Wednesday, 14 February 2018

15 Fungsi Kolagen Kepada Kulit, Sendi dan Kesihatan Lelaki dan Wanita.


KOLAGEN

Kolagen berasal dari bahasa Yunani iaitu kola (gula) dan gen (produksi), yang bermaksud bersifat lekat atau menghasilkan pelekat. Dengan sifat tersebut, kolagen menjadi struktur organik yang dapat ditemukan pada seluruh tubuh sekaligus membantu pembentukan tulang, sendi, gigi, otot dan kulit agar menjadi kuat. Namun jika seseorang kekurangan kolagen, akan memberikan kesan yang berbahaya pada tubuhnya. Mungkin awalnya untuk sebahagian orang masalahnya tidak dianggap serius, tetapi jika hal ini tidak segera di atasi akan menimbulkan ancaman parah seperti mengalami gangguan peredaran darah yang memberi kesan kepada jantung hingga mengalami stroke.

APA ITU KOLAGEN DAN FUNGSINYA?

Kolagen adalah protein berserat larut yang sepertiganya terdiri dari protein. Kolagen adalah asid amino rantai panjang yang terdiri dari individu asid amino glisin, prolin, hidroksiprolin, dan arginin.

Kolagen membantu membentuk struktur dan kekuatan otot dan tulang. Juga menciptakan keanjalan bagi kulit Anda dan memberikan merangsang pengembangan pertumbuhan sel baru untuk menggantikan yang lama dan sel-sel mati. Beberapa bentuk kolagen juga berfungsi melindungi organ-organ di seluruh tubuh.

Jelas sekali kolagen adalah antara komponen yang sangat penting di dalam tubuh. Kolagen bukan sahaja baik untuk kulit malah untuk sendi, otot dan saluran darah.


TAHUKAH ANDA?

Bermula usia 20 tahun, paras kolagen akan mula menyusut sebanyak 1% setiap tahun. Cuba kita lihat kulit bayi. Sangat lembut dan anjal bukan? Ini adalah kerana paras kolagen yang sangat tinggi pada kulit bayi. Setelah mencapai usia 20 tahun, keanjalan ini akan mula menyusut di sebabkan oleh kandungan kolagen yang semakin berkurangan.

Malah ada kajian yang menyatakan pada usia 25 tahun, paras kolagen menyusut sebanyak 15% secara semulajadi.

Ini yang paling ketara kita boleh lihat akibat kekurangan kolagen pada tubuh.

15 Fungsi Kolagen untuk Kesihatan


1. Kulit

Fungsi terbesar dari kolagen salah satunya adalah sebagai penyokong kulit. Mengikut pendapat Dr. Eric dari University of Pennsylvania, bahawa 80% berat kulit manusia terdiri dari kolagen. Kolagen yang merupakan zat perekat ini, bermanfaat untuk memelihara keanjalan kulit. Kolagen ini juga bekerjasama dengan protein lain yang bernama elastin untuk menjaga keanjalan kulit.

Sayangnya saat usia seseorang sudah lebih dari 25 tahun, maka kolagen pada tubuh orang tersebut akan mengalami penurunan hingga 15% secara alami. Dan hal ini semakin berlarutan seiring bertambahnya usia. Oleh karena itu jika kolagen dalam tubuh berkurang, maka kolagen dari luar seperti serum, suplemen, dan injeksi boleh menjadi pilihan untuk mengekalkan paras kolagen pada tubuh.

2. Otak

Jaringan kolagen sangat membantu nutrisi pada otak. Jika jaringan kolagen menipis, maka saraf kranial pada otak tidak boleh mendapatkan nutrisi sehingga mengakibatkan pening kepala, lupa, kehilangan memori, bahkan insomnia. Selain itu, penghambatan saraf pusat pada sel-sel otak boleh terjadi sehingga sulit untuk berkonsentrasi, mengalami kecemasan dan depresi. Maka agar jaringan ini dapat terjaga, kolagen tambahan sangat diperlukan sehingga otak dapat berkerja secara baik.

3. Rambut

Kolagen pada rambut memiliki fungsi untuk memperkuat akar rambut serta merangsangnya agar dapat tumbuh kembali. Namun dengan mengambil kolagen secara kerap, pertumbuhan rambut baru terjadi lebih cepat. Rambut yang rosak boleh segera digantikan oleh rambut baru, dan akar rambut menjadi semakin kuat kerana akar rambut mempunyai nutrisi yang cukup.

4. Mata

Semakin usia bertambah, kolagen pada kornea akan berkurang sehingga mengakibatkan kornea menjadi kaku. Padahal, kolagen pada mata ini berfungsi untuk mengoptimalkan penglihatan agar boleh berfungsi secara normal. Perkara ini tidak baik untuk kesihatan mata karena otot-otot pada mata harus tetap lentur agar boleh berkerja dengan baik.

Maka dari itu, pengambilan kolagen secara teratur boleh mengatasi kekurangan kolagen pada mata sehingga dapat memulihkan penglihatan. Sebab jika mata kekurangan kolagen, maka akan mengakibatkan mata kering, air mata keluar secara spontan, keletihan mata, mengurangkan transparensi kornea, opacity lensa, hingga menyebabkan katarak dan penyakit mata yang lain.

5. Gigi

Kolagen juga memiliki fungsi pada gigi seperti dapat memberikan kekuatan pada gigi. Namun jika seseorang kekurangan kolagen, maka gigi boleh kehilangan kalsium, gusi boleh mengalami masalah, gigi mudah patah, bahkan mengakibatkan kerosakan gigi dan sakit gigi.

6. Tulang

Kolagen memiliki fungsi yang hampir sama pentingnya dengan kalsium pada tulang. Sebab, kolagen berfungsi sebagai pengikat agar tulang boleh menyatu dengan sendi. Selain itu, struktur tulang boleh tercipta kerana terjadi gabungan antara kolagen dan mineral yang bernama hydroxyapatite.

Kedua ini bekerja dalam tubuh agar struktur, fleksibiliti dan kekuatan dari tulang boleh membuat tubuh menjadi lebih baik. Agar kesihatan tulang terjaga dengan baik sampai usia tua, maka kolagen juga perlu di ambil secara teratur. Sebab, osteoporosis yang biasa menjadi penyakit tulang boleh dicegah dengan pengambilan kolagen. Nilai tambah kolagen lainnya iaitu dapat menghilangkan kesakitan atau ngilu pada tulang.

7. Otot

Pada otot terdapat serat kolagen yang bukan hanya ditemukan di otot rangka, namun juga ditemukan pada otot lain yang berada di saluran darah dan organ reproduksi, serta otot jantung. Dan serat kolagen ini mempunyai fungsi untuk memperkuat otot dan strukturnya agar kelangsungan otot dapat terjaga setiap hari. Tapi jika seseorang kekurangan kolagen, maka yang terjadi adalah kebas punggung, bahu sesemut, ketegangan otot hingga kehilangan tenaga.

8. Sendi

Selain untuk tulang dan otot, kolagen juga berfungsi untuk sendi. Misalnya, jika sedang mengalami kesakitan pada sendi, maka pengambilan kolagen secara teratur patut untuk dicuba. Kerana kolagen dapat memberikan fleksibiliti tubuh di bahagian tendon. Selain itu, kolagen juga dapat berfungsi untuk membangun bahan tulang rawan pada sendi.


9. Kuku

Untuk kuku, kolagen berfungsi untuk memperkuat kuku agar tidak mudah patah. Apabila terdapat bintik-bintik putih pada kuku, maka itu salah satu tanda bahawa seseorang sedang kekurangan kolagen. Namun hal tersebut dapat di elakkan dengan mengambil kolagen secara teratur.

10. Pembuluh Darah

Fungsi kolagen pada pembuluh darah adalah untuk pembentukan dinding pembuluh darah vena, arteri dan kapilari. Fungsi kolagen lainya iaitu untuk kepentingan aliran darah agar dapat tersebar ke seluruh tubuh secara baik. Adapun yang dilakukan oleh kolagen seperti membantu memperkuat pembuluh darah, menjaga struktur dan kelenturan pembuluh darah.

12. Sistem Imun

Kolagen memiliki fungsi yang penting terhadap sistem imun tubuh. Bahkan ketika memakan makanan yang mengandungi kolagen, maka fungsi kekebalan tubuh akan naik secara keseluruhan lebih dari 100 kali. Namun jika kekurangan kolagen, maka boleh menyebabkan kekebalan tubuh menjadi menurun hingga infeksi sangat mudah terjadi.

Jadi, sangat penting amalan pengambilan kolagen secara teratur setiap hari bermula dari usia seawal 20 tahun. Malah pengambilan kolagen ini tidak terhad kepada wanita sahaja kerana kaum lelaki juga memerlukan kolagen untuk menyokong kesihatan harian mereka.

Nah sekarang buatlah pilihan yang bijak bagaimana untuk mendapatkan kolagen yang terbaik di pasaran.

Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



0 comments:

Post a Comment