Friday, 10 March 2023

Duit Raya Awal dari Shaklee



Tahun 2023 Kak Rai akan terima duit raya dari Shaklee lagi untuk kesekian kalinya. Yang lagi bestnya duit raya ini di bayar awal. Alhamdulillah. Setiap bulan Shaklee akan membayar bonus kepada semua pengedar Shaklee yang layak mengikut performance masing-masing pada bulan sebelumnya. Dan bonus ini di bayar setiap 14 haribulan. Tahun 2023 ini kita akan menyambut Aidilfitri pada 22 atau 23 haribulan. Jadi, memang sesuai sangatlah bonus Shaklee dapat 14 haribulan. Lebih kurang seminggu sebelum menyambut lebaran.

Tahun ke 10 Terima Duit Raya Dari Shaklee

Tahun ini merupakan tahun ke 10 Kak Rai akan terima bonus dari Shaklee. Apabila dapat awal, bolehlah menampung perbelanjaan Hari Raya nanti kan. Kak Rai sangat suka Shaklee membayar bonus setiap bulan tidak sama dengan gaji sebab kebiasaanya apabila di tengah-tengah bulan gaji dah semakin menyusut dan agak kering. Dengan adanya bonus ini memang sangat membantu menampung keperluan setiap bulan.

Bukan Kak Rai seorang yang layak terima bonus raya ni tau. Ramai lagi kawan-kawan Shaklee Kak Rai yang juga layak dapat duit raya awal dari Shaklee.

Perbelanjaan Hari Raya

Antara perbelanjaan hari raya yang perlu di masukkan di dalam list budget raya setiap tahun:-
  • Sedekah di bulan Ramadan
  • Bayar zakat
  • Duit raya mak ayah & anak-anak
  • Duit raya anak-anak saudara
  • Kuih raya & baju raya
  • Persiapan bahan mentah untuk hidangan raya
  • Kos pengangkutan untuk balik kampung
  • Kos tol dan duit minyak kereta

Banyak perbelanjaan yang diperlukan untuk menyambut Hari Raya. Kak Rai bersyukur sangat adanya pendapatan kedua dari Shaklee. Sekurang-kurangnya ianya dapat menampung sebahagian dari perbelanjaan ini.

Berapakah Nilai Maksima Bonus Yang Boleh Dapat?

Tidak ada nilai maksima. Semuanya bergantung kepada jumlah jualan terkumpul kumpulan selama sebulan. Sepanjang Kak Rai buat Shaklee, Kak Rai pernah tengok bonus leader Kak Rai yang mencecah 700 k sebulan tau bukan setahun. Tidak mustahil dan telah terbukti pun yang Shaklee mampu bayar bonus sebanyak itu kepada ahli-ahli Shaklee.

Malah, ahli yang hanya makan sendiri pun layak untuk menerima bonus apabila mencapai jumlah belian tertentu. Kebiasaannya ahli yang makan sendiri yang hanya buat belian untuk keperluan sendiri dan keluarga terdekat mereka.


Siapakah Yang Layak Untuk Dapat Duit Raya Dari Shaklee

Semua yang berdaftar sebagai ahli Shaklee kemudian membuat belian atau dapat buat jualan dalam jumlah tertentu terus layak untuk dapat bonus termasuklah:

  • Pelajar yang ingin mencari duit poket
  • Pekerja yang ingin menambah pendapatan sedia ada
  • Surirumah yang ingin membantu ekonomi suami atau nak cari duit lebih
  • Penganggur yang tidak ada pekerjaan
  • Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas dan ingin mencari pendapatan

Untuk yang ingin berniaga dan ingin mendapatkan nilai bonus yang lebih besar, kenalah rajin buat jualan setiap hari. Lagi banyak buat sales dan berkongsi manfaat Shaklee, berpeluang menikmati bonus yang lebih besar. 

Lagi banyak usaha, lagi besar peluang.

Lebih seronok lagi, tak perlu bayar mahal untuk mendaftar menjadi ahli dan memulakan perniagaan anda sendiri. Hanya RM 35 yuran pendaftaran yang dikenakan. Atau yang ingin mendapatkan pendaftaran secara percuma juga ada caranya. Boleh contact Kak Rai untuk maklumat lanjut.


#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#duitrayaawalshaklee

Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



0 comments:

Post a Comment