Wednesday 6 August 2014

Biarkan lecithin dan alfalfa berkerja untuk anda....


Assalammualaikum wbt...

Alhamdulillah, bertemu dengan Syawal yang sangat menguji. Kenapa yer Syawal sangat menguji? Pastinya dengan menu dan juadah yang dihidangkan ketika sesi ziarah. Masa inilah segala lemang dan ketupat di hidangkan. Segala jenis menu makanan yang sangat menguji selera yang kadangkalanya tak mampu untuk di tolak.

Kebanyakan antara kita beranggapan,"ala.. tak apalah... diet off time raya". Ataupun "sikit je..setakat jamah..." walhal lemang penuh di pinggan. Adakah ini bermakna time raya kita tak boleh makan untuk menjaga kesihatan? Saya percaya, negara kita mempunyai pelbagai juadah yang enak-enak untuk di nikmati. Sebagai manusia normal, tak mungkin kita mampu untuk membiarkan segala juadah tersebut tidak di makan. Jika anda mampu, tahniah saya ucapkan.... Sebab saya memang tak mampu.. ;-) Bak kata orang-orang tua, tak baik membazir.

Apakah tindakan kita yang begitu teruja dengan makanan dan masa yang sama ingin menjaga kesihatan?

Apa kata biarkan lecithin dan alfalfa berkerja untuk kita. Alfalfa adalah agen detoks yang terbaik manakala Lecithin adalah agen emulsifier atau agen pemecah lemak.  Banyak manfaat lecithin dan alfalfa yang dapat membantu tubuh badan kita berkerja untuk memastikan kesihatan terus menjadi milik kita.

Manfaat Lecithin :-
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
Lecithin ini sebenarnya sebagai agen pemecah lemak. Setiap makanan berlemak berlebihan yang kita makan perlu di singkirkan bagi mengelakkan ianya menjadi tepu di dalam badan. Lebih bahaya jika lemak tersebut berkumpul di salur darah yang boleh mengakibatkan salur darah sempit.

Dengan pengambilan 6 biji Lecithin sehari di percayai dapat membantu memecahkan lemak di dalam badan.
Sebotol Lecithin mampu bertahan sehingga 2 bulan bergantung kepada cara pengambilan setiap hari.


Manfaat alfalfa :-
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mengandungi enzim yang tinggi dalam membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
  • Melegakan sembelit
  • Terkenal sebagai purifier untuk darah dan hati daripada bahan kimia dan logam berat
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Membuang angin dalam badan (Toksin punca angin berlebihan dalam badan)
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan. (Toksin juga membuatkan badan lesu dan lemah)
  • Melegakan elergi dan ekzema
  • Meneutralkan asid dalam badan (Kealkalian yang tinggi)
  • Meringankan masalah badan, kaki dan nafas berbau 

Dengan mengambil 4-10 biji Alfalfa sehari dapat membantu membuang toksin di dalam badan. Alfalfa mencuci keseluruhan tubuh. Dengan bahasa mudahnya, Lecithin bertindak memecahkan lemak dan Alfalfa bertindak mengangkut lemak-lemak dan toksin di dalam tubuh untuk di buang atau di cernakan. Mudah je kan.




Inginkan konsultasi? Jangan malu untuk hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

0 comments:

Post a Comment