Assalammualaikum semua.
2020.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Sinonim sangat kalau masuk tahun baru dengan azam baru. Jadi apa azam baru korang? Nak jadi lebih baik dari tahun lepas?
Ok, nah Kak Rai share satu hari satu amal. Bunyi macam susah tapi sebenarnya senang je.
1. Bagi kucing makan
Beli siap-siap makanan kucing yang dalam sachet tu simpan dalam handbag. Kalau jumpa mana-mana kucing gelandangan bolehlah koyak je sachet tu dan bagi dorang makan.
Penuhlah handbag kalau isi makanan kucing. Korang bawak satu sachet je sehari dalam handbag bukannya satu plastik besar tu. Eh, kucing tu binatang kesayangan Nabi tau.
2. Belanja makan makcik cleaner atau pakcik guard lunch.
Apa kata satu hari dalam seminggu korang beli extra satu pack food bagi pada makcik cleaner atau pakcik guard dekat opis korang. Mesti diorang happy kan. Banyak pahala menggembirakan hati orang ni.
3. Beli kuih muih extra untuk breakfast. Bagi mereka yang berkerja, memang tahulah sibuknya macam mana kan berkejar ke office. Adakalanya tak sempat nak breakfast. Jadi, korang yang beli breakfast tu belilah kuih-muih lebih sikit untuk di makan bersama office mate. Tak payah banyak, RM 5 pon dah cukup. Konsepnya, rezeki siapa, dialah dapat.
4. Sediakan sekotak tisu di toilet. Yang ni paling mudah. Beli sekotak tisu, letak di toilet office atau di toilet awam tempat persinggahan korang. Nampak kecik tapi besar manfaatnya tau di dalam toilet. Hehe.
5. Post ayat-ayat motivasi di social media. Banyak kegunaan media sosial ni sebenarnya. Apakata mula tahun 2020 kurangkan atau tak payah post status negatif lagi. Korang cari ayat-ayat motivasi, share dengan orang.
Mungkin dalam beribu follower korang tu, ada yang sedang berduka atau di landa musibah. Statistik rakyat Malaysia yang depression ni semakin meningkat saban tahun. Mana tahu ayat-ayat motivasi yang korang post tu dapat meredakan tekanan dia.
6. 1 hari 1 ringgit.
Sediakan tabung, korang masukkan RM 1 setiap hari. Lepas seminggu atau sebulan, korang sedekahkan duit tabung tu kepada sesiapa yang memerlukan. Gelandangan ke. Tabung masjid ke. Badan NGO ke. Ikut mana yang memudahkan korang.
Ok, cukup 6 tips dulu. Cuba biasakan dalam tahun 2020 ni. Untuk menjadikannya kebiasaan kita kene konsisten buat selama 30 hari.
Moga 2020 lebih baik dari tahun lepas 😍
0 comments:
Post a Comment