Saturday 13 January 2018

Cara Mudah Step by Step Tukar Domain dengan Godaddy.com


Hai, assalammualaikum w.b.t,

Hari ni Raiza nak share cara nak tukar domain dengan mudah.

Secara ringkasnya domain ni macam rumah. Jika kita ada rumah, lebih mudah tetamu nak datang rumah kan. So, jika anda seorang peniaga online, domain bertindak sebagai alamat kedai anda.

Domain Name.

Domain ialah alamat yang di gunakan untuk memudahkan page atau website kita di temui. Memudahkan proses pencarian di google search. Contoh paling mudah, domain ini seperti alamat rumah kita. Bagi saudara-mara yang tidak pernah datang rumah kita, mungkin memerlukan WAZE atau google Maps untuk mencari lokasi rumah. Bayangkan jika kita tidak alamat rumah, agak sukar untuk mereka mencari lokasi kita yang sebenar melalui maps. Begitulah konsep yang paling mudah untuk difahami. 

Cara Beli Domain.

Step pertama mestilah beli domain terlebih dahulu. Untuk pembelian domain, boleh ke website GoDaddy.com



  1. Taip nama domain yang di ingini.
  2. Klik butang search untuk semak availability domain yang di kehendaki.



3. Lihat mesej yang dipaparkan. Mesej 3(b) akan di paparkan sekiranya domain pilihan anda masih available. Raiza ambil contoh msraiza.com untuk pembelian baru.



4. Klik button "Add to Cart" untuk pembelian.


5. Klik button "Continue to Cart".



6. Pilih "No, Thanks" untuk Plan dan semua option. Kemudian scroll page ke bawah sekali.
7. Klik button "Continue with these options.


8. Klik button "Complete Purchase".
9. Buat bayaran ikut payment type pilihan. Contoh menggunakan domain msraiza.com sampai di sini sahaja. Lepas ni Raiza akan gunakan domain gengisihat.com pula sebagai contoh ye.



10. Selepas pembelian berjaya (cth: gengisihat.com), anda akan menerima dua email seperti rajah di atas.
11. Anda perlu verify email terlebih dahulu dan kemudian  anda akan di bawa terus ke website GoDaddy.com untuk set username dan password.
12. Selesai urusan pembelian domain. Tahniah!

Cara Tukar Domain di Blogspot.


1. Login blogger.com seperti biasa dan klik pada menu "Setting".


2. Masukkan nama domain anda di bahagian Publishing / Blog Address.
3. Perhatikan mesej di dalam box merah. Anda perlu set host ini di GoDaddy.com terlebih dahulu. Tidak perlu save lagi step ini.
4. Login GoDaddy.com menggunakan username dan password yang ada telah setkan sebentar tadi.


5. Klik link domain anda.

6. Scroll page paling bawah dan klik "Manage DNS".



7. Klik "Add".


7. Pilih CNAME daripada dropdown list.
8. Copy Host daripada blogspot anda (Refer step 3).
9. Copy "Destination/Target/Point to" daripada blogspot anda (Refer step 3) dan paste di field "Points to" di page GoDaddy.com.
10. Klik "Save" button.
11. Ulang step 7 hingga 10 untuk host yang kedua.


12. Lihat dalam kotak. Ini selepas berjaya add CNAME yang baru. Kembali ke page blogspot semula.


13. Klik Save button.


14. Lihat kotak merah. Domain baru anda yang telah berjaya di save. So, domain baru anda telah berfungsi dengan jayanya. Maknanya premis maya anda telahpun memulakan operasi.

Yeay! Selesai.

Senang jer kan nak tukar domain. So apalagi, mulakan perniagaan online anda sekarang. Semoga berjaya.


Jika anda memerlukan konsultasi mengenai bagaimana menambahbaik nilai kesihatan anda melalui suplemen boleh klik gambar di bawah. 

Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



0 comments:

Post a Comment