Saturday, 27 May 2023

3 Kata-kata motivasi untuk berjaya



Berjaya!
Setiap orang mempunyai tafsiran yang berbeza tentang kejayaan. Bagi sesetengah orang mempunyai duit yang banyak ialah kejayaan. Bagi orang lain kejayaan ialah berdikari. Bagi sesetengah yang lain pula, kejayaan apabila mampu mencapai pencapaian yang hebat. 

Apakah kejayaan bagi korang?
Tanya diri korang sendiri, apakah kriteria untuk berjaya? Apa yang korang perlu capai, untuk korang rasa berjaya? 

Dalam entry kali ini, Kak Rai nak kongsikan 3 pemikiran orang yang berjaya tentang kejayaan dan bagaimana nak mencapainya yang boleh dijadikan sebagai kata-kata motivasi untuk capai impian kita.

Jika melihat dengan teliti, kebanyakan kejayaan semalaman mengambil masa yang lama.
~ Steve Jobs
Biasanya, kejayaan memang memerlukan masa. Mulakan hari ini. Setiap langkah kecil yang kita lakukan akan membawa kitalebih dekat dengan detik kejayaan kita. Setiap kejayaan perlukan usaha. Tidak ada kejayaan yang datang dalam masa yang singkat. Percayalah!

Satu-satunya penghalang untuk merealisasikan impian esok adalah keraguan tentang hari ini!
~ Franklin D. Roosevelt
Keraguan kita tentang hari ini yang menghalang kejayaan kita hari esok. Jika kita percaya pada diri sendiri , percaya dengan idea kita, berusaha merealisasikan impian ini dan belajar dari setiap kesilapan yang di hadapi sepanjang jalan yang berliku ini, anda pasti berjaya! 

Percayalah pada diri sendiri dan percaya pada kejayaan yang bakal dicapai! Be successful!

Rahsia kejayaan ialah melakukan perkara biasa yang luarbiasa dengan baik.
~ John. D. Rockefeller Jr.
Jika ingin berjaya, lakukan sahaja perkara yang sama dengan lebih baik atau berbeza daripada orang lain. Tips ini sesuai untuk semua jenis impian. Jika anda menambah nilai untuk orang melalui perkhimatan atau produk anda sehingga memudahkan mereka, anda pasti akan berjaya! 

Dalam mana-mana perniagaan, jika anda mempunyai sekurang-kurangnya satu perkara yang lebih baik dari pesaing anda, ada pasti akan berjaya dari mereka!




Untuk mencapai impian kita, yang paling utama ialah perlu MULA! 
Bila? Sekarang. Jangan tunggu esok lusa baru nak memulakan langkah pertama. Percayalah dengan langkah pertama itu yang akan menentukan langkah-langkah seterusnya.  Tidak ada orang berjaya yang tidak bermula. Lambat atau cepat, tetap perlu memulakan langkah itu kerana kejayaan itu tidak akan datang semalaman. 

Lagi lambat masa yang di ambil untuk memulakan langkah pertama, lagi lambat kejayaan itu akan kita gapai. 

Tahu atau tidak itu tidak penting. Kerana dari permulaan langkah pertama itulah kita akan belajar. Dari pengalaman dan kegagalan itulah yang akan membentuk kejayaan kita.

Lihatlah bagaimana sorang bayi yang belajar berjalan. Dari tidak tahu apa-apa, mereka meniarap, menyusur dan merangkak. Dari merangkak itu mereka cuba untuk berdiri dengan memapah. Setelah yakin dengan kestabilan diri barulah mereka cuba melangkah setapaj demi setapak. Tidak ada seorang bayi pun yang tidak melalui proses ini untuk mereka pandai berjalan. Mereka tidak dilahirkan terus pandai berjalan. Inilah proses yang Allah tunjukkan pada kita bagaimana kitaran kehidupan untuk mencapai satu kejayaan.

Dapat sesuatu?



Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment