Showing posts with label Testimonial. Show all posts
Showing posts with label Testimonial. Show all posts

Friday, 23 April 2021

Testimoni ESP Shaklee




ESP Shaklee antara produk top seller kat Shaklee. Sangat ramai peminat ESP ni tak kira tua muda, lelaki atau perempuan. Yang dah rasa dan amal ESP memang tau best ke tak penangan si dia ni.

Pernah satu ketika, ESP ni hilang dari radar. Hehe. Permintaan melebihi pengeluaran. Masa tu kelam kabut juga Kak Rai nak dapatkan stok. Alhamdulillah sekarang ini dah tiada masalah ini lagi. Kak Rai pon happy nak kongsi si dia ni.

Jom kita tengok kenapa dia menjadi kegemaran ramai.

1. Berkesan untuk turunkan berat badan.





2. Mengenyangkan dan kenyang lebih lama.

Bukan sahaja mengenyangkan sesiapa yang mengambilnya tetapi bagi ibu yang menyusukan bayi, bayi juga akan mendapat kesan yang sama kerana ESP dapat memekatkan susu ibu.





3. Kecantikan kulit





4. Membekalkan tenaga tambahan.



Banyakkan kesan ESP ni. Hanya dengan pengambilan 1 tong ESP, pelbagai manfaat boleh diperolehi. Peminat dia pun ramai tak kira peringkat usia. 













Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Thursday, 24 December 2020

Sembelit Hilang dengan Shaklee

BILA DI TANDAS, BUKAN NAJIS YANG KELUAR, TAPI DARAH MERAH PENUH MANGKUK TANDAS

Nama diberi Anis Nadia, seorang guru, anak alhamdulillah 3 orang..Mula kena Shaklee pada April 2014✌️

Bermula pantang sehingga Usia anak sulung saya 8 bulan, saya diuji dengan sembelit teruk..ikhtiar dengan buah-buahan, cucuk belakang, ubat farmasi, semua Tak jalan..

Teruk dia tahap sejam lebih dalam tandas..bukan *** yang keluar, tapi darah penuh mangkuk tandas..begitulah sehingga 8 bulan saya hadap😭

Last, jumpa satu kawan jual Shaklee..saya try Ostematrik Dan vitamin C.. alhamdulillah within less than 2 weeks, saya bebas sembelit sepenuhnya..Dan x ada lagi walau setitik darah yang keluar.. Allahuakbar!

🌹 Ostematrix - melancarkan pergerakan najis
🌹 vitamin C - sembuhkan bahagian dalam dub** yang luka teruk

Saya x suka ubat Dan x minat supplement ..

Tapi dengan SHAKLEE, dia jentik hati Dan minda saya untuk mengkaji..sehingga Hari ini,saya konsisten dengan SHAKLEE..

Hamil, berpantang,menyusu sepenuhnya dengan SHAKLEE..jadi anak ke2 Dan KE-3, x ada trauma sembelit lagi🥰

Banyak sangat kalau nak story the power of Shaklee effect yang saya rasa.. alhamdulillah..

Susu meriah,anak anak semua full bf untill 2 -3 years..stok susu sampai kena buang,sebab expired..susukan anak2 saudara Masa bulan puasa..Tak collapsed

Sekarang juga dah guna Youth Skincare..dah rasa kesan dah.. alhamdulillah 🤲

Jomlah sama sama Kita sebarkan manfaat Shaklee secara konsisten..sebab ramai di luar Sana,masih belum rasa kesan baik yang Kita dah rasa..

Sekian saja untuk entry ini..mohon maaf ada silap Mana Mana ya🙏😉

#ShakleeEffectSharing 
#Ostematrix 
#sembelit
#vitaminc
#berpantang

Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Tuesday, 14 August 2018

Bisnes Shaklee Untuk Semua!!!


Success story
==========

BISNES SHAKLEE UNTUK SEMUA, JUGA DESPATCH GIRL BERIMPIAN BESAR MACAM AKU

Hari ni Saya nak kongsi kisah perjuangan Naz Syamim Sazali, yang sangat saya kagumi kehebatan kudratnya. Min bukan doktor, bukan juga nurse, tapi dia gunakan pengalaman sakitnya untuk bisnes. Min fokus jual Vivix & GLA Complex. Sebulan, Min biasa jual puluh botol Vivix, pernah mencecah 45 botol sebulan.

Apa yang membakar semangat juang Min? Jom kita baca

~~~~~~

Dulu, Min sangka Min gemuk, perut buncit. Min pergi rumah Mamareen Omar beli Shaklee, nak kurus. Rupanya, buncit tu Sebab Min ada cyst. 3 biji, paling besar 5.6cm diameter. Ya Allah! Doktor dah tetap kan tarikh operation. Min pasrah, masuk wad.

Harinya tiba, doktor buat pemeriksaan. Tapi mengejutkan, ada cyst yang dah hilang, yang tinggal pun dah sangat mengecut. Wahh!! Min syukur sangat!

Balik ke wad, untuk berkemas pulang, gempar semua ward-mates

“Ehh.. macamana boleh balik? Macamana tak jadi operate?”😆

Min pecah rahsia.

“Saya minum Vivix & ambil GLA Complex Shaklee”

Dan dalam wad Tu jugak Min dapat Close Deal Vivix 10 botol. Dan bermulalah obsesi Min kepada bisnes Shaklee. Bulan Tu jugak Min rank up Supervisor. Alhamdulillah..

Min kurang mahir jual secara online. Min lebih banyak offline. Jumpa dengan orang. Sedangkan dulu Min tak suka pun jumpa dengan orang.

Tetapi disebabkan Min tahu kelemahan Min, Min jual offline sebab Min nampak Shaklee ni boleh ubah hidup Min, Min kena kuat. Min harus berani 💪💪💪

Min jumpa pesakit secara berdepan, buat macam tak tahu malu. 🤭

Pergi rumah-rumah orang edar flyers sambil menyembang. Ambil hati orang dahulu. Itu yang penting, jaga prospek kita.

Kalau rumah orang tak ada pagar besar. Macam rumah kampung, ketuk la. Kalau rumah taman pergi dekat pagar saja. Edarkan bagi flyers, kalau nampak orang buat-buat la sembang.

Dekat Min sentiasa ada stok dan Flyers. Flyers Min order dalam 5000 keping. Dalam sebulan Min habiskan. Min pergi merata tempat.

Bagaimana Min 'close deal dengan customer?

Min akan cerita kisah Min dulu lepas tu Min cerita testimoni yang dah berjaya.

Semasa sembang kena betul-betul semangat. Ada maklumat. Jangan jumpa baru nak Google. Customer pun tak percaya dekat kita nanti. Sebab tu Fokus pada 1 produk tu penting dan senang. Kalau banyak jenuh kita nak kaji. Min sebelum sampai rumah customer, Min dah membaca.

Sebab kalau customer cari kita nak vitamin, mesti kita tanya apa masalah dia. Nanti kita bawa apa dia nak. Tetapi semasa sembang-sembang selit la kelebihan Vivix.Tapi Min pastikan stok ada.

Sebab biasanya kalau dengan Min, customer terus nak. Jadi tak mahu customer ubah fikiran, stok sentiasa wajib ada.

Apabila customer cakap mahalnya, Min selalu cakap "Vivix ni RM457 saja. Ni Min bagi less dah, RM450".

"Ramuan dalam ni mahal kak oii !!!” Kita cerita apa yang ada dalam Vivix ni. Bagi customer faham. Sebab tu bila sesiapa try Vivix, mereka akan repeat. Min tambah lagi “Kalau mahal dan tak bagus, Min tak dapat jual sebulan banyak botol, sampai berpuluh botol!”

Tapi orang sakit ni, susah nak cakap mahal, sebab mereka lebih pentingkan kesihatan. Kalau yang tolak atau tak mampu, kita bagi suplimen yang bajet. Contohnya, Kalau kencing manis cadang B-Complex dengan ESP.

Min selalu cerita testimoni. Kadang tunjuk dalam HP saja. Alhamdulillah. Min dapat customer yang tak cerewet sangat.

Min ada dapat seorang doktor pakar kanser. India. Sekali datang branch memang dia borong Vivix. Kadang 2 bulan sekali. Kadang 3 bulan sekali. Sebab dia tahu, Vivix ni macam mana.

Min dulu seorang ibu tunggal. Kerja sebagai despatch girl. Memang tak ada apa-apa. Motor min guna dari office Min, bos bagi bawa balik. Dengan motor itu la Min buat bisnes Shaklee. Usung stok penuh atas motor.

Bila habis kerja pukul 5, singgah Branch sampai pukul 7, lepas maghrib terus sambung COD Shaklee.

Sampai perumahan on the way balik rumah, edar pula flyers dulu. Sementara sampai rumah customer, naik motor hantar barang, hujan. Redah saja. Sebab Min fikir anak-anak. Gaji despatch RM1500 tapi tolak EPF , SOCSO tinggal berapa saja.

Anak Min 2 orang dah bersekolah, mengasuh lagi. Dekat RM2k untuk 2 orang. Rumah lagi nak bayar. Bil-bil lagi. Makan lagi hari-hari. Memang tak cukup.

Bila Min buat Shaklee. Alhamdulillah. Apa Min nak, Min boleh beli dan sekarang Min bersyukur. Kereta, motor, semua ada dari hasil buat Shaklee. Kereta Min beli atas nama abah Min. Sebab nama Min black list sebab bekas suami ada beli kereta. Lepas tu, dia bagi kena tarik. RM33k Min kena tanggung. Sampai sekarang kena bayar hutang dia.

Tapi sebab fikir duit nak guna banyak la, Min tak hiraukan semua. Min tahu Shaklee boleh ubah hidup Min. Min memang buat tak pandang orang.

Apa Min rasa Min boleh buat, Min buat. kadang sampai rumah 2 pagi, berseorangan naik motor. Tayar pecah tepi jalan, atas highway. Gelap wei 😭 Motor yang laju-laju hanya hon saja. Min takut. Menangis. Nasib ada hamba Allah yang tolong 😢

Ramai yang cakap bahaya. Tapi Min tahu, kita buat demi anak. Allah, malaikat ada dengan kita. Dengan motor pinjaman office itulah Min buat Shaklee. Dengan motor office tu la Min lepas bonus kereta !!! 😍😍😍

Sebab kalau ada customer jauh-jauh nak cod pun, Min sanggup.

Bagi Min, kalau orang bagi banyak alasan untuk tak boleh buat Shaklee, itu semua alasan dia yang pemalas.

Min 'closing car bonus stage 3' atas bas semasa balik NC. Master Eha ada dalam bas malam tu. Master Eha cakap, " Min, alang-alang buat 15k guv".

Tapi Min tak cukup 1000guv. Min buat lebih kurang 14kguv. Lepas tu bulan depan mencapai stage 4 pula.

Alhamdulillah, lepas.

Stage 1- 7000
Stage 2 - 10k
Stage 3 - 14k
Stage 4 -12k

Kita semua pasti bole !
💪💪💪

Janji set dalam otak. Dalam fikiran diri kita, kita boleh. Sembang depan cermin dan katakan apa yang kita nak.

Min sangat percaya bisnes Shaklee boleh ubah hidup Min. Pengalaman mengajar Min, ditinggalkan suami, betapa kita sebagai wanita, ibu Mesti ada simpanan dan pendapatan. Kita ada anak-anak yang perlu disuap , disekolahkan, dimanjakan dan dimuliakan.

Walaupun hidup kita bahagia hari ini, kita belum tahu Esok Bagaimana. Langit yang cerah hari ini, kita manfaatkan sebaiknya, supaya Bila terdengar guruh di langit, kita telah bersedia dengan payung. Bila terasa banjir akan tiba, kita sudah bersedia dengan perahu.

Tuhan Itu maha baik. Setiap usaha kita tak akan Dia pandang sepi 😊


Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Tuesday, 7 August 2018

Shaklee Effect : Keberkesanan Youth Skincare


Assalamualaikum wbt. 

Hari ni Raiza nak kongsi pengalaman Raiza sendiri menggunakan Youth Skincare.
Kulit saya jenis yang kering. Ada masa akan menggelupas terutamanya bila duduk dalam aircond.  Ada masalah jeragat dan juga oil seed atau biji kolesterol.  Raiza pernah buat laser untuk buang oil seed di bahagian pipi, bawah mata dan juga dahi. Sakit? Of coz sakit. Beauty is pain right.  Haha. 

Raiza ingat lagi masa pergi buat laser tu Raiza ditemani oleh bestfriend Raiza. Dialah yang menyaksikan setiap biji kolesterol yang kena laser. Tau tak, setiap kali kena laser tu akan berbau seperti daging terbakar tau.  Sampaikan BF Raiza tak sanggup tengok. Kesian katanya. Haha. 

Secara kasarnya orang tak perasan dengan masalah kulit Raiza pon tapi Raiza sendiri yang rasa kurang konfiden bila kulit tak sempurna. Dah macam-macam product Raiza cuba tapi tak dapat kulit yang macam Raiza nak. Bila usia dah semakin meningkat, semakin ketara masalah kulit Raiza. 

Sebelum Raiza pakai Youth Raiza ada pakai skincare lain yang sangat famous tapi set ni langsung tak de kesan pada kulit Raiza malah kulit Raiza naik bintik-bintik merah macam Allergy tu. BC tu kata ni adalah disebabkan kulit Raiza tak cukup moist so dia suggest Raiza tukar kepada set yang lebih advance... Tapi Raiza decide utk stop sbb kesan allergy tu berterusan selama 3 bulan Raiza pakai. Dan masa ni Raiza perasan pores Raiza makin membesar. Selain dari kering, kulit Raiza juga jenis yang sensitif..



Bila shaklee keluarkan Youth Raiza memang sangat excited nak cuba. Sebab kulit sangat problem masa ni.  Raiza try full set Youth. 

First time pakai terus jatuh cinta. Baunya sangat fresh dan best. Dan kesannya memang sangat-sangat best. Tak de Allergy pon. Kulit makin moist dan tona jadi sekata.

Masalah kulit kering semakin berkurangan. The best part ialah takde jeragat dan bintik kolesterol baru yang tumbuh. Kiranya selain dari maintain, Youth jugak improvekan kulit Raiza.

Nampak berbeza size pore Raiza sebelum dan selepas guna Youth skincare kan. Warna tona kulit juga makin sekata.

Selepas 7 hari Raiza menggunakan Youth. No more kulit kusam. Kulit lebih cerah dan lebih moist. 

Selepas sebulan menggunakan Youth. Kulit lebih cerah, lebih halus, lebih lembab dan tona semakin sekata. Apabila kulit semakin sekata, make up pon lebih tahan lama. 

Selepas 4 bulan menggunakan Luminous Gel Oil Cleanser ni,  masih berbaki 3/4 lagi. Jimat sangat kan.  Raiza estimate,  cleanser ni boleh bertahan sehingga 10 bulan. Memang berbaloi. 

Yang paling best, cleanser ni bertindak sebagai make up remover tau. Mencuci secara mendalam. Kesannya, mengurangkan black head dan white head hampir 90%. Seingat Raiza dah lebih 5 bulan Raiza tak pergi spa buat facial. Sebab dengan Youth, white head mudah keluar.  Sebelum ni boleh di katakan 2 bulan sekali mesti Raiza buat facial muka untuk sedut segala kekotoran yang terperangkap dalam liang roma. 

Bagi Raiza,  Youth adalah pelaburan yang sangat berbaloi. Dengan Youth keyakinan semakin ketara. Nak keluar rumah dengan naked face confident je.

Yang paling penting ianya SELAMAT dan BERKESAN. Dan proven secara scientific.  


Anda berminat nak cuba Youth? Nak tahu bagaimana Youth boleh bertahan sehingga lebih 6 bulan?  Rutin pemakaian untuk hasil yang maksimum?  Boleh klik kat bawah ni ok.


Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Monday, 30 July 2018

Pengawalan HFMD lebih mudah dengan Shaklee!



Saya nak kongsi cerita anak saya, beberapa bulan yang lalu. Mungkin boleh membantu ibu-ibu atau kawan-kawan yang dalam kerunsingan dan hilang punca akibat anak tersayang diragut momen cerianya akibat tularan HFMD.


Masa tidur malam, Ali nampak tak selesa. Esoknya masa nak tukar diaper, saya bukak dan terkejut tengok banyaknya bintik-bintik merah Di area diaper dan celah kelangkang.

“Teruk Betul Aku! Lambat tukar sampai merah-merah macam ni”




Saya cuci dengan cairan basic H dan tukar lampin lebih kerap. Keadaan sama jugak. Pelik. Bukan Sebab lambat tukar lampin nih! Tengahari sikit, bintik-bintik merah mula naik di muka. Oh kesiannya!!

Esoknya naik di lidah. Ali cuma nak minuman sejuk. Saya bagi makan, dia tolak. Jadi, dia cuma minum Mealshakes ais !

Esoknya, naik bintik-bintik agak besar di lutut dan pergelangan tangan. Macam berkilat, bulat macam mutiara. Rasa nak nangis tengok 😩

Ali aktif macam biasa, tak nangis sangat. Tak meragam agak teruk dan tak give up walaupun dia terpaksa merangkak dengan kaki lurus ! (Lutut tak boleh cecah kat lantai)

Saya nak share apa saya buat sepanjang tempoh tu,

👍🏻saya mandikan Ali dengan cairan Basic H, 3 kali minimum atau setiap kali dia macam nak merengek. Dia mungkin gatal, saya terus mandikan dia.

👍🏻 Sapu Krim Herbal Blend setiap kali lepas mandi. Rasa lebih selesa dan tak ada parut Di muka. Hensem balik anak mak 😉

👍🏻 Sesekali mandi saya guna Shaklee Gentle Wash , Shaklee baby dan Soothing Lotion untuk bagi dia mudah tidur lepas mandi. Anak sakit, kena bagi dia rehat, tidur

👍🏻 Pecahkan Vitamin E atas lidah Ali. Biarkan cecair Vitamin E tu ada atas lidah dan dalam mulut dia. Sangat membantu kecutkan bintil atas lidah. Sapu juga atas parut2 yang berbaki

👍🏻 Bagi Mealshakes untuk bagi multivitamin pada dia. Saya bagi mealshakes sejuk, Shake dengan Air ais, pada dia. Dia boleh minum, mungkin lidah rasa kebas. Ni saja dia minum sebenarnya sepanjang tu 😣😣



Ini pengalaman peribadi saya.

Basic H adalah untuk kegunaan household. Tapi saya mandikan dengan basic H atas usaha saya sendiri dan kepercayaan ia boleh membantu meredakan panas badan dan gatal kulit. Bukan saranan dari Shaklee Malaysia

Vitamin E Complex adalah untuk kegunaan orang dewasa, saya picit masuk ke mulut Ali Sebab saya percaya penyembuhan Vitamin E terhadap luka-luka kulit lidah tang pecah. Bukan saranan Shaklee Malaysia

Alhamdulillah pemulihan Ali sangat cepat. Dia cuma demam panas sehari dua awal saja, semasa bintil-bintil ni naik, dia dah tak demam.

Bila kita ambil suplemen, bukan bermakna kita kebal jadi ironman, langsung tak sakit. Kita masih sakit, Itu normal bagi manusia.

Cumanya, pemulihan dari sakit Itu cepat dan kesan ditimpa penyakit tu tak terlalu parah.

Ibarat memakai seatbelt semasa memandu. Seatbelt tak mencegah dari kemalangan Tapi, mengurangkan kesan parah jika ditimpa kemalangan.

Selamat mengawasi anak masing-masing. Cepat-cepat jumpa doktor bila keadaan mencurigakan. Ambik langkah yang cepat dah tepat untuk anak kita

Duit boleh cari, anak yang derita hanya seorang ini 😢

~ Pengalaman oleh Master Farihah.




Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Sunday, 22 July 2018

Shaklee Effect : Kurus dengan Shaklee


Assalamualaikum 
Saya Siti Zaharul Nadia Binti Zainal. Umur 27tahun sudah berkahwin dan anak seorang!

Saya mula kenal Shaklee bila saya bersalin czer. Saya ambil Vit C, Vit B & Vit E..sebab ngadu sakit pinggang dan rasa lemah badan.. masa mula2 makan..  Mmg serius rasa lah.. niat nya nak baik kan luka dan parut bersalin..tetiba muka plak tercantik hilang binting2 hitam.. suami pun perasan..hehe.. tp jujur saya tak konsisten.. on off makan..tak bape nak yakin lg..haha..

Then..lepas setahun gitu..rasa cam nak taubat kurus kan..sebab berat dah sampai nak 65kg gitu. 

So decide nak amik ESP sebagai meal replacement (makanan gantian). Sambil buat Detox Shaklee Ways!

Seriuss syukur sangat kenal shaklee..sebab dia bukan sahaja bantu kita dr produk.. malah dia juga guide kita cara terbaik untuk jaga kesihatan seperti "DETOX 7days SHAKLEE WAYS" 

Alhamdulillah..setelah Detox & Diet Seimbang.. berat saya sekarang dah 55kg!  Saya turun 9kg dalam masa 2 bulan sahaja.. Alhamdulillah..

Syukur sekarang serius sangat2 rasa lebih selesa dan yakin dengan Shaklee.!

******




Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Sunday, 8 July 2018

Kisah Shaklee Saya: Muka Breakout Punca Kurang Keyakinan Diri



Kali ini Raiza nak share pengalaman saudari Nurshamimi Saad yang konsisten dengan ESP, Vita C, Vita E dan Bcomplex untuk mengembalikan keyakinan diri beliau.

KISAH SHAKLEE SAYA

Assalamualaikum harini turn saya sharing. Saya Nurshamimi Saad. Orang panggil saya mimo, kakmimo atau mimi. Hehe. Okla saya nak share kisah shaklee saya yang menyebabkan saya jatuh cinta sampai hasil berkat sabar dan konsisten.

Kalau dulu muka breakout terok sampai jerawat naik bertubi tubi selepas satu satu stop produk bahan kimia tu. Hormon pun jadi tak stabil gara gara produk skincare. Sebab stress tau!

Banyak produk yang dah kakmimo guna sebelum. Sebabnya? Kakmimo jenis suka tengok orang kulit cantik. Asal tengok orang tu share sikit ja produk cantik dia tu, asal tu jugaklah kakmimo beli. Huhu.

Nak cantikkan? Wajib la cuba dan beli. Last2 bila berhenti produk tu, habis naik jerawat muka bernanah serta berpasir.

Malu sangat dan down sangat bila berjumpa dengan kawan kawan yang kulit bersih bebas jerawat. Down to earth weh.

Kawan kawan kakmimo tau la kulit kakmimo sejenis macammana. Bila kita ada jerawat breakout dekat muka mesti nak keluar rumah akan tutup dengan foundation tebal tebal supaya takmau bagi orang nampak kulit kulit muka kita yang ketara tu.

Makin lama makin tutup jerawat makin banyak. Kulit muka tertutup tak dapat pengudaraan yang bagus. Buatkan kulit wajah bertambah teruk. Bila semakin banyak semestinya produk tu ada bahan kimia.

Last sekali kakmimo serik dah takmau pakai apa2. Kakmimo up status dekat FB stress dengan muka breakout macamni.

Sekali tu kawan kakmimo pm, wehh cuba la produk ni dan makan produk ni. Produk ni product beyond organic tau. Why not you rawat dulu dari dalam.

And then kakmimo pun cubalah makan dan jadi ahli. Kakmimo konsisten sampai sekarang and and its works bebeh! I love it. Hati berjimba jimba. Seronok sangat dan bahagia sangat bila kulit muka dah kembali pulih

Siapa tak suka kan? Rata rata orang kita suka pada kecantikan. Fitrah manusia. Bagi sesiapa yang ada masalah kulit muka breakout. You all wajib cuba! Tak rugi you all melabur dekat produk beyond organic. Seriusly rasa tak rugi melabur!

Alhamdulillah syukur berkat konsisten dengan produk beyond organic ESP, Vita C, Vita E dan Bcomplex.

***************
Kat mana nak dapatkan produk Shaklee ni? Korang bole WA Raiza ok. Inshaalah Raiza akan guide cara pengambilan yang betul untuk mendapatkan kesan yang maksima. WA sekarang tau.

Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.



Continue Reading

Friday, 12 June 2015

12 Testimoni SR Vita C yang anda takkan percaya!

Testimoni pengguna SR Vitamin C yang berpuas hati.
Mahu tak puas hati?
Dapat kulit halus mulus tanpa jerawat dan jeragat, haruslah puas hati kan.. hehe

Jom baca!








Pesakit gastrik juga boleh consume. Insha Allah selamat.
Lompat bintang. Horay!


Kombinasi terbaik untuk masalah jerawat dan parut.

Memang kombinasi terbaik!


Amboi kak, mulus nya kulit. I is jeles. Ahak.



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
Pengedar Shaklee Gombak, Wangsa Maju, Setapak.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Monday, 2 March 2015

ESP untuk kekalkan tenaga?



Apabila balik rumah dalam keadaan yang penat memang mengganggu aktiviti kat rumah. Lelagi daku yang memang menyambung kerja yang bukan skop kerja a.k.a tempahan menjaet dan sebagainya.
Pukul 8 dah menguap itu perkara biasa kalau tak minum ESP. Paling tidak, pukul 9 dah nampak bantal je... Haha... Kalau tidur awal mean production kurang... Ini hakikatnya. Menjahit ni dah menjadi side income untuk daku. Sebelum dari kenal Shaklee lagi. Menjahit adalah salah satu cara Raiza lepaskan stress kerja harian. Stress woo kerja kat office. Ini antara sebab macam mana Raiza boleh terjebak dengan dunia jahitan. 

Maka ..... ESP memang sangat membantu daku. Serius, ESP yang mengikat daku untuk berkongsi kebaikan Shaklee. Banyak masalah yang Raiza hadapi dahulu selesai dengan pengambilan secara konsisten ESP setiap hari. Antaranya kulit yang kusam dan kering. 

My favorite flavour semestinya yang asli ESP + madu. Atau flavour lain yang Raiza suka ialah ESP + milo + madu. Memang kenyang.  Dan....... ESP bukan untuk tenaga sahaja, lebih dari tu pon boleh dapat. Secara tak langsung kandungan protein ini dapat menjaga kelembapan kulit. Macam yang Raiza selalu bagitahu, main concern Raiza ialah kulit. So apabila minum ESP ni dapat menyelesaikan hampir keseluruhan masalah kulit Raiza. Skin tone muka pon nampak perubahan ketara. Nak kata semakin cerah macam Nora Danish tu memang tidaklah kan. Tapi kulit nampak flawless. Jadi lebih yakin untuk keluar rumah tanpa secalit make up. 





Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Monday, 16 February 2015

Testimoni Set menyusu




Alhamdulillah... Syukur masih diberikan nikmat untuk membantu. 
Customer saya ni asalnya mengambil set menyusu untuk anak keduanya. Sangat konsisten dengan Alfalfa, ESP, Vitamin C dan Collagen. 
Selain dari production susu semakin banyak, kulit juga semakin sihat. Bila kulit sihat of course lah makin cantik kan? Inilah penangan Shaklee. 
Menjaga kecantikan daripada dalam. Apabila sistem di dalam badan cantik, secara tidak langsung ianya terpancar ke luar. Sebenarnya, kebanyakan masalah luaran adalah berpunca dari sistem dalaman badan. Contohnya seperti jerawat, allergy, resdung dan macam-macam jenis penyakit lagi. Semuanya berpunca dari sistem di dalam badan yang terganggu dan toksin yang berlebihan. Sebab itulah pentingnya untuk menjaga kesihatan dalaman supaya nampak cantik di luar. ;-)



Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading

Tuesday, 18 November 2014

Omega Guard untuk pesakit jantung




KENAPA MASAYARAKAT ESKIMO MEMPUNYAI KADAR PENYAKIT JANTUNG 


Hasil kajian sains mendapati pemakanan masyarakat Eskimo ini kaya dengan lemak dan minyak ikan, di samping itu mereka amat kurang memakan sayur-sayuran. Setelah kajian lanjut dibuat ke atas fenomena ini, maka ahli sains merumuskan bahawa kandungan makanan orang Eskimo ini sebenarnya amat kaya dengan Omega 3.
Hakikatnya terdapat sejenis lemak yang baik untuk kesihatan jantung iaitu Omega 3.


BUKTI SAINTIFIK

Terdapat banyak kajian saintifik yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan yang telah membuktikan kebaikan omega 3 kepada kesihatan jantung. Banyak kajian yang mengkaji pengambilan makanan laut terutamanya ikan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
Pada tahun 1999, pengkaji dari GISSI-Prevenzione melaporkan dalam jurnal perubatan The Lancet, mengenai satu kajian yang dijalankan melibatkan 11,324 pesakit yang telah mendapat serangan jantung (myocardial infarction). Kesemua pesakit ini telah diberikan Omega 3 sebanyak 1,000mg setiap hari dan kesimpulan dari kajian ini menyatakan terdapat pengurangan kadar kematian akibat serangan jantung kali kedua sebanyak 45 peratus.
Kesan baik pengambilan Omega 3 diamalkan setiap hari didapati selepas tiga bulan dan seterusnya.


Satu analisa sebelas kajian rambang terkawal ( Randomised Controlled Trial) yang dijalankan di antara tahun 1966 hingga 1999, yang melibatkan seramai 7,951 pesakit jantung menunjukkan pengurangan yang ketara dalam kadar kematian mengejut akibat serangan jantung dengan pengambilan asid lemak Omega 3 secara konsisten.



KEBAIKAN OMEGA GUARD UNTUK JANTUNG


Antara kebaikan Omega Guard untuk kesihatan jantung adalah:
  • Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  • Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  • Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  • Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  • Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.

TESTIMONI






Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Continue Reading