Friday 20 December 2019

Tips Mudah Menabung



Tips menabung mudah cara Kak Rai.

Dua hari lepas Kak Rai post di insta hasil menabung selama 50 minggu. Ramai jugaklah yang komen dan pm tanya macam mana caranya. 

Ini adalah tahun ke dua Kak Rai buat challenge simpanan selama 50 minggu. Kali pertama banyak cabarannya terutama di minggu-minggu terakhir. Jadi untuk tahun 2019, Kak Rai cuba mudahkan lagi supaya tidak culas mengisi tabung. 

Cara Kak Rai simpan mudah sahaja. Tetapkan Mula bulan berapa dan berakhir bulan berapa. 50 minggu ni cukup untuk setahun sebenarnya. Jadi, Kak Rai set mula pada minggu pertama January 2019 hingga Minggu ke dua December 2019. December ni hanya dua minggu sahaja sebab apa? Biasalah kita ni kan suka kalau dapat reward. Jadi 2 minggu terakhir bulan December tu ialah sebagai reward tak perlu menyimpan. Lagi pun, Kak Rai percaya bulan December ialah bulan paling kritikal. Jadi kemungkinan untuk tidak menyimpan itu sangat tinggi. Berdasarkan pengalaman Kak Rai sendiri tau ni. Hehe.

Untuk cabaran 2019 ni Kak Rai pilih amount random nilai dari RM 1 hingga RM 50. Pemilihan amount ini ialah mengikut jumlah minggu yang kita target. Macam Kak Rai bagitahu tadi, Kak Rai buat cabaran selama 50 minggu kan. Jadi amount paling besar ialah RM 50. Rules dia mudah sahaja. Mana-mana amount yang telah dimasukkan TAK BOLEH masukkan lagi. Contohnya kalau minggu pertama Kak Rai pilih amount RM 15 jadi minggu seterusnya Kak Rai tak boleh pilih amount RM 15 lagi dah. Kene pilih amount lain dalam julat 1 hingga 50 tadi.

Tips Mudah Kak Rai
1. Sediakan tabung atau tempat simpanan. Yang cantik dan comel lebih baik. Sedap mata memandang. Hehe.

2. Mulakan minggu pertama dengan amount yang mampu. Maklumlah minggu pertama kan tahun baru. Sekolah baru bermula, duit pun banyak habis. Jadi pilih amount yang tidak membebankan.

3. Pada minggu-minggu gaji, pilih amount yang paling besar yang masih available. Ini sangat membantu untuk istiqomah selama 50 minggu. Percayalah. 

4. Pada masa ada duit terpijak atau bonus atau ada pendapatan sampingan, pilih juga amount yang besar supaya bila hujung-hujung bulan sebelum gaji tu tidaklah rasa berat sangat nak menyimpan.

5. Create hashtag atau adakan album di insta/fb. Yang ni bole je nak set private atau just share dengan kawan-kawan yang join sekali. Ambil gamba setiap kali simpan. Tak kiralah amount berapa pun. Sebagai bukti dan inspirasi.

6. Cari kawan yang nak join sama. Ada geng lebih baik sebab ada masa-masa mood kelaut tu, kawan akan ingatkan. Macam Kak Rai, kitorg bertiga. Jadi kalau ada salah sorang yang tak masukkan lagi, berkali-kali ingatkan. Kalau kitalahkan, kene ingat selalu macam malulah jugakkan. Jadik, korek jugalah lebihan duit di mana-mana untuk masukkan dalam tabung.

7. Tetapkan dalam seminggu itu hari apa yang akan menyimpan. Contohnya Kak Rai pilih hari Jumaat. Jadi, setiap minggu hari Jumaat Kak Rai akan ambik gambar , # dan masukkan dalam tabung. So kalau Jumaat tu tak masuk, mulalah kawan-kawan Kak Rai tanya.... dah masuk belum.. berzikir kat telinga oi. Hahaha. Selain dari hari yang kita dah tetapkan tu boleh ke masukkan duit? Boleh je. Janji minggu tersebut kita ada masukkan duit.

8. Tips ni paling penting. Duit yang masuk tak boleh keluar. Kalau terpaksa jugak keluar, pastikan berganti semula amount yang telah dikeluarkan. Nak ganti, memang payahlah kan. Jadik, set siap-siap di minda TAK BOLEH keluar duit tabung selagi cabaran tak habis. Atau soroklah tabung itu di mana-mana. Accessible time nak masukkan jer. Hehehe.

Ini geng Kak Rai yang sahut cabaran 50 minggu 2019.

Ni kawan Kak Rai dia suka simpan duit RM 5. Jadik memang nampak hijau jer la tu. Plus top up untuk cukupkan amount pada minggu tersebut. 

Selama 50 minggu menabung itu jumlah terkumpul ialah RM 1275.

Tapi jumlah terkumpul untuk cabaran kali ini ialah RM 1293. Banyak tak? Terlebih dari target. Adalah tu minggu-minggu yang Kak Rai terlebih masukkan. 

So jom teruskan cabaran 2020 pulak. 



Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



0 comments:

Post a Comment