Salam 10 Ramadan.
Kita telah pun memasuki hari ke 10 berpuasa. Macam mana Ramadan kali ini? Mesti lebih bestkan sebab tahun ni kita semua boleh berterawikh seperti biasa setelah dua tahun kita terkurung disebabkan oleh pandemik yang melanda negara kita tempoh hari.
Korang ada masalah nak makan apa time bersahur tak?
Kak Rai rasa menu yang paling sedap masa sahur ialah nasi berlaukkan telur mata yang kuningnya masih cair. Letak kicap sikit. Confirm selera makan waktu bersahur kan? Tapi mampukah menu ini membuatkan kita kenyang sepanjang hari?
Jom Kak Rai kongsikan idea menu sahur yang lebih sihat untuk korang bersahur.
Idea Menu Sahur Sihat
Nasi jagung dengan telur dadar:
Masak nasi jagung dan sediakan telur dadar yang dibuat tanpa minyak. Letakkan sayur seperti bayam, kacang panjang dan kobis atau apa sahaja sayur yang ada di rumah. Ini namanya nasi goreng campak-campak.
Sup sayur-sayuran:
Sediakan sup sayur-sayuran yang mengandungi pelbagai jenis sayur seperti lobak, kobis, kubis, daun sup, cendawan dan lain-lain. Jangan tambahkan garam yang berlebihan.
Sandwic ayam panggang:
Sediakan roti perang yang dipanggang, letakkan dada ayam panggang yang rendah lemak, irisan tomato dan selada. Jangan tambahkan sos yang berlebihan.
Omelet Pepperoni
Pukul telur bersama dengan susu segar atau air. Tambahkan garam dan sedikit paprika. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga wangi dan masukkan pepperoni. Akhir sekali masukkan telur yang telah dipukul tadi dan goreng sehingga masak.
Ini antara menu yang agak mudah untuk disediakan ketika bersahur.
Menu sahur kak Rai pula lebih mudah dengan set puasa shaklee. Sudah hampir 5 tahun Kak Rai bersahur dengan set ini. Lebih bertenaga dan kurang rasa lapar berbanding makan nasi ketika bersahur. Dan yang paling penting, kalau terlewat bangun pun masih sempat lagi nak bersahur.
Bayangkan ada hari-hari yang terlajak tidur tu kan. Kalau nak masak memang tak sempat, jadi shakekan aje. Lebih mudah dan kurangkan stress terbangun lambat.
0 comments:
Post a Comment