Tuesday, 5 May 2015

Hands-On Workshop



Cuti Hari Pekerja yang lepas, Raiza berpeluang menghadiri Hands-On Wellness Workshop anjuran S2U. Alhamdulillah. Syukur sangat dapat attend workshop ni. Bukannya apa, workshop hands-on sangat berbeza dengan workshop yang lain. Banyak sangat ilmu yang dapat dalam workshop kali ini.


Raiza memang suka attend Workshop anjuran our Shaklee Families sebab di samping dapat ilnu, dapat juga berjumpa dengan upline dan sideline. Honestly, dalam ni memang macam keluarga. Hubungan yang akrab.

Workshop yang berlangsung selama 2 hari di Palm Garden Resort memang sangat berbaloi untuk di hadiri. Hari pertama, kami di dedahkan tentang cara memeriksa dan pengambilan tekanan darah, glukos dan juga kolesterol. Gila tak best? Dapat check tekanan darah Raiza berapa, glukos dan juga kolesterol. Alhamdulillah, untuk ketiga-tiga pemeriksaan kesihatan ni, resultnya normal. Risau juga, sebab agak lama tak pergi check kolesterol. Maklumlah, Raiza kan ada history high kolesterol. Haruslah berhati-hati.



Tak cukup dengan pemeriksaan 3 serangkai ni, kami di dedahkan pula cara-cara memeriksa body composition menggunakan Omron Karada Scan. Nak tahu rupa Karada Scan? Ala yang macam alat penimbang biasa tapi ala-ala naik motor. hehhehe... Melalui alat ni, kita boleh tahu BMI, body tone, kalori, body age dan macam-macam lagi. Memang best. Yang paling best dapat tahu which body part yang berlebihan dan berkurangan. Boleh kira otot/muscle sekali tau. Penting ke pengiraan otot ni? Sangat penting ok sebab otot ialah kilang pembakaran kalori. So, kalau kurang otot, kita boleh fokus cara nak membina otot untuk mempercepatkan proses untuk kurus.

Selesai hands-on workshop, sebelah petangnya pula di tunjukkan demo produk Home Care yang terdiri daripada Basic H, Fresh Laundry Concentrate, Dish Wash, Soft Fabric & Water Pitcher. Selain daripada itu, demo produk kecantikan dalam rangkaian Nutriwhite dan juga produk untuk kurus iaitu Cinch Shake yang di blend bersama fresh fruit. Macam-macam perasa yang kami dapat rasa. Sedap. Tak adalah minum rasa plain je.

Selesai demo produk, kami di beri penerangan pula mengenai produk pre-natal dan post natal. Ok, selesai bab ni. Sambung pula penerangan mengenai cara untuk conduct Wellness Fair. Step by step. Banyak maklumat dan ilmu baru yang dapat hari ni. Memang best. Selesai hari pertama. Sekejap sangat rasanya masa berlalu. Tak sedar dah jam telahpun menunjukkan ke angka enam.

Hari ke dua pula topik mengenai marketing plan oleh Mr. Kelmen, Vice President Marketing dari Shaklee Malaysia. Bertenaga sungguh cara penyampaiannya. Langsung tak mengantuk. Bermula bulan May sehingga bulan Oktober 2015, Shaklee melancarkan program YES (Young Entrepreneur System) untuk mereka yang ingin serius memulakan perniagaan dengan risiko yang sangat rendah tetapi keuntungan yang sangat tinggi. Untung tau join YES ni sebab bonus yang di tawarkan sangat banyak. Bak kata orang-orang tua, tak habis nak kutiplah. hehhehe... Sebelum nak sebarkan kebaikan program ni, haruslah menuntut ilmu dulukan supaya senang Raiza nak explain. Dulu-dulu masa Raiza join tak de pon program ni.... Tak pe lah, rezeki kalian yang ingin menyertai keluarga besar kami.

Nanti Raiza explain detail tentang YES ni di entry yang lain yer. Selesai sudah Workshop selama 2 hari. Sangat bermanfaat. Raiza suka attend workshop Shaklee sebab selain daripada ilmu yang dapat, kami juga di hidangkan dengan produk-produk Shaklee sebagai kudapan. Umumnya kita tahu, produk Shaklee mampu menambahkan tenaga kan? So sepanjang Workshop di hari pertama, kami di hidangkan dengan Performance Drink, Meal Shake, ESP, Cinch Energy Tea secara free flow tau. Sebab tu boleh kekal bertenaga ketika workshop. Inilah rahsianya... hehhehe...

Ini result kolesterol Raiza. Alhamdulillah.
Tak sia-sia mengamalkan Omega Guard. 

 Yang ini pula result glucose. Pun normal.
Alhamdulillah. 
Nak check ni tak susah mana pun, just cucuk hujung jari dan ambil darah. Stripe untuk check kolesterol tu yang mahal harganya. Raiza di fahamkan, biasanya untuk check kolesterol di kenakan bayaran RM 15 kalau di klinik. Kalau ada alat ni best jugak kan? Boleh check darah mak ngan abah. hehhehe... senang nak monitor.

 Sideline Raiza. Kak Wani. Dari Ipoh datangnya. Nampak tak, ilmu harus di cari biarpun sampai ke negara China. hehehe
Check tekanan darah.

 Meal Shake, free flow. Segar sungguh Mealshake yang di telah di bancuh bersama ais. terserlah perasa vanillanya.

Ni pulak, PD + Cinch Energy Tea mix. 
Perasa Ice Lemon Tea versi sihat. Segar lagi menyegarkan. 
My favorite ni.

Inilah hasil demo produk Home care.

 Perbezaan antara Shaklee dan Produk x.
Paku yang di rendam selama 2 minggu. Nah, inilah hasilnya. Paku yang di rendam di dalam produk x menjadi karat tetapi di dalam produk Shaklee, bersih putih je.



Anda juga nak merasai keseronokan kami berworkshop? Jom join keluarga besar Raiza. Inshaallah, kita sama-sama berusaha memperbaiki taraf hidup kita. Jika bukan kita yang berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik, siapa lagi? Allah pon nak tengok kita berusahakan? Barulah rezeki diberi olehNya. So, jom! Jangan lengah-lengah lagi. Orang ang bijak akan mengambil peluang, orang yang biasa-biasa akan melihat peluang. So pilihan di tangan anda! 





Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

0 comments:

Post a Comment