Azam 2023
- Membaca buku sekurang-kurangnya 5 mukasurat setiap hari
- Blogging
Awal tahun 2023 Kak Rai bercadang nak aktif semula dalam penulisan blog. Di sebabkan sudah terlalu lama meninggalkan dunia blogging, jadi agak sukar untuk mendapatkan momentum semula sehinggalah Master Coordinater Norita menganjurkan Projek Blog Mega Shaklee 1.0. Tanpa berfikir panjang, Kak Rai terus isi borang penyertaan walaupun pada ketika itu Kak Rai sendiri tidak ada keyakinan untuk memberikan komitmen kepada projek ini. Alhamdulillah penyertaan diterima.
Selepas isi borang, macam blank sekejap. Nak tulis apa ni. Memang tak ada idea langsung. Tapi di dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini, kami diberikan panduan bagaimana nak memulakan kembali dunia blog. Dapatlah sedikit idea dan sekarang hanya memerlukan momentum untuk konsisten .
#blogmegashaklee
Blog Mega Shaklee ialah inisiatif dari Master Norita dan Master Salwa yang bertindak sebagai moderator program. Di dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0, kami diterangkan tentang teknik SEO dan anchoring untuk memudahkan blog kita dijumpai oleh ejen carian. Ini adalah sangat teknikal sebenarnya tapi Kak Rai suka sebab ianya adalah ilmu baru bagi Kak Rai. Sebelum ini ada juga buat pembacaan tetapi apabila kita bergerak sendirian, pergerakan itu agak perlahan.
Tujuan Utama Program Blog Mega Shaklee
Penulisan blog ialah satu platform carian yang sangat membantu untuk mencari pelbagai maklumat yang berkaitan. Projek ini ialah satu program yang secara dasarnya untuk memudahkan pencarian maklumat kesihatan dan suplemen yang dapat membantu meningkatkan kualiti kehidupan.
Melalui blog, pelbagai maklumat dapat dikongsi kepada pembaca berkaitan dengan suplemen Shaklee khususnya dan perkongsian pengalaman dari mereka yang telah pun menggunakan produk ini.
Apabila namanya program, mestilah ada hadiah kan. Baik sungguh hati Master Norita untuk menyediakan hadiah buat semua peserta yang bernilai puluhan ribu ringgit. Bukan calang-calang hadiah yang disediakan tau. Hadiah utama semestinya Vivix Shaklee, minuman botani yang sangat premium dan paling laris. Untuk hadiah utama ini ada 25 pemenang yang layak untuk memiliki sebotol Vivix yang berharga lebih 498 ringgit. Lumayan kan. Bukan itu sahaja hadiah yang disediakan tetapi ada juga Shaklee Collagen Powder dan juga Nutriferon. Dan hadiah-hadiah ini bernilai ratusan ringgit. Memang sangat berbaloi hadiah yang disediakan oleh Master Norita.
Untungnya menyertai projek ini, semua peserta menerima hadiah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Pemurahkan upline kami.
Menang Hadiah Nutriferon
Alhamdulillah, syukur Kak Rai menang Nutriferon dalam projek ini. Dalam situasi sekarang ini, immune booster sangat diperlukan untuk mengawal dari jangkitan penyakit.
Bagaimana Blog Mega Shaklee Merealisasikan Azam 2023
Bagi Kak Rai Projek Blog Mega Shaklee 1.0 sangat membantu untuk Kak Rai memulakan kembali dunia blogging ini. Seperti orang mengantuk yang di sorongkan bantal. Terasa sangat rugi jika menolaknya. Maka terlahirlah entry pertama tentang Intermittent Fasting. Dan salah satu misi 2023 dapatlah Kak Rai mulakan dengan lebih bersemangat sebab buat bersama-sama dan dengan bimbingan mereka yang pakar di dalam komuniti yang mempunyai matlamat yang sama. Ini sebenarnya hadiah yang lebih bernilai. Ilmu tanpa bayaran.
Di sebabkan program ini juga, Kak Rai terpaksa curi masa untuk membaca artikel-artikel dan buku-buku ilmiah untuk mendapatkan idea dalam penulisan blog. Di sebabkan keterpaksaan ini, maka azam 2023 Kak Rai yang ingin meluangkan masa membaca kembali dapat di mulakan. Macam serampang dua mata.
Kebaikan dari Program ini
Kak Rai tidak nafikan, kepentingan menetapkan azam dan target dalam hidup kita sangat penting supaya hala tujunya lebih jelas. Walaupun pada ketika itu, kita tidak tahu bagaimana ingin mencapainya tetapi percayalah, apabila target ini telah ditetapkan secara tidak langsung otak kita akan menyampaikannya kepada seluruh anggota badan untuk melaksanakannya.
Contohnya sekiranya tahun 2023 ini kita berazam untuk menurunkan berat badan melalui intermittent fasting, otak akan berkerja untuk mendalami apa itu IF dan apakah proses yang membantu IF untuk lebih mudah dilaksanakan. Bagaimana Set Kurus Shaklee mampu membantu impian dan azam yang ingin kurus melalui IF. Otak akan memberikan signal kepada seluruh badan kita dengan setiap apa yang kita fikirkan.
Jadi bagi Kak Rai secara peribadi, Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini adalah pemangkin atau penggerak untuk Kak Rai capai target 2023.
Dan sekarang Kak Rai tak sabar nak bersama-sama menyambung perjuangan di dalam program seterusnya iaitu Blog Mega Shaklee 2.0 pula. Semoga Kak Rai diberikan ilham untuk membuat perkongsian yang bermanfaat di blog ini.
Gelombang Fenomena Baru
Apa yang Kak Rai harapkan dari Projek ini ialah, blog GengIsihat akan menjadi sebahagian daripada gelombang fenomena Shaklee yang bakal tercipta sekali lagi. Dengan adanya Projek Blog Mega Shaklee 2.0 ini akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada pembaca , pengguna dan bakal pengguna Shaklee malah kepada seluruh masayarakat Malaysia amnya yang ingin meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik.
Kak Rai nak mengalu-alukan korang semua untuk menyertai kami dalam mencipta gelombang baru ini. Jom!
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#gengIsihat
0 comments:
Post a Comment