpatah balik makan gaji.

Abang aiman ni merendah diri. Saya bukan usahawan, saya hanya saleman. Kalau saya jurujual pun boleh kenapa usahawan tak boleh dapat 100 ribu sebulan.

Membuatkan saya celik dan otak saya segar dengan kata-kata motivasinya.

Tiap hari dia masukkan duit dalam bank. Bank beri pinjam kepada dua orang. Orang yang kaya dan orang nampak kaya. Itu hanya pilihan. Dengan menjaja saya mampu buat loan beli rumah, besarkan anak bersekolah, bolehlah berjalan sekali sekali bawa keluarga katanya.

Itu cerita saya hari ni.

Semoga bermanfaat dan menjadi sumber inspirasi.

Jom kita belajar lagi tentang Magnet Rezeki Cara Allah



Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



0 comments:

Post a Comment