OMEGA 3
APA ITU OMEGA 3
Omega 3 ialah sejenis lemak tidak tepu yang sihat dan diperlukan oleh badan. Malangnya badan kita tidak dapat menghasilkan lemak tidak tepu ini. Lemak tak tepu ini perlu di ambil secara oral melalui pemakanan.
Asid Lemak Omega 3 ini sangat penting untuk penghasilan membran sel. Membran sel ialah lapisan luar sel. Contoh paling mudah, membran ialah seperti baju yang kita pakai.
Di dalam asid lemak omega 3 ini mempunyai EPA dan DHA. Yang mana fungsinya sangat banyak untuk kesihatan badan manusia.
Sumber utama Asid Lemak Omega 3 ialah dari ikan laut dalam seperti salmon, ikan kod, tuna dan mackerel.
1. JANTUNG YANG SIHAT
Saiz jantung hanyalah sebesar genggaman tangan dewasa. Sehari jantung akan mengepam darah sebanyak lebih kurang 100 000 kali. Jantung yang sihat sangat penting untuk melancarkan proses ini. Cuba bayangkan jika darah tidak dapat di salurkan ke bahagian badan. Apa yang akan berlaku? Akan menyebabkan kerosakan sel.
Jantung yang sihat akan membantu proses pengaliran darah dengan mudah ke seluruh anggota badan.
Asid Lemak Omega 3 juga bersifat anti keradangan bagi mengawal sel daripada rosak.
2. MINDA YANG CERDIK
Otak mengandungi 60% lemak. Asid Lemak Omega 3 membantu menjaga kesihatan membran sel di bahagian otak. Sangat penting untuk menghasilkan sel-sel otak yang sihat supaya setiap sel dapat berhubung. Sel-sel di bahagian otak ini asalnya tidak berhubung di antara satu sama lain. DHA & EPA di perlukan untuk menghubungkan sel-sel ini. EPA & DHA ini datangnya dari Asid Lemak Omega 3.
EPA & DHA meningkatkan fungsi neurotransmission dengan lebih baik. Jika ada di antara sel yang rosak, ini akan menganggu untuk berhubung dengan sel-sel yang lain.
Asid Lemak Omega 3 akan meningkatkan kesihatan mental dan dapat mengelakkan penyakit yang di sebabkan oleh otak seperti Alzheimer. Ia juga membantu masalah berkaitan kemurungan, gangguan bipolar, demensia, skizofrenia, dan lain-lain.
3. SENDI YANG SIHAT
Badan kita mengandungi 204-350 bilangan sendi menurut kajian sains. (sumber)
Asid Lemak Omega 3 bertindak sebagai cecair semulajadi untuk sendi bagi memudahkan pergerakan sendi-sendi tersebut.
Asid Lemak Omega 3 juga bersifat anti-radang dan ini dapat mengurangkan keradangan sendi. Kebanyakan warga emas akan menghadapi masalah sendi terutamanya di bahagian lutut. Ini telah membataskan pergerakan terutamanya ketika solat.
Asid Lemak Omega 3 dapat membantu untuk mengelakkan kekejangan sendi. Jelas sekali masalah sendi akan menyukarkan aktiviti harian. Apatah lagi untuk dewasa yang aktif.
4. WANITA HAMIL
Asid Lemak Omega 3 sangat baik untuk perkembangan bayi terutamanya untuk pembesaran otak dan penglihatan. Wanita hamil di peringkat trimester ketiga memerlukan lebih banyak Asid Lemak Omega 3 kerana ketika ini, perkembangan bayi adalah sangat cepat.
Wanita hamil yang mendapat Asid Lemak Omega 3 yang cukup dapat melahirkan bayi yang sihat dan cerdas mindanya.
5. PENURUNAN BERAT BADAN
American Journal of Clinical Nutrition menyatakan bahawa pengambilan Asid Lemak Omega 3 secara tetap dan senaman ringan seperti berjalan kaki dapat menurunkan berat badan yang signifikan.
Asid Lemak Omega 3 juga membantu meningkatkan pembakaran lemak dan seterusnya membantu meningkatkan metabolisme dalam badan.
6. KULIT YANG CANTIK
Untuk mendapatkan kulit yang cantik, kulit perlu berada pada tahap kelembapan tertentu. Kulit yang terhidrasi akan menyebabkan ianya kelihatan kusam kerana permukaan kulit menjadi kasar dan menggelupas. Asid Lemak Omega 3 ini membantu mengurangkan kekeringan kepada kulit dan secara tidak langsung melambatkan kedutan pada kulit. Ia bertindak secara alami melembabkan dari dalam ke luar.
Wanita sangat sensitif dengan garis-garis halus yang mula terbentuk terutamanya di bahagian wajah. Anda tergolong dalam golongan ini?
Nah, anda sangat perlukan Asid Lemak Omega 3 ini.
7. RAMBUT YANG KUAT DAN SIHAT
Rambut yang cantik dan berkilau lembut biasanya menjadi impian kebanyakan wanita.
Nutrisi yang tepat untuk rambut dapat mengelakkan keguguran rambut akibat dari pertumbuhan yang tidak sihat. Asid Lemak Omega 3 membantu menyihatkan folikel rambut anda untuk lebih kuat dan lebih bersinar.
************
Terlalu banyak kebaikan OMEGA 3 untuk kesihatan badan, kulit dan rambut. Jadi pastikan Omega 3 ada di dalam diet harian anda. Selain daripada ikan, omega 3 juga boleh di dapati dari sayuran seperti bayam dan kangkung serta dari kekacang dan buah-buahan seperti avokado.
Untuk memudahkan, Raiza cadangkan anda mengambil Omega Guard Shaklee dan dapatkan harga promosi bulan Januari 2018 kerana Omega Guard Shaklee mempunyai gred farmaseutikal yang berkepekatan tinggi dan mengandungi 7 spektrum asid lemak omega seperti Omega 5, Omega 6, Omega 9 dan Omega 11 yang bantu mengoptimumkan fungsi sel badan.
KEBAIKAN OMEGA GUARD
- Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
- Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
- Mengawal masalah obesiti
- Memelihara fungsi-fungsi sendi
- Mencegah penyakit gout
- Mencegah salur darah dari tersumbat
- Mengekalkan tekanan normal darah
- Mencegah pembekuan darah dalam badan
- Dapat mengelakkan strok
- Merendahkan kolestrol
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
- Membantu menyihatkan paru-paru
- Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
- Mengurangkan sakit kepala
- Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
- Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
- Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
- Memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
- Omega 3 membantu Memperbaiki penyakit buah pinggang
- Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
- Mengurangkan bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
- Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
- Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.
0 comments:
Post a Comment