Tuesday, 7 August 2018

Shaklee Effect : Keberkesanan Youth Skincare


Assalamualaikum wbt. 

Hari ni Raiza nak kongsi pengalaman Raiza sendiri menggunakan Youth Skincare.
Kulit saya jenis yang kering. Ada masa akan menggelupas terutamanya bila duduk dalam aircond.  Ada masalah jeragat dan juga oil seed atau biji kolesterol.  Raiza pernah buat laser untuk buang oil seed di bahagian pipi, bawah mata dan juga dahi. Sakit? Of coz sakit. Beauty is pain right.  Haha. 

Raiza ingat lagi masa pergi buat laser tu Raiza ditemani oleh bestfriend Raiza. Dialah yang menyaksikan setiap biji kolesterol yang kena laser. Tau tak, setiap kali kena laser tu akan berbau seperti daging terbakar tau.  Sampaikan BF Raiza tak sanggup tengok. Kesian katanya. Haha. 

Secara kasarnya orang tak perasan dengan masalah kulit Raiza pon tapi Raiza sendiri yang rasa kurang konfiden bila kulit tak sempurna. Dah macam-macam product Raiza cuba tapi tak dapat kulit yang macam Raiza nak. Bila usia dah semakin meningkat, semakin ketara masalah kulit Raiza. 

Sebelum Raiza pakai Youth Raiza ada pakai skincare lain yang sangat famous tapi set ni langsung tak de kesan pada kulit Raiza malah kulit Raiza naik bintik-bintik merah macam Allergy tu. BC tu kata ni adalah disebabkan kulit Raiza tak cukup moist so dia suggest Raiza tukar kepada set yang lebih advance... Tapi Raiza decide utk stop sbb kesan allergy tu berterusan selama 3 bulan Raiza pakai. Dan masa ni Raiza perasan pores Raiza makin membesar. Selain dari kering, kulit Raiza juga jenis yang sensitif..



Bila shaklee keluarkan Youth Raiza memang sangat excited nak cuba. Sebab kulit sangat problem masa ni.  Raiza try full set Youth. 

First time pakai terus jatuh cinta. Baunya sangat fresh dan best. Dan kesannya memang sangat-sangat best. Tak de Allergy pon. Kulit makin moist dan tona jadi sekata.

Masalah kulit kering semakin berkurangan. The best part ialah takde jeragat dan bintik kolesterol baru yang tumbuh. Kiranya selain dari maintain, Youth jugak improvekan kulit Raiza.

Nampak berbeza size pore Raiza sebelum dan selepas guna Youth skincare kan. Warna tona kulit juga makin sekata.

Selepas 7 hari Raiza menggunakan Youth. No more kulit kusam. Kulit lebih cerah dan lebih moist. 

Selepas sebulan menggunakan Youth. Kulit lebih cerah, lebih halus, lebih lembab dan tona semakin sekata. Apabila kulit semakin sekata, make up pon lebih tahan lama. 

Selepas 4 bulan menggunakan Luminous Gel Oil Cleanser ni,  masih berbaki 3/4 lagi. Jimat sangat kan.  Raiza estimate,  cleanser ni boleh bertahan sehingga 10 bulan. Memang berbaloi. 

Yang paling best, cleanser ni bertindak sebagai make up remover tau. Mencuci secara mendalam. Kesannya, mengurangkan black head dan white head hampir 90%. Seingat Raiza dah lebih 5 bulan Raiza tak pergi spa buat facial. Sebab dengan Youth, white head mudah keluar.  Sebelum ni boleh di katakan 2 bulan sekali mesti Raiza buat facial muka untuk sedut segala kekotoran yang terperangkap dalam liang roma. 

Bagi Raiza,  Youth adalah pelaburan yang sangat berbaloi. Dengan Youth keyakinan semakin ketara. Nak keluar rumah dengan naked face confident je.

Yang paling penting ianya SELAMAT dan BERKESAN. Dan proven secara scientific.  


Anda berminat nak cuba Youth? Nak tahu bagaimana Youth boleh bertahan sehingga lebih 6 bulan?  Rutin pemakaian untuk hasil yang maksimum?  Boleh klik kat bawah ni ok.


Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



0 comments:

Post a Comment