Saturday, 23 December 2017

Matlamat?



Disember akan berakhir lagi 2 minggu. Dah tetapkan matlamat untuk 2018 ke? 


Raiza dah set siap-siap. Penting tau tetapkan matlamat ni supaya kita tidak lost track. Bila agak-agak dah jauh tersasar tu, buka semula goal list kita. So bolehlah on track semula.


Tahun 2018 bakal bermula. Biasanya, pada awal tahun, orang ramai akan mula bercerita tentang azam baru. Apa yang mereka mahu capai dalam tahun baru ini dan apa perubahan yang mahu mereka lakukan.

Apakah maksud azam?
Azam ialah matlamat yang ingin dicapai.

Apakah pula maksud matlamat?
Matlamat secara ringkasnya bermaksud sesuatu yang ingin dicapai. Selalunya, ia akan melibatkan penggunaan masa dan usaha yang bersungguh-sungguh. Sebenarnya, anda menggunakan matlamat setiap hari. Contohnya, anda ingin ke shopping mall membeli baju. Jadi, baju adalah matlamat anda pergi ke shopping mall. Anda hendak pergi ke sungai untuk memancing. Jadi memancing adalah matlamat anda pergi ke sungai. 

Contoh di atas itu adalah contoh matlamat yang mudah. Anda tidak perlu berfikir panjang untuk menetapkan matlamat tersebut. Anda juga tidak perlu bersusah payah untuk mencapai matlamat anda. Jika matlamat anda adalah memancing di sungai, anda cuma perlu pergi ke sungai dan memancing, kemudian pulang ke rumah. Mudah sahaja matlamat itu terlaksana.

Bagaimana jika anda ubah sedikit matlamat anda. Katakan, anda ingin pergi ke sungai, memancing dan dapatkan lima ekor ikan. Tentu matlamat ini akan jadi lebih mencabar bukan? Apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai matlamat baru ini?

Jelas sekali, anda tentu perlu fikirkan peralatan yang perlu di bawa untuk anda mencapai matlamat tersebut. Anda juga perlu fikirkan tips untuk mendapatkan ikan. Kalau selama ini anda hanya melepaskan pancing dan tunggu, perlukah anda mendapatkan info di kawasan manakah yang terdapat banyak ikan?

Persoalan yang timbul ini adalah disebabkan anda mempunyai matlamat yang jelas. Anda tahu apa yang anda mahukan. Matlamat ini semua memerlukan anda untuk berfikir dengan lebih kreatif. Anda juga perlu bersedia untuk membuat perubahan dan sanggup berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh.

Apakah faedahnya matlamat ini?
Setiap ekor ikan yang anda dapat, boleh di jual seterusnya boleh memberikan anda pendapatan tambahan ataupun anda boleh makan sendiri ikan-ikan tersebut dan anda dapat menjimatkan duit belanja anda untuk membeli bahan mentah. Faedah-faedah ini anda yang tentukan. Anda boleh memilih faedah apa yang anda inginkan daripada matlamat yang telah anda tetapkan.

Sudah tetapkan matlamat anda?
Silalah tetapkan matlamat anda supaya anda lebih jelas dengan apa yang anda inginkan sepanjang 2018 ini. Jika matlamat ini tidak berjaya dicapai, sekurang-kurangnya anda telah berusaha untuk mencapainya.  




Klik gambar untuk konsultasi lanjut mengenai suplemen.




0 comments:

Post a Comment