Saya nak kongsi cerita anak saya, beberapa bulan yang lalu. Mungkin boleh membantu ibu-ibu atau kawan-kawan yang dalam kerunsingan dan hilang punca akibat anak tersayang diragut momen cerianya akibat tularan HFMD.
Masa tidur malam, Ali nampak tak selesa. Esoknya masa nak tukar diaper, saya bukak dan terkejut tengok banyaknya bintik-bintik merah Di area diaper dan celah kelangkang.
“Teruk Betul Aku! Lambat tukar sampai merah-merah macam ni”
Saya cuci dengan cairan basic H dan tukar lampin lebih kerap. Keadaan sama jugak. Pelik. Bukan Sebab lambat tukar lampin nih! Tengahari sikit, bintik-bintik merah mula naik di muka. Oh kesiannya!!
Esoknya naik di lidah. Ali cuma nak minuman sejuk. Saya bagi makan, dia tolak. Jadi, dia cuma minum Mealshakes ais !
Esoknya, naik bintik-bintik agak besar di lutut dan pergelangan tangan. Macam berkilat, bulat macam mutiara. Rasa nak nangis tengok 😩
Ali aktif macam biasa, tak nangis sangat. Tak meragam agak teruk dan tak give up walaupun dia terpaksa merangkak dengan kaki lurus ! (Lutut tak boleh cecah kat lantai)
Saya nak share apa saya buat sepanjang tempoh tu,
👍🏻saya mandikan Ali dengan cairan Basic H, 3 kali minimum atau setiap kali dia macam nak merengek. Dia mungkin gatal, saya terus mandikan dia.
👍🏻 Sapu Krim Herbal Blend setiap kali lepas mandi. Rasa lebih selesa dan tak ada parut Di muka. Hensem balik anak mak 😉
👍🏻 Sesekali mandi saya guna Shaklee Gentle Wash , Shaklee baby dan Soothing Lotion untuk bagi dia mudah tidur lepas mandi. Anak sakit, kena bagi dia rehat, tidur
👍🏻 Pecahkan Vitamin E atas lidah Ali. Biarkan cecair Vitamin E tu ada atas lidah dan dalam mulut dia. Sangat membantu kecutkan bintil atas lidah. Sapu juga atas parut2 yang berbaki
👍🏻 Bagi Mealshakes untuk bagi multivitamin pada dia. Saya bagi mealshakes sejuk, Shake dengan Air ais, pada dia. Dia boleh minum, mungkin lidah rasa kebas. Ni saja dia minum sebenarnya sepanjang tu 😣😣
Ini pengalaman peribadi saya.
Basic H adalah untuk kegunaan household. Tapi saya mandikan dengan basic H atas usaha saya sendiri dan kepercayaan ia boleh membantu meredakan panas badan dan gatal kulit. Bukan saranan dari Shaklee Malaysia
Vitamin E Complex adalah untuk kegunaan orang dewasa, saya picit masuk ke mulut Ali Sebab saya percaya penyembuhan Vitamin E terhadap luka-luka kulit lidah tang pecah. Bukan saranan Shaklee Malaysia
Alhamdulillah pemulihan Ali sangat cepat. Dia cuma demam panas sehari dua awal saja, semasa bintil-bintil ni naik, dia dah tak demam.
Bila kita ambil suplemen, bukan bermakna kita kebal jadi ironman, langsung tak sakit. Kita masih sakit, Itu normal bagi manusia.
Cumanya, pemulihan dari sakit Itu cepat dan kesan ditimpa penyakit tu tak terlalu parah.
Ibarat memakai seatbelt semasa memandu. Seatbelt tak mencegah dari kemalangan Tapi, mengurangkan kesan parah jika ditimpa kemalangan.
Selamat mengawasi anak masing-masing. Cepat-cepat jumpa doktor bila keadaan mencurigakan. Ambik langkah yang cepat dah tepat untuk anak kita
Duit boleh cari, anak yang derita hanya seorang ini 😢
~ Pengalaman oleh Master Farihah.
Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.
0 comments:
Post a Comment