Sunday, 26 February 2023

9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best


Assalammualaikum w.b.t


Hari ni Kak Rai nak kongsikan kenapa  Kak Rai masih setia bersama Shaklee. Kak Rai join Shaklee pada tahun 2013.  Ini bermakna 9 tahun Kak Rai bersama dengan Shaklee, consume vitamin Shaklee dan menggunakan skincare Shaklee. Kak Rai guna dan Kak Rai  kongsi kebaikannya. Kalau nak cerita, panjang lagi sebenarnya tapi satu SEBAB utama yang paling kuat untuk Kak Rai bertahan di dalam dunia Shaklee ini ialah Komuniti Bisnes yang sangat best. Kak Rai tak pernah jumpa di tempat lain. 


Sebelum Kak Rai mengambil keputusan untuk serius dalam bisnes Shaklee, Kak Rai dah join macam-macam bisnes MLM dan jual macam-macam tudung dan baju muslimah. Secara kesimpulannya, Kak  Rai rasakan bisnes plan Shaklee yang paling mudah.


Sempena 9 tahun Kak Rai bersama Shaklee, Kak Rai kongsikan 9 sebab kenapa komuniti bisnes Shaklee ni best. Bukan best tau tapi sangat best.


9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best.

1. Pentingkan Ilmu

Komuniti bisnes Shaklee ini best kerana sentiasa disajikan dengan kelas-kelas secara percuma bukan sahaja yang berkaitan dengan produk tetapi menyeluruh dari segenap aspek daripada bagaimana ingin memulakan bisnes sehinggalah bagaimana ingin menguruskan kewangan yang betul samada secara online mahupun offline.


Kelas percuma bukan sahaja di sediakan oleh Shaklee sendiri tetapi di kalangan upline / sideline juga selalu menganjurkan kelas-kelas percuma dalam usaha melahirkan SID Shaklee yang berilmu.


2. Belajar dari yang Pakar

Komuniti bisnes Shaklee ini best kerana ada capaian atau access dengan doktor-doktor dan saintis seperti Dr. Haresh Kumar dan Prof. Reza dan secara tidak langsung dapat menambah ilmu tentang dunia suplemen secara terus dan detail dari seorang yang pakar di bidangnya.


Bukan itu sahaja, di kalangan SID sendiri juga ramai doktor-doktor yang telahpun join komuniti Shaklee dan selalui berkongsi ilmu tentang suplemen dari sudut kedoktoran.


Ilmu-ilmu ini penting untuk kita tahu setiap bahan yang ada, kesan sampingan jika ada dan cara yang terbaik pengambilan suplemen untuk mendapatkan kesan yang maksima. Sebelum pengambilan sulemen, kita perlu tahu apa yang kita makan dan untuk apa kita makan suplemen itu. Jangan sekali-kali ambil suplemen hanya di sebabkan viral dan testimoni semata-mata.



3. Ukhwah Yang Terjalin

Komuniti bisnes Shaklee ni best sebab ukhwah yang terjalin adalah sangat2 ikhlas tanpa mengira asal usul, latar belakang, tahap pendidikan dan kerjaya.


Orang kata nak mula bisnes perlukan modal yang besar tetapi tidak dengan Shaklee. Dalam komuniti Shaklee ada ibu tunggal yang hanya ada duit untuk membayar sekadar yuran keahlian sahaja iaitu RM 80 ketika itu dan mulakan bisnes Shakleenya sehinggalah hari ini beliau telahpun bergelar Master Coordinator dan menjana puluhan ribu ringgit sebulan.


Komuniti Shaklee tidak pernah meninggalkan sesiapun hatta berbeza latar belakang asalkan ada kemahuan dan kerajinan untuk memulakan bisnes ini.


4. Prinsip keluarga yang pertama dan bisnes bukan yang kedua

Komuniti bisnes Shaklee ini best sebab sentiasa mengutamakan keluarga. Setiap kali program, anak-anak ada bahagian mereka. Tidak pernah meninggalkan mereka walau dalam kesibukan bisnes dan menuntut ilmu sekali pun. Ada sahaja aktiviti yang di rancang untuk anak-anak ketika itu.


Dalam komuniti ini sangat menggalakkan kebersamaan pasangan untuk bergerak dan mengembangkan bisnes ini.


5. The more you give, the more you get back

Komuniti bisnes Shaklee ini best sebab sentiasa ingin memberikan yang terbaik tanpa berkira-kira pulangannya. Ikhlas membantu sesama ahli tanpa mengira upline atau downline. Malah sesama sideline pun saling berkongsi info dan ilmu.


6. Sokongan dan Harmoni

Komuniti bisnes Shaklee ini best kerana sokongan dari komuniti tanpa berbelah-bagi dan saling tarik-menarik di kalangan ahlinya untuk mencapai kejayaan bersama. Orang kata, ingin cepat berjaya, bergeraklah sendirian. Ingin kekal berjaya, bergeraklah bersama-sama.


Sepertimana Projek Blog Mega Shaklee 1.0 yang dijalankan sebelum ini. Bersama-sama menyokong antara satu sama lain untuk menghasilkan entry yang baik dan bermanfaat.


7. Seimbang Dunia dan Akhirat

Komuniti bisnes Shaklee ni best sebab sentiasa ingatkan keseimbangan antara dunia dan akhirat. Muamalat dalam berniaga dan saling sentiasa mengingatkan tentang keberkatan rezeki dan siapakah pemberi rezeki yang kadangkala kita terleka ketika mengejar sales.. terlupa kepada Allah yang memberikan rahmat dan rezekinya.


Dalam Komuniti Shaklee ini bukan sahaja mengajak untuk menjaga kesihatan badan malah kesihatan rohani. Keperluan rohani juga sentiasa diingatkan supaya setiap langkah di dalam bisnes ini diberkati. 


Sejujurnya, sejak  Kak Rai join komuniti Shaklee ini Kak Rai mula melazimi solat tahajud, sedekah dan amalan-amalan lain yang mendekatkan kita dengan yang Maha Pencipta. Tahap kebergantungan rezeki juga diletakkan kepadaNya dan kami percaya kepada konsep rezeki.


Apabila berada dalam circle ini, secara tidak langsung Kak Rai dapat improve diri sendiri untuk menjadi hambaNya yang lebih baik.



8. Hadiah yang menarik


Komuniti bisnes shaklee ni best sebab selalu dapat hadiah yang best-best. Contohnya macam Projek Blog Mega Shaklee 1.0 baru ni, Kak Rai menang Nutriferon sekotak yang berharga ratusan ringgit tau. Memang komuniti kami mewah dengan hadiah ni.


9. Saling support each other

Komuniti bisnes shaklee ni best sebab di kalangan kami sentiasa menyokong antara satu sama lain. Seperti untuk cabaran projek Blog Mega Shaklee 2.0 ni, saling mengingatkan satu sama lain tentang cabaran-cabaran yang perlu dihantar supaya sama-sama dapat menyertainya.


Kak Rai tak pernah jumpa komuniti bisnes yang sangat ikhlas macam ni. Jom join komuniti kami.



#blogmegashaklee 
#shakleethrivae2023
#shakleetriumph2023

#gengIsihat





Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



0 comments:

Post a Comment