Semalam, Kak Rai berpeluang menghantar rombongan Shaklee yang akan menunaikan ibadah umrah tahun ini.
Alhamdulillah diberikan kesempatan olehNya untuk Kak Rai bertemu dengan insan-insan yang hebat ini. Sebenarnya, Kak Rai memang dah terniat nak jumpa Master Farihah sebelum beliau bertolak tetapi masa itu agak mencemburui.
Malam sebelum Kak Eha bertolak, adalah perjumpaan dibuat bersama downline dia yang sekitar KL ni tetapi malangnya Kak Rai kena kerja malam tu. Tak pe lah, kalau ada rezeki mesti Kak Rai akan jumpa jugak Kak Eha nanti, bisik hati Kak Rai.
Di sebabkan semalam Kak Rai cuti, jadi Kak Rai ajak adik teman ke KLIA. Bukan apa, dah lama juga Kak Rai tak naik public transport ni. So 2 jam sebelum Kak Eha daftar, Kak Rai decide nak ke KLIA. Nak kejar masa, ERL lah penyelesaiannya.
Perjalanan hari ini sangat lancar. Dari rumah ke KL Sentral dan kemudianya terus ke KLIA. Masa menunggu ERL pun tak lama. Dalam 10 minit sahaja. Perjalanan dari KL Sentral ke KLIA hanya mengambil masa 28 minit. Mengikut perkiraan Kak Rai, akan sempat jumpa Kak Eha sebelum beliau check in.
Alhamdulillah. Memang mudah.
Sempat Kak Rai berjumpa Kak Eha. Dalam pada nak pergi beribadah itu sempat lagi Kak Eha sematkan kata-kata motivasi dan semangat untuk Kak Rai terus kembangkan empayar Shaklee Kak Rai.
Kak Rai bersama Master Farihah dan sideline Kak Rai, Kak Azie. Ini kali pertama Kak Rai bertemu dengan Kak Azie tapi ukhwahnya, masyaAllah. Mudah sangat terjalin. Ini sebab utama yang Kak Rai sayang sangat dengan group Kak Rai ini. Sebab ukhwahnya. Walau kali pertama berjumpa, tidak terasa kekok.
Antara tips dan kata-kata semangat yang sempat Kak Eha titipkan buat kami. Sayang kamu kakak.
Master Farihah ini super upline Kak Rai. Seorang yang sangatlah positif. Dan sangat-sangat membantu. Bak kata Kak Eha, dengan pangkat dan income sebulan dia, dia dah boleh duduk goyang kaki tetapi dia memilih untuk membimbing kami untuk berjaya seperti dia. Tanpa kenal erti jemu. Tanpa kenal erti lelah, tetap dia mencurahkan ilmunya.
Kak Rai memang sangat-sangat bersyukur berada dalam keluarga surijunior ini.
Antara ahli rombongan yang bakal menjadi tetamu Allah.
Umrah trip dari Shaklee ini VIP tau. Bukan pakej biasa-biasa. Bestkan. InshaAllah Kak Rai memang target nak pergi Umrah bersama Shaklee lagi walaupun sebelum ni Kak Rai dah pernah pergi umrah. Tapi tak sama dengan Umrah Shaklee.
Kak Rai bersama Master Iffah Anuar atau lebih dikenali MIA. MIA pon super upline Kak Rai. MIA ni baik sangat tau. Lembut tutur bicaranya tetapi sangat tegas. Dan seorang SLE fighter. Entahlah, Kak Rai tak tahu kenapa Kak Rai sayang sangat diorang ini.
Sebelum ini Kak Rai tak pernah pun mengenali mereka. Asbab dari bisnes Shaklee inilah Kak Rai kenal mereka. Sayang dengan ukhwah yang terjalin ini.
Korang nak sama-sama merasai ukhwah yang sangat utuh ini, mari bersama Kak Rai. Kita meriahkan keluarga besar kita. Inshaallah setiap usaha pasti ada kejayaan.
Kalau korang sedang mencari-cari peluang untuk menjana income dalam persekitaran yang sangat positif, cepat-cepat Wassap Kak Rai ok. Kalau lambat-lambat nanti tertinggal. Kak Rai ada misi yang lebih besar tahun ini. Jom!
0 comments:
Post a Comment