Harapan Raiza setinggi gunung bersama Shaklee. Raiza tahu Shaklee menawarkan pelbagai peluang dan ruang untuk mereka yang ingin berjaya dengan berniaga. Yang paling penting, berusaha untuk kekal sihat dengan cara hidup yang sempurna. Alhamdulillah, Shaklee menyediakan platform ini. Untuk memulakan perniagaan dengan modal yang paling minima dan untuk menjaga kesihatan yang telah dianugerahkan kepada kita.
Shaklee MLM?
Benar. Shaklee ialah MLM. Tetapi MLM yang patuh Shariah. Apa bezanya? Ok, Raiza explain sedikit berkenaan MLM yang patuh shariah ini. Secara ringkasnya MLM yang patuh shariah ialah MLM yang tidak menindas orang bawahannya. Di dalam Shaklee, tidak ada istilah menindas orang bawahan. TIDAK ADA. Ini yang paling penting. Di dalam Shaklee, siapa yang berusaha, dia yang akan menerima ganjarannya. Tidak ada istilah goyang kaki. Bukankah perniagaan sebenar ialah perniagaan yang kita usahakan dengan penat jerih kita?
Upline makan hasil Downline?
Ini juga tidak berlaku di dalam Shaklee. Tidak ada istilah bonus downline di potong hanya kerana ingin di bayar kepada upline. TIDAK ADA. Di dalam Shaklee, bonus yang di bayar adalah bergantung kepada setiap sale yang di lakukan. Upline yang tidur atau tidak membuat sebarang sale tidak akan dapat bonus dari anak-anak di bawah jajahannya. TIDAK ADA. Bonus yang di bayar adalah sangat telus mengikut peratusan yang telah di tetapkan. Untuk mendapatkan bonus yang BANYAK haruslah membuat jualan yang banyak juga. Untuk mendapatkan bunus yang LEBIH BANYAK, kena daftar sebagai ahli, nanti Raiza explain lebih panjang lebar. Setakat hari ini, Raiza dah merasa bonus 2 angka, 3 angka dan 4 angka. Alhamdulillah.Pasaran Tepu?
Kalau nak kata pasaran dah tepu, Raiza mesti tak dapat rasa bonus yang ribu-ribu kan? Tengok sahaja nombor keahlian Raiza dah ke 800 ribu. Setelah hampir 50 tahun Shaklee di persada MLM, Raiza masih berpeluang menikmati sedikit bonus yang di tawarkan seperti yang tertulis di dalam pelan pemasaran Shaklee. Sebab itu Shaklee berbeza. Memang sangat berbeza. Raiza dah join pelbagai jenis MLM. Dari yang bermodal puluhan ringgit sehinggalah yang bermodal puluhan ribu ringgit. Apa yang dapat Raiza simpulkan berdasarkan pengalaman-pengalaman terdahulu ialah Pelan pemasaran Shaklee adalah berbeza. Walaupun masih menggunakan konsep MLM sebagai tunjang utama.Iklan tayang duit untuk tarik orang.
Kalau anda perasan, jarang-jarang ada SID Shaklee yang tayang duit berkepuk-kepuk untuk tarik orang daftar sebagai ahli. Atau pun tunjuk statement bonus orang lain yang entah siapa yang punya hanya semata-mata untuk menarik minat orang. Kenapa ye? Sebab kami tidak di ajar berbuat demikian. Apa yang upline kami ajar ialah berkongsi manfaat Shaklee supaya semua orang dapat merasainya. Apabila kita meringankan beban orang lain, nescaya Allah akan ringankan beban kita.Apa faedah yang anda dapat jika daftar sebagai ahli?
PertamaPastinya dapat membeli semua produk Shaklee dengan harga ahli dengan penjimatan 20-25% dari harga pasaran. Jimatkan?
Kedua.
Dapat join semua program Shaklee secara percuma. Ada juga yang berbayar tetapi dengan bayaran yang sangat minima. Kiranya semua orang mampu untuk bayar. Inshaallah.
Ketiga
Akses ke secret group kami yang ada pelbagai info tentang produk dan pelan perniagaan. Boleh join group whatsapp atau telegram untuk berkongsi masalah atau berdiskusi mengenai kelebihan produk. Kiranya boleh discuss among member jika ada kemusykilan. Shaklee juga ada nutritionist yang di tempatkan di setiap branch. So boleh juga bertanya segala kemusykilan kepada nutritionist yang telah di latih. Atau, anda yang berdaftar di bawah Raiza, Inshaallah Raiza akan bimbing anda. Penting sangat tau konsultasi ni. Jangan sekali-kali anda berdaftar dengan upline yang lepas tangan. Anda akan rugi. Percayalah.
Keempat
Bonus atau extra income. Yang ini paling best kan? Bagi yang ingin menjadikan Shaklee sebagai punca pendapatan, anda akan di ajar step by step apa yang anda perlu lakukan. Ingat ye, tiada istilah goyang kaki di dalam perniagaan. Boleh ke ahli biasa yang ingin makan sendiri dapat bonus? Of course boleh tapi ada caranya ye. Ada syarat-syaratnya. Tapi..... bonus ahli biasa yang makan sendiri takkan sama banyak dengan ahli yang serius ingin berniaga. TIDAK SAMA.
Shaklee bayar bonus sehingga ke level ke 6. Ini yang di namakan MLM. Di dalam Shaklee, kita di galakkan untuk berkongsi dengan orang lain. Apa yang kita dapat, cuba untuk berkongsi supaya rezeki lebih berkat dan lebih mudah untuk datang. Selain dari bonus yang di bayar sehingga ke level ke 6, ada bonus lain juga yang lebih mudah dan terkenal dengan istilah 3C.
Apakah 3C?
Cash, Convention & Car.
Yesss.... inilah bonus yang anda terpaksa terima sekiranya anda serius menjalankan perniagaan Shaklee. Secara jujurnya, untuk C yang pertama telah Raiza rasai. Dan sekarang Raiza cuba untuk dapatkan C yang kedua dan ketiga iaitu Convention dan Car.
Convention ni ialah percutian 5 bintang yang di taja sepenuhnya oleh Shaklee samada dalam negara mahupun di luar negara. Bagi ahli yang beragama Islam, untuk trip ke luar negara, boleh pilih samada nak buat Umrah atau pun percutian. Segalanya di tangan anda. Anda yang decide.
Car ialah bonus yang di bayar oleh Shaklee di dalam bentuk tunai. Yer tunai. Bukan kereta ye. Shaklee tak bagi anda kereta tetapi Shaklee bagi anda cash untuk anda beli kereta idaman anda. Boleh ke duit ni nak beli rumah? Of course boleh! Duit anda, anda yang tentukan. Shaklee takkan check pon anda buat apa dengan duit bonus kereta ni. Nak guna untuk bawa Mak Ayah pergi umrah pun boleh. Tiada masalah.
Susah ke?
Ok, meh Raiza nak tanya. Kalau kita memulakan perniagaan goreng pisang di tepi jalan contohnya. Senang ke susah? Kita tetap kena buka gerai setiap hari, iklankan goreng pisang kita supaya di kenali, kena keluarkan modal untuk beli bahan mentah kan?
Dalam Shaklee juga sama. Cuma bezanya, anda tidak perlu berpanas-panas membuka gerai untuk membuat jualan. Pembelian dan penjualan boleh di lakukan secara online. Hanya klik-klik di hujung jari. Lebih senang dan mudah kan.
Tapi Shaklee tetap kena promote, saya malu! Biasa Raiza dapat alasan sebegini. Apa pun produk yang anda mahu jual, tetap kena buat iklan hatta nak jual goreng pisang tepi jalan sekali pun. Kalau orang tak tahu, macam mana orang nak beli. Betul? Dah namanya perniagaan kenalah buat promosi.
Panjang lebar pula penjelasannya. hehe.. Tadi macam nak explain sikit je... sekali terpanjang daaa.... Apa yang Raiza boleh katakan, daftarlah sebagai ahli dan mulakanlah perniagaan anda sendiri. Love the produk. Inshaallah reward yang lain akan datang kemudian.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943
0 comments:
Post a Comment