Assalamualaikum wbt.
Lama sangat tak update kat blog ni kan. LLB tu yang asyik beralasan je tu.. huhu.
Apa yang menyebabkan Kak Raiza kembali ke ruangan ini ialah Kak Raiza nak citer pengalaman Kak Raiza kena denggi. Which is Kak Raiza tak pernah terjangka pun. Kejadian berlaku sekelip Mata sahaja rasanya.
Hari ni, genap 2 minggu Kak Raiza MC. Nak tahu tak, sebenarnya Kak Raiza tak pernah warded sepanjang 35 tahun hidup Kak Raiza. Tak de pengalaman langsung. Alhamdulillah, Allah bagi kesihatan sepanjang hidup Kak Raiza selama ni. Tapi, sampai masa, ujian tetap datang. Kak Raiza redha je.
Nak jadi cerita, Kak Raiza dah rasa tak sedap badan dari hari Selasa exactly 28 Mac lagi tapi biasalahkan. Tuntutan kerja, so pergi kerja macam biasa. Masa ni Kak Raiza belum demam lagi. Cuma ada rasa sakit kepala. So, malas Nak layan sakit kepala ni. Buat tak tahu je. Cuma bila time dia datang berdenyut tu memang rasa sakit sangat. Hari Rabu pon Kak Raiza layan je sakit kepala ni. Hari Khamis Kak Raiza dah tak tahan. Kenapa kepala ni sakit sangat. Sampailah waktu lunch. Kak Raiza bagitau kawan, kenapa kepala aku sakit yer? Seingat Kak Raiza, banyak Kali akak cakap dengan BFF akak. Pagi Khamis tu Kak Raiza kene settlekan kerja dengan BFF akak. Lemau giler rasa tapi gagahkan jugak buat kerja. Sampailah waktu lunch. Lepas lunch BFF Kak Raiza ada meeting so sepatutnya ada satu task lagi yang Kak Raiza kena siapkan tapi serious masa tu sangat lemau. Sakit kepala berdenyut-denyut.
Cukup 4.30 pm, Kak Raiza terus capai kunci kereta Nak balik. Oh, waktu kerja Kak Raiza 7.30 am - 4.30 pm. Tapi jarang sebenarnya Kak Raiza balik sharp 4.30 ni. Selalunya pukul 5/6 baru sibuk Nak balik. Tapi hari ni memang dah tak larat. Kak Raiza terus msg BFF bagitau akak nak balik dah dan ada satu task yang tak siap lagi. On the way drive badan dah mula gigil. Sakit-sakit sendi. Kepala toksah cakap la. Memang berdenyut-denyut habis. Sampai je rumah, Kak Raiza terus tidur. Badan jadi lemah sangat-sangat. Malam tu tidur pon tak Lena. Macam mengerang pon ye jugak. Badan dah mula panas sikit.
Kak Raiza ni bukan jenis yang suka manjakan penyakit tau. So malam tu Kak Raiza dapat capai Nutriferon satu sachets. Kak Raiza memang kalau dah mula tak sedap badan akan ambik Nutriferon. Satu atau dua sachet. Normally, lepas ambik Nutriferon, badan akan kebah. Berbezanya Kali ni, badan makin sakit. Dan sangat lemah. So hari Jumaat tak larat pergi kerja. Nak drive pergi klinik pon tak larat. Sampai Kak Raiza terpaksa minta tolong kawan bawak pergi klinik. Btw, pagi tu Abah akak dah offer Nak hanta pergi klinik tapi Kak Raiza tak ready lagi. Makanya dalam pukul 11 am macam tu kawan Kak Raiza sampai rumah Dan terus pergi klinik. Kawan Kak Raiza dah suspect Kak Raiza kena denggi tapi Kak Raiza macam musykil. Sampai klinik doctor kata Kak Raiza tak demam. Cuma Kak Raiza dehydrate sahaja. Kak Raiza cakap dekat Doctor simptom yang Kak Raiza rasa tapi Doctor tetap berkeras kata Kak Raiza dehydrate so Doctor suruh minum air banyak Dan bagi MC. Doctor bagi paracetamol dan ubat tahan sakit.
Jumaat 31 Mac tu Kak Raiza makanlah ubat yang Doctor bagi tu. Pelik. Ubat tahan sakit tak berkesan untuk Kak Raiza. Tapi Kak Raiza makan jugak. Seharian terbaring je. Badan sangat lemau. Hari sabtu Kak Raiza start muntah-muntah. Demam urat masih tak kebah. Demam urat ni sejenis penyakit kita rasa badan tak berapa panas tapi sakit. Setiap sendi rasa sakit. Sakit sangat. Kalau Kak Raiza yang bukan jenis manjakan penyakit pon rasa sakit maksudnya memang sakit. Ahak. Malam Sabtu, Kak Raiza bagitau Abah, kalau tak baik jugak, Kak Raiza nak pergi Hospital. Dalam kepala Kak Raiza macam-macam dok fikir. Kena pergi Hospital ke? So Ahad 2 April pagi-pagi lepas breakfast Abah akak hantar pergi Hospital. Memula Abah Kak Raiza suruh tunggu Isnin sebab Ahad normally tak ada Doctor. Abah akak ingatkan nak bawa Kak Raiza pergi HKL. Tapi Kak Raiza cakap tak pe, kita pergi emergency Di Colombia Hospital.
Sampai hospital bahagian emergency, nurse terus check BP. Bayangkan hari Ahad pagi. Hospital pon lengang tak de orang. So pengalaman Kak Raiza memang tak tunggu lama sebelum nurse dan doctor entertain. Lepas ambik BP, Doctor check suhu. Demam skit 37.5. Doctor kata, daripada simptom adalah denggi. Tapi Doctor kata jangan Risau. Mungkin jugak demam virus sahaja. So Doctor decide kena masuk air sebab Kak Raiza dah start dehydrate. So masuk drip sementara nurse uruskan ward Kak Raiza Dan ambik darah untuk masuk lab.
Pukul 12 tgh hari Kak Raiza dah selamat duduk dalam ward sambil kena drip. Doctor Tan yang attach dengan Kak Raiza masa tu. Doctor cakap, suspect denggi tapi result darah tak keluar lagi. So bertapalah Kak Raiza dekat ward. Petang Ahad baru Doctor confirm yang Kak Raiza kena Denggi. Luckily, antibody mungkin masih berlawan dengan kuman Denggi tu so Kak Raiza still boleh bangun walaupun sakit.
Kak Raiza warded sampai hari Rabu 5 April.
Hari Ahad first day warded tu Kak Raiza ok lagi. Lelagi dah masuk drip so xdelah lemah sangat badan. Platelet pon masih ok walaupun turun sikit. 130. Normal platelet ialah 150. Tapi Doc Kak Raiza sangat positive. Dia cakap jangan Risau-risau. Nurse pulak sekejap-sekejap datang check BP dengan suhu. Suhu badan mula tak stable. Sekejap Naik sekejap turun. Badan semakin sakit. Hari Isnin bermulalah episode kesakitan. Kak Raiza dah start muntah-muntah. Platelet semakin turun jadi 94. Sebutir makanan pon tak boleh masuk dalam mulut. Azabnya Allah je yang tahu. Muntah Dan muntah. Kak Raiza cuma minum air mineral. Every half an hour minum segelas. Kak Raiza kena monitor setiap makanan yang masuk Dan keluar. Doctor walaupun muka cuak masa datang check Kak Raiza tetap positive. It's ok. You are getting better. Kak Raiza mcm tak boleh Nak digest apa yang Doctor cakapkan tu. Platelet semakin turun. Muntah makin kronik, you are getting better? Tapi tak sempat fikir. Sebab badan lemah, kepala sakit, perut sakit. Semualah sakit. Start bleeding tapi Kak Raiza tak berani cakap dengan nurse. Kelakar pon ada jugak. Kau sakit tapi Kau takut Nak cakap Kau sakit. Setiap Kali nurse datang, mesti nurse Tanya ada bleeding tak? Buang air Besar or kecik berdarah ke. Gusi berdarah ke. Semua Kak Raiza kena report. Suspen jugak time ni tau.
Setiap Kali Doctor datang check, doctor ckp u know what? Denggi ni tak de ubat tau. We just help you with the drip. But you have to drink as much as you can. You have to eat. Masalahnya, Kak Raiza tak boleh makan. Minum pon muntah. Camne. Memang bebetul mengharapkan drip ni la kaedahnya. Setiap hari bahagian kitchen akan datang bawak menu makan untuk pilih. Tapi Kak Raiza tak selera Nak makan Di tambah dengan muntah. Azabnya. Ya Allah, Kak Raiza rasa macam... Aku Nak SIHAT. Desperate giler time ni. Office mate Kak Raiza datang melawat bawak Nutriferon dengan Performance Drink Shaklee. Kak Raiza dapat makan satu sachet je. Muntah lagi. Bancuh segelas PD. Muntah lagi. Allah. Masa ni Kak Raiza rasa tak pe lah muntah pon janji dapat masuk sikit dalam badan. Maklumlah doctor sendiri cakap tak de ubat. So terpaksalah ikhtiar dengan supplement. Tapi still tak dapat 100%. Tak pe. Usaha & tawakal.
Selasa 4 April. Platelet makin drop. 76. Doctor mula psycho. You boleh balik esok kalau minum air banyak lagi. Kalau tak, I tak bagi you discharge. Muntah Dan muntah Dan muntah lagi. Aduhai. Serious masa ni Kak Raiza memang desperate Nak sihat. Ya Allah, kalau macam ni lah rasa sakit denggi tu, Allah. Kuatkanlah semangat. Semangat Nak ulang alik toilet. Semangat Nak hadap muntah saban Kali. Semangat Nak tengok makanan dengan penuh selera kembali.
Rabu 5 April. Ambik darah macam biasa. Doctor Tan kata boleh discharge hari ni tapi after dapat result darah. Kak Raiza memang kuatkanlah semangat nak discharge jugak hari ni. Rasa tak larat sangat Nak makan ubat demam, tahan muntah Dan sakit perut. Gaviscon lagi. Tengok ubat semakin loya jadinya... Lagi pon Kak Raiza kesian dekat Mak yang Jaga Kak Raiza kat hospital. Walaupun Kak Raiza duduk bilik single tapi tetaplah tak selesa Mak akak nak tidur kan. Kesian jugak kat Adik Kak Raiza yang balik dari off shore semata-mata risaukan Kak Raiza. So Kak Raiza memang set dekat mind. Kak Raiza kena sihat hari ni. Kak Raiza mesti kena discharge hari ni jugak. So hari ni Kak Raiza tahan muntah. Minum air banyak-banyak. Bila nak muntah je, Kak Raiza tidur. Sebab tak nak bagi platelet turun lagi. Tgh hari Doctor Tan check. Doctor kata platelet tak Naik. Tapi Kak Raiza buat muka kesian kat Doctor minta discharge. Nasib Doc agree. Dengan syarat Jumaat datang check darah lagi. So Kak Raiza discharge lah hari Rabu sebelum maghrib. Masa ni sebenarnya Kak Raiza tak sihat lagi tapi sebab semangat Nak sihat tu sangat tinggi. Kak Raiza gagahkan diri.
Alhamdulillah. Hari ni Kak Raiza dah makin ok. Btw, untuk recover denggi memang sangat lama ye. Walaupun platelet dah Naik, demam dah kebah, cirit birit dah tak de, muntah dah hilang... Sakit sendi tetap ada. Kepala still pening-pening lalat. Tak boleh berdiri lama. Tak boleh duduk lama. Tangan still menggigil. Selera masih tak ada. Sendi masih sakit. Tapi getting better.
Cukupla Kak Raiza rasa denggi ni sekali seumur hidup. Sebab Kak Raiza rasa masa ni SIHAT tu Kekayaan sebenarnya.
Sampai ke hari ni Kak Raiza masih amalkannya Performance Drink untuk atasi masalah dehydration Kak Raiza Dan juga Nutriferon. Kak Raiza makan everyday. Sebab , supplement ni kena makan time sihat. Bukan time sakit. Sebab supplement bukan ubat.
Eh, Kak Raiza kan dah sihat. Perlu ke ambik supplement lagi? Kalau uols Tanya akak, jawapan Kak Raiza ialah perlu. Sebab apa? Badan kita tengah lemah sekarang ni. So perlu support dengan supplement untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Even kalau dah sihat pon tetap perlu ambik supplement untuk support kesihatan uols tau.
Jadi, kalau ada sahabat atau saudara-mara tersemat yang kena denggi, ketahuilah denggi bukan sakit yang buat-buat sakit walaupun doctor kata dah sihat. Kesan daripada kuman Denggi itu masih ada.
Kalau Nak tahu, dah seminggu Kak Raiza pulih dari Denggi menurut kata Doctor tapi...
✓ masih lagi sakit sendi
✓ jari jemari masih menggigil. Tak boleh Nak genggam kuat
✓ Naik tangga masih perlu berpaut sebab tiba-tiba pening
✓ jari jemari kaki masih lagi sakit
✓ kaki masih lemah walau boleh berjalan
✓ tiba-tiba boleh pitam
✓ tidak ada selera makan
✓ kepala masih berpinar-pinar
✓ gusi masih berdarah
✓ badan tiba-tiba gatal macam kena gigit nyamuk tapi sebenarnya xde kena gigit pon
Simptom tetap ada walaupun dah sihat. Cukup sampai sini citer pengalaman denggi Kak Raiza. Nanti Kak Raiza Sambung lagi.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
0 comments:
Post a Comment