Tuesday, 14 August 2018

Bisnes Shaklee Untuk Semua!!!


Success story
==========

BISNES SHAKLEE UNTUK SEMUA, JUGA DESPATCH GIRL BERIMPIAN BESAR MACAM AKU

Hari ni Saya nak kongsi kisah perjuangan Naz Syamim Sazali, yang sangat saya kagumi kehebatan kudratnya. Min bukan doktor, bukan juga nurse, tapi dia gunakan pengalaman sakitnya untuk bisnes. Min fokus jual Vivix & GLA Complex. Sebulan, Min biasa jual puluh botol Vivix, pernah mencecah 45 botol sebulan.

Apa yang membakar semangat juang Min? Jom kita baca

~~~~~~

Dulu, Min sangka Min gemuk, perut buncit. Min pergi rumah Mamareen Omar beli Shaklee, nak kurus. Rupanya, buncit tu Sebab Min ada cyst. 3 biji, paling besar 5.6cm diameter. Ya Allah! Doktor dah tetap kan tarikh operation. Min pasrah, masuk wad.

Harinya tiba, doktor buat pemeriksaan. Tapi mengejutkan, ada cyst yang dah hilang, yang tinggal pun dah sangat mengecut. Wahh!! Min syukur sangat!

Balik ke wad, untuk berkemas pulang, gempar semua ward-mates

“Ehh.. macamana boleh balik? Macamana tak jadi operate?”😆

Min pecah rahsia.

“Saya minum Vivix & ambil GLA Complex Shaklee”

Dan dalam wad Tu jugak Min dapat Close Deal Vivix 10 botol. Dan bermulalah obsesi Min kepada bisnes Shaklee. Bulan Tu jugak Min rank up Supervisor. Alhamdulillah..

Min kurang mahir jual secara online. Min lebih banyak offline. Jumpa dengan orang. Sedangkan dulu Min tak suka pun jumpa dengan orang.

Tetapi disebabkan Min tahu kelemahan Min, Min jual offline sebab Min nampak Shaklee ni boleh ubah hidup Min, Min kena kuat. Min harus berani 💪💪💪

Min jumpa pesakit secara berdepan, buat macam tak tahu malu. 🤭

Pergi rumah-rumah orang edar flyers sambil menyembang. Ambil hati orang dahulu. Itu yang penting, jaga prospek kita.

Kalau rumah orang tak ada pagar besar. Macam rumah kampung, ketuk la. Kalau rumah taman pergi dekat pagar saja. Edarkan bagi flyers, kalau nampak orang buat-buat la sembang.

Dekat Min sentiasa ada stok dan Flyers. Flyers Min order dalam 5000 keping. Dalam sebulan Min habiskan. Min pergi merata tempat.

Bagaimana Min 'close deal dengan customer?

Min akan cerita kisah Min dulu lepas tu Min cerita testimoni yang dah berjaya.

Semasa sembang kena betul-betul semangat. Ada maklumat. Jangan jumpa baru nak Google. Customer pun tak percaya dekat kita nanti. Sebab tu Fokus pada 1 produk tu penting dan senang. Kalau banyak jenuh kita nak kaji. Min sebelum sampai rumah customer, Min dah membaca.

Sebab kalau customer cari kita nak vitamin, mesti kita tanya apa masalah dia. Nanti kita bawa apa dia nak. Tetapi semasa sembang-sembang selit la kelebihan Vivix.Tapi Min pastikan stok ada.

Sebab biasanya kalau dengan Min, customer terus nak. Jadi tak mahu customer ubah fikiran, stok sentiasa wajib ada.

Apabila customer cakap mahalnya, Min selalu cakap "Vivix ni RM457 saja. Ni Min bagi less dah, RM450".

"Ramuan dalam ni mahal kak oii !!!” Kita cerita apa yang ada dalam Vivix ni. Bagi customer faham. Sebab tu bila sesiapa try Vivix, mereka akan repeat. Min tambah lagi “Kalau mahal dan tak bagus, Min tak dapat jual sebulan banyak botol, sampai berpuluh botol!”

Tapi orang sakit ni, susah nak cakap mahal, sebab mereka lebih pentingkan kesihatan. Kalau yang tolak atau tak mampu, kita bagi suplimen yang bajet. Contohnya, Kalau kencing manis cadang B-Complex dengan ESP.

Min selalu cerita testimoni. Kadang tunjuk dalam HP saja. Alhamdulillah. Min dapat customer yang tak cerewet sangat.

Min ada dapat seorang doktor pakar kanser. India. Sekali datang branch memang dia borong Vivix. Kadang 2 bulan sekali. Kadang 3 bulan sekali. Sebab dia tahu, Vivix ni macam mana.

Min dulu seorang ibu tunggal. Kerja sebagai despatch girl. Memang tak ada apa-apa. Motor min guna dari office Min, bos bagi bawa balik. Dengan motor itu la Min buat bisnes Shaklee. Usung stok penuh atas motor.

Bila habis kerja pukul 5, singgah Branch sampai pukul 7, lepas maghrib terus sambung COD Shaklee.

Sampai perumahan on the way balik rumah, edar pula flyers dulu. Sementara sampai rumah customer, naik motor hantar barang, hujan. Redah saja. Sebab Min fikir anak-anak. Gaji despatch RM1500 tapi tolak EPF , SOCSO tinggal berapa saja.

Anak Min 2 orang dah bersekolah, mengasuh lagi. Dekat RM2k untuk 2 orang. Rumah lagi nak bayar. Bil-bil lagi. Makan lagi hari-hari. Memang tak cukup.

Bila Min buat Shaklee. Alhamdulillah. Apa Min nak, Min boleh beli dan sekarang Min bersyukur. Kereta, motor, semua ada dari hasil buat Shaklee. Kereta Min beli atas nama abah Min. Sebab nama Min black list sebab bekas suami ada beli kereta. Lepas tu, dia bagi kena tarik. RM33k Min kena tanggung. Sampai sekarang kena bayar hutang dia.

Tapi sebab fikir duit nak guna banyak la, Min tak hiraukan semua. Min tahu Shaklee boleh ubah hidup Min. Min memang buat tak pandang orang.

Apa Min rasa Min boleh buat, Min buat. kadang sampai rumah 2 pagi, berseorangan naik motor. Tayar pecah tepi jalan, atas highway. Gelap wei 😭 Motor yang laju-laju hanya hon saja. Min takut. Menangis. Nasib ada hamba Allah yang tolong 😢

Ramai yang cakap bahaya. Tapi Min tahu, kita buat demi anak. Allah, malaikat ada dengan kita. Dengan motor pinjaman office itulah Min buat Shaklee. Dengan motor office tu la Min lepas bonus kereta !!! 😍😍😍

Sebab kalau ada customer jauh-jauh nak cod pun, Min sanggup.

Bagi Min, kalau orang bagi banyak alasan untuk tak boleh buat Shaklee, itu semua alasan dia yang pemalas.

Min 'closing car bonus stage 3' atas bas semasa balik NC. Master Eha ada dalam bas malam tu. Master Eha cakap, " Min, alang-alang buat 15k guv".

Tapi Min tak cukup 1000guv. Min buat lebih kurang 14kguv. Lepas tu bulan depan mencapai stage 4 pula.

Alhamdulillah, lepas.

Stage 1- 7000
Stage 2 - 10k
Stage 3 - 14k
Stage 4 -12k

Kita semua pasti bole !
💪💪💪

Janji set dalam otak. Dalam fikiran diri kita, kita boleh. Sembang depan cermin dan katakan apa yang kita nak.

Min sangat percaya bisnes Shaklee boleh ubah hidup Min. Pengalaman mengajar Min, ditinggalkan suami, betapa kita sebagai wanita, ibu Mesti ada simpanan dan pendapatan. Kita ada anak-anak yang perlu disuap , disekolahkan, dimanjakan dan dimuliakan.

Walaupun hidup kita bahagia hari ini, kita belum tahu Esok Bagaimana. Langit yang cerah hari ini, kita manfaatkan sebaiknya, supaya Bila terdengar guruh di langit, kita telah bersedia dengan payung. Bila terasa banjir akan tiba, kita sudah bersedia dengan perahu.

Tuhan Itu maha baik. Setiap usaha kita tak akan Dia pandang sepi 😊


Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



0 comments:

Post a Comment