Showing posts with label Jerawat. Show all posts
Showing posts with label Jerawat. Show all posts

Sunday, 31 December 2017

6 Vitamin Untuk Menghilangkan Jerawat di Dahi, Dagu, Muka dan Badan Selamanya.


Kemunculan jerawat di wajah memang bukan sesuatu yang menyenangkan. Muka menjadi kemerahan, belum lagi rasa sakit yang timbul. Jerawat di wajah ibarat igauan ngeri yang membantaskan aktiviti luar. Jika boleh, tidak mahu melakukan aktiviti luar saat wujudnya jerawat. Segala perawatan dilakukan untuk menyembuhkan jerawat, tapi bagaimana dengan vitamin dan mineral?
Apakah vitamin dan mineral yang memiliki manfaat untuk menyembuhkan jerawat?
Apa saja vitamin untuk jerawat yang perlu kita amalkan?

Kekurangan vitamin dapat menyebabkan komplikasi yang serius, salah satu contohnya adalah jerawat. Vitamin sangat bermanfaat untuk fungsi enzim, sel, organ, jaringan, dan sistem. Dengan mengamalkan vitamin yang betul, kegunaan vitamin seperti antioksidan, antiradang dan antibakteria akan bekerja untuk melawan jerawat, dan memulakan proses biokimia.

Berikut ini adalah vitamin dan mineral yang boleh anda pertimbangkan untuk membantu menyembuhkan jerawat:

Vitamin A

Vitamin ini diperlukan untuk membantu penyembuhan jerawat, tapi pastikan Anda mengambil vitamin A dengan betul. Vitamin A yang diminum, digunakan untuk menyembuhkan radang dan jerawat yang parah. Selain bermanfaat untuk pengantian sel kulit, ia juga berfungsi untuk mengurangkan penghasilan sebum.

Antara sumber makanan yang mengandungi Vitamin A ialah seperti lobak merah, keledek, bayam, brocoli, telur, peach dan mangga.

Di dalam rangkaian produk Shaklee, suplemen yang mengandungi Vitamin A ialah caratomax.

Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan. Vitamin E merupakan vitamin asas untuk kulit yang cantik. Vitamin E merupakan antioksidan yang kuat, dan membantu kulit melawan radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit. Vitamin E membantu mempercepatkan pertumbuhan kulit dan memperbaiki struktur kulit.

Makanan yang kaya dengan vitamin E adalah, kekacang, almond, biji bunga matahari, dan brokoli.

Jika anda mempunyai masalah jerawat yang agak teruk dan ingin mengamalkan vitamin E, dosage vitamin E yang disyorkan adalah sebanyak 400 UI sehari.

Vitamin C

Vitamin C amat penting untuk memulilhkan sel-sel dalam badan, melawan jangkitan kuman dan meningkatkan kadar immunisasi badan. Vitamin C adalah vitamin larut air, bermakna ia tidak disimpan di dalam badan kita. Sekiranya mempunyai masalah jerawat, kita perlu memastikan pengambilan vitamin C yang mencukupi. Namun jangan pula sampai berlebihan.

Antara makanan yang mempunyai kandungan vitamin C ialah oren, pisang, kiwi, epal hijau, tomato dan cherry.

Ketahui lebih lanjut Vitamin C Shaklee yang di kenali sebagai SR Vita-C Plus.

Vitamin B

Vitamin B di kenali sebagai vitamin anti-stress atau vitamin penenang. Seperti yang diketahui, salah satu punca kemunculan jerawat di dahi, pipi dan dagu ialah disebabkan oleh stress.

Vitamin B juga sangat membantu dalam kelancaran peredaran darah, dan mambantu dalam metabolisme protein, lemak dan gula. Oleh yang demikian, Vitamin B diperlukan dalam proses penyembuhan jerawat.

Shaklee juga menawarkan vitamin B yang di kenali sebagi Vitamin B Complex untuk memudahkan pengambilan harian yang mencukupi.

Garlic

Garlic atau bawang putih merupakan antibiotik yang selamat dan semulajadi. Ianya selamat digunakan dalam jangka masa panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, tonsil, kulat, kuman dan virus. Di sebabkan antaran punca jerawat ialah kuman yang terkumpul, garlic sangat sesuai untuk menghalang kuman seterusnya menghalang pertumbuhan jerawat.

Garlic Complex adalah rangkaian suplemen yang di keluarkan oleh Shaklee bagi mereka yang tidak boleh mengambil bawang putih secara oral tetapi tetap mahukan khasiat bawah putih kepada tubuh.

Omega Guard

Selain daripada vitamin di atas, anda boleh mencuba Omega Guards Shaklee bagi mengurangkan masalah jerawat terutamanya jerawat batu kerana Omega mempunyai sifat anti-radang. Jerawat adalah tanda berlakunya radang kulit. Dengan pengambilan Omega Guards secara konsisten dapat mengurang dan menghilangkan kesan radang tersebut.






Klik gambar untuk konsultasi lanjut.





Continue Reading

Saturday, 30 December 2017

6 Punca Jerawat Yang Anda Benci dan Cara Mengatasinya


Apa?? Jerawat?
Masalah jerawat bukan sahaja di alami oleh wanita malah lelaki juga tidak terlepas dari masalah ini. Namun, kebiasaanya wanita lebih megambil berat perihal jerawat berbanding lelaki kerana jerawat boleh merosakkan mood seorang wanita. Jerawat juga boleh mengurangkan self-confident seseorang.

Jangan risau dan jangan stress. Sebelum itu, lihat apakah punca jerawat dan bagaimana jerawat berlaku supaya mudah untuk mencari cara mencegah dan mengubati jerawat.


Punca jerawat:



1. Kebersihan
- Kewujudan jerawat seringkali dikaitkan dengan masalah kebersihan kulit yang tidak di jaga dengan baik. Kekotoran yang terdapat pada kulit yang tidak dibersihkan dengan betul boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat. Kekotoran ini biasanya akan terkumpul di liang roma yang akhirnya menyebabkan liang roma tersebut tersumbat dan menyebabkan pembentukan bakteria.


2. Make Up berlebihan
- Kebanyakan wanita menjadi make up sebagai keperluan sebelum melangkah keluar dari rumah. Namun, make up secara berlebihan juga boleh menjadi salah satu punca kulit wajah ditumbuhi jerawat. Bahan kimia yang terdapat di dalam make up yang digunakan boleh menjadi faktor pertumbuhan jerawat. Apatah lagi sekiranya make up tidak dibersihkan dengan baik.

- Kesilapan dalam pemilihan produk kecantikan juga boleh menjadi faktor pertumbuhan jerawat. Oleh yang demikian, sangat perlu untuk mengetahui jenis kulit sebelum memilih produk kecantikan yang serasi.

3. Jenis kulit
- Hampir semua orang pernah ditumbuhi jerawat di dahi, dagu mahupun rahang. Ada juga sesetengah orang yang ditumbuhi jerawat di bahagian belakang badan. Orang yang memiliki kulit berminyak lebih berpotensi memiliki jerawat berbanding orang yang mempunyai jenis kulit yang normal dan kering. Orang yang memiliki kulit berminyak ini adalah disebabkan oleh sebum yang menghasilkan minyak secara berlebihan sehingga memudahkan debu dan kekotoran lebih mudah melekat pada kulit.

- Untuk itu jika memiliki jenis kulit berminyak sebaiknya memiliki kertas minyak untuk menyerap minyak berlebihan pada wajah agar tidak merangsang pertumbuhan jerawat pada wajah.

4. Hormon
- Setiap orang yang pernah memiliki jerawat bukan hanya kerana pengaruh produk kulit yang digunakan atau pun jenis kulit, tetapi ada juga yang disebabkan oleh hormon. Perubahan pada hormon yang di mulai ketika usia remaja boleh menyebabkan jerawat pada wajah kerana perubahan hormon ini juga boleh menggalakkan penghasilan minyak pada wajah meningkat sehingga kulit lebih berminyak. Kalenjar sebum menjadi terlampau aktif disebabkan perubahan hormon terutamanya ketika peringkat akil baligh. Ada pun perubahan hormon pada saat sebelum menstruasi menyebabkan punca jerawat.

5. Pemakanan
- Amalan pemakanan yang tidak sihat juga boleh menjadi faktor pertumbuhan jerawat. Makanan berlemak tinggi contohnya boleh menyebabkan punca jerawat kerana merangsang penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit.

6. Genetik
- Genetik selalunya memainkan peranan penting kerana ada sesetengah orang mempunyai jerawat yang banyak disebabkan liang romanya sangat sensitif dengan perubahan hormon dalam badan. Terutamanya ketika akil baligh(Puberty).


Bagaimana jerawat berlaku.

Secara dasarnya apabila kelenjar sebum mengeluarkan sebum yang banyak hingga membuatkan liang roma tersumbat. Kemudian kuman Propionibacterium pula memainkan peranan untuk menyebabkan peningkatan keratin di liang roma tersebut hingga menyebabkan masalah jerawat.

So dah tahu punca jerawat, jom baca cara nak atasinya.

Jerawat boleh dikurangkan dengan cara:

  1. Mencuci muka setiap hari. Terutamanya selepas berpeluh ataupun dibawah sinaran matahari. Ini kerana kalenjar sebum menghasilkan sebum yang banyak ketika itu. Akan tetapi jika basuh muka terlampau kerap juga akan menyebabkan kulit muka menjadi kering terutamanya jika menggunakan pencuci muka biasa
  2. Pencuci muka yang tiada sabun dan juga mempunyai pH 5.5 adalah lebih baik. Ini kerana ia boleh mengelakkan kulit daripada menjadi kering
  3. Mengelakkan kosmetik yang berasaskan minyak kerana ia boleh menyebabkan liang roma tersumbat
  4. Meminum air kosong yang mencukupi agar kulit sentiasa lembab




Klik gambar untuk konsultasi exclusive.

Continue Reading