Thursday, 9 February 2023

Tentang Intermittent Fasting (IF)



Pernah Dengar Mengenai Intermittent Fasting?

Inilah diet dengan cara berpuasa untuk kuruskan badan.

Apa itu Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting atau lebih di kenali dengan diet IF ialah salah satu cara menurunkan berat badan dengan cara berpuasa.

Kalau diet lain lebih menumpukan kepada apa jenis makanan yang boleh di makan tetapi Intermittent Fasting lebih menumpukan kepada waktu yang boleh makan.

Intermittent fasting merupakan satu kaedah pemakanan yang semakin popular sejak akhir-akhir ini. Ia sebenarnya bukan satu kaedah ‘diet’ tetapi ia lebih kepada satu gaya hidup yang mengasingkan tempoh masa untuk makan dan tidak makan.

Yang paling best, IF adalah sangat fleksibel.
Tetapi perlu tahu asas tentang IF.

Apakah asas Intermittent Fasting?

1. Tempoh berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam.
2. Tidak mengambil sebarang makanan dan minuman yang meningkatkan gula.

Kenapa perlu berpuasa lebih 12 jam?

Dalam tempoh ini barulah badan akan menggunakan lemak sebagai tenaga dan bukannya gula lagi.
Ini bermakna, badan telah menghabiskan simpanan gula sebagai tenaga dalam tempoh 12 jam pertama berpuasa. Selepas 12 jam, barulah badan memulakan proses ketosis yang mana menggunakan lemak dalam badan untuk di tukarkan kepada tenaga.

Untuk kurus, IF selama lebih 16 jam lebih berkesan berbanding IF 12 jam.

Bagaimana caranya untuk melaksanakan IF 16 jam?

16 jam bermaksud tempoh yang perlu berpuasa dan baki 8 jam lagi adalah waktu yang boleh makan atau di kenali sebaga 'eating window'.

Perkara utama yang perlu di kenalpasti untuk memulakan IF ialah pukul berapa ingin memulakan tempoh 16 jam tersebut. Sekiranya ingin mula berpuasa pada jam 8 malam, maka waktu yang dibenarkan untuk makan seterusnya ialah pada jam 12 tengah hari.

Mampu ke perut bertahan selama 16 jam?

Jangan bimbang, dalam tempoh IF, anda di benarkan untuk minum air kosong atau air teh tanpa gula untuk mengelakkan dehidrasi.

Pendek kata, IF ini adalah menahan diri dari makan sahaja. Mudahkan? 

Lebih mudah jika kita tahu bagaimana proses IF ini berlaku yang boleh memberikan kesan maksima kepada penurunan berat badan.

SET KURUS SHAKLEE sangat bagus untuk support nutrisi ketika buat IF.

Boleh juga layari artikel sahabat saya di link ini  untuk info berkenaan IF.


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023







Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



0 comments:

Post a Comment